Saturday, November 8, 2008

PAS MENANG

Assalamualaikum,


Saya bukan lah peminat filem atau seni tempatan, sebabnya bidang ditersebut sekarang ini berada dalam grey area, iaitu bidang yang boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam dosa dan maksiat. Asalnya bidang ini neutral, tetapi kalau tidak dikendali dengan taqwa, boleh membawa kita kepada apa yang saya sebutkan tadi.
Tetapi terbaca juga saya berita tentang Festival Filem Malaysia ke-21, dan dinyatakan filem Mamat Khalid Kala Malam Bulan Mengambang telah menang sebagai filem terbaik. Saya tidak tahu apakah pokok pangkal filem ini, apa jalan ceritanya, siapa hero dan siapa antigonis, itu hal bagi mereka yang nak menilai filem tersebut. Yang saya nilai ialah tajuk filem tersebut.
Bulan mengambang bukankah dikaitkan dengan PAS. Bukankan ramai orang yang menjadi penyokong totok UMNO dan BN takut dengan bulan mengambang, hatta kalau ada sisa sisa atau mirip mirip bulan mengambang, pastilah UMNO akan kikis habis habisan.
Anda ingat sedikit masa dulu logo Petronas yang dihebohkan sebagai mirip dan berbau PAS, maka gempitalah perhimpunan mereka mengenai hal ini, dan dipaksa Petronas membelanjakan sekian juta RM untuk membuat perubahan kepada logo tersebut supaya tidak mirip rupa lambang lagi.
Anda ingat lagu Azizah di gam daripada disiarkan diudara? Ini adalah kerana ketakutan UMNO terhadap pengaruh lagu tersebut yang mempunyai persamaan nama dengan Datin Seri Azizah Isteri DSAI. Juga lagu Bersih dikenakan tindakan yang sama kerana kumpulan Bersih bertindakan berdemonstasi supaya pilihan ke-12 yang pada ketika itu sedang menjelang dijalankan secara bersih.
Sekarang filem Bulan Mengambang telah menang. PAS telah menang. Rakyat telah terima PAS. Para penggiat seni telah menerima PAS. Para penggiat seni akan beri undi mereka kepada PAS. Media telah terima PAS. Para hakim telah terima PAS. Peminat seni telah diberi isyarat supaya terima PAS. Rakyat telah diberi tahu bahawa PAS bagus, sebab itu filem ini menang. Rakyat diberi isyarat supaya beri undi mereka kepada PAS. Semua golongan dan lapisan masyarakat menyokong PAS.
Rakyat tolak UMNO. Sebab dalam pemilihan parti mereka yang sedang berlangsung sekarang, mereka sendiri yang mengakui mereka amalkan rasuah.

MASJID FELDA BUKIT SENGGEH

Assalamualaikum,




Saya berpeluang membuat kajian di Felda Bukit Senggeh, Nyalas, Melaka dan sempat bersembahyang Jumaat di sana semalam. Saya perhatikan jemaah saling tegur menegur dan memberi salam antara satu dengan yang lain. Walau pun mereka tidak kenal saya, sedang hampir semua warga felda tersebut dikenali, mereka tetap memberi salam dan menegur. Budaya ini telah hilang di tempat saya tinggal, walau pun sering bersua, namun, kalau tidak biasa dengan sesorang itu, bergesel bahu pun tak diberi salam.






Apabila masuk ke ruang solat dalam Masjid Felda Bukit Senggeh (Koodinat: 02 23.295 N, 102 28.080 E), udara di dalamnya terlalu panas. Sepatutnya apabial panas begini, kipas tu dilajukan maksima, tetapi tidak kipas tetap berpusing kiut, kiut, kiut.




Saya dapati, rekabentuk masjid tersebut salah. Tidak apa ketafakkuran yang diberi kepada pengudaraan dan pengaliran haba. Bukan kah orang Islam telah lama mengungguli reka bentuk masjid? Sehinggakan masjid yang ditengah padang pasir pun menjadi nyaman untuk kita berada di dalamnya? Jelas ilmu tersebut telah hilang, dan dengan itu rekabentuk mesjid menjadikan jemaah seperti dibakar. Salah satu masjid besar yang mempunyai rekabentuk faulty seperti ini ialah Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sekiranya sistem air conditioning telah dipasang di masjid Kampung Baru ni, alhamdulillah.




Nampaknya banyak reka bentuk masjid sekarang ini tidak lagi tahu dan faham apa guna kubah tersebut, juga ketinggian siling tidak diambil kira dalam reka bentuk masjid, dengan itu, apabila jamaah berada dalam masjid, terutamanya untuk sembahyang Jumaat, kita meresa seperti berada dalam oven. Mungkin kah reka bentuk masjid tersebut direka oleh non muslim?




Satu lagi aspek yang semakin pupus ilmunya dalam reka bentuk masjid ialah pencahayaan. Dinding masjid diikat dengan bata tanpa ruang untuk cahaya masuk, juga tanpa ruang untuk udara berkitar. Masjid dengan sendirinya menjadi bilik gelap seperti untuk memproses filem.


Ada juga masjid yang tidak tahu mana hendak diletakkan mimbar. Kedudukan mimbar memutuskan saf dan kadang kala memakan ruang solat yang banyak, sedangkan ia boleh dipermudah dengan rekabentuk yang telah lama dipunyai oleh orang Islam.








Banyak masjid yang mempunyai simpanan yang yang banyak, dan wang tersebut tersimpan dalam bank. Tidak digunakan. Sekiranya anda AJK masjid, dan masjid anda ada dana, gunakan dana tersebut untuk sentiasa menaik taraf dan menambah baik masjid anda. Anda tahu tak, tempat di mana toilet paling kotor ialah di masjid masjid? Tempat yang sampah paling bersepah ialah di masjid masjid. Kalau masjid anda tidak tergolong dalam kategori ini, bagus lah. Tetapi saya tahu ada masjid yang AJK nya kedekut untuk membelanjakan dana, seolah dana masjid tu duit dia.



Masjid Felda Bukit Senggeh ni, kerana ada dua jamaah yang tidak boleh boleh kena air cond, maka semua orang terpaksa masuk dalam ketuhar.



Kalau saya mereka bentuk masjid, saya reka paling minima seperti di bawah.


Friday, November 7, 2008

FOR THE LOVE OF TIFFANY


Assalamualaikum,




Beberapa tahun yang lepas saya baca sebuah atikel dalam Reader's Digest mengenai seorang Hell's Angles yang bertemu dengan seorang bayi di hospital. Bayi ini dilahirkan oleh seorang perempuan yang terencat akal yang mungkin telah dirogol oleh seseorang. Bayi ini dilahirkan dengan pelbagai komplikasi.

Dia mengambil bayi ini dan dibelanya. Dia lebih sayang bayi ini lebih daripada isterinya, sehingga dia berpisah dengan isterinya. Bayi tadi membesar, tetapi tidak normal dan sentiasa keluar masuk hospital. Bayi ini diberi nama Tiffany. Pada umur 15 tahun Tiffany akhirnya meninggal dunia.

Kerana kasihkan Tiffany, dia membuat tatu dilengannya. Tatu tersebut berbunyi: For the Love of Tiffany. Begitulah kalau seseorang itu telah terlalu kasih dengan sesuatu itu, ia akan membuat apa sahaja untuk mengingati apa yang dia kasih.

Gambar yang anda lihat di atas adalah satu gambar yang telah terlalu biasa kita lihat. Gambar tersebut adalah satu usaha untuk menipu rakyat. Projek adalah projek negara; wang yang diguna adalah wang negara; tapi nama dan promosi dapat ke BN bersimbol dacing. Kalau wang untuk membiaya projek tersebut datangnya dari bendahari BN, saya tidak bantah. Tetapi ini adalah wang negara, bukan wang BN.

Oleh kerana orang BN terlalu kasih akan simbol dacing itu, seperti yang dimenifestasikan oleh gambar di atas dan juga seperti beberapa tahun dulu di mana mereka mempromosi baja cap dacing, maka saya cadangkan di sini supaya lambang dacing itu juga mereka tatu pada diri mereka.

Sangat power dan berkesan kalau dacing tu di tatu di dahi mereka.

Thursday, November 6, 2008

GAJAH DI MELAKA YANG BERANG

Assalamualaikum,


Saya pernah belajar yang mana sekolah itu yang naik marah, bukan gurunya. Sebab saya katakan demikian ialah kerana sekolah di mana saya belajar itu namanya Gajah Berang. Yang tidak boleh saya lupakan ialah saya berbasikal ke sekolah sejauh lebih kurang 20 km setiap hari persekolahan dan sementara menunggu pintu pagar persekolahan sesi petang dibuka, kami bersidai dipersekitaran pintu belakang sekolah.






Di luar pagar pintu belakang ini ialah kawasan kediaman, terdiri daripada penduduk Cina dan India. Yang saya pelik ialah penduduk India di situ bertutur dikalangan mereka dalam bahasa Melayu. Mulanya saya sangka saya tersilap dengar, tetapi lama kelamaan, memang jelas, mereka bertutur dalam bahasa Melayu.






Saya tahu mereka adalah penganut hindu, kerana semasa saya bersekolah itu, terdapat dua kuil hindu di situ. Lama selepas itu barulah saya tahu bahawa mereka ini adalah kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan, atau Chitty Melaka, atau orang hindu yang lahir di negeri Melaka Straits Settlement.






35 tahun setelah saya berhenti dari Sekolah Menengah Gajah Berang, saya datang sekali lagi ke Kampung Chitty di Gajah Berang bersama pelajar saya untuk membuat kajian. Saya dapati keadaan kampung tersebut tidak berubah, penduduknya masih lagi miskin. Mereka masih menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya di kalangan mereka, cuma saya nampak kuil telah bertambah menjadi tiga semuanya.






Semasa menunggu pelajar pelajar menemu ramah penduduk kampung ini, saya mendengar seorang ibu mendendangkan anaknya yang ingin tidur. Ibu ini berpantun dengan pantun Melayu yang mana pantun tersebut memang merupakan pantun lama dengan kata kata yang klasik dan tidak lagi kedengaran digunakan sekarang.






Mereka ini adalah keturunan pedagang India dari pantai Coromandel di Selatan India yang datang ke Melaka sekitar abad ke 15. Mereka saya kira tidak lagi boleh bertutur bahasa Tamil, dan mereka nampaknya mengamalkan budaya Melayu sepenuhnya. Mereka menzahirkan taat setia kepada Yang Di Pertuan Agung Malaysia. Mereka adalah warga negara Malaysia.





Dalam konteks kontrak sosial, ketuanan Melayu dan semangat nasionalisme, adakah mereka ini setinggan?





Anda agak siapa dulu sampai ke Malaysia, datuk nenek mereka atau datuk nenek Khir Toyo?




USA DAPAT PRESIDEN BARU, UM DAPAT NC BARU

Assalamualaikum,


Di desuskan Universiti Malaya akan dapat naib canselor baru. Tunggu sahajalah pengumuman rasmi.
Naib Canselor baru, ranking boleh naik lagi kot.

Wednesday, November 5, 2008

OBAMA, KAU PRESIDEN JANGAN SEMBELIH MUSLIM

Assalamualaikum,


Peringatan untuk Barack Obama. Kau nak jadi presiden Amerika, aku tak halang. Kau memang itu kau punya kelebihan, tapi kau jangan sembelih orang Islam. Kau kena keluar dari Iraq. Kau kena keluar dari Afghanistan. Jangan kacau Sudan. Beri orang Islam Selatan Siam merdeka. Beri orang Islam Selatan Filipina merdeka. Selesaikan kemelut timur tengah. Kembalikan al Quds kepada Islam. Beri Islam perintah Somalia. Biar Islam perintah Algeria. Jangan buat profiling kepada Muslim.
Atau lebih baik kau masuk Islam.
Kalau kau juga macam bush, kau nanti bukan saja jadi obama, tapi obladi, oblada.

Tuesday, November 4, 2008

LANTUNLEPAS DARIPADA FIQH ALHELMY

Assalamualaikum,


Burhanudin Al Helmy adalah salah seorang pemimpin PAS yang membawa impak besar terhadap arah tuju yang dilalui oleh PAS. Walau bagaimana pun, zaman beliau mempamirkan cabaran yang berlainan dengan cabaran yang dihadapi sekarang. Al Helmy telah menunjukkan penguasaan kepada ilmu ilmu Islam yang tinggi, dan dengan itu, dalam menjalani kehidupan untuk menegakkan perjuangan Islam, beliau telah banyak menghasilkan interpretasi keadaan zaman beliau. usaha ini saya namakan fiqh Al Helmy.
Fiqh yang dihasilkan oleh Al Helmy banyak dipengaruhi oleh sentimen nasionalisme yang rata rata pada zaman tersebut melanda negara negara umat Islam. Kita tahu nasionalisme dihasilkan oleh revolusi Perancis yang menekankan kepada kecintaan kepada nation, yang mana nation ini pula boleh diterjemah menjadi bangsa, negara, puak atau kelompok atau apa sahaja yang boleh dijadikan asas untuk berpuak puak. Sebahagian kecil sahaja nasionalisme ini yang compatible dengan Islam tetapi bahagian yang besar pula bercanggah dengan Islam, seperti sifat membenci atas dasar puak, mendiskriminasi, menganiaya, menyakiti serta memerangi dan menghapus. Tetapi perbezaan yang tidak boleh ditolak ansur ialah Islam menyeru kepada Allah Akbar, sementara nasionalisme menyeru kepada puak akbar.
Fiqh yang diguna pakai oleh PAS sehingga ke era kepimpinan ulamak banyak dipengaruhi oleh fiqh Al Helmy. Syariat adalah hukum yang diturunkan oleh Allah, sementara fiqh adalah interpretasi manusia terhadap syariat tersebut. Oleh itu fiqh sentiasa bersifat dinamik dan mengikut keperluan semasa dan setempat.
Dalam era PR diberi mandat untuk memerintah sebahagian daripada Malaysia, maka fiqh Al Helmy yang terdapat dalam PAS hendaklah dilantunlepas supaya ia menjadi terkehadapan dan sentiasa terkini dalam menghadapi cabaran semasa. Dinamiknya fiqh ini telah ditunjukkan apabila PAS membenarkan calon wanita bertanding dalam pilihan raya. Ini menunjukkan telah ada sebahagian daripada derap langkah PAS seiring dengan kemajuan dan realiti semasa negara ini. Fiqh ini akan berubah lagi sekiranya calon bukan Islam dibenar bertanding atas tiket PAS, dan samada non Muslim boleh menjadi ahli PAS. Kesemuanya ini menunjukkan jurisprudence engineering yang lakukan untuk memenuhi keperluan semasa. Begitu juga dengan mengambil rakan kongsi dalam pilihan raya, ia menunjukkan fiqh yang digunakan telah mengalami inovasi dinamik yang membolehkan pelbagai perkembangan baru dicapai.
Tetapi tidak semua pemimpin PAS faham tentang dinamik yang sedang berlaku dalam masyarakat Malaysia, atau mereka lambat menangkap perubahan yang berlaku, dan dengan itu masih terperangkap dengan fiqh Al Helmy. Menaikkan kuota pemilikan rumah 50% di Kedah dan kemudian bersetuju untuk menurunkan kuota tersebut menunjukkan fiqh Al Helmy masih lagi sukar ditanggal, tetapi desakan yang dikemukakan menyebabkan keputusan tersebut diubah.
Kenyataan Mujahid Yusof Rawa tentang penggunaan pelbagai bahasa pada papan tanda jalan di Georgetown jelas menunjukkan overtone yang sama dengan nasionalis UMNO. Begitu juga dengan kesangsian mengenai perlantikan bukan Melayu untuk menerajui PKNS di Selangor adalah saki baki fiqh Al Helmy yang memerlukan inovasi baru. Hanya dengan fiqh baru yang seiring dengan mood serta suasana semasa akan menjadikan PAS sentiasa relevan dalam apa suasana pun.
Alangkah cantik kalau kenyataan yang pemimpin PAS buat sentiasa bersandarkan fiqh baru yang terkini!

EMBRACING ISLAM MADE EASY

Assalamualaikum,


If you want to embrace Islam, here are things that will make it easy for you.
Basics
There are only three basic beliefs in Islam:
1. Allah - or God. This is the all embracing, omnipotent being which all creations must submit to. He is the Creator. Allah is God, but a god is not necessarily Allah.
2. Muhammad. He is the messenger of Allah. He teaches and spreads the teachings of Allah.
3. Life in the hereafter- known as Al Akhirah. That all creations will be resurrected after death is a basic belief in Islam.
To convert to Islam all one has to do is to testify the shahada. See here.
Once you have the urge, strength and the pull to embrace Islam, just testify the shahadah. Then you will become a Muslim. But because converting to another religion has various implications, it is wise that one testifies the shahadah in front of witnesses, and get the paper works done.
If you want to convert to Islam, but you still sway back and forth, then I suggest you do thes e things:
1. Face the direction of Makkah. [approximately, even if you get it wrong it does not matter]
2. Raise your two hands with your palms open as to make supplication
3. Then say with utmost sincerity: Oh Allah, please give me your guidance
4. When nothing happens, repeat it anytime you are at ease.
If I am sincere with this posting, you will see a result.
Wassalam.

Monday, November 3, 2008

BANDAR TUN RAZAK YANG B.....

Assalamualaikum,


Pilihan raya 1995. Kami telah pun terima poster calon PAS yang bertanding Parlimen Bandar Tun Razak. Gambar calon tersebut tertera jelas pada poster berkenaan. Calon tersebut ialah Malek Husin.
Tiba tiba kami lihat di kaca tv Malek Husin membuat pengumuman keluar PAS dan masuk UMNO. Bayangkan betapa luluhnya hati petugas PAS yang telah bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan calon tersebut. Kerana terlalu marah dan hampa, kami letak poster Malek Husin yang tertera gambarnya dan kami letakkan ditempat pemijak dil uar pintu masuk markas pilihan raya. Arahan yang diberi ialah: siapa yang masuk atau keluar markaz hendaklah memijak gambar tersebut. Dan inilah yang dilakukan sehinggalah gambar yang lumat diganti dengan gambar Malek Husin yang baru.
Kemudian masuk pula Zulkifli Nordin. Dia dikatakan pernah jadi YDP PAS Bandar Tun Razak SEJAK 2004. Tetapi sebab PAS Bandar Tun Razak ni jenis b...., YDP mereka tidak bertanding atas tiket PAS. Ini bukan kerana PAS Bandar Tun Razak tu jenis Pak Lebai, tetapi jenis b..... Maka Zulkifli Nordin bertanding atas tiket PKR.
Anda tahukan siapakah yang didesas desuskan akan masuk UMNO dalam masa yang terdekat ini? Menjadi atau tidak menjadi berita ini tidak ditekankan di sini, tetapi yang nak ditekankan ialah, tak kan berkali kali nak kena tipu. Memanglah PAS Bandar Tun Razak ini b....

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 32

Assalamualaikum,


......................continued from part 31


Betrayal of Islam By the Nationalists

It started with the Muslims in Pasundan (West Java) under the leadership of Imam Kartosuwirjo. In April 1950, the people of South Moluccas declared their independence from the Javanese Indonesia under the leadership of Dr. Soumokil. In 1952, the Muslims of Celebes (Sulawesi), under the leadership of Abdul Qahar Muzakkar, declared the establishment of an Islamic State. The Muslims of Borneo (Kalimantan) followed suit under the leadership of Ibnu Hajar. In 1953, the Muslims of Aceh (Sumatra) also announced their re-estaablishment of the Islamic state. By 1965, all the leaders of Islamic liberation movements were martyred - murdered by the Javanese regime (di Tiro, op. cit. pp. 69).
What did the Muslims of Indonesia get out of the so called Indonesian Nationalism? They unavoidably got the animistic pancasila forcibly stuffed in their medulla oblongata.
............to be continued

TERLEPAS DIOXIN TERJELEPUK KE CHIKUNGUNYA

Assalamualaikum,



Anda ingat cerita incinerator? Ia adalah cara pelupusan sampah dengan cara membakar hangus semua sampah. Nampak macam satu teknologi yang bagus untuk menyelesaikan masalah pelupusan, tetapi timbul satu hal yang telah menyebabkan ia ditinggalkan. Sebabnya ialah incinerator menghasilkan dioxin, sejenis racun yang paling bisan yang pernah diketahyui oleh manusia.



Kerajaan BN Selangor yang lepas telah bercadang untuk membina sebuah incinerator, tetapi kerana tentangan rakyat, maka projek tresebut yang berharga berbilion ringgit telah dibatalkan. Tempat yang dicadangkan untuk dibina incinerator tersebut ialah di Broga. Sebuah bandar kecil di sempadan antara Selangor dengan Negeri Sembilan. Semasa saya kecil, saya selalu mendengar cerita penglipur lara yang mana dalamnya terdapat jin yang dikenali sebagai Buragas. Saya selalu kaitkan jin ini dengan Broga.



Sekarang ini ramai penduduk Broga di serang penyakit chikungunya. Anda perlu ingat, nyamuk yang sama juga menyebabkan aedes.


Sunday, November 2, 2008

7 KONVOKESYEN SEHARI!

Assalamualaikum,



Sekiranya anda menghadhiri konvokesyen sekali seumur hidup, itu adalah biasa. Kalau 2 kali, itu kadang kadang. Kalau 3 kali itu jarang jarang. Tetapi kalau anda menghadhiri 7 konvokesyen dalam sehari itu mungkin dikategorikan sebagai pelik.



Hari ini saya menghadhiri 7 konvenkesyen dalam setengah hari sahaja. Memang pelik tetapi benar. Saya hadhiri kovokesyen Tadika Aulad, Tadika Aulad Perdana, Tadika Aulad Mesra, Tadika Aulad Jasmin. Rihat satu jam.



Lepas itu saya hadhiri kovokesyen PASTI Fasa 4, PASTI Melor, PASTI Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Jadi semuanya 7 konvokesyen.



Dalam dua majlis. Di dewan yang sama.