Friday, January 9, 2009

KE JAKARTA SEBENTER

Assalamualaikum,


Ke Jakarta Sebenter. Kalau ada story nanti dari sana buat posting. Untuk student saya yang terkena masa kuliah mereka, nanti diganti. Insyallah.

Thursday, January 8, 2009

PRK 036 KT; PERSIAPAN TAKTIKAL 1

Assalamualaikum,

Saya menjangkakan perbezaan undi antara calon yang menang dengan calon yang kalah dalam pilihanraya kecil ini bukan lagi kurang daripada 1k undi. Tetapi ia akan menjadi lebih besr daripada itu. Antara sebab utama ialah pertembungan antara orang sekampung seolahnya, dan perbezaan wibawa calon.


Saya hidu wibawa calon UMNO adalah tersangat rendah sehingga beliau diperlekeh oleh orang UMNO sendiri. Figur besar yang dikaitkan dengan perkara ini ialah Tun Mahathir Mohamad. Calon bebas jelas kelihatan daripada luar sebagai tunggangan UMNO, kerana profesyen beliau sebagai kontraktor di Terengganu memberi bayangan yang sangat jelas bahawa beliau berda dalam khemah UMNO. Kali ini calon bebas tidak memainkan peranan spoiler, berbeza dengan keadaan semasa Tok Mun bertanding dalam PRU12 yang lepas.


Apa yang ingin saaya kongsikan di sini ialah persiapan taktikal yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh jentera pilihanraya PAS . Persiapan strategik saya percaya telah pun dibincangkan dan diputuskan oleh jentera tersebut.


1. Antara perkara awal yang perlu diberi perhatian ialah semasa menjalani proses piliharanraya, PAS tidak boleh mengambil sikap tok lebai, iaitu sentiasa percaya kepada semua pihak dan beranggapan pihak lawan bersikap gentleman dan mematuhi peraturan perjalanan pilihanraya.

2. Petugas yang perlu diberi taklimat khas, dan taklimat berulang ialah polling dan counting agent.

3. Kalau boleh kedua porfolio ini diisi dengan individu yang bersikap berani, tegas dan kadang kala sanggup bersifat samseng.

4. Sentiasa curiga, bahawa pihak lawan sememang akan menipu. Bagaimana kah penipuan boleh berlaku?

5. Orang yang datang membuang undi bukan tuan punya sebenar kad pengenalan. Ini hanya boleh diatasi sekiranya polling agent adalah orang tempatan. Kalau bukan orang tempatan, ia sukar dikesan

6. Orang yang datang untuk membuang undi, tidak memasukkan kertas undinya ke dalam peti undi, tetapi cuma berpura pura memasukkannya sahaja, atau buat bodo saja keluar. Kertas undi yang dibawa keluar ini boleh dijual pada harga yang tinggi. Apabila dibeli, kertas itu akan digunakan untuk memangkah parti yang dikehendaki dan dimasukkan oleh pengundi lain yang datang kemudian.

7. Semasa membilang undi, pastikan agen betul betul faham dengan prosedur membilang undi, prosedur menentukan undi rosak dan prosedur menulis bilangan undi dalam borang 14.

8. Bila penjumlahan telah selesai, counting agen hendaklah melihat dengan jelas jumlah bagi undi yang diterima oleh partinya dituliskan dalam ruang yang betul dengan jumlah yang betul.

9. Borang 14 hendaklah ditanda tangani oleh counting agent parti dan juga oleh returning officer. Sebelum menanda tangan borang tersebut, periksa berkali kali bahawa entri tersebut adalah betul.

10. Counting agent hendaklah mengambil satu salinan borang 14 yang telah ditanda tangani dan di cop dengan mohor SPR. Kalau tidak lengkap jangan ambil borang itu, dan minta returning officer cop dan tanda tangan. Kalau dia tidak mahu, sedia untuk bertumbuk.

11. Borang 14 hendaklah dibawa ke pusat penjumlahan, dan pegawaai parti di pusat penjumlahan hendaklah siap menunggu kesemua borang 14. Katakan ada 12 peti undi dalam setiap DUN, maka kalau 4 DUN, jumlah peti undinya adalah 12X4=48. Jadi pegawai parti di dalam pusat penjumlahan undi mesti menerima 48 borang 14.

12. Siapkan laptop dan paling kurang gunakan excel untuk membuat penjumlahan sendiri.

13. Sekiranya angka yang dipaparkan oleh pihak SPR tidak sama dengan apa yang terdapat dalam borang 14, maka disitu, agen parti mesti membuat bantahan dengan menggunakan borang 14.

14. Ingat kes PRU12 Sanglang? Apabila angka diubah, atau terubah, dan tiada borang 14 untuk dijadikan sandaran untuk bantahan dibuat, apa yang dipaparkan itu kekal, walaupun salah! Sebab itu pada perisytiharan, Utz. Hashim Jasin kalah di Sanglang.

15. Adakah anda fikir, kesilapan di Sanglang itu tidak sengaja?

Wednesday, January 7, 2009

ZIONIS GUNAKAN I.S.A. , PUAK NI?

Assalamualaikum,



Isreal, yang sekarang ini sedang menyembelih umat Islam Gaza adalah salah satu daripada segelintir negara di dunia yang menggunakan I.S.A.


Israel bermati matian mempertahankan I.S.A. Ada kepala satu pertubuhan yang juga bermati matian mempertahankan I.S.A. Tetapi dia juga kononya menyanggah Israel.

Bagaimana bisa. Israel zalim I.S.A. zalim. Kau sokong I.S.A. Tentulah kau sama macam Yahudi Zionis tu!


Zalim!

YAHUDI ZIONIS KEJAM


Assalamualaikum,


Media arus perdana Amerika Syarikat menekankan dan sentiasa mengulangi alasan yahudi Israel bahawa the right to defend its citizens is not negotiable. Israel pula berkata what would a normal country do if they were threatened by rocket fire?

Perlu diingat Israel bukanlah a normal country. Ia adalah sebuah negera yang diasaskan kepada mencuri tanah orang Palestin dan menghalau warga Palestin ke tempat lain. Isreal adalah negara yang menduduki secara haram bumi Palestin, dan menukar nama kawasan tersebut menjadi Israel.

Kita tahu bahawa 75 % daripada penduduk Gaza adalah asalnya orang Palestin yang datuk nenek mereka dihalau oleh Yahudi semasa Zionis merampas tanah Palestin untuk membentuk negara Yahudi. Mereka dihalau dan terkumpul di Gaza kerana tidak ada tempat lain lagi untuk mereka pergi. Di Gaza mereka tinggal di Khemah pelarian.


Israel menggunakan taktik menjadikan penduduk Gaza yang sebenarnya mangsa, sebagai penjenayah, dan mempromosikan imej kononnya merekalah mangsa kepada roket Hamas. Mereka menyerang Gaza kononnya supaya rakyat mereka di selatan Israel boleh tidor atas katil, bukan tidak dalam bunker keselamatan kerana menyelamatkan diri daripada roket.

Sedangkan merekalah yang mencerut rakyat Gaza. Setelah mereka dipaksa berundur dari Gaza pada 2005, mereka mencerut Gaza dari segi politik dan ekonomi. Cerutan mereka adalah complete. Tiada suatu barangan pun dapat masuk atau keluar dari Gaza.


Apa yang orang Gaza terpaksa lakukan? Gali terowong. Pecahkan tembok yang memisahkan mereka dengan Mesir. Dan apabila setiap hari saudara mereka terus menerus dibunuh dan diburu oleh Israel, mereka terpaksa melancarkan roket tanda protes mereka terhadap cerutan Israel tersebut.


Merekalah yang teraniaya. Merekalah mangsa. Yahudi Zionis itulah penyembelih!



KEKEJAMAN ZIONIS

Assalamualaikum,



Beginilah kejamnya zionis yahudi menyembelih umat Islam, sehingga kanak kanak sekecil ini pun tidak diberikan sebarang rasa kasihan.


Dan banyak lagi nyawa yang akan melayang disebabkan oleh kekejaman zionis yahudi ini.


Doa anda sentiasa ditagih oleh saudara kita di Gaza. Dan zikirkan dengan zikir yang dilafazkan oleh Rasulullah semasa Perang Badar: Ya Haiyu Ya Qaiyum sebanyak yang mungkin sebagai usaha kita membantu mereka.

Tuesday, January 6, 2009

KENAPA TUBUHKAN ANAK SYARIKAT?

Assalamualaikum,


Banyak negeri negeri yang menubuhkan anak syarikat yang kononnya bergiat dalam pelbagai bidang. Ada juga negeri yang menubuhkan berpuluh puluh anak syarikat. Yang menjadi ciri penting yang kira biasa la oleh kebanyakan orang ialah anak anak syarikat ini rugi.


Kalau anak anak syarikat ini rugi puluhan ribu ringgit, itu adalah sesuatu yang amat pelik. Tetapi kalau anak anak syarikat ini rugi berpuluh puluh juta, atau beratus ratus juga , dan ada yang berbilion, itulah sesuatu yang biasa dan sering kita diberi tahu.


Mengapa berlumba lumba negeri negeri tertentu menubuhkan anak syarikat sedangkan mereka telah tahu, dan telah diberi tahu dan diperingatkan yang kalau tubuhkan, syarikat ini akan rugi. Tetapi masih lagi ditubuhkan.


Adakah kemungkinan syarikat syarikat yang ditubuhkan itu menjadi kenderaan untuk menyalurkan dana? Cuba cari statistik negeri manakah yang paling banyak tubuhkan anak syarikat. Cuba cari statistik negeri manakah yang anak anak syarikatnya sentiasa rugi.


Cuba cari statistik siapakah yang menjadi lembaga pengarah anak anak syarikat ini. Cuba cari statistik jawatan apakah yang dipegang dalam parti politik yang menubuhkan anak syarikat ini. Cuba cari statistik berapakah imbuhan yang dibayar kepada setiap lembaga pengarah setahun?


Cuba cari statistik berapa banyak dana yang disalurkan kepada anak anak syarikat ini oleh kerajaan negeri yang menubuhkannya. Cuba cari statistik perniagaan apa yang diceburi oleh anak anak syarikat ini. Cuba cari statistik lembaga pengarah tu ada kepakaran ke berkaitan dengan perkara yang diceburi oleh syarikatnya.


Kalau anda baca buku ekonomi oleh Samuelson ada satu kata kata hikmat yang berbunyi: lies, damn lies and statistics.

DIUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH PENAMAAN CALON

Assalamualaikum,


DIUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH HARI PENAMAAN CALON.


DIDOAKAN SEMUGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR.


DIDOAKAN KEMENANGAN PAS DAN PR DALAM PRK 036 KT

Monday, January 5, 2009

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 40

Assalamualaikum,


..........................Continued from part 39


Betrayal of Islam by the Nationalists: Pakistan


The result was that a tremendous clash occured in the pricipal cities between Sikhs and Muslims and for a very long time there was a complete choas. On March 5 and 6, large scale rioting and arson which reduced the city to shambles took place in Amritsar. Three days later the Working Committee of Indian National Congress passed a resolution demanding a division of the Punjab and by implication agreeing to a division of India. On April 2, 1947, Gandhi agreed to a partition of India. By end of April 1947, it appeared certain that Pakistan and Hindustan would emerge from a divided India.


By June4, 1947, Mountbatten, the new Viceroy, delivered the stunning announcemant that Britain would decamp in a mere eleven weeks, and would leave the subcontinent by August 15, 1947.



................to be continued

1st DAY OF SCHOOL

Assalamualaikum,

Tadi saya kena hukum tengok tengok kan perjalanan sebuah tadika pada hari pertama persekolahan. Apa yang saya nampak? perkara sama setiap tahun. Seperti ini:






Semasa anda masuk hari pertama sekolah, atau hari pertama tadika macam mana? Ada bawa benda ni tak?


Agak agak apa yang terjadi kepada yang ini?






LOSONG TETAP LEKOR

Assalamualaikum,


Kita dengar dan baca pelbagai projek segera telah diluluskan oleh UMNO/BN di Terengganu dengan harapan dapat meraih undi penduduk Kuala Terengganu dalam PRK 036 KT ini.



Tetapi UMNO yang sememang ketandusan idea tidak dapat menaikkan taraf hidup rakyat supaya mereka melonjak keluar daripada zone miskin. Kawasan Losong telah sekian lamanya terkenal dengan perusahaan keropok, tetapi tidak dapat menjadikan perusahaan tersebut sebagai suatu pelantar yang menaikkan taraf kehidupan pengusaha.


Sepatutnya, perusahaan keropok lekor dan keropok keping telah lama dimajukan oleh Terenggau supaya ia mencapai tahap antarabangsa, dan sepatutnya boleh menjana pendapatan yang tinggi untuk para pengusahanya.


Tetapi lekor tetap kekal dengan lekornya, dan Losong tidak dimajukan sepatutnya. Oleh kerana UMNO gagal memajukan Losong, dan gagal menaikkan mutu keropok, maka Losong tetap kekal dengan lekornya, setakat secara kampungan.


Sebab itu pengundi Losong telah lama hilang kepercayaan kepada UMNO.

SELAMAT MEMULAKAN PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum,



SAYA MENGUCAPKAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERSEKOLAH BARU
KEPADA SEMUA
PELAJAR SEKOLAH

SEMUA GURU
SEMUA PELAJAR IPT YANG MEMULAKAN SESI BARU

Sunday, January 4, 2009

AMOI, BILA MAU LATANG MANGI

Assalamualaikum & salam sejahtera


Ahli Parlimen Serdang ini yang termuda di Malaysia. Tapi olang Manda Mau Mangi sua lama talak nampak you maa.


Sini manyak koto la. Itu flat PKNS talak olang mau jaga. Denggi manyak. Chikugunya nanti pun manyak maa.


Sikalang tak tau mana punya olang sua buat gelai macam macam tempat maa. Manyak koto maa. ada pemit tak da pemit dia olang buat bisnis macam macam maa. dulu pbt kasi loboh. sikalang pbt mata tutup maa.


Apa, BBBangi pun lalam palimen seldang tau.

EQUATION CIPTAAN ANAK SAYA

Assalamualaikum,


Secara tidak sengaja saya terjumpa blog anak saya. Dia kemukakan satu equation. lihat di bawah ni

a=x
2a=a+x
2a-2x=a+x-2x
2a-2x=a-x
2(a-x)=a-x
2=(a-x)/(a-x)
2=1?



Ada bakat jadi Einstein tak?

SAYA AJAK ANDA SAMA SAMA PUASA SUNAT

Assalamualaikum,


Saya bercadang untuk berpuasa sunat selama tiga hari sebagi usaha memohon bantuan dan pertolongan Allah agar memberi kemenangan kepada calon PAS dan PR dalam pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.


Saya ajak dan seru anda yang menerima perkhabaran ini supaya melakukan usaha yang sama atau lebih lagi. Mungkin bukan sahaja anda berpuasa sunat, tetapi sembahyang hajat, sembahyang tahajjud, zikir dan lain lain lagi.


Kalau anda berpuasa, anda boleh puasa 1, 2, 3 atau sebanyak hari yang anda suka, samada terus menerus bilangan harinya, atau diselang seli. Yang penting anda usahakan sesuatu.


Sekiranya ada anda lakukan ini, isyaratkan kepada saya!