Friday, July 19, 2013

BERJUMPA LAILATUL QADAR

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Awal tahun 80an aku tinggal di rumah no. 27, Jalan 1/9H. Kawan ku ustaz Hiasyamudin yng pada masa itu seorang pelajar pengajian Islam menjual satu set kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Al Marbawi. Semasa mentalaah kitab tersebut dibulan puasa mengenai perkara perkara yang berkaitan dengan puasa, aku ingin mencuba mencari Lailatul Qadar.

Almarhum bapaku ada memberi tahu bahawa beliau percaya telah bertemu dengan Lailatul Qadar dalam salah satu tahun semasa hayat beliau. Aku pun ingin mencuba juga. Tambahan lagi, apabila aku baca kitab kitab lain, ada ulama yang memberi petua macam mana nak jumpa malam agung tersebut, dan mengikut ulama ini, beliau tidak pernah gagal menemui lailatul Qadar sejak baligh dengan menggunakan formula itu.

Tambahan pula semasa kecil, ada ahli keluarga memberi tahu malam turunnya lailatul qadar, pucuk pucuk pokok aku tunduk sujud ke bumi. Maka ini adalah tanda tanda besar berlakunya perkara ini.

Juga diberitakan kepada kita bahawa Rasulullah s.a.w. ber'iktiqaf sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, maka siap yang mampu, eloklah hidupkan sunah itu, mudah mudahan dikurniakan Allah bertemu dengan lailatul qadar.

Aku juga membaca dalam kitab Bahrul Mazi tanda tanda berlakunya lailatul qadar, dan aku sentiasa tercari cari tanda tanda sedemikian.

Setiap 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan aku cuba hidupkan dengan tidak tidur, tetapi beribadat, tetapi aku lakukannya dirumah. Setiap setelah penat, aku akan buka pintu meninjau ke luar rumah, kot kot ada tanda turunnya lailatul qadar.

Tidak ada juga. Malam esok, tidak ada juga, malam lagi satu, tidak ada juga, sehingga habis malam dalam bulan Ramadhan. Tetap aku tidak ketemu dengan lailatul qadar.

Akhir, insaflah aku. Aku tidak layak untuk ditunjukkan kebesaran malam tersebut.

Sejak itu, aku mengamalkan apa yang dipesankan oleh almarhum ustaz aku Prof. Dr. Mohamad Saedon, beramal setiap malam dalam bulan Ramadhan.

Pasti kau bertemu lailatul Qadar.

Tuesday, July 16, 2013

RAJJAB DAN PAK YAZID

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi aku mengucapkan salam ramadhan kepada semua pembaca. Top top sudah hampir habis 1st trimester ramadhan ini. Pelbagai cerita yang timbul dalam bulan ini, tetapi semalam yang menyayat ialah interview sebuah station radio dengan sahabat sahabat di Gaza yang tersiksa akibat pergolakan di Mesir.

Sebaik selesai tadarrus di masjid zohor tadi, aku melangkah mencari kasut ku. Masjid sudah kosong, tetapi aku tidak tahu di mana nak matikan satu unit air cond yang memang dibiarkan on untuk aku terus berada selama bertadurrus tu.

Semasa berjalan keluar menuju rak kasut, aku teringat akan Rajjab yang telah berlalu. Eh, aku tidak mengamalkan apa apa zikir bulan Rajjab pun pada tahun ini. Selalunya Rajjab aku ku isi dengan pelbagai pengisian khusus untuknya, tetapi tahun ini aku telah cuai.

Selalunya Jumaat terakhir dalam bulan Rajjab memang ku nantikan, kerana ada zikir khas untuknya semasa khatib sedang berkhutbah. Tetapi tahun ini semuanya lupa dan telah luput.

Itulah masanya aku teringatkan Pak Yazid. Setiap Rajjab, dalam ceramahnya, beliau akan mengingatkan amalan amalan dalam bulan mulia tersebut.

Sekarang Ramadhan. Rebutlah apa yang ditawarkannya.