سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada kerja untuk suruh Wak Robi buat. Bila aku call, ringing tone dia dah tukar. Dulu lagu kalau ku tau, sekarang dah tukar. Tak ku kisah hal itu dan ia berlalu.
Pagi diofis dua tiga hari kemudian mata ku agak berat, dan terpaksa aku melayaninya dengan ambil sedikit nap. Aku dikejutkan oleh radio ikim yang memainkan satu lagu.
Sambil baringku, ku amati liriknya amat menyentuh hatiku, dan lagunya terngiang dibenak. Semasa walimah syarafina, dj memainkan lagu tu; siapa penyanyi tu tanyaku pada md e. Entah siapa ke namanya, tapi hari tu dia ada datang Malaysia, jawab md e.
Ada kerja lagi untuk wak robi. Bila aku call, ringing tone dia lagu inilah.
Semalam aku beritahu fatimah, ayah amat tersentuh dengan lirik lagu ini. Siapa penyanyinya?
Jawab fatimah:
Tegar
Wednesday, January 15, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)