Thursday, March 10, 2011

BUDAK U JGN BACA NI.....7

Assalamualaikum,

Sekiranya anda punyai anak yang masih belajar di sekolah, dan sekiranya anda mahu memeriksa riksa teks yang digunakan di sekolah sekolah di Malaysia, salah satu unsur yang cuba ditanamkan dalam minda pelajar ialah perasaan patriotisma.

Apa itu patriotisma? Secara yang paling mudah ialah rasa cinta kepada negara, atau tanah air atau tanah tumpah darah. Bukan kah bagus rasa ini. Dalam Islam pun ada ditekankan ini, iaitu cinta kepada watan adalah sebahagian daripada iman. Cuma kita perlu ingat, dalam Islam, cinta yang paling tinggi ialah kepada Allah dan RasulNya, dan sebarang kecintaan kepada yang selain, selagi tidak menyalahi syariat adalah dibenarkan.

Tetapi di zaman negara ini diperintah oleh umno bungkusan bn, makna terselindung patriotisma ini ada sedikit pertambahan. Yang pertama ialah, patriotisma bermaksud pada penilian mereka, ialah semua rakyat mesti sokong negara, walau apa pun yang dilakukan oleh negara. Sekiranya negara tersebut melakukan sesuatu yang baik dan bermenafaat kepada seluruh penduduk dan rakyat, maka sememangnya negara perlu disokong. Tetapi sekiranya negara melakukan sesuatu yang melanggar syariat, seperti negara memberikan kelulusan kepada perlakuan yang bertentangan dengan syariat, contohnya menyediakan pusat pusat judi untuk rakyat berjudi, maka dalam definisi patriotisma membuta, ini perlu disokong, tetapi kalau berlandaskan ajaran Islam, ini perlu ditolak.

Atau negara melakukan sesuatu yang  zalim, seperti membunuh rakyat sendiri sebagaimana kita saksikan sekarang di Libya, maka ini memerlukan rakyat tidak patriotik kepada negara. Atau pembunuhan rakyat Malaysia dalam kes Ibrahimn Libya, maka perlukah patriotisma di sini?

Satu lagi maksud tersembunyi patriotisma Malaysia ialah sekiranya anda menyokong umno, maka anda adalah patriotik dan anda bagus. Kalau anda tidak menyokong umno, maka anda masuk dalam kategori mereka yang tidak bersyukur, dan untuk menguatkan ini, dibuat papan tanda yang menunjukkan hadis yang menyebut tidak mensyukuri Allah mereka yang tidak mensyukuri manusia......

Sebenarnya menanamkan rasa patriotisma dikalangan pelajar sekolah adalah satu usaha terancang untuk menyuburkan sokongan kepada umno. Anda adalah seorang yang patriotik, kalau anda angguk sahaja apa yang dilakukan umno, dan anda adalah sangat kurang hajau sekiranya anda melawan umno.....

Monday, March 7, 2011

BUDAK U JGN BACA NI.....6

Assalamualaikum,

Dalam posting terakhir siri ini, saya janjikan akan menyentuh tentang ketuanan dan warganegara, tetapi sebelum kita membincangkan hal tersebut, ada beberapa konsep lain yang perlu dikupas dulu. Antara yang perlu dikupas ialah konsep daulat.

Daulat

Kita sering dengar istilah daulat tuanku, yang kadang kadang kita tidak tahu apakah maksudnya. Paling mudah daulat bermaksud mempunyai kata pemutus, dan tidak ada kuasa yang lebih tinggi lagi yang boleh menyanggah kata pemutus tersebut. Kalau sekiranya seorang sultan di negeri antah berantah berdaulat, maka kata kata baginda adalah kata kata pemutus, sekairanya baginda mengeluarkan hukum, maka hukum itulah yang terpakai, seperti:

beta hukum kamu dipancung kepala.....

maka tidak ada kuasa lain yang boleh membatalkan hukum atau perintah tersebut. Kalau sekiranya sultan tersebut berada dalam keadaan sedemikian, maka sultan tersebut berdaulat.

Pada zaman kesultanan Melayu di alam Melayu raya ini, sultan sultan adalah berdaulat, kata kata para baginda berkuasa dan dikuatkuasakan dan tidak ada mana mana pihak yang boleh membatalkannya. Tetapi apabila alam Melayu dijajah oleh penjajah,  maka daulat sultan ini telah dicabut oleh penjajahan. Para sultan dan raja raja tidak lagi bersifat sovereign , kerana kata pemutus dalam kebanyakan hal berada ditangan penjajah. Untuk tujuan camouflage, di tanah Melayu para sultan diberi kuasa dalam hal ehwal Islam, itu pun dalam perkara yang trivial pada penilaian penjajah.

Semasa para sultan berdaulat dalam erti kata sepenuhnya, maka tuan kepada negeri berkenaan adalah sultan atau raja yang bertakhta. Baginda adalah raja, orang ramai adalah rakyat.

Apabila negara ini mencapai kemerdekaan, kata pemutus ini, atau sovereignty ini, pindah daripada penjajah kepada parlimen. Kenapa pindah? kerana itulah sistem bernegara yang telah dipilih atau lebih tepat yang telah ditetapkan oleh penjajah untuk diguna pakai oleh negara ini.

Oleh itu, yang berdaulat ialah parlimen, bukan raja atau sultan. Parlimenlah yang mempunyai kuasa dan kata pemutus dalam semua hal di negara ini.

Apabila parlimen telah membuat satu ketetapan, yang dikenali sebagai akta, yang menjadi undang undang yang berkuasa dan dikuatkuasakan, maka tidak ada kuasa lain lagi yang lebin tinggi daripada parlimen, tidak ada kuasa lain lagi yang boleh membatalkan apa yang telah diputuskan oleh parlimen.

Oleh itu yang berdaulat ialah parlimen, bukan tuanku.

Parlimen dipunyai oleh semua bangsa di negara ini, bukan Melayu sahaja.

Parlimen itulah tuan.