Saturday, October 18, 2008

KONTRAK SOSIAL

Assalamualaikum,

UMNO ni selalu cakap pasal kontrak sosial. Ada sesiapa yang boleh dapatkan untuk saya kontrak ini dalam bentuk bertulis? Atau ada url yang boleh saya layari untuk mendapatkannya?
p.s. jangan dapatkan untuk saya buruh kontrak.

NASIONALIS SENTIASA KETAGIHAN MUSUH

Assalamualaikum,


Salah satu makanan yang perlu dihidangkan kepada pendokong ideologi nasionalisme ialah kebencian. Semakin ekstrim perasaan nasionalisme itu, seperti pengapi apian ketuanan melayu, maka semakin besar dan mendalam rasa kebencian yang mesti dicipta untuk membolehkan pendokong nasionalisme itu terus mendapat sokongan.
Isu yang berkisar di sekitar YB Teresa Kok adalah satu usaha terancang untuk menimbulkan rasa benci ini, kerana, pada perkiraan mereka, kalau rasa benci kepada Teresa Kok boleh dibangkitkan, maka sokongan kepada DAP akan dikurangkan dan dengan itu sokongan kepada PR juga boleh dikurangkan. Jadi satu satu caranya ialah timbulkan atau cipta rasa benci ini.
Cerpen Chamil Wiraya 'politik baru YB J' dan sajak 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu (Panggak Binasa Terlajak Kata) ' adalah menifestasi usaha yang dilakukan oleh semua yang mendokong fahaman bahaya nasionlisme ini untuk menimbulkan rasa benci terhadap mereka yang dianggap lawan dan bukan di kalangan kumpulan mereka.
Sebenarnya yang mendatangkan masalah, yang bersifat sangat perkauman, yang meniupkan apa persengketaan adalah mereka yang beriman dengan fahaman bahaya yang dikenali sebagai nasionalisme ini.
Yang menindas ialah mereka. Yang mendiskriminasi adalah mereka. Yang merompak harta negara adalah mereka. Yang menipu adalah mereka. Yang jadi lanon adalah mereka. Yang menyebabkan masaalah sosial adalah mereka. Yang merosakkan Islam adalah mereka. Lihat akhir cerpen yang diperkatakan. Yang jadi teroris adalah mereka. Yang ganas adalah mereka. Yang mendera adalah mereka . Yang menculik adalah mereka. Yang rasuah adalah mereka.
Yang kena ISA rakyat marhaen.

Friday, October 17, 2008

MENCARI CALON PhD, MSc, MA

Assalamualaikum,


Ada research fund yang boleh dimanfaatkan oleh calon calon Phd, MSc. dan MA. Yang berminat dijemput memohon untuk memasuki program tersebut di bawah seliaan saya. Bidang-bidang:
1. Hydrology
2. Water Resources
3. Environment
4. Athropogenic impacts on the Environment
5. Integrated Water Resource Management
Bahasa disertasi adalah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Kalau dalam Hindi minta Datuk Shah Rukh Khan jadi supervisor.

Thursday, October 16, 2008

INAUGRAL LECTURE

Assalamualaikum,





Syukur alhamdulillah inaugral lecture saya telah disempurnakan semalam. Kepada semua yang telah hadhir saya ucapkan terima kasih.




Kalau ada diantara anda yang berminat dengan topik yang dibentangkan, anda boleh hubungi saya melalui blog ini atau hubungi setiausaha pejabat pada talian 03-79675504.






Atau kalau ada diantara anda yang ingin mendapat satu naskhah inaugral lecture tersebut secara percuma sila berikan e mail, dan saya akan hubungi anda. Bilangan naskhah adalah terhad.






Profesor Di Raja Ungku Aziz andalah antara tetamu yang telah hadhir dalam majlis tersebut.


Nak tahu? saya dan Ungku Aziz punyai tarikh lahir yang sama!

BERILAH KERIS PADA IBRAHIM ALI

Assalamualaikum,


Timbul cerita pasal Ibrahim Ali lagi; saya dah tulis satu artikel mengenai beliau, dan ada blog lain juga yang membincang hal orang ini kat sini, dan juga kat sini. Saya berpendapat tindakan TGNA membenarkan IA bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir adalah betul, walaupun ia menunjukkan PAS mengaplikasi budaya tok lebai pada orang tersebut.
Apa yang ingin saya cuba beri faham di sini ialah tindakan TGNA adalah tindakan yang dikenali sebagai layered atau pun veiled. Tindakan seperti selalunya dibaca oleh orang kebanyakan hanya dengan melihat dan menilai face value nya sahaja. Tetapi lapisan di bawah tidak mudah ditelah. Kita akan hanya tahu apabila sehelai demi sehelai atau selembar demi selembar peristiwa dirungkai dan keadaan sebenar sedikit demi sedikit menjadi terserlah.
Apa yang ingin saya beri tahu ialah IA ini bukan sepanjang masa tidak berguna untuk PAS dan PR. Dia ada kualiti tertentu yang berguna. Jadi, daripada diseranah dan dinista beliau, maka adalah lebih baik beliau dijadikan senjata. Berikan beliau keris. Berikan beliau rpg. Berikan beliau M16. Acah beliau supaya senjata itu beliau gunakan untuk menikam musuh politik PAS dan PR. Biar dia bersilat, biar dia menikam, biar dia menghamput, tetapi kita yang corongkan hamputannya itu kepada UMNO. Di sinilah perlunya political skill. Untuk kutuk senang, untuk perlekeh senang, tetapi untuk jadikan si mamat ini aset itu yang susah.
Jadi di sini, PAS Pasir Mas, dan PAS secara umum ada tugas yang menguji kemahiran berpolitik mereka. Jadikan IA itu senjata kamu, supaya dia bersilat dan menikam musuh kamu .
Termampu lakukan sedemikian?

Wednesday, October 15, 2008

APA MAKNA SASSY?

Assalamualaikum,

Kalau anda buka blog Teresa Kok, anda akan dpati, beliau menamakan dirinya Sassy Mp. Anda pun sedia maklum bahawa YB ini baru sahaja ditahan di bawah ISA, dan kemudian dibebaskan. Beliau telah dikaitkan dengan beberapa isu, dan beliau telah menyaman Utusan Malaysia, kemudian Utusan Malaysia menyaman balas beliau.
Saya ingin tahu makna sassy. Dictionary kata sassy: Impudent; jaunty
Saya lihat pula impudent: impertinent, rude.
Kalau terjemah bahasa Melayu, maknanya kurang ajar, atau nakal.
Bila lihat gambar beliau pada blog tu, saya tahu apa makna sassy.
Nakal.

Tuesday, October 14, 2008

MENCIPTA PEKERJAAN DI KELANTAN

Asslamualaikum,


Nak beri semua orang faham bahawa orang luar Kelantan, yang mendokong perjuangan Islam dan menyokong PAS adalah amat kasih dengan negeri Kelantan selama mana ia diperintah oleh PAS. Kalau mereka tidak boleh memberi sumbangan dalam bentuk material, sumbangan dalam bentuk idea pun adalah sesuatu yang harap harap dapat dihargai oleh orang Kelantan.
Apabila PAS memerintah Kelantan, salah satu tugas berat yang mereka perlu sedar dan perlu berusaha untuk menjayakannya ialah mencipta pekerjaan. Sebelum daripada ini saya telah pun memberi pandangan mengenai perkara berkaitan.[lihat sini]. Jadi tugas wakil rakyat bukan sahaja berbincang hal politik, tetapi memikir bagaimana nak beri rakyat di bawah tadbirnya itu pekerjaan.
Saya rasa langkah pertama telah mula dilaksanakan apabila bermulanya Projek Perintis Tanah Padi Terbiar di kampung Jal Besar, Tumpat. Projek ini mengusahakan tanah yang telah ditumbuhi oleh rumput menerong dan digantikan dengan padi. Dalam tahun 1991, dalam satu pertemuan dengan pimpinan Kelantan, saya telah cadangkan perkara yang serupa, tetapi dari raut muka mereka yang di sekitar tuan guru, kelihatan cadangan saya itu menyusahkan sahaja.
Hari ini The Star melaporkan bagaimana mereka yang tinggal di luar bandar di Miri, mengusahakan tanah terbiar di sekeliling kediaman dengan menanam pelbagai tanaman. Semasa saya berada di Jepun, saya lihat setiap inci tanah mereka yang terbiar diusahakan dengan pelbagai tanaman.
Apabila ada usaha seperti ini, maka pekerjaan dicipta. Apabila pekerjaan dicipta, maka rakyat akan punyai pendapatan, dan dengan itu rakyat boleh mengecap kesejahteraan. Bayangkan kalau semua tanah terbiar di Kelantan diusahakan dengan pelbagai tanaman, berapa banyakkah pekerjaan yang boleh dicipta. Bayangkan kalau bidang pertanian jenis tanaman ini dicambahkan lagi dengan lebih banyak tanaman.Bayangkan pelbagai aktiviti lain digerakkan dalam sektor pertanian, seperti penternakan, perladangan, hortikultur dan lain lain lagi. Bayangkan kalau sektor sektor lain juga digerakkan seperti pengangkutan, pelancongan, pembuatan, industri dan lain lain lagi, maka dengan itu ekonomi akan berkembang dan kemakmuran dapat dikecap rakyat.
Baru le orang tabik sama PAS.

ULTRA MELAYU? ATAU MELAYU ULTRA?

Assalamualaikum,


Sepanjang pengetahuan saya hanya seorang sahaja orang Melayu yang dianugerahkan darjat ultra Melayu, iaitu Mahathir Muhamad. Itu pun gelarannya itu dianugerahkan selepas peristiwa 13 mei 1969. Apabila saya teliti kamus, perkataan ultra itu membawa makna ekstrim.
Tetapi saya percaya penganugerahan darjat ultra kepada Muhyuddin Yassin dalam rencana Sinar Harian 14 Okt. 2008, m.s. N14 bukan bermaksud penerima itu ekstrim, tetapi untuk menunjukkan betapa penerima mempunyai sifat dan nilai serta attribut yang melebihi dan melepasi standard biasa bagi seorang Melayu. Kira kiranya beliau adalah seorang tersangat baik, tersangat bijak dan tersangat sopan dan tersangat berpandangan jauh. Begitulah darjat ultra Melayu yang dikurniakan kepada beliau.
Saya baca penulisan ini adalah satu pelaburan. Di kala saham saham meredum sekarang, apakah pelaburan yang paling baik kalau tidak memupuk dan menyolek dan menghimpun ampu ampuan kepada seseorang yang ditelah akan memegang tampuk kuasa dalam masa yang tidak begitu lama lagi. Pelaburan ini kalau menjadi pasti membawa pulangan yang lumayan. Kalau tidak, mengapakah ampu ampuan itu dihambur sekarang, tidak sebelum ini. Selama ini si penerima tidak layakkah dengan darjah pengurniaan tersebut?
Apa yang berlaku ialah satu stereotaip mereka yang menjulang dan mendaulat perjuangan nasionalisme aqidah UMNO. Siapa sahaja yang berada di atas, itulah orang yang diampu, itulah orang yang dicium tangannya. Apabila Anwar Ibrahim berada di atas dalam platform UMNO, ramai orang yang berebut untuk mendapat peluang mencium tangan beliau. Bila beliau terkeluar dari lingkungan itu, ada yang mengisyaratkan aksi lucah gay kepada beliau.
Oi Mat, mana ada ultra Melayu, yang ada cuma ultraman.

Monday, October 13, 2008

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 31

Assalamualaikum,


...................continued from part 30


To pick up from where Maududi left us, nationalism is not compatible with Islam. But sad to say, most of the Muslim nation-states that have attained independence, adopt nationalism as their state ideology. The further away Islam is from the hearts of the Muslims, the stronger is the entrenchment of nationalism in their minds. Malaysia, is one of the Muslim majority states that where nationalism is the ideology of the ruling dominant Malay-Muslim political party.
One of the unconcealable feature of nationalism is that it degenerate into highly malicious and discriminatory self aggrandization, examples of which can be extracted from the Bosnian and Kosovo wars in the Balkan. For Muslims to profess such attitide is simply abhorrent and despised in Islam. The hadith below explicitly tells us why.
Narrated 'Aisha: The people of Quraish worried about the lady from Bani Makhzum who had committed theft. They asked, "Who will intercede for her with Allah's Apostle?" Some said, "No one dare to do so except Usama bin Zaid the beloved one to Allah's Apostle ." When Usama spoke about that to Allah's Apostle Allah's Apostle said, (to him), "Do you try to intercede for somebody in a case connected with Allah's Prescribed Punishments?" Then he got up and delivered a sermon saying, "What destroyed the nations preceding you, was that if a noble amongst them stole, they would forgive him, and if a poor person amongst them stole, they would inflict Allah's Legal punishment on him. By Allah, if Fatima, the daughter of Muhammad stole, I would cut off her hand." (Sahih Bukhari:Book #56, Hadith #681)
This hadith simply exterminates any notion of subscribing to nationalism by any practising Muslim. The very characteristic of nationalism is profoundly described by preamble of the hadith, that is, any wrong doing if so committed by a member of the nation, then he or she is always spared punishment. In a wider sense, the notion of my country right or wrong is always the basis of the nationalist's sentiment. But in Islam, the basis of belief is that, Allah's command is always supreme.
Thus, no matter who, if Allah's commands are breached, then the stipulated punishments are carried out. Just like what the Prophet said:By Allah, if Fatima, the daughter of Muhammad stole, I would cut off her hand. Meaning that Allah's laws are over and above all other laws and ideologies.
Thus, nationalism cannot be the creed for Muslims.
....................to be continued

PANGLIMA 7 ON DATUK SRK

Asslamualaikum,

Puas saya berfikir fikir, terfikir fikir dan menung menung untuk mencari sebab mengapakah Melaka menganugerahkan gelaran dan pangkat Datuk kepada Shah Rukh Khan. Puas saya berbincang dengan Al Brangi dan Panglima7 dan dan orang orang kenamaan Melaka yang lain, namum jawapannya tidak ditemui.
hanya yang sahihnya ialah pemilihan tersebut mestilah mendapat restu Ali Rostam. Atau mungkin dia sendiri yang mencalon dan meluluskannya, tiada maklumat di sini.
Fikir punya fikir, maka saya dapat ilham yang mana faktor sebenarnya ialah itulah disebutkan oleh Panglima7 di sini!
Yang melulus dan merestu tentulah mempunyai keupayaan mental sedemikian yang superlative.

GEMPAR! (kerana ia tidak gempar)

Assalamulaikum,


Sekiranya pada saat ini anda tidak tahu siapakah presiden UMNO yang baru nanti, siapakah timbalan presiden UMNO yang baru nanti, siapakah ketua wanitanya, siapakah ketua pemudanya, siapakah yang akan mengisi jawatan jawatan seterusnya, maka anda tidak pandai baca politik.
Sebab kesemuanya itu tidak penting, tidak penting kerana ia sesuatu yang mudah dibaca dan mudah ditelah. Yang lebih penting ialah implikasi kepada politik negara apabila mereka ini mengisi kawatan yang dipertandingkan.
Saya sangat risau sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri atas tiket UMNO dan kami berada dalam saf perjuangan melawan arus UMNO. Saya risau pada ketika itu kerana Anwar Ibrahim boleh menjadi imam solat . Beliau boleh berkhutbah. Selalu saya katakan kepada Al Brangi, sekiranya Anwar Ibrahim berkata ittaqullah di atas mimbar khutbah, maka melarah undi yang akan berpusing kepada UMNO.
Orang yang akan mengisi jawatan yang dipertandingkan dalam UMNO untuk siri ini tidak akan mengatakan ittaqullah diatas mimbar khutbah. Generasi yang mereka pancing semakin mengecil, ditambah dengan pelbagai palitan di tatoo didahi mereka. Saat pupus semakin menghampiri mereka.
Apa pun yang berlaku, siapa pun yang dipilih, tiada kegemparan yang akan terukir.