Saturday, June 20, 2009

MENGALU ALUKAN

Assalamualaikum,

Saya mengalu alukan sebarang pertemuan yang dirancang oleh pimpinan PAS bagi meredakan isu Unity Government. Inilah satu isu yang semakin jelas sekiranya tidak dipadamkan nyalaan sumbunya akan membawa kepada terbakarnya pelbagai pihak.

Melihat dan membaca kutukan dan sanjungan yang pelbagai menandakan isu ini sudah menular ke peringkat akar umbi. Pimpinanlah yang bertanggung jawab mematikannya.

Usahlah digantung sepanduk mendesak atau memalukan mana mana pihak.

Sekarang adalah masa untuk repair dan welding.

DERIA KETUJUH


Assalamualaikum,

Terpesona saya bila mendengar berita bahawa PAS Kelantan mempunyai deria ketujuh, sebab itulah analisis yang mereka lakukan betul dan mereka berjaya menerajui Kelantan 20 tahun dan lebih.

Senario politik Malaysia berubah dengan cepat dan keupayaan kita untuk berubah bersama sama dengan perubahan tersebut juga hendaklah sederap. Undi yang diterima olehPAS selama ini adalah datangnya dari orang Melayu luar bandar yang konservatif. Tetapi keadaan ini sudah berubah. Undi yang diterima oleh PAS bukan sahaja daripada golongan ini, tetapi daripada golongan orang Melayu non-konservatif, orang melayu urban, orang Melayu progresif, non Melayu, non Muslim , muda , dewasa, serta tua.

Konsep perpaduan Melayu Islam adalah satu konsep yang telah ketinggalan banyak langkah dalam arus perubahan pemikiran rakyat Malaysia sekarang. Konsep ini telah tidak relevan lagi. UMNO lah yang cuba sekeras kerasnya mempromosikan konsep Melayu Islam ini. Kenapa Melayu Islam, dan tidak Islam sahaja tanpa direncahi dengan asobiah kemelayuan?

Sekiranya UMNO benar benar memperjuangkan nasib MELAYU, kenapa tidak ada sebarang bantahan daripada UMNO apabila penduduk Melayu di selatan Thailand disembelih dalam masjid minggu lepas? Kenapa UMNO tidak mengambil sikap lebih proaktif dalam menangani masaalah Melayu di Selatan Filipina, di Kampuchea, di Sri Lanka dan di Riau? Ini menunjukkan ruang lingkup Melayu UMNO itu adalah setakat membuncit tembolok mereka sahaja. Di luar kerangka UMNO, Melayu itu bukan Melayu.



Kalau nak cakap mengenai perpaduan Islam, UMNO selamanya tidak mahu dengan implementasi Islam. Hanya mereka boleh mengeluarkan fatwa baru bahawa akan masuk syurga mereka yang mengundi BN.

Jadi ghiarahnya UMNO apabila dilontarkan idea kerajaan perpaduan ini adalah kerana dalam keadaan mereka sedang tenggelam dan sedang lemas, ada orang yang melontarkan life jacket. Dan anda tahu tim mana yang melontarkannya.

Perwakilan PAS dalam muktamar 55 tidak memikir selaju perubahan citarasa politik negara. Ramai diantara mereka yang kematu alat derianya.

Jauh lagi punyai deria ketujuh.


Friday, June 19, 2009

DILARANG MAIN FISIDI

Assalamualaikum,

Hampir terperanjat besar saya bila diberi tahu oleh pegawai di kedutaan Malaysia di Jakarta bahawa apa yang saya cuba lakukan boleh menjadi perangkap memerangkap diri sendiri kerana melakukan human traficking. Sekiranya anda mengambil pembantu rumah Indonesia, ia mesti dilakukan melakui agensi, kalau anda lakukan secara bersendirian kononya untuk menjimatkan kos, anda boleh terjerat dengan human traficking, kerana peraturan Indonesia tidak membenarkan lagi pengambilan TKI, tenaga kerja Indonesia dilakukan tanpa menggunakan agen.

Semasa berurusan di kedutaan Malaysia di Jakarta juga berlaku demo dihadapan kedutaan tersebut, kerana sebahagian rakyat mereka marah dengan isu penderaan TKI Siti Hajar, kes Manohara dan kes Ambalat.

Dalam penerbangan balik, terdengar peringatan daripada petugas penerbangan: dalam penerbangan ini dilarang main sidi, fisidi, difidi, tifi, fidio, henpon genggam....

Pada hari rabu 17/6 terima sms daripada albrangi menceritakan TGNA suruh Nasharudin Mat Isa keluar PAS, berhenti jadi ahli parlimen Bachok dan itu dan ini.

Bila saya update diri saya dengan makluman terkini, maka banyak maklumat yang saya ketahui. Membaca tulisan dalam pelbagai blog, menilai tulisan Lim Kit Siang, meneliti statement ustaz Idris Ahmad, membaca peristiwa 10 ahli parlimen PAS, baca yang pro dan baca yang kontra, baca statement Dr. Hatta Ramli, membaca posting terkini Ustaz Ahmad Awang, baca komen hingusan mohamad sayuti omar, membaca berita nasharudin Mat Isa kesaorangan, membaca tiada poster TGHH di manik Urai, baca sana dan baca sini, nilai sana dan nilai sini, maka saya masih lagi percaya dengan apa yang saya tulis sebelum ini di sini.

Dan penilaian saya: saya bersama pendirian TGNA

Tuesday, June 16, 2009

SIAPA DAPAT CARI?

Assalamualaikum,



Mas Selamat tidak selamat. Akhirnya dia ditangkap.

Tetapi ada orang yang hilang, masih selamat. Seperti Ayah Pin.

Siapa dapat cari orang orang yang tetiba hilang ni, seperti Raja Petra Kamaruddin. Atau Helmi Malik, boyfriend YB Elizabeth Wong?

Atau Subramaniam yang buat akuan bersumpah hal Altantuya.

Mas Selamat perlu belajar bagaimana mau selamat dengan orang orang yang dah selamat ni.

MATI LAGI SEMASA DALAM TAHANAN

Assalamualaikum,

Seorang lagi mati dalam tahanan polis.

A policeman found Gnanapragasam, 53, dead in a toilet at the police station early yesterday at Damansara Damai police station.

Polis kata jangan buat spekulasi tentang hal ini. Tetapi polis sendiri boleh buat spekulasi: iaitu kemungkinan orang ini mati kerana dadah.

MESEJ SAMPAI

Assalamualaikum,


Walau apa pun ditafsir orang, mesej beliau telah sampai. Kuasa di Perak dicuri daripada PR. Untuk rakyat tidak dianiaya, tidak didera dan tidak dikhianati, bubarkan DUN Perak!

Monday, June 15, 2009

MENADAH KITAB

Assalamualaikum,



Dengan mengakui adanya kehendak rakyat untuk saluran media yang menumpukan kepada soal soal ugama, maka sekarang terdapat beberapa stesyen radio dan tv yang menuju ke arah tersebut. Ustaz Idris Ahmad, ketua penerangan PAS yang baru melahirkan pandangan skeptikal beliau tentang tv beraliran Islam yang bakal dilancar oleh pemerintah sebagai salah satu lagi saluran propaganda untuk menjaga kepentingan mereka.

Rakyat rata rata berasa kecewa kerana media yang kononya mempromosikan Islam sebenarnya membawa tren yang boleh melebarkan tahap ketidak fahaman rakyat mengenai Islam. Ada stesyen radio yang berorientasi Islam yang mulanya menyiarkan nasyid nasyid Islami, tetapi kerana keperluan komersial, trend nasyid berubah daripada tidak diiringi oleh alatan muzik yang sinonim dengan hedonisme kepada yang sedemikian. Artis nasyid juga sama berperungkap seperti artis hedonisme, terlibat dengan gosip maruah dan menaja tren keruntuhan akhlak.

Dunia media orientasi Islam masih diselubungi oleh kepentingan komersial dan karatan sekularisme. Umat Islam mahu supaya media ini menjadi jentera memindahkan ilmu Islam, dan tarbiyah Islam kepada seluruh massa. Belum ada lagi sesi menadah kitab yang betul betul bersifat keilmuan dipaparkan dalam media seperti tv atau radio . Kalau anda inginkan ilmu seperti ini, tempatnya masih lagi di masjid, dan institusi pelajaran dan pengajaran ugama Islam.

Bila lagi kita hendak maju ke hadapan?

Sunday, June 14, 2009

NIK AZIZ HAPUS KESANGSIAN KAUM CINA

Assalamualaikum,


Apabila Lee Kuan Yew sangup datang dan bertandang kepada Tuan Guru Nik Aziz, seluruh kesangsian kaum Cina, samada di Malaysia, atau Singapura, atau di Asean, atau di dunia hapus, terhadap Islam dan terhadap PAS.

Kejernihan ini hendaklah dibela dan dibelai oleh semua pihak.

YANG SPRM CEKUP HAL MRR2 TU SAPA HAH?

Assalamualaikum,


Kan ke hebuh dua orang politik kena cekup oleh SPRM hal MRR2. Ceritanya siasatan dah siap. Menteri pun dah suruh percepat. Siapa tahu hah siapa samdol dua orang tu? Kau orang buat la posting hal ni.

STADIUM CAP AYAM

Assalamualaikum,


http://mampat.blogspot.com/




Mula mengerti maksud cap ayam ini dari al brangi. Barulah aku tahu bagi orang Terengganu, sekiranya sesuatu itu tiada standard dan sangat lekeh, maka dilabelkan cap ayam. Al brangi ada buat satu posting mengenai cap ayam ini, tapi aku tidak ingat lagi hal apa. Lepas itu Dr. Lo' Lo' pula buat satu posting mengenai stadium cap ayam yang roboh di Terengganu. Beliau mempersoalkan samada konsultan ke yang cap ayam, atau kerajaan ke yang cap ayam.

Yang sahnya ialah stadium di Terengganu runtuh. Ada juga orang yang ingin mempertahankan kerajaan Terengganu, kerana kata mereka Jaya Supermarket pun runtuh. Bezanya ialah jaya supermarket memang hendak diruntuhkan, cuma prosedur sahaja yang mungkin tidak betul. Stadium di Terengganu bukan hendak diruntuhkan, tetapi ia runtuh atas sebab yang masih belum diumumkan.

Jadi unsur cap ayam itu saya rasa memang ada. Di mana letaknya cap ayam itu anda kena nilai sendiri. Yang pasti ialah wang jutaan ringgit lebur sahaja bersama leburnya stadium tersebut. Bayaran telah dibuat.

Kontraktor telah terima bayaran. Konsultan telah terima bayaran. Sub kontraktor sudah terima bayaran. Segala yang perlu menerima bayaran telah terima bayaran. Wang rakyat Terenggau telah melayang. Cuma rakyat Terengganu sahaja yang melopong.

Tahap kehidupan masih lagi jauh tertinggal berbanding dengan negeri negeri lain. Kos kehidupan tinggi berbanding dengan negeri negeri lain yang juga setaraf dengannya. Royalti minyak rakyat hanya dengar deringan duitnya sahaja. Wang ehsan pun rakyat tidak pernah lihat.

Yang rakyat dapat lihat ialah runtuhnya stadium.

Yang rakyat dapat ialah menghirup debu stadium yang runtuh.

MENTERI MEMANAS RUMAH, RAKYAT RUMAH PANAS

Assalamualaikum,

















Rumah aku buruk, tapi SPM aku dapat 20A