Wednesday, April 22, 2009

PEROMPAK MEMANG MELELONG

Assalamualaikum,

USA, March 1990. Perompak melarikan lukisan The Concert oleh Vermeer dan The Storm on the Sea of Galilee dan beberapa lukisan yang lain, yang kesemuanya benilai sekitar USD 300 juta.

Belanda, Dec. 1988. Tiga lukisan Van Goghs, Dried Sunflowers, Weaver's Interior dan The Potato Eaters telah dicuri daripada Museum Kroller-Muller di Otterlo, Holland

Tujuan perompak perompak tersebut merompak ialah untuk melelong hasil rompakan mereka, dan kalau kita baca cerita mengenai pelbagai rompakan, perompak akan melelong apa jua barang atau hasil yang dirompak.

Bukan sahaja hasil lukisan yang mahal dilelong, tetapi kalau perompak tu dapat segerap getah pun dilelongnya, asalkan hasil rompakan itu bertukar menjadi fulus.

Kalau Camry apatah lagi, memang senang laku kalau dilelong. Maka itulah tandanya perompak sahih dan tulin sedang meratah ghanimah rompakan.