Tuesday, November 25, 2008

JALAN P.RAMLEE

Assalamualaikum,


Dalam tenure GERAKAN di Pulau Pinang, pencinta seni dan pejuang bahasa telah meminta supaya satu jalan di negeri tersebut dinamakan Jalan P. Ramlee. Tetapi permintaan tersebut telah ditolak mentah mentah oleh pihak berkuasa tempatan yang bertanggung jawab, dan UMNO telah juling giginya untuk menjawab penghinaan tersebut. Akhirnya sebuah jalan di kawasan Bukit Bintang Kuala Lumpur telah dinamakan dengan nama Jalan P. Ramlee.
Ini menunjukkan bahawa soal nama jalan itu sekiranya tidak disensasikan dengan lensa politik, ia tidak akan jadi isu hangat. Begitu juga dengan isu bahasa. Yang memperolok bahasa Melayu ialah UMNO itu sendiri. Kita dengar dan lihat menteri UMNO bercakap dalam bahasa melayu pasar dan Bahasa inggeris pasar, malah lebih mengagungkan bahasa Inggeris. Apabila mahathir dalam tenure nya menggantikan bahasa Melayu kepada bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan metamatik, puak pejuang bahasa tidak berdecit pun. Seingat saya yang melawan hanya Prof. Emeritus Nik Safiah sahaja. Yang lain angguk angguk dan sendawa. Tetapi bila sekarang isu bahasa ini disensasikan oleh lensa politik perkauman, ia menjadi seolah soal mati dan hidup orang Melayu.
Apabila wang negara tidak lagi digunakan untuk membiayai anak orang miskin dalam pelajaran, tetapi diganti dengan PTPTN, tidak ada pun pejuang ini yang berdecit untuk melawan atau menunjukkan garang mereka. Semuanya menikus. Bukan kah ramai orang melayu yang miskin yang perlukan bantuan negara untuk belajar?
Semua warga negara telah setuju dengan artikel 153 perlembagaan persekutuan, kalau ada suara suara sumbang yang tidak setuju adalah satu dua anak muda yang belum datang haid tentang keharmonian negara, seperti pencipta lagu negara kuku. Itu pun beliau telah menarik semula keterlanjurannya.
Tetapi kenapa mereka mereka yang berjuang tentang ketuanan Melayu ia berdiam diri bila MOU antara Universiti Al Azhar dengan IPT Malaysia dibatalkan. Kesan daripada pembatalan ini ialah ribuan anak muda Islam yang telah pun menghabiskan sekian tahun belajar dengan harapan dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar tiba tiba terkulai disabotaj oleh tangan ghaib yang membatalkan MOU tersebut. Kenapa ini tidak diperjuangkan? Sebabnya ialah UMNO sendiri yang mengkhianati anak bangsanya.
Mengapa babi menjadi mentera orang UMNO sekarang. Sepatutnya ia adalah mentera orang bukan Islam yang makan dagingnya. Anda masih ingat semasa PAS mula mula memerintah Kelantan? Timbul kegusaran dalam sebahagian kecil orang yang memakan daging babi samada mereka boleh meneruskan perlakuan tersebut atau tidak. Ternyata tidak timbul selembar masalah pun dalam hal ini. Mengapa timbul kegusaran pada ketika itu? Sebabnya ialah kerja jahat yang sama dilakukan pada ketika itu, iaitu meniupkan ketakutan dan kebencian kepada pemerintahan PAS dengan menabur fitnah kalau PAS perintah orang Cina tak boleh makan babi. Ternyata fitnah tersebut tidak berkesan.
Sekarang yang cuba ditiupkan oleh anasir pemorak peranda ini ialah kebencian, ketakutan dan rasa terhimpit orang Melayu dengan isu babi, isu nama jalan, orang Melayu jadi hamba di negara sendiri dan isu isu lain yang tidak penting tetapi disensasikan supaya orang Melayu marah denga n parti politik yang membangkang UMNO. Tujuan utama ialah supaya orang Melayu dalam pilihanraya 13 terus mengundi UMNO dan UMNO pegang kuasa dan UMNO jadi tuan dan UMNO control segalanya.
Apa yang dilakukan oleh Pewaris adalah memalukan orang Melayu, kerana dengan berselindung disebalik jeritan orang Melayu terancam, mereka sebenarnya cuba membantu UMNO untuk mengekalkan cengkaman semakin longgar mereka kapada kuasa politik Malaysia. Pewaris tidak nampak masalah orang melayu berpunca dari UMNO. Bila ramai orang melayu mencuri sebabnya ialah ramai orang UMNO curi khazanah negara. Bila orang Melayu ramai mabuk dadah sebabnya ramai pemimpin UMNO yang mabuk arak. Bila ramai anak haram dihumban dalam tong sampah oleh remaja melayu sebabnya ialah ramai pemimpin UMNO yang berpeleseran. Bila ramai orang Melayu tak sembahyang sebabnya ialah ramai pemimpin UMNO yang tidak sembahyang. Bila ramai orang Melayu yang bergaduh sebabnya ialah ramai orang UMNO yang bergaduh dan bertumbuk. Tetapi bila UMNO buat semua nya betul dan dimaafkan dan diampunkan. Wahai Pewaris, itu adalah salah! Salah tetap salah!
Paling memalu dan mengaibkan ialah Pewaris menyokong ISA. Awak pakai law mana pun, law dunia, law akhirat, law laut, law hutan, law angkasa lepas pun akan tetap mengatakan ISA tu zalim.
Awak perjuangkan Islam kan? kononnya! Islam ajar orang zalim masuk neraka.