Saturday, August 29, 2009

UMNO MAIN KEPALA

Assalamualaikum,








dsc00665



UMNO memang suka menghina. Sebab itu pengundi hina mereka.

Ada satu lagi kepala yang UMNO akan tunjukkan.

Thursday, August 27, 2009

ROTAN RAMADHAN

Assalamualaikum,

Seperti letihnya berpuasa, maka otak aku pun letih untuk meluahkan pendapat, walaupun idea tetap meluap luap keluar.

Seperti kes rotan ni. Malaysia dah lama dah amalkan merotan pesalah. Paling menyiksakan. Tetapi orang tak komplen pun.

Malaysia dah lama dah jalankan hukum gantung sampai mati. Tapi orang tak komplen pun.

Sebaliknya kalau dikaitkan dengan Islam, maka hukum tersebut dikata zalim. Membuatkan pelabur lari. Dan bermacam lagi.

Apakah istilah yang digunakan kepada orang yang luarnya kelihatan Islam, tetapi sebenarnya dihatinya menentang Islam?

Wednesday, August 26, 2009

M 1551

Assalamulaikum,

Semasa ke pejabat tadi saya ternampak nombor plat sebuah kereta. Nombor plat kereta itu mengingatkan saya tentang nombor plat kereta guru saya yang pertama di alam persekolahan.

Saya masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Ayer Molek, Melaka. Tahun 1959.

Guru Besar, yang juga guru darjah saya ialah Cikgu Hashim. Dia berasal dari Duyung. Plat keretanya M 1551. Kereta Austin, warna hitam.

HAL BELI KAMBING DI TERENGGANU

Assalamulaikum,

Hal beli kambing pun ada implikasi politik. Seperti di Terengganu.



Sembilan ADUN Umno Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Tetapi, hasrat ini terganggu apabila Harun Taib, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar yang ada, Datuk Ahmad Said.

Sebelas ADUN dan seorang wakil ADUN Umno telah mengadakan pertemuan dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Kemaman selepas pilihan raya kecil Manek Urai selesai.

Dalam pertemuan itu, kata sepakat telah dicapai untuk membentuk kerajaan baru di Terengganu dengan cara kesemua mereka akan menyertai PKR.

Langkah ini diambil berikutan perpecahan yang berlaku dalam Umno dan 12 dari ADUNnya tidak berpuashati dengan Ahmad.

Terengganu mempunyai 32 ADUN. Umno mempunyai 24, manakala PAS mempunyai lapan. Namun, di kalangan 24 ADUN Umno itu pula berpecah kepada dua kumpulan. 12 bersama Ahmad dan 12 lagi menentang.

Dalam sidang DUN yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang itu dengan alasan pejabat MB menghantar mesej mengugut mereka.

Namun, hasil siasatan polis didapati semuanya dimanipulasi oleh bekas setiuasaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa beliau menjadi MB dahulu iaitu Datuk Ramzi. Kini Ramzi telah didakwa di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan.

Perpecahan dalam Umno Terengganu bermula sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke 12 tahun lalu apabila Idris tidak diperkenan oleh Istana Terengganu untuk menjadi Menteri Besar.

Ekoran itu, Ahmad telah dilantik. Ahmad pula telah mengenepikan semua penyokong Idris dan melantik mereka yang boleh bekerjasama dengan beliau dalam barisan exconya.

"Saya difahamkan, Harun Taib jadi faktor penghalang gabungan ini," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Menurut rancangannya, ADUN Umno yang menyertai PKR itu akan bergabung dengan PAS dan membawa undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Apabila menguasai kerajaan mereka bercadang untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan dan mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Sebuah akhbar politik mingguan, Siasah, juga telah melaporkan perkara ini sebelum ini.

Pada 20 Ogos lalu, Ahmad dikatakan telah membuat keputusan untuk membubarkan DUN Terengganu sebelum beliau dijatuhkan.

Namun, menurut sumber itu, apabila Harun tidak bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan PKR kerana bagi beliau, hubungan dengan Ahmad lebih baik untuk PAS, Ahmad tidak jadi membubarkan DUN itu.

Hubungan Harun dengan Ahmad mula tersebar apabila Ahmad ke rumah Harun dan membeli dua ekor kambing dari beliau. Penganalisis politik percaya hubungan itu bukan setakat jualbeli kambing sahaja tetapi lebih dari itu.

Namun begitu, menurut sumber lain, cerita Harun tidak bersetuju dengan rancangan kerjasama dengan bekas Umno yang mahu menyertai PKR ini tidak lojik.

Ini kerana, PAS Terengganu pimpinan beliau pada dasarnya setuju dengan rancangan untuk mengadakan pilihan raya semula di Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu taklimatnya kepada satu kawasan PAS di Terengganu meminta ahli PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya semula di Terengganu.

Beliau menjangkakan, besar kemungkinan DUN Terengganu akan dibubarkan untuk membolehkan satu mandat baru rakyat di perolehi.[Malaysian Insider]

Tuesday, August 25, 2009

PAS MENANG; UMNO MEMALUKAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum,

Seperti yang dijangkakan PAS memenangi prk N11 Permatang Pasir.

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar .Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. Itu lah sebab majoriti mengecil sikit.

Monday, August 24, 2009

IDEA TERBARU HASSAN ALI: NON MUSLIM GELISAH

Assalamualaikum,

Usaha terbaru Hassan Ali di Selangor nampaknya tidak disenangi non Muslim.

LAIN KALI JGN FUMBLE; ISLAM YG JADI MALU

Assalamualaikum,

Sekejap rotan, sekejap tidak rotan. Bukan kah non Muslim lihat ini sebagai satu kelakar yang tidak kelakar.


Kartika Sari Dewi Shukarno, 21 Aug 09
Kartika

Islamic officials in Malaysia have unexpectedly freed Kartika Sari Dewa Shukarno, who was due to be caned six times this week for drinking beer.

Ms Kartika pleaded guilty to the offence under Islamic law committed in 2007 and has not appealed her sentence.

She would have been the first woman in Malaysia to be punished in such a way.

The case has provoked controversy in a nation where Malays are subject to Islamic law, while the large Chinese and Indian minorities are not.

A van had taken her from her northern Malaysian home to put her in detention so that she could be caned sometime this week.

But after half an hour the van returned, with officials saying the sentence would not be carried out.

Reuters news agency said she was refusing to leave the van until she had her release confirmed in writing.

Confusion

The reason for her sudden release from the sentence remains unclear.

Prison rules require anyone who is to be caned to be in detention first.

But legal experts had said at the weekend that it was not right to detain Ms Kartika as she had not been given a jail sentence by the Islamic court.

A senior Shariah court judge and some lawyers have said she cannot be caned unless she is in jail, and as she was not given a jail sentence, she cannot be caned.

She had the right to sue the state government if she was unhappy with the procedures of her punishment, Malaysia's Syariah Lawyers Association said.

Ms Kartika, a 32-year old trained nurse and mother of two, asked last week that her caning be administered in public.

She had told reporters she was calm about the prospect and was willing to be caned because she respected the law.

Her sister was allowed to accompany her in the van and her father and sister have requested permission to witness the caning.

Both the ruling coalition in Malaysia and the opposition alliance need the support of the Islamist PAS party, and have so far been mostly silent on the case.

Islamic authorities claim that the purpose of the caning is to educate rather than punish.


Sunday, August 23, 2009

PR PERINTAH MALAYSIA

Assalamualaikum,


Setelah selesai pilihanraya kecil N11 Permatang Pauh, maka tidak ada keraguan lagi bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia.

Ini adalah kerana kedunguan yang ditunjukkan oleh UMNO/BN dalam menangani prk N11. Semua jentera UMNO/BN menunjukkan tahap kebebalan yang paling tinggi.


Rohaizat Othman





Muhyiddin Yassin