Sunday, April 19, 2009

ZAMBRY BELUM LOLOS, NAK SIDANG DUN KE HAPA!

Assalamualaikum,

Adaptasi daripada Shannon Teoh, Malaysian Insider, 19 April 2009



DUN Perak telah dipanggil untuk bersidang pada 7 Mei 2009. Apabila surat panggilan telah dikeluarkan, tentulah BN merasakan mereka punyai majoriti dalam DUN tersebut kerana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan penggantungan yang dilakukan oleh speaker DUN Perak V. Sivakumar terhadap Zambry Abd Kadir dan enam orang lagi adalah null and void.

Digabung pula dengan satu keputusan mahkamah terdahulu bahawa SPR, dan bukan speaker dewan yang menentukan kekosangan kerusi pilihanraya, maka media cuba menggambarkan BN sekarang punyai majoriti 31-28 di DUN perak.

Hakikatnya ialah mengikut Hanipa Maidin, peguam PAS, daripada 10 perintah mahkamah yang dipinta oleh Zambry dan rakan, hanya 2 sahaja yang diluluskan oleh mahkamah. Dua perintah yang diperkenan oleh mahkamah tidak membolehkan kuasa speaker dirobek seperti yang digambarkan oleh media dan seperti yang dikehendaki oleh UMNO/BN.


Hakikatnya ialah, 10 ADUN yang terlibat belum lolos lagi daripada jerangkap yang mereka tercebur, dan dalam kes Zambry dan exconya mereka masih lagi tidak punya hak untuk menghadhiri sidang DUN.

Katakanlah penghakiman yang diputuskan adalah adil dan arahan yang dikeluarkan mahkamah adalah sah, namum itu tidak bermakna mana mana 10 ADUN yang terlibat telah confirm tempat mereka dalam sidang DUN yang dipanggil secara tergesa pada 7 Mei nanti.

Dalam kes 3 orang ADUN yang melompat, dan telah diisytihar meletak jawatan oleh Sivakumar, Mahkamah Persekutuan hanya membuat keputusan bahawa SPR yang menentuk kekosongan kerusi.

Tetapi PR masih boleh meminta mahkamah memutuskan samada keptusan SPR itu betul atau pun salah.

Ok la, katakan selagi PR tidak mengemukan saman, ke tiga tiga ADUN lompat tersebut masih lagi jadi ahli mesyuarat, jadi BN boleh punyai 24 ADUN pada 7 Mei.

Tetapi bagi 7 ADUN yang lagi tu, mereka masih tidak boleh menghadhiri mesyuaratDUN. Bukan sebab mahkamah putuskan penggantungan yang dilakukanb oleh speaker tidak sah maka mereka boleh berlenggang masuk persidangan DUN.

Sebabnya ialah, mengikut pendapat ramai pengamal perundangan, keputusan mahkamah hanyalah satu pengisytiharan, bukan perintah atau mandamus yang merupakan arahan mahkamah yang menyuruh atau menghalang sesuatu tindakan; ia juga bukan satu certiorari yang membatalkan keputusan atau tindakan terdahulu.

Kedua, apa yang mesti diambil perhatian ialah hanya dua permohonan Zambry diluluskan oleh mahkamah, iaitu yang memohon pengisytiharan bahwa penggangtungan (1) Zambry (2) 6 exco adalah tidak sah.

Apa yang mereka tidak diperkenan ialah permohonan Zambry dan 6 ecxo untuk menghadhiri sidang DUN, dan mengambil bahagian sepenuhnya dalam sidang DUN.

Bahawa mahkamah tidak membuat keputusan secara muktamad terhadap perkara ini menunjukkan bahawa samada ia tidak tahu jawapan kepada persoalan ini, atau 7 orang ADUN ini masih, sebenarnya tidak boleh menghadhiri sidang DUN