Saturday, January 15, 2011

EXOTIC

Assalamualaikum,

Minggu lepas ada seorang sepupu kepada isteri datangke rumah. Dia datang untuk memberikan ayah mertua ku daging exotic. Kijang, pelanduk dan landak.

Aku terima sahaja, juga aku ingin merasa daging daging exotic ini. Tapi aku tahu orang ini, dan kawannya yang mendapat buruan ini adalah poachers.

Semasa mengajar kursus alam sekitar, aku sering mengingatkan pelajar mengenai poachers ini.

Aku sendiri tidak akan buru haiwan haiwan. Biarlah mereka hidup bebas. Kalau kau yang kena buru dan kena tembak oleh poachers lain, amacam?

Pernah bapa saudara ku rasa pelik dan tidak setuju apabila aku tidak benarkan tupai ditembak dikebun durian aku.

Biau le dia nak makan!

Dia kata, apa punya tasauf tu?





KIJANG INDON

Friday, January 14, 2011

KAU NAK REFORM 100-HARI ATAU MENARA 100 TINGKAT?

Assalamualaikum,

Cadangan PR untuk menjalankan reform atau penambahbaikan Malaysia dalam masa 100 hari memerintah Malaysia telah menjalarkan peluh dingin disaraf tunjang BN. Maka untuk menjawab tawaran yang sukar ditangkis ini, strategi yang diambil BN adalah amat lawak.

Pertama seorang kartun yang dulunya ada pihak yang menanam senjata di kediamannya sehingga orang ini boleh didakwa di bawah akta berat  membawa hukuman mati. Bila telah kompromi dan lepas, maka dia digunakan untuk serang Anwar.

Kedua seorang kartun betina yang mencapai kegelamoran dalam Liwat I, dan terdedah skandalnya dalam satu perbicaraan lain, juga diguna untuk saman Anwar.



Keempat 19 projek berbilion RM

Kesemuanya menunjukkan getaran peluh dingin di saraf tunjang

PR kemukakan reform dalam masa 100 hari

BN tawarkan menara 100 tingkat

Kau ambil yang mana?

Thursday, January 13, 2011

DOA BILA MUSUH MENGEPUNG

Assalamualaikum,


اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا

"O Allah, save our honour and remove the fear and keep us safe"

(Hisnul Hasin)

KHAIRUDIN, AKU HARAP.....

Assalamualaikum,


Khairudin, aku harap sekarang kau dah pandai silat politik

Wednesday, January 12, 2011

MESMERIZE

Assalamualaikum,


Selepas piliharanraya 1999, dalam satu mesyuarat saya telah menyatakan bahawa satu bahagian parti keadilan pada masa itu telah lumpuh. Tetapi, sambung saya, mereka masih mempunyai pengundi. Maklumat ini telah dibocorkan oleh seseorang di dalam mesyuarat tersebut. Sekarang saya tahu siapa orang itu, agaknya.

Apa yang saya hendak bawa di sini ialah PKR adalah satu parti yang lemah jenteranya. Begitu juga DAP adalah satu parti politik yang daif jenteranya. Satu satunya parti politik di Malaysia yang punyai jentera yang mantap ialah PAS. UMNO dan BN sendiri tidak punyai jentera. Mereka sebenarnya berdiri dalam istana pasir dan bertongkatkan jentera dan instrument negara. Sekiranya tongkat ini disentap dari mereka, merungkup mereka mengguling.

Tetapi PKR dan DAP punyai pengundi, dan jumlah ini membuncit setiap hari. Isu perlantikan setiausaha negeri Selangor mungkin meredumkan imej MB Khalid di mata umum, namun pada masa yang sama simpati pengundi beralih ke PKR dan PR. Parti ini dilihat sebagai pihak yang dianiaya, dan mendapat simpati pengundi. Jadi kombinasi antara PKR, DAP dan PAS menghasilkan satu tenaga yang potent untuk meranapkan BN.

Di kawasan parlimen yang saya katakan jentera parti Keadilan telah lumpuh itu kemudiannya memberi kemenangan besar kepada seorang saintis PAS untuk menjejak kaki ke parlimen Malaysia. Oleh itu adalah satu kesilapan  besar sekiranya anda mengatakan PKR sedang nazak, atau langkah ke Putraja itu satu angan angan mat jenin.

Memang ada double agen yang ditanam dalam Keadilan dan PKR yang setelah diangkat dan diberi kepercayaan menikam semula PKR, seperti kes di Perak, kes dua bunga [saya belajar zahrah itu maknnaya 1 bunga. zahrain itu  maknanya 2 bunga] dan ketayap harley davidson. Namun ini adalah perkara yang telah dibaca dan dijangka  terlebih awal lagi, namun saya menjangkakan double agen ini ramai, rupanya alhamdulillah  beberapa ekoq saja.

Satu kuasa yang terus memberi ketakutan kepada BN ialah Anwar Ibrahim. Beliau merupakan tenaga yang menggemukkan jumlah pengundi PR. Setiap hari dan setiap ceramah, beliau menambahkan bilangan pengundi PR.


Pengundi yang menyokong PR terus menerus bertambah, dan kawan dan lawan mengakui bahawa beliau ini punyai kelebihan untuk menjadikan pengundi

mesmerized

Tuesday, January 11, 2011

DIA NAK LONDEH SELUAR SENDIRI

Assalamualaikum,

Diberitakan Selangor akan cuba juga buat emergency sitting D.U.N. dan kemudian mungkin akan cuba untuk pinda undang undang tubuh Negeri Selangor.

Tujuan utama ialah untuk beri kuasa kepada sultan dan menteri besar melantik setiausaha negeri

UMNO dah baca dah. Dia kata kalau beri kuasa pada sultan, sokong. Beri kuasa pada menteri besar tidak sokong

Sekali seluar dah kena londeh semasa majlis angkat sumpah khusrin

Sekarang ahli korporat ni nak londeh sendiri sekali lagi

Monday, January 10, 2011

JAMLUS, SIAPA TU?

Assalamualaikum,

Dia kawan aku. yang aku kasih. Bila dia operate kantin di satu IPT,dulu, aku sering  ke kantin beliau.

Bila ada orang cuba memperlekeh beliau, aku pertahankan beliau, walau bagai mana terkial sekali pun.

Aku rasa beliau yang buat laporan polis di Jelebu hal Robengah. Yang ini aku tidak setuju, sebab Al Qur'an ajar kalau dengar berita dari orang fasik, siasat dulu.

Hal yang beliau terlibat ini pada aku masih di peringkat hearsay. Dan jawapan yang keluar di dada media adalah satu jawapan berskema yang telah sedia dijangka. Semua yang membuat analisis menjangkakan jawapan yang sedemikian.

Cuma sahabat aku ni jump the gun. Biar orang lain yang ambil tindakan seperti itu.

Tetapi tidak orang PAS

MENUNGGU CUCU KE 2

Assalamualaikum,

Sedang menunggu kelahiran cucu ke 2. Mudah mudahan dipermudahkan Allah kelahirannya