Wednesday, November 26, 2008

SIAPA TAHU ANGKANYA?

Assalamualaikum,


Kita membayar pelbagai cukai. Bermakna wang kita diambil, dan sudah tentulah wang tersebut kemudiannya dibelanjakan. Saya belum jumpa lagi penyata yang menunjukkan bagaimana yang kita yang diambil itu, dibelanjakan.
Saya belum lagi berhasrat mengheret kita kepada menilai wang dibelanjakan dalam pembentangan belanjawan negara, kerana itu belum lagi dibelanjakan. Yang teringin sangat saya ketahui ialah wang kita yang dibelanjakan di peringakat yang paling rendah, iaitu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
Boleh kita dapat akses kepada perbelanjaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk tahun lepas misalnya? Sebagai contoh, saya ingin sangat tahu berapakah harga yang dibayar oleh PBT tempat saya tinggal kepada kontraktor untuk menebang pokok. Berapa pula harga yang dibayar untuk trim pokok? Berapa harga yang dibayar untuk potong rumput tepi jalan sepanjang 1 km? Berapa harga yang dibelanjakan untuk menghias sebuah bulatan persimpangan yang dihias dengan bunga tahi ayam?
Saya tinggal dalam PBT yang bernama MPKj. Ada sesiapa yang tahu angka tersebut?