Sunday, November 23, 2008

MELAYU YANG PILIH PERJUANGAN ISLAM TAK PUNYA DILEMA, TUN!

Assalamualaikum,


Tun Mahathir Muhamad memberikan pendapatnya bahawa dilema baru Melayu ialah nak pilih siapa dalam pilihran raya 13 nanti, UMNO ke PR. Pilih UMNO korup. Rasuah. Pilih PAS atau PR tak pertahan hak Melayu. Jadi macam mana? AKhirnya tidak pilih siapa pun.
Bukan macam tu Tun. Pertama Tun jangan equate atau samakan UMNO tu Melayu dan Melayu tu UMNO. UMNO bukan satu institusi Tun. UMNO ialah gusi. Orang Melayu hari ini tidak lagi melihat UMNO itulah satu satunya payung yang ada bagi orang Melayu. Orang Melayu hari ini melihat Islam itulah sebagai satu satunya payung yang akan melindungi mereka. Orang Melayu hari ini mahu berpayung di bawah keadilan Islam, bukan kerakusan UMNO. Tun tak nampak ke orang Melayu ramai yang memilih sekolah aliran ugama untuk menghantar anak mereka belajar. Tun sahaja sangka orang Melayu mudah lupa, tetapi orang Melayu yang berpegang teguh masih ingat Tun yang tarik kembali bantuan per kapita kepada sekolah sekolah ugama rakyat. Orang Melayu yang kasihkan Islam masih belum lupa lagi Tun, menteri besar muda yang Tun lantik itulah dulu yang hobinya meruntuh dan meranapkan surau dan masjid.
Orang Melayu memang akan beri pukulan maut kepada UMNO dalam pru 13 Tun. Kalau Tun panjang umur nanti, Tun saksikanlah sendiri nanti. Sebab, sebab kedua dilema Melayu yang Tun maksudkan itu, iaitu PR atau PAS tidak memperjuangkan hak Melayu tu tidak benar Tun. PAS dan PR tetap tidak menggadaikan apa apa prinsip Tun, cuma mereka tidak racist dan tidak perkauman seperti UMNO. Bukan Tun tak tau, UMNO itu sendiri perlu hidup dengan memakan isu perkauman. Sebab itu lepas satu, satu isu yang media dipaksa mainkan supaya timbul rasa benci antara kaum, dengan itu, harapanya ialah orang atau pengundi akan kembali memberi sokongan kepada UMNO.
Tidak Tun, point of no return telah dilalui dan dilepasi Tun, Melayu tidak takut lagi kalau tak undi BN, Tun! Melayu dah sedia tumbangkan BN dan letakkan PR perintah Malaysia Tun.
Tidak ada dilema Melayu Tun. Yang ada ialah dilema UMNO.