Monday, November 24, 2008

MAHATHIR THE DOCTOR KATA: GANGRENE, POTONG

Assalamualaikum,


Beberapa bulan yang lepas Tun Dr. Mahathir pernah berkata: I'm a doctor. If a body part becomes gangrene, I'll cut it. Sekarang Tun yang sama riuh rendah menggempitakan bahawa UMNO di barahi rasuah, dan keadaan telah sampai kepada ke peringkat terminal.
Saya amat percaya bahawa Tun adalah doktor perubatan yang terlatih, dan latihannya juga menghalakan beliau untuk membuat keputusan memotong mana mana bahagian badan yang telah menjadi busuk atau gangrene disebabkan penyakit. Saya setuju dengan pilihan yang dibuat.
Dalam kegempitaan yang dijeritkan oleh Tun sekarang ini mengenai barah rasuah yang bersekam dalam UMNO, maka apa yang cuba diterangkan oleh Tun ialah UMNO itu telah sangat parah sehinggaa keseluruhan UMNO itu sekarang telah menjadi gangrene. Mengikut ilmu perubatan Tun, apabila peringkat ini sampai, maka tiada pilihan lain melainkan dipotong anggota yang gangrene tersebut untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Oleh itu, kalau mengikut ilmu politik Tun pula, apa yang digempitakan oleh Tun ialah satu isyarat kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia bahawa penyakit yang menyerang UMNO telah begitu menyeluruh serangannya sehingga mana mana pemimpin juga yang diangkat dalam UMNO, maka tidak akan terlepas mereka daripada penyakit ini. Maka sebab itu dalam membincangkan hal Dilema Baru Melayu, Tun mengatakan bahawa orang Melayu mungkin akan berada dalam keadaan tiada pilihan, kerana satu option, iaitu sekiranya mereka mengangkat orang UMNO menjadi pemimpin politik, maka dengan sendirinya mereka akan mengangkat orang yang rasuah untuk memimpin negara.
Saya lihat perkara ini dalam konteks yang sedikit lain. Walaupun hamburan gangrene dan Dilema Baru Melayu disemburkan dalam dua masa yang berbeza, kita hendaklah gabungkan kedua sebagai satu penyelesaian jigsaw. Iaitu:
Tun mengisyaratkan kepada semua orang Melayu, oleh kerana UMNO ini sudah tersangat parah dan telah sampai ke peringkat terminal, dan UMNO inilah sekarang yang menjadi anggota badan dalam umat Melayu yang gangrene, maka untuk survival orang Melayu Tun cadangkan potong saja anggota ini.
Isyarat Tun bagi orang Melayu ialah dalam pru 13, potong sahaja UMNO dan humbankan dalam tong sampah.