Saturday, January 17, 2009

LAIN KALI....

Assalamualaikum,


LAIN KALI,

KALAU ORANG BUAT ANALISIS, NILAI DULU
JANGAN TERUS PERLEKEH

PAHAM?

TAHNIAH!

Assalamualaikum,


TAHNIAH PAS
TAHNIAH YB ABDUL WAHID ENDUT
TAHNIAH PENGUNDI KUALA TERENGGANU
TAHNIAH PEJUANG ISLAM
TAHNIAH PEJUANG KEBENARAN

GROUND TRUTH REPORT

Assalamualaikum,


1. The reported turn-out was around 70-75%. That is usually the figure for a by-election.

2. Right from the demise of the late Razali, the KT folks had been telling: kalu mengundi lagi mapuh UMNO

3. There is a general feel of ease at all PAS camps

MEMIKIR MIKIR

Assalamualaikum,



Puas saya memikir mikir bagaimana hendak menyediakan peluang pekerjaan sekiranya rakyat Malaysia seramai rakyat Indonesia.


Di Indonesia rakyatya melakukan pelbagai cara yang jarang dilakukan di sini untuk mendapatkan rezeki.

RAMIFIKASI KEPALA BABI

Assalamualaikum,


Ramifikasi daripada insiden kepala babi yang dibungkus dengan bendera PAS, dan ditulis pada bendera tersebut PAS, PMI , PM ialah generasi muda yang akan mengundi dalam pilihanraya negara sedikit masa lagi akan lari daripada satu parti politik yang sekarang ini telah menyarung imej kepala babi.


Sebabnya ialah mereka berasa jijik dengan tindakan yang dilakukan ini!



Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda, dan simpan dalam tabung sub-concious anda, apakah parti politik kebelakangan ini yang sering memainkan isu babi?


Cuba anda bayangkan lambang parti politik yang kita tahu ahlinya terlibat dengan menggantung kepala babi dipagar rumah rakyat Malaysia. Jijik kan?


Bayangkan lambang parti politik ini yang sengaja mencampakkan bangkai babi di beberapa tempat di Malaysia ini, dengan harapan kemarahan rakyat akan bangkit, dan menyokong mereka. Tetapi rakyat rasa jijik dan loya kepada mereka. Semakin banyak babi yang ditabur, semakin jijik dan loya rakyat kepada mereka. Nampak lambang parti ini dalam kepala anda? Jijik kan?


Simpan rasa jijik dan loya anda dalam fikiran anda. Semasa pilihanraya, nyahkan parti ini.


PAS adalah yang teraniaya. Gambar kepala babi dibalut dengan bendera PAS adalah menifestasi PAS dianiaya.

SELAMAT MENGUNDI PAS

Assalamualaikum,



SELAMAT MENGUNDI PAS DI PRK 036 KT

Friday, January 16, 2009

KEPALA BABI

Assalamualaikum,




Di Copy daripada Blog Mat Jang

Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.

Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam) apabila kedua-dua entiti ini dikaitkan dengan Pas.

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

BOLTON 0 MANCHESTER UNITED 3


Assalamualaikum,



Manchester United lawan Bolton. Resultnya: Bolton 0 Manchester United 3.

Pastu MU lead the table.

Betulkan?

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 41

Assalamualaikum,


.......................continued from part 40

Betrayal of Islam by the Nationalists: Pakistan


Pakistan was born on August 14, 1947. When the partition did materialise, the Sikhs, who had committed themselves so much to the Hindus demanded the partition of Punjab. Large-scale voilence first erupted on August 9 when a Pakistan Special Train travelling from Delhi toward Karachi was derailed near Bhatinda, and Muslim passengers were attacked. The Sikhs apparently decided to concentrate their community within East Punjab, and to achieve this goal they planned to drive all the Muslims from the area.


The Sikh leaders had been given vague hopes of a Sikh State and soon started massacring and driving out Muslims from the districts of Amritsar, Ferozpur, Gurdaspur, Ludhiana and Jullundur and the Sikh states of Nabha, Patiala, Faridkot and other areas which were to form the nucleus of Sikhistan. The carnage in Punjab alone cost at least 50,000 dead and rendered countless millions homeless.


By the end of 1947, a million Muslims had been killed, and at least four millions reached Pakistan on trains, in motor convoys and on foot continuously under attack in world's most choatic and biggest exodus.


.................to be continued

ALL TRICKS IN FULL SWING

Assalamualaikum,


Dapatkah anda tafsirkan kenapakah pegawai pengurus pilihanraya PRK 036 KT, Dato' Mat Razali Kassim menarik diri daripada menjalankan tugas sebagai pegawai tertinggi proses pemilihan ini? Tentulah anda tahu jawapannya, iaitu, hadhirnya beliau akan memberi kerugian politik kepada UMNO. Sebab itu beliau mesti melepaskan jawatan tersebut.


Ini ada petanda bahawa segala bentuk penipuan dalam proses pembuangan undi nanti akan berlaku secara berleluasa. Sekiranya ketua nombor satu telah tidak boleh impartial, sehingga apabila didesak baharulah meletakkan jawatan, anda mesti membaca bahawa keseluruhan tenaga yang mengendalikan urusan pilihanraya ini telah ditaklimatkan sedemikian.


Matikan trik membeli kertas undi, membeli sementara kad pengenalan, kad pengenalan segera, melambatkan proses pengundian, menyegerakan penutupan tempat mengundi sekiranya mereka dirasakan kalau dilanjut akan merugikan, mendatangkan pengundi dari luar yang dikawal khas, mungkin oleh mereka yang mempunyai kuasa dan entah apa lagi.


Petugas PAS hendaklah mematikan usaha seperti ini seberapa segera apabila dikesan.


Selain daripada itu, kerja kuat jentera sendiri adalah lebih penting lagi. Jentera pilihanraya yang mantap dan kerja bersungguh sungguh boleh mematikan segala trik mereka.


Sementelah pun, saya baca PAS berada jauh dihadapan UMNO/BN.



KAMPUS DEMAM PILIHANRAYA

Assalamualaikum,



Pilihanraya kampus di Universiti Malaya sedang memasuki fasa berkempen. Saya ucapkan kepada semua yang bertanding selamat maju jaya.


Yang tidak bertanding, tetapi berkepentingn, jangan menyebok!

KEPALA BABI DI SURAU A.P.I. UM, :KURANG AJAR!

Assalamualaikum,


BUDAYA KURANG HAJAR YANG TERDESAK TELAH MENYERAPI POLITIK KAMPUS YANG NYATA MEREBAK DARIPADA POLITIK KOTOR DAN JIJIK UMNO.


KEPALA BABI DILETAKKAN DALAM SURAU AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA.

Thursday, January 15, 2009

EMAS PULAK DAH DIJUMPAI DI KELANTAN

Assalamualaikum,



Syarikat CNMC Goldmine Limited sedang berusaha melombong emas di kawasan Sokor di Tanah Merah. Itu belum ambil kira emas yang tersimpan dalam bumi di Hulu Kelantan!


Kalau campur dengan emas dalam kedai emas di Kota Baru dan dalam Ar Rahnu, banyak emas kat Kelantan.


Tu yang penyokong [ ] UMNO bengang tu.

TERTINGGAL SESUATU YANG SANGAT PENTING

Assalamualaikum,


Semasa saya ke Jakarta baru baru ini saya tertinggal satu barang saya sangat penting. Ingin rasanya saya terbang semula ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan barang itu.


Puas saya cari sekeliling tempat di mana saya berada kalau kalau barang tersebut boleh didapati. Tetapi nyata meleset. Tiada langsung kelihatan.


Barang ini sangat penting dan sangat bermakna dalam kehidupan saya. Sekiranya ia tiada, maka saya akan resah dan gelisah dan tidak ketahuan arah. Sesampainya saya di hotel, saya terus mencari cari segala beg dan ruang ruang yang memungkin barang ini terselit. Namun tetap hampa.

Terpaksalah saya bermalam tanpa barang tersebut. Bermalam dan tidur dengan perasaan berat hati dan terkilan. Hampir merana disebabkan ketiadaannya.


Esok, waktu breakfast, anak saya tetiba bertemu dengan barang tersebut. Kami sekeluarga bersorak gembira dan seperti berpesta.


Inilah yang ku rindui selama sehari ini.


Pencungkil gigi.



VENEZUELA DAN BOLIVIA LEBIH PEKA

asslamualaikum,


Evo Morales, presiden Bolivia dan Hugo Chaves, presiden Venezuela adalah antara negarawan dunia yang sungguh sungu menunjukkan simpati mereka kepada penyembelihan umat Islam di Gaza oleh Israel.


Kedua dua negara ini telah memutuskan hubungan dengan Israel.


Negara Arab masih bercakaran nak cari bila dan di mana nak buat meeting gencatan senjata.


UN insecurity council pudau ditempelak Ehud Olmert: mind your own business


Balasan Allah akan tetap kena kepada mereka yang zalim

PRK 036 KT: PERSIAPAN TAKTIKAL 2

Assalamualaikum,






Pernah tak anda dengar bayaran royalti hsil minyak di Terengganu bertukar menjadi wang ehsan? Adakah berita ini fitnah atau dibuat buat? Pernah tak anda dengar penyokong UMNO dan BN semuanya merestui persalinan kulit ini? Adakah ini cerita bohong?


Soalan saya; apakah yang anda faham daripada perkara ini?



Untuk senangkan cerita, saya soal, saya yang jawab. Apa yang jelas daripada peristiwa bertukar kulit daripada royalti kepada wang ehsan ialah UMNO dan BN sedia melanggar undang undang yang mereka sendiri buat. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali kali, diulang ulang dan akan sentiasa mereka lakukan sekiranya mereka rasa itu menguntungkan mereka dari segi politik.



Dan penyokong mereka akan terus sokong, walaupun itu adalah salah dan salah dan salah. [tau istilah tepat untuk penyokong seperti ini?]


Dalam PRK 036 KT, mereka akan langgar undang undang dan segala peraturan. Kalau pak menteri kata tiada pengundi hantu, anda akan menjadi sangat kurang cerdik kalau anda mempercayainya.



JPN dan SPR melanjutkan waktu pejabat mereka, kelihatan bagus dan seperti beriya membantu melicinkan perjalanan pilihanraya. Anda memangnya kurang cerdik kalau anda mempercayainya.



Anda sangat kurang cerdik kalau anda berkeyakinan kehadhiran anggota keselamatan yang extra ramai itu sebenarnya untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman orang ramai. Smoke screen nya ialah siapa orang ramai itu?


Petugas petugas yang dilantik nanti kelihatan seperti profesional. Anda memangnya sangat kurang cerdik sekiranya anda menaruh harapan yang mereka akan bersikap impartial.


Anda memang sangat kurang cerdik kalau anda mempercayai semua mereka yang berkaitan dengan house of power semasa pilihanraya ini.


Oleh itu, setiap perkara yang luar biasa, setiap perlakuan yang luar biasa samada kelihatan secara luaran seperti baik, atau sebaliknya hendaklah dikomplen oleh petugas pilihanraya PAS. Petugas hendaklah sedia membuat laporan polis sebanyak yang mungkin.


Petugas yang bertugas di pusat pusat pengundian hendak bersikap sentiasa curiga terhadap petugas yang disediakan oleh mereka. Anda hendaklah memahami segala undang undang dan peraturan perjalanan pilihan raya. Sebarang penyimpangan hendaklah anda protes.



Percayalah, kalau isu sebesar royalti minyak itu boleh mereka langgar sewenang wenang dan disokong habis habisan oleh si []tegar, maka mudah sahaja mereka nanti tidak mahu memberi salinan borang 14, atas alasan, tidak bawa karbon pendua!

Wednesday, January 14, 2009

MANCHESTER UNITED MENANG EPL

Assalamualaikum,





Sejak saya di MCKK telah minat dengan Manchester United. Anda agak agak MU menang tak EPL season ni?

Tuesday, January 13, 2009

PETROLIUM DITEMUI DI KELANTAN

Assalamualaikum,


Tadi dapat berita ada pengundi KT yang tinggal di tempat saya telah menerima panggilan telefon yang mana si penelefon menjanjikan RM 500.00 kalau dia beri IC nya semasa hari pengundian nanti. Pengundi ini juga telah dijanjikan RM1000.00 untuk balik mengundi. Berita ini betul ke tak betul saya tidak tahu, tetapi ia adalah satu perkembangan berkaitan dengan PRK 036 KT.


Di tv malaysia tadi saya terlihat pemimpin UMNO dengan bangga mengatakan royalti minyak telah dikembalikan kepada rakyat, betapa beruntungnya Terengganu, ada sumber petrolium. Kelantan tidak ada. Pahang pun tidak ada.


Mengapa UMNO ni jenis pembohong kaudu? Dari 1976 hingga Feb. 2004, pembayaran petrolium dikatakan royalti. Bila PAS perintah Terengganu, semua undang undang yang dia sendiri buat, dia sendiri langgar. Royalti jadi wang ehsan. Yang sibengap dalam UMNO semua angguk belaka.


Sekarang wang ehsan bertukar kulit menjadi royalti semula. Yang si bengap dalam UMNO pun angguk lebih kuat lagi, sebab RM sedang turun melayang dari langit. Rakyat Terengganu semasa PRK 036 KT ni berpesta duit. Habis pilihanraya, rakyat Terengganu masih lagi dalam kategori miskin.


Ini menunjukkan UMNO ni memang hasad. Memang dengki. Masa dia perintah, bayaran dinamakan royalti. Wajib bayar. Masa PAS perintah, bayaran bertukar jadi ehsan. Tak wajib bayar. Bukan saja tak wajib, sunat pun tidak.


Punyalah dengki, sumber gas di Kelantan tidak mahu dimajukan. Kalau dimajukan pun, paip gas dilencong ke Thailand, lepas masuk ke Kedah. Namun masuk direct ke Kelantan tidak sekali. Top top Kedah PAS perintah pulak.


Lebuh raya Pantai Timur pun stop kat Terengganu aje. Top top menteri yang gah menghebohkannya kalah pilihan raya. Padan muka. Memanglah kerabat UMNO ni jenis dengki.


Kau orang tau tak, Kelantan tu ada sumber petrolium? Kalau tak caya buatlah deep sea prospecting.

BAJAI

Assalamualaikum,

Dalam kota yang sentiasa mundar mandir, simpang siur ke hulu ke hilir, transportasi memang sangat penting. Di Jakarta, oleh kerana umat manusia terlalu ramai, dan kenderaan terlalu banyak, maka cara alternatif perlu di cari.


Bajai memberikan anda pilihan. Murah, mudah dan selamba.


Keselesaan dan keselamatan tanggung jawab sendiri.

HARTA NEGARA BUKAN HARTA KAMU

Assalamualaikum,



Selama ini UMNO sengaja buat buat tidak tahu bahawa harta negara bukan harta mereka. Mereka ni sentiasa menjadikan harta negara sebagai harta peribadi, di semua peringkat. Sebab itulah diperingkat cawangan mereka tidak punya ofis . Beribu ribu balai kepunyaan negara ditawan mereka untuk dijadikan pejabat . Alasannya: Ini harta orang ramai. Maka orang ramai boleh gunakan. Tetapi orang ramai itu mesti UMNO sahaja. Bukan UMNO tidak boleh!


Itulah smoke screen mereka. Kalau dikatakan untuk kepentingan orang Melayu, sebenarnya itu adalah untuk kepentingan peribadi mereka.


Pihak berkuasa sebuah PBT sedang menyita sebuah balai orang ramai yang ditawan oleh UMNO untuk dijadikan pejabat mereka.




Sebab itulah mereka tidak boleh diberi amanah mentadbir masjid. Duit masjid dikebasnya. Tidak boleh mentadbir koperasi. Tidak boleh menjaga tanah negara. Tanah dikebasnya. Tanah dijualnya. Tidak boleh diberi kepercayaan mentadbir negara. Duit negara dikebasnya.

BIDUAN JALANAN

Assalamualaikum,




Biduan jalanan sering kita jumpa di lorong lorang di Jakarta. Pertama kali saya bertemu dengan biduan jalanan ini ialah semasa saya ke Borobudur, saya didendangkan dengan lagu Semalam Di Malaya, sebuah lagu yang popular semasa saya kecil. Hulur Rp 1k menjadikannya sangat gembira.


Gambar di atas ialah biduan jalanan yang memainkan irama keroncong. Saya rasakan sungguh unik. Ia lebih unik daripada dendangan lagu lagu pop yeh yeh oleh biduan jalanan Kuala Lumpur yang rata rata terdiri daripada OKU tiada penglihatan.


Saya rasa sungguh terpesona dengan permainan mereka. Pernah dulu di GELORA Senayan saya terpegun mendengar biduan jalanan mendendangkan lagu Sunda.


Yang pakai serban tu bukan biduan jalanan!

Monday, January 12, 2009

TERKEDU

Assalamualaikum,


Apabila saya melihat laporan berita mengenai perang yang dipaksakan oleh Israel kepada orang Islam Palestin di Gaza, kesan sedih dan marah dan geram memang ada. Kesan itu sampai samada saya lihat melalaui AL Jazeera atau BBC. Chanel tv Malaysia sejak berkurun dulu lagi saya telah boikot hingga ke hari ini.ai


Tetapi kesannya itu sahaja.


Tetapi apabila saya lihat laporan yang dipaparkan oleh tv Indonesia mengenai keazaban yang ditimpakan ke atas umat Islam di Gaza, saya rasa amat tercuit dan amat pilu. Ayer mata saya meleleh panas secara perlahan berjurai di tepi jelingan mata. Laporan yang dibuat oleh tv Indonesia tersebut sangat sayu, ditambah lagi dengan latar lagu yang hiba menyebabkan saya menangis senyap senyapan.


Petang hari Sabtu 10/1/09 saya dengar seorang DJ sebuah station radio Jakarta membicarakan tentang Palestin. Dalam bicara tersebut, DJ perempuan tersebut terkedu, dan kadang kala lenyap suaranya untuk ketika yang panjang, dan kemudian disambung dengan bicara yang penuh keduan lagi.


Saya turut sama terkedu, cuma secara sembunyi, khuatir nanti dapat dikesan oleh pak supir yang sedang memandu.


Kenapa saya tidak rasakan sedemikian di media arus perdana kita? Mungkin mereka ni dah terbiasa dengan membodek ke?

BOLEH KEMPEN DI TV KE?

Assalamualaikum,





Janji nak posting semasa di Jakarta, tetapi hotel yang kami menginap, Hotel Alia Jalan Matraman, Jatinegara, internet freenya boleh diguna hari pertama, cuma tidak ada masa. Hari seterusnya internet tersebut tidak ada connection.


Sekarang Indonesia sedang rancak membuat pesiapan menghandapi pilihanraya umum April nanti. Saya difahamkan terdapat 48 parti politik yang mengambil bahagian.


Saya perhatikan semua parti politik diberi peluang untuk berkempan di TV, juga di akhbar. Saya kira di semua media arus perdana.


Di Malaysia ni, yang kita digemburkan tentang keterbukaan dan majunya kita, parti politik selain daripada UMNO dan BN boleh ke kempen di media arus perdana?