Friday, July 2, 2010
TOLONG MELAYU SIAM LA
Banding kalau ko sanggup kena ISA kali ke 3, ada pekdah kalau ko tolong Melayu siam. Kan ke tu Melayu. Berdegar degar heboh ko nak tolong melayu.
Yang kat siam kena sembelih apsal ko tak tolong?
CELUPAR YG TOKEH SUSAH DAN SESAH
Ini yang menyebabkan tokeh si toad ni susah.
Ini yang menyebabkan si toad ni akan kena sesah
Wednesday, June 30, 2010
SINGGIT BERHARGA LEBIH DRPD JUTAAN
Kalau kena RM 2001.00, barulah perlu adakan pilihan raya kecil.
Kalau ada pilihan raya kecil, BN terpaksa tabur janji sana sekian juta RM, sini sekian juta RM.
Menang belum tentu. Kalau kalah malu . Serta rosakkan peluang dalam PRU. Ini parlimen Batu.
Kau tau? last election kalah belibu libu.
Kalu gitu, kasi kulang satu linggit la, nuu
Tuesday, June 29, 2010
NIK AZIZ: BERTASBIH, TAPI.....
Bertasbih tapi menghalalkan yang haram — Nik Abdul Aziz Nik Mat
29 JUN — Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.
Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan Umno yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.
Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga Dun Kelantan yang Ke- 12.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.
Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?
Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan Umno/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan Umno, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud:
“...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...”
Sudikah kiranya pemimpin Umno yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.
Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.
Sayangnya, pimpinan Umno pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang Umno, saya hanya mampu untuk bersimpati.
* Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah Mentri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.
NAK SELAMAT JGN MASUK LALUAN INI
Perhina warga malaysia yang bukan daripada bangsa mereka halal.
Menipu rakyat dengan berselindung disebalik OSA agar kroni kaya, halal!
Dulu kata lesen judi bola world cup tidak pernah dikeluarkan. Tetiba aje yang yang tidak pernah dikeluarkan atau diluluskan itu dibatalkan.
Semuanya kira halal.
Monday, June 28, 2010
ANWAR PUN CAKAP MACAM TU JUGA USTAD OI
Kita tidak tanya, tetapi beliau sendiri yang menerangkan kenapa dia masuk UMNO.
Anwar Ibrahim pun cakap macam tu juga masa masuk UMNO dulu
Sunday, June 27, 2010
PENEMUAN BARU: INGIN TUKAR WARNA?
Apabila saya pakai kasut yang baru ini, terasa dalam diri sendiri macam segak aje kasut ini. Dipakai di tempat kerja yang baru di Tanjung Malim kira selesa juga.
Khamis lepas, selesai beberapa tugas di pejabat, saya ke toilet. Tanggal kasut, pakai selipar dan terus ke toilet. Kebiasaan saya akan solat sunat dhuha, sebab itu tanggal kasut untuk memudahkan berwudhu'.
Sekembali dari toilet, dan sedang bersiap untuk solat sunat dhuha, saya terperasan satu perkara pelik berlaku:
Kasut saya tiba tiba je bertukar. warna. Sebelah yang coklat tu menjadi hitam. Saya amat amati, memang sah, saya telah bertemu dengan kaedah baru untuk menukarkan warna kasut.
Apabila saya pakai kasut yang dihasilkan oleh penemuan baru ini, rasanya selesa aje.
NURULNIZZAH: MB TERKENA LAJU-SYNDROME
MP Lembah Pantai Nurul Izzah juga menyuarakan pandangannya mengenai MB Khalid Ibrahim.
Diberitakan juga semalam sepatutnya semua pimpinan PKR hadhir dalam satu retreat untuk mengkoreksi apa apa juga, tetapi MB tidak hadhir.
Maka itu menambahkan lagi bahan bakar yang boleh menyemarakkan desas dan desus.
Saya rasa MB terkena suatu sindrom yang mengenai ramai pemimpin. Ia itu laju-syndrome.
Tan Sri, cara bertindak dalam korporat ada sedikit lain dengan cara dalam politik.
Kalau Tan Sri nak tutorial, aku boleh tutorialkan bab ini.