Saturday, July 23, 2011

MASJID SELAT MELAKA YANG TERAPUNG

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Seperti yang telah dinyatakan sebelum daripada ini, sudah menjadi satu perlumbaan untuk pembinaan masjid di Malaysia meniru konsep Masjid Rahmah yang terapung di Jeddah. Melaka pun tidak mahu ketinggalan dalam hal ini.

Kan ke Melaka sudah diisytihar negeri maju, dan kawasan Banda Hilir sekarang menjadi tempat tarikan pelancung, tambahan lagi, dan ini yang paling mahal, Melaka telah diisytihar oleh UNESCO sebagai World Heritage Site. Kalau kau ke Banda Hilir, pergilah ke Masjid Selat Melaka.


Tidak susah nak carinya, kalau kau jenis yang reti baca signage. Kalau yang tek reti tu apo nak dikato.







Tak sangka pula aku jumpa seorang dari Germany di situ. Bergambarlah sidua serban

Friday, July 22, 2011

MASJID TERAPUNG KOTA KINABALU

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Seperti di banyak tempat di Malaysia, keghairahan membina masjid terapung menjadi menjadi di sana dan di sini. Kota Kinabalu juga tidak mahu tertinggal dalam perlumbaan ini. Gambar di atas menunjukkan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Walaupun tidak berkesempatan solat di masjid ini oleh kerana kekangan masa, namun puas juga hati dapat memfoto masjid ini.

Thursday, July 21, 2011

SOLAT DI BUNDU TUHAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





16 Julai 2011 aku, isteri serta Nordin ronda ronda sekitar Kundasang. Nordin tunjukkan kepada aku sesuatu. Di situ katanya ada surau yang dihuni lembu dan dipenuhi oleh tahi lembu.

Teringin juga aku ingi lihat surau tu.






Aku minta Nordin pandukan kami ke sana. Perkampungan di lereng bukit ini sungguh indah sekali, udara dan cuacanya amat nyaman, berada di ketinggian sekitar 2000 m.

Yang aku faham penduduk di sini terdiri daripada penduduk etnik Dusun, beragama keristian. Apa denomination keristian aku tidak tahu. Aku anggar ada sekitar 150 rumah di situ di sepanjang lereng bukit, dan kalau ada 5 penghuni setiap rumah, kau kiralah berapa penduduk Bundu Tuhan.

Penduduk Islam ada sekitar 10 keluarga. Surau di situ tidak hidup. Semasa kami sampai, ada orang yang memesin rumput sekitar perkarang surau di situ, dan ada 6 kanak kanak membersihkan bahagian dalam surau.

Assalamualaikum, kata ku, ini dibersihkan sebagai persiapan menyambut ramadhan ke, kataku. orang itu kata tidak, kerana ada rombongan Jakim akan ke surau ini esok, katanya.



Aku perhatikan memang surau itu uzur, dan memang ada tahi lembu kering sekitar surau tersebut. Aku ambil peluang untuk solat sunat di surau itu.





Petang itu semasa kami turun bukit ke arah Kundasang setelah memutar mutar sekitar Kundangan, brake pad roda kanan hadapan perodua viva Nordin habis.


Kreeeeek, bunyi nya