Saturday, September 19, 2009

PKFZ: M'SIA MANGSA ROMPAKAN PALING KERAP

Assalamualaikum,

Tahukah anda siapakah yang paling kerap kena rompak di Malaysia?

Jawapannya ialah MALAYSIA.

Bila Malaysia kena rompak, yang UMNO salahkan ialah Lim Kit Siang dan RPK.

Seterusnya.

Friday, September 18, 2009

MAHATHIR KETUK SAMY LAGI

Assalamualaikum,

Mahathir sekali lagi ketuk Samy Velu, dengan mengatakan si Samy ni sepatutnya lepaskan jawatan.

Yang si Samy ni tak paham paham, orang India sendiri pun dah tolak dia , masih lagi dia bergayut pada dahan jawatan yang dipegangnya sekarang.

Dia kata rakyat tak suka BN, bukan tak suka Samy

Dei, rakyat tak suka BN. Samy lagi rakyat tak suka.

Thursday, September 17, 2009

KECOH DLM INSTITUSI RAJA

Assalamualaikum,

Ahli institusi raja selalu gi nightclub ke?

BANK KERUSI MEREDUM

Assalamualaikum,

September 16 telah berlalu. Angka tersebut juga pada tahun lepas dizikirkan sebagai 916 yang membawa makna Anwar Ibrahim akan menjatuhkan kerajaan BN dan membentuk kerajaan PR. Itu tidak berlaku. Yang berlaku ialah kerajaan PR Perak dicuri dan dijatuhkan sementara waktu secara jenayah.

September 16 juga adalah hari pembentukan Malaysia, dimana Sabah dan Sarawak telah beresetuju untuk membentuk satu federation bersama Malaya. Hari ini sepatutnya adalah hari bersejarah bagi Malaysia. Ia juga sepatutnya diraikan secara besar besaran oleh Malaysia.

Tetapi kerajaan Malaysia tidak meraikan hari tersebut secocok dengan sumbangan besar tarikh itu kepada Malaysia. Tarikh tersebut seolah kelihatan seperti tidak bermakna dan tidak dipandang berharga oleh kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO.

Sedikit sebanyak, perasaan penduduk Malaysia di Sabah dan Sarawak terguris, kerana kerajan persekutuan tidak mengambil peruah kepada mereka. Kerajaan persekutuann tidak memberikan pengiktirafan yang sepatutnya kepada Sabah dan Sarawak dalam konteks sumbungan besar mereka kepada Malaysia.

Lebih penting lagi, kerajaan BN nampaknya memperlekeh dan memandang sambil lewa sumbangan kerusi kerusi parlimen dan DUN yang disumbangkan oleh kedua dua negeri ini kepada pembentukan kerajaan BN. Tanpa jumlah kerusi yang disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak, mungkin kerajaan BN telah bungkus dalam pilihanraya 2008 yang lepas.

Rasa kecewa dan rasa tidak dipeduli telah mula disuarakan oleh pemimpin politik di sana. Yong Teck Lee misalnya, dan juga beberapa pemimpin pemimpin lain. Rasa tidak puas hati ini sentiasa mempunyai kemungkinan untuk diterjemahkan sebagai peralihan angin, daripada menyokong BN kepada menyokong PR.

Perubahan seperti ini tidak boleh dipandang ringan oleh BN, kerana ia boleh berlaku dan telah berlaku. Soalnya ialah adakah suara suara tidak puas hati ini akan segera diterjemahkan sebagai penolakan kepada BN atau hanya gurisan perasaan sahaja masih lagi terlalu awal untuk diketahui secara pasti, namun apa yang bertiup cukup untuk memberi petanda awal tentang apa yang mungkin terjadi pada masa yang tidak begitu jauh dihadapan.

Pendapat saya ialah angin perubahan telah berlaku. Cuma petunjuk yang menyatakan kepastian belum tersembul lagi. Kesediaan rakyat Sabah dan Sarawak beralih angin dan memberikan undi mereka kepada PR telah bermula. Yang tidak dipastikan ialah kelajuan angin perubahan ini.

Selama ini Sabah dan Sarawak adalah satu bank kerusi parlimen dan DUN yang kukuh bagi BN. Tetapi bank kukuh pun boleh redum. Seperti Bank Bumiputra Malaysia Berhad.

Perlekehkan mereka di Sabah dan Sarawak. Bank kerusi BN akan pasti redum.

Wednesday, September 16, 2009

SUGUMARAN KALUNG SLIPPER: ITU IDEA INDIA MARI

Assalamualaikum,

Perwakilan MIC yang mecadangankan mengkalungkan Mahathir dengan kalungan sliper, Peter Sugumaran berkata, idea tersebut datangnya dari India.

Patutlah pedih macam termakan cili akar dirasa AMENO

Tuesday, September 15, 2009

SAMY KUCUT PURUT

Assaolamualaikum,

















Apabila diasak bertubi tubi tentang kurang hajaunya MIC terhadap abang tersayang mereka bernama UMNO, maka Samy merasa kucut purutnya. Yang kononnya nak kalungkan Mahathir dengan selipar digantung sampai tak mati.

Lain kali jangan main main sama big brother aa! Big brother pijak kapla lembu tara apa. Tapi lu orang jangan kurang hajau sama big brother aa!

SIAPA LEBIH LAYAK?

Assalamualaikum,

Semenjak MIC dah berani kurang hajau dengan UMNO ni, ada pendapat yang mahukan Tun Mahathir dikalungkan dengan kasut. Tetapi perbuatan seperti itu pada pendapat saya sudah ketinggalan zaman. Fad yang paling in sekarang ialah membaling orang yang dibenci dengan kasut.

Dalam isu terkini melibatkan MIC dan Tun Mahathir, siapa yang tersangat lebih layak?






















Security guard picks up shoe at Cambridge University on 2 Feb 2009










Security guard picks up shoe at Cambridge University on 2 Feb 2009









Sunday, September 13, 2009

ANALOGI KEK LAPIS

Assalamualaikum,


Kemenangan tim Sammy Vellu dalam pemilihan pucuk pimpinan MIC bukan menunjukkan Sammy dan timnya itu disanjung oleh masyarakat India di Malaysia. Ia juga bukan menunjukkan nyawa BN masih panjang.

Ia sebenarnya adalah satu perkara yang bersifat berlapis, hanya dengan tersingkap lapisan di atas maka barulah kelihatan lapisan yang dibawah. Kemenangan tim Sammy adalah menunjukkan betapa terperangkapnya mentaliti mereka yang membuang undi dalam pemilihan tersebut.

Tetapi di luar sana, pandangan masyarakat India terhadap Sammy Vellu dan MIC telah banyak berubah. Dalam erti kata mereka tidak lagi memberikan ketaatan membabi buta kepada parti ini dan personaliti ini. Lapisan kumpulan ini dalam kek tersebut telah dimakan zaman, dan mereka sedang dalam perjalanan untuk dilupuskan.

Kalau MIC sedang berada dalam lapisan yang telah sampai tarikh luputnya, maka begitu juga dengan MCA. Mungkin kereputan dalam MCA lebih teruk dan lebih tenat lagi, dan kita akan saksikan apabila lapisan yang terungkai, maka kehancuran MCA tidak dapat dielakkan lagi.

Adakah anda fikir sekiranya pengundi tradisional MIC lari dari parti itu, dan pengundi tradisional MCA juga turut lari darinya, BN akan kuat? Formula Mahyuddin ialah kalau UMNO kuat, maka BN akan kuat. Well, formula itu mungkin betul sehinggga Mac 2008. Ia tidak lagi betul sekarang.

UMNO sekarang adalah seperti cacing kepanasan, sedang tercari cari formula untuk mengemblikan kemenangan dalam pilihanraya. Tetapi masih belum berjumpa lagi. Semua faktor yang boleh menyebabkan UMNO menang telah lebur kerana ketamakan mereka sendiri. Hanya satu saja faktor yang masih tinggal sekarang. Undi POS.

Faktor inilah yang mungkin boleh membantu UMNO dalam prk Bagan Pinang nanti. Tetapi itulah satu satunya suasana yang mampu dipunyai UMNO. Selepas daripada ini, UMNO akan redum dan redum.

UMNO akan kelihatan seperti PAS selepas pioiharaya umum 13 nanti. Dulu PAS menguasai satu negeri sahaja. Kelantan.

Mungkin selepas pilihanraya umum 13 nanti, UMNO kuasa satu negeri sahaja.

Johor.