Friday, April 24, 2009

SEMUA INSTRUMENT PAK DALANG TERJUE BIBIR

Assalamualaikum,





وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَـٰطِلُ‌ۚ إِنَّ ٱلۡبَـٰطِلَ كَانَ زَهُوقً۬ا

And say: Truth hath come and falsehood hath vanished away. Lo! falsehood is ever bound to vanish.



Al Isra (81) Inilah ayat Qur'an yang dibaca oleh Mohamad Fairuz Khairudin, bekas Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang menyatakan keputusannya untuk meletakkan jawatan ADUN adalah muktmad. Sebelum daripada ini berlaku semacam tarik tali yang sangat hebat daripada banyak pihak mengenai perletakan jawatan oleh Fairuz ini.

Petanda kepada tarik tali tersebut ialah SPRM mendapati Fairuz tidak ada kes untuk disabitkan kesalahan. Saya beranggapan hakim sahaja yang mempunyai kuasa samada seseorang itu ada kes atau tiada kes, sabit atau pun parang, tetapi instrumen negara yang bukan bidang kehakiman pun ada kuasa juga.

Kemudian diikuti oleh SPR menangguhkan tarikh pilihanraya kecil Penanti, yang sedang dinanti oleh rakyat. Dalam hal ini rakyat pun tahu apa sebabnya tiba tiba SPR membuat keputusan untuk menagguhkan tarikh pilihanraya tersebut. Sonang yo, UMNO baru nak mesyuarat malam ni, mestilah dalang yang tarik tali yang mengawal puppet, takkan patung wayang kulit pula yang nak tarik dalang.

Tiba tiba Fairuz kata muktamad.

Tak ke terjue bibir segala puppet.