Showing posts with label SANTAI. Show all posts
Showing posts with label SANTAI. Show all posts

Friday, November 14, 2014

SAWO YANG MATANG

سْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Ia melambai lambai ditiup angin. Kayunya kukuh dan tidak mudah patah. Semasa mudanya ia kelihatan begitu rimbun sekali. Tetapi sekarang sebahagian daripada dahannya kelihatan usang dan  renggis. Dalam bahasa saintifik ia dikenali sebagai Manikara achras (Mill Fosber) tetapi dalam bahasa kampung ia dikenali sebagai ciku. Orang Jawa menamainya sebagai sawo.

Pokok ciku dalam gambar di atas telah sedia ada di hadapan laman rumah ayahku sejak aku belum lahir lagi. Setelah tamat peperiksaan HSC dalam tahun 1972, aku menganggur, sementara menunggu keputusan peperiksaan. Untuk menampung perbelanjaan harian ku, pokok inilah yang membantuku.

Pada ketika itu buahnya yang sudah tua, bermaksud kalau dipetik dan diperam, ia akan masak, laku untuk dijual. Jadi sekira kira dua kali seminggu aku akan panjat dan jolok serta kumpulkan buahnya, dan bawa ke sebuah kedai kopi di tepi sawah di simpang masuk ke Solok Gaong untuk dijual. Sekali jual biasanya aku dapat sekitar RM 1.50 .

Pada ketika itu, hasil jualan ciku itu cukup menampung perbelanjaan harian ku, untuk beli akhbar Straits Times, beli setem untuk urusan memohon tempat ke universiti, dan perbelanjaan lain.

Pokok ini masih lagi berdiri tegap dihadapan rumah kampung ku.







Tuesday, August 19, 2014

AKU SEHELAI DAUN

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya aku tersadong. Bukan sengaja aku nak merungkup jatuh di longkang tu. Cuma dalam perjalanan ke kajang tadi, ada orang yang tidak suka dengan aku telah memasang semacam jerangkap samar, sebab itu lah dari tarikh lee angguk dan undur sehingga kipas dihayun, sempat perangkap itu menjerat aku.

Langkah ini semuanya aku rancang dalam kepala hotak aku. orang lain tak perlu tau, bila dah siap nanti kau ambil je la habuan kau. Yang penting langkah ini dihayun dulu. Cuma yang ketitil nya ialah budak ini tidak diberi sikat, dengan rambut meremang, bungkam tiada dalam kamusnya.

Gelabah juga aku bila haji tu tatang budak tak bersikat ni. Hampir pecah tongkang aku. Aku tau, tiada asas syar'ie haji tu nak bungkamkan budak tak bersikat ni, namun langkah tetap langkah. Hayun tetap hayun.

Nasib baik dalam tongkang haji tu ada musang bulu babi. Yang dapat aku cekup ada dua. Ada lagi dalam tu, tapi dua dah cukup dalam equation ini. Game over untuk budak tak bersikat.

Sekarang kira kira langkah ke kajang ku dah selesai. 

Langkah seterusnya mungkin aku berkira kira ke sungai buluh.

Kau jangan marah aku kerana asyik berjalan sahaja, kerana aku adalah sehelai daun.

Daun ketum.

Wednesday, July 16, 2014

MB BERCAWAT

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa remaja, ramai diantara peer ku yang tinggal dan bekerja di kampung, kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk maju lebih jauh dalam mengharungi hidup.

Hidup di kampung seperti yang ramai diantara kita tahu, adalah serba kekurangan dan disalut pula dengan pelbagai hobi dan kesukaan yang tidak membawa faedah, seperti membela pelbagai haiwan untuk suka suka sahaja.

Sahabat ku di kampung sekitar awal 1970an ada membela seekor kera yang dirantainya di hadapan rumahnya. Satu masa aku balik bercuti beberapa hari daripada universiti, dan  bertandang ke rumah sahabat ku ini.

Ku perhatikan kera yang dibelanya tidak ada lagi di tempat tambatannya. Aku bertanya kepadanya, mana kera engkau. Ahh, jawabnya, kera tu kera betina, mak aku (sekarang almarhumah) tak suka sebab dia keluar haid, macam orang juga.

Ooo, tentu kera tu tak layak jadi MB

Tuesday, July 15, 2014

RAJA SINGGAH RUMAH KU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Rumah kau di mana? Tanya tanya si bentara. Ok. Untuk lebih senang, kami datang jemput rombongan raja, kau pula ada di mana?

Surau Assobah. Ok. Tunggu situ kami datang. Rombongan penyambut menyusul.

Bila ketemu, rombongan raja diarak ke rumah kami.

Cuma raja ni tak mandi pagi ke hapa. semacam aje bau dia.

Bila sampai, raja pun bergerak turun.

Cuma dia tidak bersantai di main lounge. Dia bersantai di luar ruang kitchen.

Sebab, oleh kerana dia raja yang bukan sebarang raja,

maka tempat ampuh untuk dia sepadannya di situ

Kerana dia adalah 

Musang King

Wednesday, June 11, 2014

KOPI BERAK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mula mula aku dengar cerita hal kopi musang, aku pun tak faham apa yang dimaksudkan nya, sehinggalah aku saksikan ceritanya dalam channel History Asia Cities Extreme. Semasa ke Bali aku berpeluang melihat bagaimana kopi berak musang ini dihasilkan.

variety kopi yang digunakan ialah jenis arabica coffee. Kemudian.....
mereka bela musang yang diletakkan dalam sangkar, tentu lah musang itu bukan jenis musang berjanggut, nanti dia kena compete dengan aku pula.......
kemudian musang ni diberi makan buah kopi. Musang ni jenis bengap sikit. Dia balun buah kopi berserta dengan biji sekali. Lepas tu, bila nak berak, biji tu diberakkan bersama dengan tahi nya, kerana biji kopi tidak hancar dalam perut musang tu.




Kemudian berak musang yang mengandungi biji kopi dikumpulkan.


bila berak sudah dibersihkan, tinggallah biji kopi untuk diproses seterusnya.


Si mamat ni pun goreng lah biji kopi secara goreng kering sehingga matang
Jadilah ia biji kopi berak musang yang masyhur. bila telah dikisar, di pack dan dijual, jadilah ia kopi termahal di dunia. ku lihat di lapangan terbang, harganya dalam pack 100 g ialah Rupiah 150,000


Tapi kopi yang aku minum tu, kopi biasak aje.

Tak hingin la aku minum

kopi berak!














Friday, April 18, 2014

DIA MEMANG HANDAL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila seorang kawanku bekas seorang profesor kena ISA kononya isu syiah, beliau gunakan khidmat mendiang. Lepas. Begitu punya rumit dan hampir tiada peluang langsung, tetapi mendiang berjaya melepaskannya.

Cuma kalau hati penuh hasad, gelojak nafsu mengatasi segala nya.

Kawan ku bebas untuk beberapa minit sahaja.

Lepas itu ditangkap semula

Monday, January 6, 2014

RABI'UL AWWAL DLM KENANGAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته










25 Disember aku dan Kassim pergi ziarah sahabat lama Cikgu Muhammad Jamil di Bukit Rambai. Seperti biasa, ketiga tiga kami yang sudah sampai umur pencen wajib mencerita segala ailment yang masing masing hadapi. Biasa la tu.

Ramadhan lepas, aku minta jasabaik Kassim menunjukkan kubur Almarhum Lajim, satu watak penting dalam autobiografi aku yang sedang dalam penulisan. Rupanya kubur Almarhum Lajim tidak berjauhan dengan kubur Almarhum ayahanda ku.

Almarhum ayahanda meninggal dunia dalam bulan Rabi'ul Awwal. Sekarang kita berada dalam bulan yang sama.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, ayahanda ku berpesan: pakat baik baik.

Adakah sibling aku pekak badak




Monday, December 16, 2013

TELOQ GRED A

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Hafiy, di mana awak?
Ooo, dia dah main di luar
Patut la senyap je
Ibunya menyelinap ke luar mencarinya
Oh, dia dah pecahkan telor
Dua tiga papan tray telor ditinggalkan oleh ayahnya di veranda tangga dapur
telah diambil sebiji oleh Hafiy dan dihempaskannya ke lantai
 Telor Gred A itu terburai di atas lantai luar
Bukan bukti gred A

Wednesday, October 2, 2013

TAKBIR PRU

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Di institusi di mana aku bertugas sekarang terdapat penggunaan jentera seperti dalam gambar. Ku perhatikan semacam satu carriage dicangkuknya di belakang jentera ini yang mempunyai roda dan ruang yang juga ku perhatikan digunakan untuk meletakkan plastik sampah yang dikutip di sekitar institusi ini.

Bilik kuliah bagi kelas aku semester lepas terletak sekitar 5-7 minit berjalan kaki dari ofis aku, jadi sekiranya cuaca baik, aku memang mengambil peluang berjalan kaki ke kuliah. Juga yang memakai serban di institusi ini setau aku hanya aku dan seorang lagi.

Semasa aku berjalan kaki ke kuliah pada satu hari, aku dengar bunyi jentera ini sedang bergerak bertentangan arah dengan perjalanan ku. Sebaik jentera ini menghampiri aku, ku dengar satu jeritan: Takbir! Oleh kerana bunyi enjin jentera tersebut kuat, tentulah yang bertakbir itu mengeluarkan suara yang kuat sehingga aku dapat mendengarnya dengan jelas walaupun jaraknya dengan aku sekira kira jarak satu tiang letrik. Aku perhatikan pemandu jentera tersebut, dia memalingkan mukanya ke arah lain.

Dua tiga minggu kemudian, aku berjalan kaki lagi ke kuliah. Kali ini aku dengar juga bunyi enjin jentera ini sedang bergerak, tetapi kali ini dari arah belakang aku. Sebaik jentera ini memotong aku, ku dengar sekali lagi: Takbir! Kali ini pemandu tersebut tidak memalingkan pandangannya ke arah lain, mungkin kerana jentera tersebut sudah melepasi aku.

Setelah dua kali insiden ini, aku yakin, yang bertakbir itu ialah pemandu jentera tersebut.

Satu dua minggu kemudian, dalam perjalanan ku ke kedai makan untuk breakfast, aku terserempak lagi dengan jentera ini, tetapi kali ini jarak amat dekat kerana aku dan jentera itu berada di persimpangan jalan. Oleh kerana sangat hampir, aku menunggu dan mengamati pemandu tersebut dan berharap kalau dia lah yang bertakbir pada dua insiden yang lepas, aku ingin hadiahkan kepadanya sebuah senyumanku yang menawan ini. Aku juga ingin bertemu dengan dia, sekiranya dia parkir jentera itu di tempat yang berhampiran dengan aku, kerana aku ingin bersalaman dengan beliau dan bertanyakan khabar.

Tetapi, semasa jentera ini melepasi tempat di mana aku berdiri, pemandu tersebut tidak menoleh kepada aku dan tidak pula bertakbir. Aku berkira kira sekiranya dia bertakbir, ingin aku sahut takbir tersebut.

Beberapa hari selepas pertemuan ketiga ini, PRU ke 13 berlangsung.

Jentera dan pemandunya tidak kelihatan lagi sehingga ke hari ini


Sunday, June 9, 2013

KETAM MASUK HOSP

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Malam ini kita bakar dia! kata mereka yang berada di post pru itu. Malam ini baru dia tau nasib dia, kita bakar ketam, kita makan dia.

Pemimpin agung negeri itu baru sahaja turun dari kenderaannya 10 minit sebelum waktu pengundian tutup. Dan itulah pos terakhir yang dilawatinya. Menurut kawanku yang menyaksikan insiden ini, beliau sendiri tidak setuju pemimpin agung itu dicemuh sebagai ketam, kerana itu tidak melambangkan akhlak yang mulia.

Apabila diherdik oleh pihak lawan yang berada di pos seberang jalan, pemimpin agung ini terkedu dan merintih. Bagaimana aku sebagai seorang pemimpin agung diperlekeh sedemikan rupa oleh pihak lawan.  Setelah selesai bersalaman dengan para petugasnya, si pemimpin agung berjalan cepat dan menjarakkan dirinya daripada grupnya. Dia mengeluarkan sapu tangan dan menyapu mukanya. Mungkin air matanya mula merembes kerana diperlaku sedemikian rupa.

Memang, pada sebelah malamnya, setelah berkali kali recounting, si pemimpin agung kalah di halaman rumahnya sendiri.

Tekanan berat memikul kekalahan yang tidak dijangka membuatkan pemimpin agung tertekan dan tertekan dari semua aspek.

Diberitakan beliau terpaksa berkampung di hospital


Wednesday, February 20, 2013

HENFON YG MENGGERUNKAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Beberapa minggu yang lepas seorang perdana menteri melawat GAZA dengan niat yang suci, tulus dan murni, untuk membantu rakyat GAZA dalam semua aspek, termasuk emosi mereka. Syabas diucapkan kepada perdana menteri tersebut kerana begitu perihatin dengan penderitaan rakyat GAZA.

Diberitakan juga turut sama dalam rombongan tersebut, dua orang ahli parlimen, dihangkut bersama dengan rombongan tersebut atas kapasiti ahli parlimen. Seorang daripada ahli parlimen tersebut mewakili sebuah kawasan parlimen namanya Bacul atau Batuk. Begitulah lebih kurang bunyinya.

Rakyat GAZA dengan gembiran dan penuh takzim meraikan kedatangan rombongan. Mulia sungguh rakyat GAZA menerima rombongan, termasuk ahli parlimen. Baik sungguh rakyat GAZA.

Selang beberapa minggu, negara perdana menteri pula menerima kunjungan daripada seorang ahli parlimen.
Tetapi ahli parilmen ni dihangkut keluar dari negara berkenaan sekilat yang mungkin.

Adakah rakyat negara berkenaan tidak mempunyai kesantunan seperti rakyat GAZA? atau mungkin kerana nama ahli parlimen tersebut susah disebut?

kalau tak salah aku, nama ahli parlimen tersebut ialah  henfon


Thursday, December 6, 2012

ILMU HEBAT SAMOA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa aku belajar masters di U of Idaho, ada seorang mahasitua dari Samoa yang tinggal sama satu dormitory dengan aku. Namanya aku tidak ingat. Tapi rupanya aku masih ingat lagi. Orang Samoa adalah daripada kelumpok orang Melayu. Pertama kali aku lihat dia, ku lihat rupanya saling tak tumpah rupa almarhum Md. Salim.

Md. Salim ni adalah ayah kepada kawan sedarjah aku semasa sekolah rendah di Melaka. Tahun tahun 1950an hingga pertengahan 60an, Md. Salim tinggal di Kampung Jenuang, Ayer Molek, Melaka, kemudian pindah ke Felda Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. Anak Md. Salim yang sedarjah dengan aku namanya Ibrahim. Adiknya bernama Kasah dan Imran.

Md. Salim Samoa ni menurunkan ilmunya yang sangat penting dan sangat ajaib kepada aku:

Put your right hand fingers here.
Your left hand fingers here.

This finger is for J
This finger is for F

This finger is for....
This finger is for...

Maka aku pun khatam dalam ilmu ajaib ini....

Menaip menggunakan typewriter

Friday, October 26, 2012

DIKEPALANYA ADA SYEIKHUL

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Senyumnya melerek panjang sambil ekor matanya memerhatikan langkahku masuk ke dalam saf. Belum pernah aku lihat Hj Mohamad Nor tersenyum begitu hebat, dengan dikulum giginya yang pada ketika itu  masih penuh.  Aku terus masuk ke dalam saf, dan solat sunat dan menunggu solat 'eidul adha di laksanakan di Thaqofah, di Sungai Merab.

Beberapa tahun yang lepas setelah selesai menjadi tetamu satu program pelajar, mereka menghadiahkan aku satu bungkusan. Bila aku balik dan buka bungkusan itu, aku dapati ia adalah serban warna hijau yang jenis yang biasanya dipakai oleh ahli kumpulan Arqam dulu.

Semasa aku membaca sirah Nabi s.a.w., Baginda sering memakai jubah warna hijau untuk solat 'eidul fitri atau 'eidul adha. Juga aku baca dalam sirah Fathul Makkah, satu bahagian tentera Islam memasuki Makkah sedang pakaian mereka serba hijau.

Lalu aku meminta almarhumah ibunda mertua ku buatkan satu jubah hijau. Setiap hari 'eidul fitri atau 'eidul adha, aku akan mengenakan jubah hijau tersebut bersama dengan serban hijau Arqam.

Tetapi selepas isteri ku buat kabinet pakaian baru, aku tidak jumpa lagi jubah dan serban tersebut. Aku tidak komplen, kerana aku sibuk memikirkan pelbagai hal yang lain.

Tujuh lapan tahun berlalu. Semasa aku memunggah lipatan kain baju lama di bahagian atas kabinet baju, secara tidak sengaja aku terserempak dengan serban hijau aku.

Oooo, ada orang sorokkan serban syeikhul aku ye!!!





Sunday, October 21, 2012

KETAQ SELURUH BADAN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pheewing yang sebelah kiri himpit. Pringggg yang sebelah kanan mencelah.  Ponnn ponnn yang belakang memekak. Phew, peluh menetas didahi aku, meluruh ke leheq aku. Bila turun dari stadium Merdeka, dan masuk Jalan Maharalela ke hape namanya waktu orang keluar pejabat, itulah masa yang paling sesak di jalan tersebut.

Nyonya instructor tu berbuih mulutnya marah kan aku. Lu lepas kelas manyak apa hal? itu la sebab enjin mati lo. Jalan dua meter, enjin mati lagi. Lu tekan minyak manyak oo, ini maciam aa, moleh habis minyiak lo.

Itulah pertama kali aku memandu ditengah trafic jam di Kuala Lumpur sebelum ambil driving test 1978.

Hari tu anak aku ambil driving test. Fail.  Adik salah buat three-point turn. katanya.

Dua bulan dulu dia ambil test lesen motosikal. Fail juga.

asik fail je Dik



Thursday, October 11, 2012

SULTAN MINTA MAAF

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Baginda minta maaf


Walau pun baginda telah mangkat 1968





Saturday, September 22, 2012

MANYAK MOHONG

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Macam mana mau pegi kau punya tempat? Dia jawab lu amek haiway seremban - PD, kelua Telok Kemang, jumpa roundabout, belok kiri. Lepas tu telus maa.

Aku tanya lu punya tempat ada pantai ka?

Tala maa.

habis apa pasal itu nama TIA-- BEACH RESORT?




Wednesday, May 30, 2012

BAPA RAJA MARAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya tidak dapat hadhir resepsi di Terengganu tu, sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan, yang mana pada tarikh berkenaan saya telah lama dijadual perlu berada di tempat lain.

Tetapi, rombongan tuan yang akan ke Shah Alam saya akan sertai, menandakan saya dan isteri prihatin dengan majlis tersebut walaupun hanya sebagai memenuhi rombongan tuan.


Nampaknya dia terima alasan aku.

Tapi tiga empat tahun selepas peristiwa di atas, dia memarahi aku semula: kenapa tidak hadhir resepsinya di Terengganu?

Minggu lepas dia buat resepsi lagi. Kali ini, oleh kerana tiada yang menghalang, maka aku dan isteri penuhi undangan tersebut.

Dudup dadap aku laki  bini ke Kuala Terengganu.

Bila sampai, kena marah lagi.

Kenapa tak bawa anak anak?

Aku dimarahi oleh bapa raja.

Raja Sehari

Thursday, May 24, 2012

BEG YG SERING DIKUTUK

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kalau aku bermusafiran, aku perlukan satu beg mudah galas untuk membawa dairi aku, supaya, sekiranya ada masa terluang, akan ku gunakan untuk menulis apa yang terlintas difikiranku.

Tapi aku tidak punya beg yang sesuai untuk tujuan ini. Ada juga dulu bini aku belikan satu beg, tetapi kecil dan tidak sesuai untuk mengisi dairi aku.

Jadi untuk murah dan tidak banyak karenah, aku gunakan beg galas haji atau umrah. Cukup untuk memenuhi apa yang aku perlukan.

Tapi bini dan anak anak aku sering kutuk kalau aku gunakan beg seperti ini:

Asek asek beg andalusia, tak de beg lain ke?

Kat Jogja tak berkesempatan nak cari beg lain,

Nanti la aku cari di KL



Thursday, May 10, 2012

SUGENG RAWUH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Bila pergi ke Jogjakarta, memang terasa kau berada di tanah jawa yang tulen dan piau. Syupir teksyi tanya syaya, pak syuka pergi kraton? Aku jawab: syaya memang nak pergi kraton, tapi esyok, bukan syekarang.

Bila aku jawab pak syupir macam tu isyteri aku pun syenyum. Aku beri tau pak syupir: bawa kami makan nasyi di resytoren padang yang namanya resytoren syederhana.

Syampai di kaki gunung merapi, terhidu bau belerang yang kuat. Syelamat datangnya berbunyi

Sugeng rawuh. Wonten lereng merapi tu maknya di lereng merapi


Thursday, February 16, 2012

TERBAKAU DI PANTAI

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Markos, kata ku kepada kawan ku yang nama sebenarnya Kassim, tetapi nama glamor dia adalah markos sempena presiden filipina pada ketika itu, kau tiup api, aku beritahu dia. Sebenarnya cerita ini sambung daripada cerita yang aku ceritakan pada tahun 2009 di sini.

Maka aku dan markos makan le ikan bakau yang paling sedap sekali di dunia. Tetapi cuti maulid yang lepas aku dan isteri berdua sahaja makan ikan bakau di Umbai.

Ikan siakap ternak yang tidak lagi semanis yang sepatutnya. Sementara menunggu ikan siap di bakau, aku jeling jeling kerusi meja tempat kami berada tu...
kerusinya berkeladak, alas meja berdaki hentah berapa generasi digunakan.
Pilihan ikan terhad, tetapi orang ramai datang, termasuklah aku laki bini. mau tak mau, tekak kembang ke tidak, ku kerabat juga.

Pernah si kasim bawa aku makan ikan bakau di punggur, tidak jauh dari umbai. Nak pergi ke gerai kena melalui tempat lembu lepak. Tahi lembu bersepah sepah.

Aku rasa bawah meja kami makan pada ketika itu ada tahi lembu kering. 

Nasib baik pergi makan waktu malam.