Saturday, January 23, 2010

PEKERJAAN HAJI.....20

Assalamualaikum,

Baitullah

Yang specialnya Makkah ialah Baitullah atau kaabah. Ia adalah satu binaan yang telah pada asalnya dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail, 'alaihumassalam. Ada lima perkara yang kalau kita lihat sahaja, kita dapat pahala:
1. Kaabah 2. Al Qur'an. 3. Kedua ibu bapa 4. Ulamak. 5 (aku dah lupa)

Diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.a. katanya setel;ah taufan Nabi Nuh yang telah meneggelamkan seluruh dunia, diangkat Baitul ma'mur yang dibina oleh Naib Adam a.s. kepada langit yang ke 6, maka Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya pergi ke tempat bekas Baitulma'mur tersebut dan membina Ka'abah di atas tapak bekas Baitulma'mur.

Apabila Nabi Ibrahim pergi ke tempat tersebut, ia tidak mendapati bekas tapaknya. Allah lalu memerintahkan awan yang sama saiznya dengan Baitullah alharam. Awan ini berhenti pada tempat bekas Baitulma'mur dan kemudian memberi tahu Nabi Ibrahim supaya membina kaabah mengikut saiz awan tersebut.

Setelah selesai membina kaabah, Nabi Ibrahim telah tawaf 7 kali. Allah kemudian mewahyukan kepada Nabi Ibrahim supaya menyeru kepada semua manusia supaya mengerjakan haji ke Baitullah.

Nabi Ibrahim berkata bagaimana mampu sampai suara baginda; Allah mewahyukan:Menyeru itu adalah tugas engkau; menyampaikan adalah perkerjaan Allah.

Maka Nabi Ibrahim a.s. naik ke Jabal Qubais, ada pendapat yang mengatakan di Bukit Safa dan ada pula yang mengatakan di batu Maqam Ibrahim dengan menyeru: Wahai sekelian manusia, Allah memerintahkan kamu agar mengerjakan haji!

Maka menjawab akan seruan tersebut oleh manusia, jin, batu dan kayu dan bukit dan pasir dan tiap tiap yang basah dan yang kering dari masyrik hingga ke maghrib dan yang di dalam perut ibunya, dan yang di dalam sulbi bapanya dengan berkata:
Maka yang menjawab sekali, haji ia sekali. Yang menjawab dua kali, dua kali hajinya, dan yang menjawab lebih daripadanya maka haji ia atas qadar jawabnya.

Dipetik daripada kita Aljauharul Mauhub Wa Manbihatul Qulub oleh Syeikh 'Ali 'AbdurRahman Al Kelantani, ms 60-61



Wahai saudaraku, kau telah dengar seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk menunaikan haji, apa yang melengahkan kau lagi?

Friday, January 22, 2010

PEKERJAAN HAJI .....19

Assalamualaikum,

Hudaibiyah


Gambar masjid Hudaibiyah ini terlindung oleh puluhan bas yang parkir ditepi jalan berhampiran dengannya semasa rombongan kami sampai di sana. Saya tak kuasa nak minta gambar dari pak cik google, jadi gambar ini kira ok la.

Hudaibiyah ini adalah salah satu lagi tempat untuk miqat atau memasang niat ihram. Anda sendiri carilah cerita disebalik Hudaibiyah ini, kerana ceritanya sangat masyhur. Ia berkaitan dengan rombongan Rasullullah s.a.w. terhalang daripada mengerjakan umrah oleh musyrikin Makkah.

Sekiranya anda pergi haji atau umrah, peluang untuk ziarah ke Hudaibiyah bergantung kepada pakej anda. Setahu saya kalau anda pergi secara muassasah, mungkin ziarah ini tidak disediakan, tetapi kalau anda pergi dengan pakej, biasanya pihak pakej akan memasukkan ziarah ke sini dalam itenarari.
Biasanya pihak pakej akan membawa jemaah ke ladang ternak unta sebagai sebahagian daripada ziarah. Di sana anda boleh minum susu unta fresh, yang dijual sebotol 500 ml SR5. Dalam tahun 2005, saya cuba untuk minum susu tersebut. Lebih kurang 1 jam selepas minum itu, perut saya menggelodak, dan rasa untuk ke toilet menusuk keras dan tidak boleh ditahan tahan lagi. Nasib baik pada ketika itu telah sampai di hotel. Dapatlah saya berlari dan melabur emergency.

Untuk menyiapkan diri bagi tujuan miqat di masjid ini adalah amat sederhana. Toiletnya terbatas bilangan, dan kadang kadang tidak ada air. Kawasan dalam masjidnya tidak begitu terurus. Nasib baik jumlah jemaah yang ke sini tidak begitu ramai semasa musim haji berbanding tempat tempat lain.

Dulu ada saya bertemu dengan seorang pemuda Melayu yang berasal dari Melaka yang berkidmat di masjid ini. Samada dia digaji atau sukarela , tidak saya pasti. Tapi pada musim haji kali ini petugas di masjid ini saya perhatikan ialah Bangla.

Thursday, January 21, 2010

PEKERJAAN HAJI.....18

Assalamualaikum,

Bir Ali

Masjid Bir Ali waktu malam

Sekiranya dalam pekerjaan Haji atau umrah anda, Medina menjadi tempat persinggahan pertama, maka selalunya anda akan dibawa pula berangkat ke Makkah setelah selesai pekerjaan di Medina. Oleh itu anda hendaklah bersiap sedia untuk memasang niat ihram apabila sampai masanya.

Miqat bagi mereka yang bertolak dari Medina ialah satu tempat yang dikenali sebagai Bir Ali. Atau perigi Ali. Bir tu bukan beer ye! Di sini terdapat sebuah masjid di mana jamaah haji atau umrah bermiqat dan mengerjakan solat solat yang berkaitan. Jarak antara Bir Ali dengan Medina adalah sekitar 12 km. Jadi perjalanan dari Medina ke Bir Ali tidaklah memakan masa yang lama.

Dari Bir Ali pula ke Makkah jaraknya adalah sekitar 450km. Jadi setelah anda memasang niat di Bir Ali, perjalanan anda masih jauh lagi dan biasanya memakan masa sekitar 5-6 jam untuk sampai ke Makkah.

Teringat semasa saya , isteri dan Ilyana, anak kedua, mengerjakan haji dalam tahun 2001. Semasa kami sampai di Bir Ali waktu pada masa itu adalah sekitar jam 8.00 malam dalam bulan Februari. Pada ketika itu cuasa sejuk.

Semasa saya turun dari bas untuk ke bilik air bagi tujuan membersihkan diri serta wudhu', perjalanan ke toilet tidak terasa apa apa kelainan, tetapi setelah saya berwudhu', saya terpaksa menyeberangi satu kawasan lapang untuk sampai ke ruang solat masjid.

Semasa menyeberang inilah saya dimamah oleh cuaca sejuk, yang dalam masa beberapa minit sahaja telah bertambah kesejukannya, ditokok pula oleh basah wudhu' dianggota badan saya. Saya rasa kesejukan yang teramat sangat. Gigi bawah mula berlaga dengan gigi atas. Sejuknya terasa masuk ke tulang sum sum dan seluruh anggota mengigil seiring dengan kertikan gigi.

Saya berlari selaju yang mampu untuk sampai ke ruang solat, dan apabila sampai di situ barulah haba ruang tersebut dapat memanaskan badan.

Aku ingatkan negara padang pasir sentiasa panas!

Tuesday, January 19, 2010

PEKERJAAN HAJI.....17


Assalamulaikum,



Ja'ranah

Ja'ranah ini adalah salah satu tempat miqat sekiranya kita hendak mengerjakan umrah. Diberitakan rasullullah s.a.w. bermiqat dari sini. Juga diberitakan pahala umrah yang bermiqat di sini menyamai pahala 7 kali umrah.

Teringat saya semasa mengerjakan umrah dalam tahun 1993, seorang teman sebilik bernama Pak Yah, telah sama sama bermiqat dengan kami di Ja'ranah, tetapi kemudian beliau terasa penat untuk mengerjakan umrah umrah yang lain, sehingga ketika sampai waktu untuk berangkat balik, beliau cuma dapat buat sejumlah 6 kali umrah sahaja. Sekembali di Malaysia beliau terlah bertanyakan seorang ustaz mengenai hal ini, maka ustaz tersebut memberi tahu umrahnya dari Ja'ranah telah menyerupai 7 umrah.

Ada satu perkara yang tidak boleh saya lupakan di Ja'ranah, dan saya tunjukkan di bawah ini;


Notis di atas berbunyi:
HAJJY
To your Haj very well
you must be knew this Mosque
is no defrant from of any Mosque
also The water like any water
and the place trees
like any thing

Semasa saya dan isteri membaca papan notis di atas, kami terbahak bahak ketawa. Papan notis ini berada di luar masjid Ja'ranah. Tujuan papan notis ini untuk mengelakkan orang daripada melakukan perkara syirik, sebabnya ialah semasa rasullullah berada di sini, perigi yang ada di situ telah diracun oleh musuh Islam, dan seorang sahabat telah minum airnya lalu meninggal. Rasullullah s.a.w. kemudian menawar air perigi tersebut sehingga ia kembali boleh diminum.

Jadi ramai orang yang pergi ke Ja'ranah ini dan mengambil airnya untuk pelbagai tujuan. Semasa musim haji yang baru lepas, saya tidak terpanggil untuk check papan tanda ini masih ada lagi atau tidak.










Semasa saya membuat umrah dalam tahun 1982, saya dapat lihat perigi tersebut, tetapi kemudian perigi tersebut telah dihapuskan.

Juga satu peristiwa di Ja'ranah yang sukar saya lupakan ialah semasa saya dan keluarga mengerjakan umrah dalam tahun 1997. Semasa di perkarangan masjid ja'ranah, saya dan almarhum bapa saya didatangi oleh seorang pemandu teksi arab yang pandai berbahasa Melayu. Arab ini memberi tahu bahawa dia dulu pernah ke Malaysia berniaga batu akik.

Beliau berkata; saya ada empat orang isteri. Kalau mati seorang, saya akan kawin lagi. Mati lagi, kawin lagi!

Almarhum bapa saya menyampuk: kalau kau yang mati?
Arab tersebut terus mengambil botol air dan mencurahkan ke kepalanya kerana tidak terkata dengan ulasan almarhum tersebut.

Sekiranya anda mengerjakan haji atau umrah, pergilah ke Ja'ranah.

Sunday, January 17, 2010

PEKERJAAN HAJI.....16

Assalamaualaikum,

Tanaim

Masjid Tanaim

Sekiranya anda ikuti perbincangan saya dalam posting yang lepas, perkara pertama yang perlu dibuat apabila kita berhasrat menunaikan umrah ialah menyatakan niat atau memasang niat. Cuma untuk umrah, kalau kita ingin memasang niat umrah, niat tersebut hendaklah dilafazkan di tanah halal. Ada tempat tempat yang telah di designate kan untuk jemaah memasang niat.

Kalau kita berada di Makkah, maka biasanya tempat kita memasang niat atau miqat ialah Tanaim, Ja'ranah dan Hudaibiyah. Di tempat tempat yang dinyatakan ini terdapat masjid yang telah sedia dibina untuk memudahkan jemaah memasang niat.

Biasanya apabila kita berada di masjid masjid ini untuk memasang niat, anda boleh mandi sunat ihram, ambil wudhu', sembahayang sunat ihram atau sembahyang sunat sunat lain yang anda mahu, dan kemudian membaca lafaz niat, dan dengan itu anda telah masuk dalam suasana ihram.

Sekiranya anda tidak mahu sembahyang sunat, tetapi anda rasa cukup untuk memasang niat apabila anda telah berada di tanah halal yang ditentukan, itu pun boleh juga. Ada kumpulan dalam pakej saya yang memasang niat didalam bas sebaik sahaja bas memasuki kawasan tanah halal.

Apabila anda berada di Makkah, Tanaim lah miqat yang paling hampir, sekira 8 km. Untuk ke Tanaim, anda boleh mencari teksi, coaster atau vana tau prebet sapu. Kalau dengan van, pada masa bukan puncak, harga tambang biasanya SR 2, atau 2 riyal pergi dan 2 riyal balik. Musim Haji tambang tersebut boleh naik SR3 atau SR5. Pernah aku dapat satu GMC yang perenyukkan aku di tempat kargo dibelakang tanpa boleh dibuka lagi. Bila sampai Tanaim, dia yang bukankan pintu belakang tu, kemudian aku tanya:
Kam riyal? Asyarah!

Mak datuk! Musim haji ni kau ketuk aku habis habisan ye. SR10 dihentaknya aku. Balik pula kena SR5. Total pergi balik SR15. Nasib baik aku pergi seorang pada kli itu.

Masjid Tanaim juga dikenali sebagai Masjid Ai'syah, sebab Saidatina Ai'syah melakukan umrah beliau dari sana.

Jadi, kalau anda hendak buat umrah, pergilah ke Tanaim untuk miqat.



Kat sini ada aku buat video macam mana suasana masjid Tanaim. nak tengok, buka la.