Assalamualaikum,
Ajaran yang sebenar benar dan paling benar ialah Islam. Sekiranya anda berugama bukan Islam saya ajak anda kepada Islam. Baca
di sini.
Apa jua ajaran yang tidak sama dengan Al Qur'an dan Hadith adalah sesat.
Kepercayaan dalam Islam diasaskan kepada Tauhid dan kerusulan Muhammad s.a.w. Kedua dua ini dibungkus menjadi iman.
Iman ini dibungkus pula oleh 6 rukun iman dan 5 rukun Islam dinamakan aqidah.
Aqidah ini dipercayai, diamal, diajarkan , disebarkan, diperjuangkan, dipertahankan, dan sanggup mati kerananya.
Ada juga kepercayaan yang diamal, diajar, disebar, diperjuang, dipertahan dan sanggup mati kerananya yang tidak mencapai maqam aqidah.
Ini dinamakan ideologi.
Jadi aqidah adalah juga ideologi, tetapi idelogi tidak semestinya aqidah.
Aqidah adalah ideologi yang dicipta oleh Allah.
Ideologi dicipta oleh manusia.
Ideologi selain daripada aqidah Islamiyah adalah ideologi ciptaan manusia.
Oleh itu ideologi yang boleh dianuti oleh orang Islam hanya Islam sahaja. Berteras kepada Tauhid kepada Allah dan kerusulan Muhammad s.a.w.
Ideologi selain Islam adalah sesat.
Sosialisme bersanad dan bersumber kepada Marx and Engel. Sesat.
Nasionalisme bersanad dan bersumber kepada Revolusi Perancis. Sesat.
Komunisme bersanad dan bersumber kepada Marx-Engel-Lenin. Sesat.
Kapitalisme bersanad dan bersumber kepada Revolusi Industri Eropah. Sesat.
Dari nasionalisme lahir pula ideologi ekstrim: zionisme, nazisme, fascisme, ketuanan melayu dan seribu macam lagi. Sesat
Satu maqam di bawah ideologi dikenali sebagi ajaran: Ayah Pin; itu, ini dan lain lain; anda cari sendiri namanya....Sesat.
Satu maqam di bawah ajaran dikenali sebagai indoctrinasi.:BTN .Sesat
Yang diterima hanyalah Aqidah Islamiyyah.
PAS mengambil Islam sebagai ideologinya.
Saya ajak anda masuk PAS.