Friday, September 30, 2011

MB & KM BN MINTA AMPUN PD SULTAN?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kematangan berpolitik sangat terserlah di kalangan ahli politik PR. KM Lim Guan Eng secara terbuka meminta maaf kepada Sultan Johor atas isu yang difitnah kepada KM tersebut kononnya menghina Johor.

Ada satu menteri besau dulu sekitar 2004 menghina Kelantan katanya Kelantan selalu banajir. Top top bulan oktober tahun itu negeri dia dilanda banjir paling besau sekali. Ada dia minta maaf dengan Sultan Kelantan?

Ada banyak MB dan memanda yang mantan yang berbuih mulut mereka menghina Kelantan, sekarang masa kau untuk minta ampun kepada Sultan kelantan.

Ada MB yang anak jantan di sini?

Thursday, September 29, 2011

ANAK DITELAN BUMI SETELAH BERI ARAHAN 'AMBIL TINDAKAN'

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam cerita memali, kalau nak ungkit hal si rasis melayu, ceritanya ialah melayu bunuh melayu. Tetapi melayu rasis tidak rasa apa apa pun bila mereka bertindak zalim bunuh bangsa sendiri. Tidak segempita seperti cerita melayu di rumah pasong bukit kepong .

Cerita memali ni kau boleh rerun di sini


Semasa cerita memali ni heboh diperkatakan, orang bertanggung jawab selamba aje kata aku tak suruh bunuh. Aku suruh ambil tindakan.

Kemudian tahun 1993, semasa sebuah kondominium runtuh, anak orang ini ditelan bumi.

Mungkin Yang Azali berkata aku tak suruh bunuh

bumi cuma telan aje

AKU SANGAT KHUATIR SEKIRANYA.....3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Gambar hiasan: Masjid Bir Ali dari jauh

Aku sangat khuatir sekiranya aku berada bersama sama dengan tentera Islam dalam perang hunain. Selepas menang perang Rasullullah membahagi bahagikan ghanimah. Maka baginda memberikan kepada mereka yang baru sahaja masuk islam 9 hari selepas Fathul Makkah.

Aku khuatir kalau kalau aku berkata ini tidak adil ni, abu suffian yang baru masuk Islam dapat begitu banyak unta rampasan perang, si kawan tu dapat ini pula, yang dia tu dapat sekian banyak. Habis aku yang dah lama masuk Islam dan bertungkus lumus memenangkan Islam ni dapat apa?

Ada diantara mereka pada ketika itu mempersoalkan baginda dalam pembahagian ghanimah.

Rasullullah jawab, mereka dapat unta. Kau dapat Rasul Allah. Mana lebih baik antara unta dengan Rasul Allah?

Kalau ada yang mempersoal hudud tu tidak sesuai, belum masa lagi, zalim, ketinggalan zaman, mesti mengikut perubahan semasa, sedang hudud itu dibahagi bahagi oleh Rasullah kepada kita sebagai peninggalan baginda, maka sebenarnya yang sekelumit ini hanya dapat

taik unta

Tuesday, September 27, 2011

ORG KELANTAN MAKAN BESI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kelantan airnya kotor. Airnya merah. Orang kelantan menganggur. Orang Kelantan ramai berhijrah keluar. Tikus di pasar Khadijah sebesar kucing. Orang Kelantan ramai kena aids.

Macam macam tohmah yang dilemparkan kepada kelantan sejak 1990 sehingga hari ini. Hari ni tunjukkan pula karikatur tok guru lepak dengar lagu huu huu dudd dudd. Semuanya ini menghina Kelantan, menghina rakyat Kelantan, menghina Islam sehina hina nya.

Aku beritau pelajar, air di Kelantan merah, sebab negeri Kelantan banyak mineral besi. Sebab itu orang Kelantan kuat belaka. Mereka minum besi dan makan besi. Air sungai langat depan rumah aku tu pun merah juga, tetapi semasa toyol perintah selangor, tak ada pun mereka bising.

Orang melaka ramai yang merantau, tetapi tak ada pula mereka bising. Orang negeri lain dalam malaysia pun kena aids juga. Tetapi mereka tidak bising.

Lee Kuan Yew pernah beri komen johor tu seperti tempat koboi. Kenapa kau tak serang LKY? sedangkan dia dah isyarat nak perang dengan Malaysia kalau isu tanjung pagar tak settle.

Guan Eng refer pada johor, melenting 10 tingkat malaun ni

Monday, September 26, 2011

M'SIA JOHAN LOMPAT TINGGI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Keputusan inkues Sarbaini sama lebih kurang dengan keputusan inkues Teoh Beng Hock. Kedua duanya menunjukkan , kalau anda terima logik yang cuba disumbat ke tembolok anda, ialah:


Orang Malaysia johan lompat dari tempat tinggi

KETAGIHAN MENDERA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ada seorang mantan memanda mengatakan bahawa I.S.A. tidak disalah guna. Wah cantiknya muka kau. Ada seorang mantan profesor yang lantang condong kepada fahaman syiah kena cekup gunakan I.S.A. Aku tidak tahu samada dia menganut fahaman syiah, tetapi dia memang lantang menunjukkan approvalnya kepada hujjah hujjah syiah.

Aku percaya sebab dia kena tangkap I.S.A. adalah kerana pensyarah lain yang tidak senang dengan profesor ini, terutama semasa profesor ini dan pensyarah pensyarah lain yang bersembang kosong di kantin akademik berjam jam kononyna membincangkan hal dunia.

Mereka yang suka menghabis dan membuang masa bersembang kosong di kantin akademik boleh hidup sebagai ahli akademik kerana rata rata mereka jenis tripod. Ketidak senangan mereka terhadap profesor condong syiah ini disalur melalui jalan politik dan I.S.A. telah digunakan.

Semasa profesor ini ditahan I.S.A., dia telah mencabar kesahihan penahanannya di mahkamah menggunakan khidmat Karpal Singh dan menang. Belum sempat keluar mahkamah dia ditahan semula.

Aku kira sekitar 2002 aku bertemu dengan mantan pofesor ini dan pada masa itu beliau telah dibebaskan setelah ditahan selama aku rasa 4 tahun. Dia menceritakan bagaimana seorang tahanan lelaki lain yang diketuk kemaluannya dengan pembaris bahagian tajam semasa sesi soal siasat. Aku tak taulah dia punya alat tu boleh pakai lagi ke tidak, kata mantan profesor bekas tahanan I.S.A. ini.

Memang lah memanda I.S.A. tidak disalah gunakan.

Kerana ia telah teramat sangat disalah gunakan