Friday, September 23, 2011

BAKSO GOYANG LIDAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sekiranya anda berada di Medina, jangan lupa pergi ke restoren Si Dol. Nama restoren tersebut ialah RESTAURANT SIDOEL ANAK MADINAH.



Aku kira restoren ini tokehnya orang indon. Makanannya sedap dan ada sedikit sedikit selera Malaysia. Semasa membeli makanan untuk berbuka sebaik sahaja selesai solat asar, aku dapati pelanggan begitu berebut rebut untuk membeli, dan budaya tidak reti beratur, atau antri, kata orang indon, memang menjadi lazim di sana dan memang menyakitkan hati.

Senpatlah aku beli mee dan ayam panggang yang dilumur lime. Ayam tu memang sedap.


Tapi bakso goyang lidah tu gimana pak?

Thursday, September 22, 2011

TEKNIK TERCANGGIH NEUROCRANIOTOMY DICIPTA RAKYAT M'SIA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Cabang ilmu perubatan yang menjurus kepada bahagian otak atau neurology memang merupakan cabang yang sukar dipelajari dan diamalkan. Sebab itu neurosurgeons dianggap high priests dalam bidang perubatan. Tetapi ada rakyat Malaysia yang berjaya dalam bidang ini.

Beberapa minggu yang lepas apabila PM malaysia perlu menjalani pemeriksaan dan pengubatan pada bahagian lututnya, aku ada nasihatkan blogger yang nakal supaya jangan memperlekeh orang yang ditimpa musibah dengan mengatakan doktor jumpa otak dilutut tersebut apabila pembedahan dilakukan.

Tetapi baru baru ini ada rakyat Malaysia telah berjaya menemui satu teknik canggih dalam bidang pembedahan otak atau neurocraniotonomy. Orang yang cemerlang ini telah menemui otak Mat Sabu terletak di kepada lutut naib presiden PAS itu.

Sekarang kau tahu siapa orang cemerlang itu

NAK JADI KAYA?

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kalau nak jadi kaya lihat dulu siapa yang kaya di sini

Wednesday, September 21, 2011

KURMA TRICK HAMIRDIN

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seperti biasa skiranya anda mengerjakan haji atau umrah, maka pihak pakej akan membawa anda ziarah. Sekiranya di Medina, tempat yang biasanya tidak ditinggalkan ialah kebun dan pasar kurma.

Gambar di atas menunjukkan pohon kurma yang sedang berbuah, dan buahnya hampir masak aku kira. Rupa pokok kurma ni tidak banyak bezanya dengan pokok kelapa sawit.

Gambar close up buah kurma yang sedang  menguning di sebuah ladang kurma. Terliur juga apabila nampak kurma muda ni. Semasa tiba diladang ini aku sudah terasa tidak begitu mau beli kurma. Sebabnya ialah nak menghayaknya balik ke hotel satu hal, lepas dari Medina perlu dihangkut lagi nanti ke Makkah. Kemudian, aku fikir, bila sampai di rumah nanti, orang tidak berapa makan kurma.
Tetapi aku ikut juga rombongan bus kami masuk ke kedai kurma di kebun kurma ni. Yang mengendalikan jualan kebanyakannya orang indon. Aku tanya ajwa ni berapa sekilo? 80 riyal jawabnya. Mak hoi, aku berkata dalam hati. Haji Ayub jual 40 riyal aje masa aku buat haji 2 tahun lepas, saiz kurma sama je. Tak beli
Walau bagaimana pun bini aku beli juga kurma dan kacang di kedai kebun kurma ni. Lepas itu kami menziarahi beberapa tempat lagi, dan akhirnya berhenti lagi di pasar kurma pula. Masa itu jam mungkin sudah 10:00 pagi lebih. letih berpuasa sudah terasa. Aku malas nak turun, dan bini pun mendengkur dalam bas. Aku cuma perhatikan dari dalam bas dan sempat mengambil gambar masjid yang berhampiran dengan pasar kurma ini.
Untuk berbuka aku beli kurma di gerai di luar Masjid Nabi. Tetapi bila sampai di Makkah, semasa balik dari masjid, ronda ronda di mall jam besar. Nampak kedai canggih dalam mall yang ada air cond jual kurma. This one how much aku tanya penjual tu yang nampaknya tahu inglisia. 120 riyal katanya. Itu lah kurma ajwa yang aku tanya di kebun kurma hari tu. Tetapi yang ini packaging nya cantik, kedai pun ada air cond. Tanpa banyak fikir lagi lagi aku kata I want one.

Lepas nampak pula kurma ambar. I want that one too. Maka aku beli pula si ambar
Ambar yang ini dijadikan habuan berbuka, sebab itu container tu kosong je.

Bila aku lihat kurma ajwa tu, aku berkata kepada diri sendiri: cukup la hai kau  ni hamirdin, 80 riyal sekilo tak mau beli, tapi bila package cantik sikit, 120 riyal tanpa soal kau sambar

HAMIRDIN JUMPA AYATULLAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semasa berada di dalam Masjidil Haram Ramadhan lepas, dan semasa menunggu solat didirikan, aku memandang mandang kepada marble yang menjadi jubin kepada sebahagian daripada dinding masjid tersebut. Tempatnya ialah laluan sai'e tingkat 2. Marble tersebut adalah jenis berwarna ungu yang cantik.

Adalah biasa marble yang terjadi daripada himpunan mineral akan punyai jalaran mineral bersamanya, dan jalaran ini terjadi memasa waktu pembentukan marble tersebut dimana mineral lain yang panas menyelinap masuk dicelah celah mineral marble tersebut.

Seperti yang telah banyak kali ditemui, jalaran mineral ini mematuhi perintah Allah, dan ia terbentuk mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah. Kesemua jalaran ini menunjukkan ayat ayat Qur'an atau kalimah kalimah yang mengagungkan Allah. Cuma khatnya tidak terbiasa dengan manusia, dan kadang kadang manusia itu jahil dengan apa yang ditunjukkan oleh khat tersebut.

Pada bacaan aku, yang tertulis di sini ialah habibullah.

Aku rasa gambar yang ini mudah sikit untuk diagak apa yang tertera. Habibullah

Pada penilaian aku yang ini mengukir perkataan Allah


Pada penglihatan aku yang ini menunjukkan perkataan Salaamun. Mungkin untuk menunjukkan kata kata yang diucapkan kepada ahli syurga: Salamun 'Alaikum


Pada penilaian aku yang ini memaparkan perkataan Muhammad

Jadi tanda tanda kebesaran Allah, atau ayat ayat Allah , atau Ayatullah, ada di mana mana.


Manusia sahaja yang tidak mengenali, atau tidak ambil pusing  mengenainya






Sunday, September 18, 2011

MASJID CAHAYA IMAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mencari Panglima di Bandar Country Homes di Rawang, dan bertemu dengan  Masjid Cahaya Iman. Masjid ini adalah sebuah masjid yang sederhana tetapi menarik.


Bahagian dalam masjid ini menarik kelihatannya, dan aku perhatikan semakin banyak masjid masjid baru di malaysia yang menghias dinding secara yang terdapat dalam masjid ini


Pencarian ku akhirnya berakhir apabila aku bertemu dengan Panglima. Panglima ini aku kira berkawan dengan grup hang tuah yang mana grup ini terdiri daripada hang tuah, hang jebat, hang lekir, hang kasturi dan hang lekiu.  Panglima dalam gambar ini ialah panglima yang ke 7 dalam grup hang tuah ini. panglima ke 6 sedang dalam pencarian, dan ada jawatan kosong sesiapa yang layak boleh isi jawatan panglima ke 6.