Saturday, September 26, 2009

TERUSKAN TERUSAN MAT SAMAN

Assalamualaikum,

Kerajaan Kedah sedang menimbang untuk membuka semula Terusan Mat Saman.Kerajaan Negeri bersetuju menimbang cadangan penduduk Yan untuk membuka semula Terusan Wan Mat Saman bagi mengatasi masalah banjir di daerah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya sudah berbincang dengan beberapa pihak berkenaan untuk mengkaji keperluan membuka semula terusan itu.

Terusan Wan Mat Saman merupakan terusan yang terpanjang di Malaysia. Terusan ini menghubungkan Sungai Kedah di Alor Setar hingga ke kaki Gunung Jerai di Gurun, selatan Kedah. Terusan sepanjang 36 km ini dibina pada tahun 13 Ogos 1885 dan berfungsi untuk mengairi kawasan sawah padi di Kedah. Pembinaan Terusan Wan Mat Saman merupakan suatu pencapaian yang mengagumkan pada masa itu.

Terusan Wan Mat Saman dinamakan sempena nama Menteri Besar Kedah pada masa itu iaitu Dato' Wan Muhammad Saman Wan Ismail. Wan Mat Saman merupakan Menteri Besar semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Syah dan Sultan Abdul Hamid Halim Syah.

Terusan Wan Mat Saman mula dibina pada 13 Ogos 1885 dan siap dibina pada 12 Julai 1896. Panjang terusan ini adalah 36 km, kedalaman 1.5 m dan selebar 7.5 m.




ORG M'SIA GILA SEKS

Assalamualaikum,

Cerita cerita sensasi memang seronok dibaca oleh sebahagian masyarakat, tetapi apabila digemburkan di luar negara, nampak sangat hodohnya orang Malaysia ni.

Atau sememangnya orang Malaysia ni hodoh perangainya?

Friday, September 25, 2009

PENYAPU;HASSAN ALI; MIC

Assalamualaikum,

Semasa Hassan Ali ,yang pada ketika itu baru sahaja dilantik sebagai pesuruhjaya PAS Selangor, melantik pula saya sebagai ahli perhubungan PAS negeri Selangor untuk mengisi salah satu daripada kekosongan jawatan yang dipenuhkan secara lantikan, dengan hormat saya menolak. Walaupun di zaman Ustaz Hassan Shukri saya selesa berada dalam Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Saya telah baca beberapa hal, yang kalau diceritakan kepada orang lain, amat sukar untuk diterima analisis tersebut pada ketika itu.

Sekarang, apa yang saya nampak sedang terburai satu demi satu. Seperti cerita penyapu ini, dan lain lain.

Kemudian terbaca pula desas desus MIC akan pecah seribu , dan mungkin lebih.

Thursday, September 24, 2009

AJAIB: LEMBU MATI MENGAWAN

Assalamualaikum,

Lembu yang telah mati serta kepalanya dipenggal dan kemudian diarak ke pinggir masjid dijangka akan berada di Bagan Pinang, Negri Sembilan.

Untuk mengawan.

Wednesday, September 23, 2009

JOHOL & HASSAN ALI

Asalamualaikum,

Raya kira dah habislah. Tetapi cerita politk tetap bergolak terus menerus. Seperti cerita Hassan Ali dan cerita Johol.

Nasib baik ketupat dah makan, kueh tart pun dah makan. Kalu tidak tak terkejar nak updatekan diri dengan kerenah kerenah ni.

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum,


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN