Friday, November 28, 2008

CRITICAL THINKING

Assalamualaikum,


Salah satu mata pelajran dalam pakej kemahiran insaniah di universiti univewrsiti ialah critical thinking. Ia bermaksud seaorang pelajar itu boleh menilai dan membuat tanggapan mengenai sesuatu perkara itu daripada pelbagai sudut. Tidak hanya dari sudut yang ia dilatih sahaja. Tidak dari satu sumber sahaja. Tidak terikat dengan mana mana panangan tertentu sahaja.
Di universiti kalau kita mahir dan bagus dalam critical thinking, mungkin boleh dapat gred yang baik. Tetapi dalam dunia sebenar, kalau anda mengamalkan critical thinking, mungkin anda akan menghadapi masalah. Sebabnya ialah di dunia sebenar, ramai orang tidak suka critical thinking. Mereka suka mengampu thinking, tak pun merapu thinking. Dalam anda dalam sesuatu perkhidmatan, dalam banyak situasi, kalau anda amalkan mengampu thinking, mungkin anda boleh cepat naik pangkat.
Begitu juga dalam politik, kalau anda amalkan critical thinking, anda biasanya kena sisih. Kalau mengampu thinking, boleh naik tangga kejayaan.
Kadang kadang kita baca dan lihat tulisan atau analisis yang kalau UMNO, ampu UMNO sahaja. Kalau PAS, ampu PAS sahaja dan seterusnya dan seterusnya. Yang ada poin nak score dipromosi. Kelemahan ditutup.
Tetapi kalau sekiranya kita mencari kebenaran, dan ingin menegakkan kebenaran, dan anda ada idea yang hendak diketengahkan, maka semestinya berani menyatakan idea tersebut. Semua idea akan dicemuh dengan dikata absurd. Selepas mereka cemuh, nanti anda akan lihat idea itulah yang dimbil dan digunakan untuk kepentingan mereka yang mencemuh.
Kalau tak sanggup baca analisis yang kritikal, sonang yo. Jangan baco.