Tetapi apabila Najib membebaskan 13 orang lagi tahananI.S.A., tindakan tersebut bukan menunjukkan keperihatinan pemerintahan sekarang kepada derita rakyat, tetapi menunjukkan kebodohan dan kebebalan pimpinan sekarang.
Manoharan pasang bubu, dan Najib dengan senang hati masuk ke dalamnya.
Sebenarnya bukan dengan senang hati, tetapi dengan berat hati, kerana terpaksa. Kalau tidak bebaskan susah, kalau tidak bebaskan pun susah.
Hocus pocus di DUN Perak adalah sembelihan terakhir untuk UMNO, dan dalam keadaan ia memerlukan pertolongan cemas membebaskan tahanan ISA disangka menjadi mouth to mouth resuscitation.
Tetapi itulah dioxin untuk UMNO.