سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tectona grandis adalah nama saintifik untuk pokok jati. Semasa menghampiri PRU 1999, seorang penysarah sebuah IPT, yang mana beliau sekarang telah almarhum, telah diberi liputan seluas luasnya oleh semua jenis media untuk meniupkan satu ketakutan di kalangan orang Melayu. Beliau berpaksikan kepada survival orang Melayu sekirannya mereka memilih bukan amenoh biyen dalam pilihanraya tersebut. Sana sebut survival. Sini sebut survival. Dia sendiri sekarang yang tidak survive.
Begitu juga dengan tectona grandis ni. PRU 13 inilah menentukan survival orang Melayu, leternya. Tectona grandis ni pesan jangan sekali kali pilih pembangkang demi jalur 3 nya yang kononya keramat. Tectona grandis ni pernah tulis surat kepada aku melantik aku jadi ahli perhubungan negeri. Aku tolak. Sebab aku dah baca dua tiga lapis di bawah lipatan.
Yang sibebal lain julang dia kerana dia pj pada masa tu.