Thursday, November 11, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....10

Assalamualaikum,

Apabila dapat tawaran bertugas di tempat baru yang jauh dari kediaman, aku berkira kira macam mana transport ke tempat kerja baru. Beli kereta baru ke, atau apa ke. Mula mula berkira kira untuk beli satu kereta baru, kemudian tukar fikiran, kemudian nak beli, kemudian tak jadi beli.

Fikior punya fikior, aku rasa tak perlulah beli kereta baru, kereta Vitara bini aku yang pada masa itu aku gunakan untuk ke ofis dah cukup untuk jadi transport aku. Untuk jimatkan kos, aku terfikir untuk pasang NGV pada Vitara tu. Aku pun google NGV. Dapat satu NGV installer di Kelang. Aku pun call dia.

Dia kata what car? Aku jawab Vitara. Dia kata injection or carburator? Aku pun tak tau Vitara tu gunakan injection ke atau carburator, dah 12 tahun gunakan pun tak tau. Fikior punya fikior, aku jawab carburator. Dia jawab RM 2,700.00

Lepas tu aku shopping shopping lagi, tanya sana dan tanya sini, akhirnya aku pergi ke satu kilang install NGV di Bandar Baru Bangi. Dia bagi quotation RM 3,600.00. Wah, aku kata pada diri sendiri, kat Kelang 2,7 sini 3,6 lebih baik aku pergi Kelang, jimat RM 900.00

Selang lima enam hari, aku sampai di NGV installer di Kelang. Dia pun check Vitara. Dia kata you said carburator, but injection la. Aku jawab ye Kah? Dia kata, injection RM 1,000.00 more than carburator. Aku jawab RM 3,700.00. Yes, kata dia. Si dia ini India dari India kot yang tak tau cakap melayu.

Fikior punya fikior, kat Bangi 3,6 sini 3,7 tapi aku dah sampai sini. Nak sampai tadi dudup dadap aku sesat. Aku beritau dia, ok lah buat.

Ingatkan aku save RM 900.00, rupanya rugi RM 1,000.00

PINJAM DRPD PANGLIMA 7

Assalamualaikum,

Aku pinjam daripada posting Panglima 7, sebab material ini bagus.
HARI HARI HINGGA 10 ZULHIJJAH DAN  KELEBIHANNYA

1 ZULHIJJAH    kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJJAH   doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH   doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 ZULHIJJAH   Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 ZULHIJJAH   Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH   Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH   pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH  Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH  turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari ini juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 ZULHIJJAH  adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

ZULKIFLI GASAK DZULKEFLI HAL MAKAN BABI

Assalamualaikum,

Zul begasak dengan Zul hal makan babi.

Siapa yang babi dalam hal ini?

Wednesday, November 10, 2010

DIA PULA SURUH MASUK PAS

 Assalamualaikum,

Mengikut adik sepupu saya yang sekarang telah arwah, semasa beliau bertugas sebagai seorang komando yang menyerang gerila komunis di Malaysia sekitar tahun 80an, untuk memerangkap gerak kerja komunis ini, pihak tentera menyediakan cover agent.

Menurut beliau, seorang agen telah diarah berkebun di tepi sebuah hutan, untuk jangka masa yang lama. Kemudian pihak komunis mula mengesan agen ini dan secara sedikit sedikit menghampiri agen ini. Agen ini kemudian berkawan dengan komunis sehingga komunis percaya kepadanya.

Apabila kepercayaan ini telah diperolehi, maka pihak komunis memberi arahan kepada agen ini, yang disangka komunis sebagai pekebun bodoh, untuk melakukan itu dan ini. Dengan itu, gerak kerja komunis ini dapat dibocorkan oleh egen ini, terutama tentang pembelian makanan  dan kontak .

Akhirnya pihak tentera dapat menyerang hendap komunis tersebut dan berjaya menghapuskan unit komunis tersebut.  Yang bercerita kepada saya terlibat sama dalam serangan tersebut.

Begitu juga banyak agen yang ditanam dalam parti politik, terutamanya dalam parti politik yang dilabel pembangkang. Ada keluar gambar seorang semalam dalam tv suruh Zaid Ibrahim masuk PAS.

Dia dah kencingkan dan berakkan PAS, suruh pula orang tu masuk.

Tuesday, November 9, 2010

MELAKA BANJIR

Assalamualaikum,

Kau ingat lagi kan, Kota Tinggi, Segamat, Muar dan banyak tempat lagi ditenggelami banjir pada disember 2006 dan januari 2007. Orang Johor yang begitu menebal kerak UMNO mereka terpinga apabila sedar bahawa banjir tidak kenal parti. Sepatutnya banjir hentam Kelantan sahaja seperti biasa, kerana kelantan diperintah oleh parti pembangkang PAS yang hina. Mana boleh banjir tenggelamkan Johor, sedangkan Johor ni adalah negeri suci kerana tonggak UMNO.

Tetapi banjir tidak kenal parti.

Apabila berlaku banjir di Johor, UMNO dan BN yang tidak sangka banjir telah derhaka kepada mereka terkapai dan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Maka turunlah petugas baju merah, iaitu unit amal PAS yang bertungkus lumus membantu setiap mangsa tanpa mengira parti dan aqidah politik. Hatta kagumlah orang Johor yang totok UMNO berkarat , tak sangka yang PAS ini rupanya orang baik. Tidak seperti yang dihajau dan ditohmah oleh media .

Bila Kedah kena banjir dua tiga hari lepas, UMNO dan BN pun melukah di air keruh. Mereka berlakon kononyna hantar bantuan, dan kononnya kerajaan negeri yang diperintah oleh parti hina PAS tidak memperdulikan rakyat. Kelihatan tersangat kartun bila seorang YB menaiki traktor mengharung banjir di Kedah sambil mengagihkan bantuan. Yang kau bawa tu YB beras dua tiga kampit. Rakyat bukan nak beras YB oiii, mereka nak duit. Kalau YB bagi 300.00 tak cukup YB.  Kalau betul YB perihatin, YB berilah setiap rakyat RM 3,000.00 seorang daripada poket YB sendiri. Barulah namanya YB berjiwa rakyat.

Kedah kena banjir kau pekenakan Ustaz Azizan ya, kau jaga!

Tidak lama lagi Melaka pula kena banjir!

Monday, November 8, 2010

STRANGULATED HERNIA

Assalamualaikum,

Perut merupakan tempat yang sentiasa mengajak kita kepada memenuhi kehendak tekak. Bila perut lapar, tekak akan mengajak kita makan apa yang kita suka dan teringat untuk makan. Itulah penangan perut.

Juga ada orang yang bukan sahaja suka mengisi perut, tetapi suka juga makan perut. Semasa bujang dan menyewa rumah di No. 17 Jalan Gegambir, Medan Damansara, Kuala Lumpur, seorang housemate yang namanya Rahman, suka sangat makan perut. Kalau makan satey, dia akan order satay perut setiap kali. Ada sekali aku cuba cuba makan satey perut tu,... pruuut, aku ludahkan semula yang telah terkunya sedikit. Bau tahik. Macam mana kau  boleh makan, Man?

Aku tidak tahu Rahman ni hidup lagi atau pun tidak.

Ada juga orang yang suka makan perut ayam. Yang ini lagi teruk. memang betul betul bau tahi.

Raja Mokhtarudin, bekas pensyarah, akan berasa amat menyesal sekiranya terkunyah perut yang dibuat makanan.

Nov. 2006, aku sekeluarga menziarahi keluarga sebelah isteri di Paya Kumbuh, Sumatra. Tiba di satu rumah, kami dijamu dengan masakan perut lembu campur nangka. Aku sememang tidak makan perut, jadi lauk itu tidak ku jamah. Tetapi seluruh keluarga aku makan lauk tersebut. Apabila kami sampai di Baruh Gunung, si Adik muntah muntah. Kemudian diikuti oleh anak kecil si tuan rumah yang menjamu tadi. kemudian diikuti oleh yang lain lain. Seluruh keluarga aku kena cirit birit, melainkan aku. Semua nya mengatakan makan lauk perut itu tadi.

Tau lah aku, perut yang dijadikan bahan masakan tadi tidak dibersihkan dengan secukupnya. Hasilnya ialah keluarga aku yang menerima padah.

Itulah sebabnya aku tidak makan perut; sebabnya ialah ia tempat tahi.

Jun 2008, semasa mengerjakan umrah, perut ibu aku membusung keluar. Dengan taqdir Allah, dapat cepat diselamatkan dengan dilakukan operation besar di hospital AnNur di Makkah.

Yang dibedah ialah perutnya. Terbelit dan membusuk.

Aku lihat dalam laporan discharge, bukan dia kata potong perut, tapi....

Strangulated hernia

MASJID ASSYAKIRIN JENDERAM

Assalamualaikum,


 Kelihatan seperti masjid biasa je.


Tapi kalau lihat ada tile yang tidak selesai dipasang, itu tandanya ada benda yang tidak kena


Kalau kau nak tau, Jenderam tu bersebelahan dengan Putrajaya

 

Sunday, November 7, 2010

AJAU PAS MENARI

Assalamualaikum,

Seperti biasa bila kalah pilihan raya macam macam analsis yang keluar, semua tunjukkan analisis ini dan analsis itu. Semua tunjukkan ini sekian peratus dan itu sekian peratus. Semuanya setelah keputusan diketahui. Sebelum ada keputusan, sebelum ada penamaan calon, sebelum ada pilihanraya, tidak ada pun yang menyatakan macam mana nak menang pilihanraya, apakah faktor yang memberi kemenangan.

Politik, dan proses pilihanraya adalah satu exercise persepsi. Apa yang perlu ialah persepsi anda itu disolekkan supaya kelihatan menawan kepada pengundi, dan pengundi tidak keberatan untuk memilih anda atau parti anda. Itu sahaja.

Sekiranya BN menang di Galas dan Batu Sapi, ia adalah sesuatu yang bukan diluar jangkaan. Kalau BN kalah di Batu Sapi, itu adalah satu kejutan besau. Kalau BN kalah di Galas sedang Ku Li mengemudi jentera pilihanraya, itu adalah petaka bagi BN. Kalau BN menang di Galas, itu tidak berada diluar jangkaan.

Semua faktor yang telah dianalisis oleh semua penganalisis tentang mengapa PAS kalah di Galas, saya tidak tolak. Cuma apa yang saya ingin beri pimpinan PAS paham, kalau mereka mau paham ialah tidak semua pengundi mempunyai keinteletualan tinggi sehingga memahami filosofi perjuangan PAS yang berteraskan 'aqidah. Untuk memilih PAS dalam pilihanaraya berdasarkan perjuangan PAS memerlukan tahap keinteletualan yang tinggi dan ia sangat akademik. Yang memisahkan antara PAS dan UMNO adalah satu pemisah yang sangat akademik. Tidak semua pengundi yang mampu berada ditahap yang sedemikian.

Kebanyakan orang dan pengundi lebih mementingkan perut dan material. Kalau PAS boleh isi perut mereka secukupnya, dan boleh mendatangkan kemajuan material kepada mereka, maka PAS menjadi pilihan mereka. Maka apa yang PAS perlu lakukan ialah menyolek diri mereka agar kelihatan berjaya mengisi perut dan memajukan material pengundi.

Untuk lakukan ini, kerajaan PAS seperti di Kelantan dan Kedah hendaklah boleh membuat duit. Buat duit banyak banyak. Bukan ambil duit dari rakyat dan mengenakan cukai cukai kepada rakyat. Untuk buat duit inilah pemimpin PAS bengang. Tidak tahu macam mana caranya. Pernah saya nyatakan perkara ini kepada pemimpin ranking PAS kira kira lima enambelas tahun yang lepas, tetapi pandangan awal beliau amat negatif sekali, sebab katanya, kita tidak boleh buat itu dan kita tidak bolehbuat ini sebab riba'. Itulah namanya pemimpin benak. Bukan kah Islam sediakan fiqh? Majukan fiqh semasa agar kemajuan dicapai, riba' dikecai.

Kelantan dan Kedah punyai ribuan potensi yang membolehkan kerajaan negeri masing masing buat duit dengan banyak. Dalam tulisan yang dulu dulu saya dah cadangkan agar ajak dewan perniagaan Cina untuk beri pertunjuk bagaimana nak buat duit. Tentunya dengan jalan yang halal. Saya cadangkan sedemikian adalah kerana mereka yang punyai business acumen sahaja yang mampu melihat disebalikm tabir bagaimana untuk buat duit.

Bila dah buat duit, belanjakan untuk kemajuan material rakyat. Rakyat yang sememang menari dengan rentak material, maka kemajuan material yang perlu digunakan untuk menyolek persepsi parti dan perjuangan.

Menari jenis ini memang perlu diajau