Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadhir ke rumah terbuka saya sempena hari raya aidil fitri.

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَاللَّهِ أَتْقَاكُمْ "Verily the most honoured of you in the sight of Allah is (he who is)the most righteous of you" AL-QUR'AN 49:13
Pilihan raya 1999. PAS bertanding di DUN Kajang. Saya pengarah jentera pilihan raya. Calon yang kami kemukakan ialah Dr. Shafie Abu Bakar. Calon baru 5 bulan masuk PAS, belum lagi dikenali di dalam DUN tersebut. Tetapi jentera pilihan raya telah dua tahun disiap dan diperkasa.
Setelah keputusan diumumkan, PAS menang dengan kelebihan 37 undi. Tetapi menang tetap menang. Kemenangan tersebut adalah satu kemenangan yang mencipta sejarah, kerana sebelum ini, PAS tidak berpeluang langsung untuk memenangi kawasan yang ramai penduduk bukan Melayu, terutamanya kalau pengundi Cina.
Selepas kemenangan tersebut, banyaklah MTD di Selangor yang datang untuk mencungkil rahsia bagaimana kemenangan tersebut boleh dicapai. Dan kami pun menceritakan apakah strategi dan faktor yang telah membantu kami.
Tetapi saya terus berfikir apakah faktor sebenar yang telah membantu kami. Semua faktor tersebut diulang semula dalam pilihan raya 2004, dan dengan keghairahan yang lebih, kerana tenaga baru yang semakin banyak membantu jentera PAS. Walau pun saya tidak lagi terlibat dengan jentera pilihan raya 2004, tetapi sekiranya benar faktor yang kami sebutkan dahulu, maka tentulah kemenangan tersebut boleh di replicate. Tetapi ia tidak sedemikian.
Selepas itu baru saya faham, swing pengundi Cina kepada PAS dalam tahun 1999 sebahagian besarnya telah dibantu oleh gambar Hj. Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang. Selepas gambar tersebut tersiar, gerak kerja kami dengan orang DAP menjadi mudah. Ditambah mudah lagi bila kami membuat sambutan bersama dengan DAP kerana bebasnya Lim Guan Eng dari penjara Sungai Jelok di Kajang.
Saya, percaya, gambar Lim Kit Siang bersalaman dengan Haji Hadi semasa lawatan hari raya pemimpin DAP itu baru baru ini ada implikasi politik. Saya percaya gambar ini boleh membuat pengundi Cina swing kepada PAS dengan lebih baik lagi kalau suasana politik kekal seperti sekarang. Gambar ini mesti diperguna sepenuhnya oleh jentera PAS untuk meraih untuk dari non Muslim, non Melayu, terutamanya pengundi Cina.
Yang ini saya percaya sungguh.
Abdul Rauf, M. (1988); The Concept Of Islamic State, Islamic Affairs Div., Prime Minister Dept., Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia, 110 p.p.
Ahmed, E . (1986); Islam And Politics, In M.A, Khan’s (Ed.), Islam, Politics And The State, Ikraq, Kuala Lumpur, p.p 1-18.
Ahmed, Z. (1986); Mandoodi’s Islamic State, In M.A Khans’s (Ed.), Islam, Politics And The State, Ikraq, Kuala Lumpur, p.p. 57-75.
Alter, P. (1985); Nationalism, Edward Arnolr, London, 172 p.p.
Asad, M. (1961); The Principles Of State And Government In Islam, 1980 Reprint, Dar. Al- Andalus, Gribraltas,107 p.p.
Asad, M. (1964); Asas-Asas Negara Dan Pemerintah Di Dalam Islam, (Transl. Muhammad Radjab), Bhratara, Jakarta, Indonesia, 127 p.p.
Al- ‘Ati, H. A., (1977); The Family Structure In Islam, Amer. Trust. Publ, U.S.A, 360 p.p.
Al-Attas, S. M, Al- Naquib; (1976); Islam. The Concept Of Religion And The Foundation On Ethics And Morality, ABIM, Kuala Lumpur.
Al-Attas, S.M.N. (1978); Islam And Secularism, Muslin Youth Move. Malaysia (ABIM); Kuala Lunmpur, Malaysia, 175 p.p.
Awang, Abd. Hadi (1984); Jika Islam Mentadbir, Gedung Ummah, Kuala Terengganu, Malaysia, 20 P.P.
Awang, Abd Hadi (1985); Muqaddimah Aqidah Muslimin, Gedung Gua, Kuala Lumpur, p.p 79-113.
Awang, R. (1984); Taghut Dan Penyelesaian Masjid, Dewan Bahasa Intan, Kuala Lumpur, 63 p.p.
Baghawi, Al, (1975); Mishkat Al-Masabih,Transl. By Robson, J., Muhammad Ashraf Publ., Lahor, Pakistan,. Vol . I,II.
Baz, Abd Aziez Bin Abdullah (1984); Petunjuk Untuk Jema’ah Haji Dan Umrah Serta Penziarah Masjid Rasul S.A.W, Dir. Jen. Riset, Fatwa,Da’wa & Bimbingan Islam, Riyad, &. Arabia.
Crescent, International (Oct 1990); The Basri Mosque Dispute And The Destiny Of India, Newsmagines, Out. Canada.
De Jouvenel, B. (1957); Sovereignty: An Inquiry Into The Political Good, Univ. Chicago. Press, Chicago, 320 p.p.
Deutsch, K. W.; (1980), Politics And Government: How People Decide Their Fate, Hougton Mifflin, U.S.A, 656 p.p.
Enayat, H. (1982); Modern Islamic Political Thought, Uni. Of Texas, U.S.A., 225 p.p.
D’ Entre’ves, A.P. (1976)’ The Nation Of The State, Oxford, U. Press, London, 233 p.p.
Futuh, Al, A. A. A. (1977); Penyelesaian Islam Dari Sudut Sistem Politik, Transl. Halmiah Al- Hall Al- Islamitaamulat Fi Al- Nizam Al- Siasi; Pust. Fajar, Selangor, Malaysia, 141 p.p.
Al- Futuh,(1983); Shura Dan Peranannya Dalam Sistem Politik Islam, Transl In Muhammad Akhi, Yaacob &H. M. Tahir (Ed.), Islam Dan Beberapa Persoalan Semasa, Al- Rahmaniyah, Bangi, Selangor, Malaysia, p.p 52-111.
GELLNER, E. (1983); Nations And Nationalism, Cornel Univ. Press, Ithaca, New York, 150 p.p.
Gordon, D. C. (1966); The Passing Of French Algeria, Oxford Univ. Press, London, 265 p.p.
Groth, A. J. ,(1971); Major Ideologies: An Interpretative Survey Of Democracy, Socialism And Nationalism, J. Wiley Sons, New York, 244 p.p.
Haekal, M. H. (1981); Hayat Muhammad (Sejarah Hidup Nabi Muhammad), Transl ; Dewan Bahas & Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia, 767 p.p.
Hall, J. A. G. J. Ikenberry (1989); The State, Open Univ. Press, Milton Keynes, England, 125 p.p.
Hamka (1967); Tafsir Al- Azhar, P.I Pembimbing Masa, Jakarta, Indonesia, Vol , 312 p.p.
Hamzah, A. B.(1985); Piagam Madinah, Transl., Gelanggang Kreatif, Kuala Lumpur, 13 p.p.
Hamzah, A. B. (1986); Islam Dan Nasionalisme Di Malaysia, Gelanggang Kreatif, Kuala Lumpur, Malaysia, 12 p.p.
Haron, Din (1978); Hukum Hudud Di Dalam Perundangan Islam, Pej. Agung PAS, Kuala Lumpur, 42 p.p.
Hasbullah Bakry, S.H. (1984); Bunga Rampai Tentang Islam, Negara Dan Hukum, Pedoman Ilmu Raya, Jakarta, 121 p.p.
Hassan, I. H. (1967); Islam: A Religions, Political, Social And Economic Study, Dar Al- Maare’f Liban S. A. L, Beirut, 586 p.p.
Hassan, I. H. (1988); Sejarah Islam, Transl By Ismail Mohd. Hassan, Yayasan Islam Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Hawa, Said (1982); Batas-Batas Iman Dan Kufur, (Transl, Fr. Arabic), Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Kuala Lumpur, 70 p.p.
Husain, S. A. (1974); The Glorious Caliphate , Islamic Resear. Publ. Lucknow, India, 260 p.p.
Hussain, A. (1966); Pakistan: It’s Ideology And Foreign Policy, Frank Car & Co., London, 188 p.p.
Iyer, R. (1973); The Moral And Political Thought Of Mahatma Gandhi, Oxford Univ. Press., New York, 449 p.p.
Jaafar, K. (1980); Dr. Burhanuddin Al- Helmy: Politik Melayu Dan Islam, Yayasan Anda, Kuala Lumpur, 247 p.p.
Jansen, G. H. (1979); Militant Islam, Pan Books Ltd., London, 224 p.p.
Jinnah, M. A. (1962); Speeches On Government-General Of Pakistan 1947-1948, Ferzsons Ltd., Karachi, 170 p.p.
Joesten, J. (1964); The New Algeria, Follett. Publ. Co., Chicago, U. S. A., 258 p.p.
Kalimuthu, K. R. (1987); Asas Sains Politik, Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 388 p.p.
Kelidar, A. (1981);Ayatollah Khomeinis, Concept Of Islamic Government, In A. S. Cudsi A. E. H. Dessouki (Eds.), Islam And Power, Croom Helm, London, p.p 72-92.
Ibn Khaldun (-), Al- Muqaddimah, Not Referred To, But Cited In Many Of The Reference Listed.
Khan, A. M. (1986); Introduction In Islam, Politics And The State, Ikraq, Kuala Lumpur, XIII-XX p.p.
Khomeini, A. R. (1970); Sebuah Pandangan Tentang Pemerintah Islam, P.P 115-143, (Transl. In Malay), In Salim Azzam (Ed.)(1983), Beberapa Pandangan Tentang Pemerintahan Islam, Penerbit Mizan, Bandung, Indonesia, 194 p.p.
Kotb, Sayed (1974); Social Justice In Islam, Octagon Books, New York, 298 p.p.
Kurdi, A. A. (1984); The Islamic State: A Study Based On Islamic Holy Constitution, East-West Univ., Mansell Publ. Ltd, London, 147 p.p.
Lee, R. L. M. (1990); Secularization And Religious Change: Malaysia As A Testing Ground, SARJANA, Fac. Arts & Soc. Sci., Univ Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, p.p 69-79.
Loshak, D. (1971), Pakistan Crisis, Heinemann, London, 134 p.p.
Maarif, A. S. (1990); Islam And Political Science: The Position Of State In The Perspective Of Islamic Political Theory, Seminar Paper; Seminar On Islam In ASEANIS Inst. Higher Learning Islam And Social Science, Fac. Islamic Stu., Univ. Kebg. Malaysia.
Mandili- Al, A. Q. (1959); Islam, Agama Dan Kedaulatan, Cairo, 66 p.p.
Mandili- Al, Syeikh Abdul Qadir (1961-1381 H.); Kebagusan Undang-Undang Islam Dan Kecelaan Undang-Undang manusia, Makkah, 141 p.p.
Al- Marbawi, M. I. A. R. (1940) Badrul Mazi; Maktabah Wa Matba’ah Mustafa Al- Bani & Sons Co., Eygypt, Vol. 15.
Maududi, S. A. A. (1955); The Islamic Law And Constitution, Islamic Law Publ. Ltd., Lahore, Pakistan, 380 p.p.
Maududi, S. A. A. (1960); The First Principles Of The Islamic State, Islamic Publ. Ltd., Lahore, Pakistan, 72 p.p.
Maududi, S. A. A. (1960); Political Theory Of Islam, Islamic Publ. Ltd., Lahore, Pakistan, 44 p.p.
Al- Mawardi, Al- Ahkam Al- Sultaniyyah, Not Referred To, But Cited In Many Of The References Listed.
Mclellan, D. (1986); Ideology, Open Univ. Press., England 99 p.p.
Moe, L., Shabban, A., Sulaiman, F.K. (1979);The Arab Boycott Of Israel, Assoc. Arab- American Univ. Grad., Detroit, Michingan, U. S. A., 35 p.p.
Muhammad, H. (1984); Siapakah Taghut?, Nadwatul Ulama’, Lucknow, India, Transl. By Institut Berakan, Publ. Kuala Terengganu, 267 p.p.
Muhammady- Gl, T. M. U. (1969); Agama Dan Pantjasila, Pustaka Agussalim, Jakarta, 78 p.p.
Murphy, J. S. (1968); Political Theory: A Conceptual Analysis, Dorsey Press, Illinois, U. S. A., 267 p.p.
An- Nadwi, S. A. H. (1976); Islamic Concept Of Prophethood, Academy And Publication, Lucknow, India, 235 p.p.
Nataatmadja, H. (1985); Kebangkitan Al- Islam, Pernerbit Risalah Bandung, Bandung, Indonesia, 298 p.p.
National Lawyer’s Guild (1978); Treatment Of Palestinians Inasraeli- Occupied West Bank And Gaza, The 1977 Middle East Delegation, New York., 143 p.p.
Nik Fauzi (1984); Tuntutan Syahadah (Syahadah Obligations), Lecture Given At Fac. Of Arts & Soc. Sci., Univ. Malaya August, 15, 1984, Kuala Lumpur, Malaysia.
Nomani, M. M. (1977); Islamic Faith And Practice, Acad. Islamic Resrch. & Publ., Lucknow, India, 168 p.p.
Nomani, M. M. (1979); What Islam Is?, Acad. Rersch. & Publ., Lucknow, India, 157 p.p.
Ottaway, D & M. (1970); Algeria: The Politics Of A Socialist Revolution, Univ. Calif. Press., Berkeley, U. S. A, 322 p.p.
Paden, J. N. (1973); Religion And Political Culture In Kano, Univ. Calif. Press, Berkeley, U. S. A, 461 p.p.
Pakistan History Board (1955); A Short History If Hind-Pakis-Tan, Pakistan Historical Soc., Karachi, Pakistan, 484 p.p.
Al- Palembani, A. S. (1780); Sirah As- Salikin, Darul Muarafa, Sg. Pinang, Pulau Pinang , Malaysia, Vol. 4.
Quresi, I. H. (1974); Ulema In Politics, Ma’aref Ltd., Karachi, Pakistan, 432 p.p.
Radhi, Budiman (1963); Tatanegara Islam (In Jawi), Maktab Hj Muhammad Ali B. M. Rawa, Penang, Malaysia 194 p.p.
Ramanathan, K. (1988); Konsep Asas Politik, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 389 p.p.
Rasjid, H. S. (1954); Fiqh Islam, Penerbit Attahiriyah, Jakarta, Indonesia 476 p.p.
Rosenthal, U. (1978); Political Order, Sijthoff Noordhoff, The Netherland, 286 p.p.
Russell, B. (1962 Ed.); Power, Unwin Books, London, 206 p.p.
Saiyid, M. H. (1962); Mohammad Ali Jannah, Sh. Muhammad Ashraf, Lahore, Pakistan, 529 p.p.
Al- Saleh, S. (1986); Politik Dan Pentadbiran Dalam Islam, Transl. From Arabic, Prime Minister Dept., Islamic Affairs Div., Kuala Lumpur, Malaysia, 103 p.p.
Santhanam, K. (1967); Basic Principles Of Gandhism In Gandhi: His Relevance For Our Times, G. Ramachandra & T. K Mahadevan (Eds.), Gandhi Peace Foundation, N. Delhi, p.p 307-310.
Sabine, G. H. (1963); A History Of Political Theory, George G. Harrap &Co Ltd., London, 399 p.p.
Siddiqui, K. (1972); Conflict, Crisis, And War In Pakistan, Mc Millan, London, 217 p.p.
Siddiqui, K. (1980); Beyond The Muslim Nation- State,The Muslim Institute, Open Press Ltd., London, 16 p.p.
Siddiqui, K. (1986); Nation- States As Obstacles To The Total Transformation Of The Ummah, In M. Ghayasuddin (Ed.), The Impact Of Nationalism On The Muslim World, The Muslim Inst., London p.p 23-36.
Siddiqui, K. (1991); In The Darbar Of The Vali- E Faqih In Tehran…, In Islam Agen, Crescent International, Apr. 16-30, 1991, Markham, Ontario, Canada.
Suntharalingam, R. A. R. H. Ismail (1985); Nationalism: Satu Tinjauan Sejarah, Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Tabataba ‘E, M. H. (Undated); Nazriyat Al- Siyasah Wa Al- Hukumah Fi Al- Islam, Transl. In Malay (1984), Gagasan Politik Islam, Penerbitan Al- Quran, Kuala Lumpur, Malaysia, 40 p.p.
Taib, Harun (1979), Kuasa Perundangan Islam, Badar Enterprise, Kuala Lumpur, 90 p.p.
Thaib, L. (1990); The Nation Of State In Islam, Quill Publ., Kuala Lumpur, Malaysia, 106 p.p.
Di Tiro, T.H. (1986); Indonesiannationalism- A Western Invention To Contain Islam In The Dutch East Indies In M. Ghayasudin (Ed.), The Impact Of Nationalism On The Muslim World, The Muslim Inst., London, p.p 61-74.
Vitikiotis, P. J. (1969); The History Of Egypt, Weidanfeld And Nicolson, London, 528 p.p.
Vorys, K. V. (1965); Political Development in Pakistan, Priceton Univ. Press, New Jersey, 341 P.P, Citing L. Bindar (1961)(Anth.), Religion And Politics In Pakistan, Univ. Of Calif. Press, London, 93 p.p.
Wilber, D. N. (1964); Pakistan, Yesterday And Today, Holt, Rinehart Winston, Inc. New York, 266 p.p.
Wilcox, W. A. (1962); Pakistan: The Consolidation Of A Nation, Columbia Univ. Press, New York, 276 p.p.
Yaacob, M. A. H. & H. M. Tahir (1983); Islam Dan Beberapa Persoalan Semasa, Al- Rahmaniyah, Bangi, Selangor, Malaysia, 169 p.p.
Yaacob, M. A. H. (1988); Perlembagaan Islam: Satu Pendekatan Perbandingan, Al- Rahmaniah, Kuala Lumpur, 116 p.p.
Yasin, M. N. (1979); Al- Iman, Arkanuhu, Haqiqatuhu (In Arabic), Publisher not Mentioned, 122 p.p.
Yusuf Ali, A. (1937), Al- Quran Al- Karim, English Transl., Islamic Univ., Iman Mohammad SAUD, Riyadh, Saudi Arabia.
Kalau kita nak buat renovation rumah, kena ada plan, kena ada itu dan ada ini, tapi yang ni seberang seberut pun ok aje.
Selain dari seberang seberut dan kotor bolor, tempat ini juga berbau busuk, kerana pelbagai aktiviti komersial yang tidak mengambil peruah mengenai keselesaan orang lain.
Seberang seberut ini tumbuh dalam pemerintahan BN, sambung ke zaman PR. Di Bandar Baru Bangi, bersebelahan Bank Islam.
Keadaan persekitaran flat yang tidak terurus menambahkan lagi kehodohan yang telah sedia hodoh. Rumput dan lalang panjang yang tidak dipotong dan kadang kala menjadikan tempat kediaman ini kelihatan bukan sebagai tempat kediaman, tetapi lebih sebagai tempat bertedungnya kambing daripada tempias hujan. Mengapa tidak ada pihak yang mengambil sikap proaktif supaya keadaan ini diperbaiki dan diperelok? Bukankan pemandangan yang seperti ini menjadikan mata dan hati kita sakit, selain dari sememangnya mendatangkan penyakit.
Sikap penduduk yang suka hidup dalam tong sampah, atau tidak kisah kalau hidup dalam tong sampah menambahkan lagi kemurungan tempat seperti ini. Ramai penduduk yang membina tempat letak kereta persendirian dengan binaan yang bukan membantu membaikkan keadaan, tetapi menambahkan lagi kehodohan persekitaraan dan menambahkan lagi peluang bercambahnya vector penyakit dan meremutkan lagi makhluk yang boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti tikus, lipas, ular, semut, kala, jengking......silap silap hari bulan gajah pun nanti berkampung di situ..... sebabnya ialah kadang kadang tempat letak kereta tersebut tidak menempatkan kereta, tetapi adalah stor penyimpanan barang barang buruk yang tidak diperlukkan, tetapi tidak mahu dibuang, kononyan ada nilai sentimentol.... dengan itu ia menjadi sampah yang terperap berkurun lamanya
Saya katakan ada orang suka tinggal dalam tong sampah kerana mereka membuang sampah ditempat mereka tinggal. Jadi tentulah tempat mereka tinggal itu adalah tong sampah. Bukankah kotor dan busuk tong sampah tu; tetapi kenapa mereka sangat gemar tinggal dalam tong sampah? Kesedaran ini yang tidak ada lagi dalam masyarakat kita, dan ramai orang yang tidak ambil kisah, dan tak ambil peduli dan tidak ambil peruah mengenai perkara seperti ini. Apabila kena penyakit, mereka terasa susah. Sembuh daripada penyakit, perangai lama diulang kembali.
Bagi kawasan yang saya perhatikan ini, pengurusan flat atau pangsapuri ini telah diserahkan kepada penduduk. Seperti mana yang kita ketahui, tidak ramai penduduk yang mempunyai daya keinsafan alam sekitar yang baik, dan tidak banyak persatuan penduduk yang mampu menangani perkara pengurusan tempat kediaman ini dengan baik. Mereka sebenarnya tidak mampu. Oleh itu keputusan untuk melepaskan tanggung jawab pengurusan flat kepada penduduk adalah satu keputusan salah dan bersifat lepas tangan, kerana persekitaran flat ini akan semakin bertambah buruk semakin masa berlalu.