Thursday, March 1, 2012

KIT SIANG LIBAS PULA.....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Secara sinis dan menyindir dan mengejek, mahathir cadangkan supaya PAS lantik Lim Kit Siang jadi presiden nya.

Lim Kit Siang balas, mungkin tak mahathir cadang Chua Sio Lek jadi presiden UMNO?

Wednesday, February 29, 2012

DISERTASI NYA DIMULAI DG SURAH AL A'LA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dua sabtu lepas aku terima call dari Dr. Luli Joshu Melling. Dia menceritakan tentang artikelnya dalam jurnal antarabangsa yang mendapat 58 citation. Luli adalah bekas pelajar aku, sekarang menjadi rakan yang tidak akrab, tetapi dalam 5-6 tahun sekali berhubung.

Semasa beliau memohon membuat MSc di U of  Reading, UK, aku tulis dalam surat recommendation tentang dia: She undertook soil survey in the uncharted forests of Sarawak, and she was six months pregnant at the time.

Bila dia sampai di Reading, supervisornya tunjukkan surat yang aku tulis itu kepadanya, kerana mat saleh tu sangat terpesona dengan dia.

Kemudian dia buat PhD di Tokyo, dalam masa 3 tahun siap dan dapat PhD. Aku tanya dia macam mana dia boleh dapat PhD dalam masa 3 tahun, dia jawab; You are the one who taught me! You told me to write everyday, no matter how little,

Dalam tahun 1990, aku ditugas membawa serombongan pelajar ke Sarawak, dan untuk pertolongan logistik, kami mohon bantuan kementerian pertahanan, kot kot boleh dapat. Oleh kerana dia kenal timbalan menteri tu, kami bawa dia bersama jumpa pak menteri.

On the way balik dia bercerita yang seorang pegawai tentera yang Melayu dan aku percaya Islam dalam pejabat tu warning dia mengenai aku yang berserban dan berjanggut. Pegawai itu kata orang itu bahaya. Si Luli inilah yang mempertahankan aku, sedang si Islam tu mengutuk aku.

Sering aku ajak dia masuk Islam, dia memang hendak, tetapi not the time yet, katanya.

Semasa dia berjumpa aku sebaik tamat PhD, dia menceritakan bahawa dia memulai disertasinya dengan surah Al A'la:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى 

Dan banyak pihak yang menyanggah pendekatan dia .....

Tuesday, February 28, 2012

PRESIDEN IALAH.....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam perbincangan dengan sahabat sahabat ku mengenai isu semasa, kami selalu mengimbau kami ini adalah generasi yang bila mesuk p/raya, kalah. Kami sudah lali dengan keadaan seperti itu. Tetapi sekarang suasana telah berubah, PAS masuk pilihan raya dan menang. Kelazatan kemenangan ini nampaknya menghakis tarbiyah, kalau ada tarbiah. Kalau tidak ada tarbiyah, ia meranapkan tuan punya diri.

Walau pun aku tidak menyangkal kemungkinan ada unsur unsur anwariyyun dalam kemelut Kedah sekarang, tetapi aku lebih merasakan ia adalah rasa terkulat kulat apabila kelazatan kemenangan itu belum puas lagi dijilat dan dikulum. Ia bukan bermula dengan tindak dan tanduk Utz Azizan sebelum ini, tetapi ia adalah jelmaan ketagihan kelazatan kemenangan yang bertitik tolak daripada insiden Utz Azizan dimasukkan ke IJN kerana hal kesihatan.

Maka bermula dari situ telah ada yang terbayang jawatan menteri besar itu boleh jatuh ke tangan aku. Apabila Utz Azizan kembali sihat, dan jawatan itu tidak berpindah tangan kepada aku, maka musabab yang seterusnya boleh dicipta.

Mencipta kemelut adalah petanda bahawa ada orang yang tidak mampu mengawal kelazatan kemenangan. Ia telah menunjukkan padah di Selangor, dan mula merebak ke Kedah pula. Kalau ahli biasa yang tidak paham dan reti mengawal kelazatan kemenangan boleh difahami. Tetapi kalau pemimpin yang pelahap dan ketagih kepada kalzatan kemenangan, itu petanda organisasi itu mula membasai, mula memburuk, mula decay. Untuk selamatkan organisasi, punca basai itu perlukan pruning.

Walau apa pun pendirian dan pandangan orang, aku tetap menyatakan dan memberi sokongan kepada ustaz Azizan. Kerana, sekiranya keadaan perlu atau mendesak, orang yang paling layak menggantikan presiden sekarang ialah

beliau