Monday, April 20, 2009

PERAK, TERENGGANU, PERLIS, SEKARANG PAHANG

Assalamualaikum,

Sekiranya BN menarik diri daripada bertanding di pilihanraya Penanti saya rasa itu adalah satu calculation yang tepat. Ini adalah disebabkan sekiranya mereka bertanding, maka malu besar yang tidak perlu kena pada mereka akan dilumurkan ke muka mereka sekali lagi.


Ini berdasarkan perkembangan semasa. MB Pahang diarah oleh mahkamah membayar saman sebanyak RM 63 juta kerana mencabul kontrak membalak. Seruan Gemilang Sdn Bhd menamakan menteri besar sebagai defendent apabila kerajaan negeri Pahang engkar membayar saman walaupun diarahkan oleh mahkamah persekutuan.

Isu berkisar sekitar hak membalak di kawasan Bebar, Pekan, Pahang bagi sebuah kawasan seluas 4,000 hektar yang dipunyai oleh UMNO.

Dipunyai oleh UMNO? aiii, senangnya harta negara jadi harta UMNO!