Friday, August 12, 2011

KAU KE YG HEBAT?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hebatnya tuan-tuan, selepas solat isya' tuan-tuan mampu solat sebanyak 23 rakaat lagi. Kata ku, sebaik sahaja selesai mengimamai solat isya' berjamaah dan juga setelah selesai solat sunat ba'diyah isya' di Surau Al Ehsan.

Malam itu aku dijadualkan mengimami solat isya' dan solat tarawih di surau berkenaan. Aku kira itu dalam tahun 1994, sebab tahun 1995 Mat Sabu kena tangkap basah. Penduduk terawal di kariah surau ini ramai yang terdiri daripada penyokong totok amenoh. Mereka dapat rumah di kawasan itu atas kuota politik, jadi memang ramai mereka ni totok yang superlatif, seperti kata peribahasa kalau dituris kulit, mengalir darah cap keris.


Juga surau ini tidak membudayakan tazkirah, jadi, oleh kerana aku yang imam, samada mereka setuju atau tidak aku rebut peluang ini untuk membuat tazkirah 2 minit sebaik selesai solat sunat ba'diyah isya' dan sebelum bermula solat tarawih.

Cuba tuan-tuan bayangkan, kalau di luar bulan ramadhan, kita nak solat sunat selepas isya' pun susah. Ada juga yang nak solat fardhu isya' pun tidak mampu, tetapi kini dalam bulan ramadhan, setelah kita letih seletih letihnya, setelah kita layu selayu layunya, setelah tekak kita kering sekering keringnya berpuasa seharian, maka sebelah malam pula meremut kita keluar dari sarang sarang kita menuju ke masjid menuju ke surau dan musolla. Aku pandang cikgu tahir, dia tunduk. Aku pandang radin, pun tunduk. Aku pandang encik din, dia tunduk.

Setelah solat fardhu isya' kata ku, kita tunaikan pula solat sunat isya'. Aku lihat mat jan pun tunduk juga. Yang ajaibnya, kata ku lagi, selepas solat sunat isya' ini, di bulan bulan luar ramadhan, kita berderun kembali ke rumah masing masing.

Tapi, tambahku, dalam bulan ramadhan yang mulia ini, setelah selesai solat sunat isya', kita mampu lakukan solat sunat lagi, sedang siang tadi kita sudah cukup layu keletihan. Aku lihat cikgu yunus pun tunduk je. Solat sunat yang kita lakukan ini, bukan 2 rakaat, bukan 4 rakaat, aku lihat cikgu tahir memandang kepada aku, tetapi 23 rakaat.

Tentulah kita hebat kalau kita mampu mengerjakan solat sunat sebanyak itu. Tapi benarkah kita yang hebat? aku melontarkan soalan. Cikgu tahir kelihatan bersinar matanya seolah menantikan jawapan.

Sebenarnya bukan kita yang hebat. Ramadhan itulah yang hebat

Kita menumpang kehebatan ramadhan itu.

Thursday, August 11, 2011

MERAHANG

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Aku kira ia sekitar tahun 1960. Keluargaku yang rata rata terdiri daripada penoreh getah di estate Kong Guan akan mengumpulkan susu getah yang telah dipungut ke tempat pengumpulan yang dikenali sebagai store. Di situ susu getah akan ditimbang dan diukur specific graviti nya, untuk memastikan yang susu getah tersebut tidak dicampur dengan air untuk menambahkan kuantiti getah tu.

Bayangkan dalam bulan puasa mereka terpaksa berpanas terik sekitar jam 12:00 sampai 1:30 tengahari menguruskan hal susu getaha tersebut. Semasa memindahkan getah dari basikal ke bekas pengumpulan, mereka saling bantu membantu, dan semasa mengangkat susu getah tersebut, tubuh mereka berada dalam kadar proximity yang hampir.

Mulut Kang Daud merahang, kata seseorang, menceritakan hal bau mulut orang berpuasa  yang  menuang  susu getah untuk dikumpulkan. Dan memang, semasa berpuasa bau mulut orang berpuasa memang merahang. Ditambah pula bau penoreh getah yang mengeluarkan getah segerap daripada mangguk penadah susu getah. Memang tersangat merahang.


Sebab itu semasa Nabi Musa diperintah bertemu dengan Allah, beliau diperintah berpuasa selama 30 hari. Pada hari yang ke 30 dan sebentar lagi saat yang dijanjikan, Musa berasa malu kerana mulutnya merahang disebabkan puasa. Maka beliau telah mengkunyah sejenis tumbuhan agar bau tersebut hilang. Tetapi Allah telah menegurnya kerana di sisi Allah bau merahang mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi. Musa didenda kena puasa tambah lagi 10 hari.

Sekiranya aku berpuasa, samada puasa ramadhan atau puasa sunat, aku tau bau mulut aku merahang. Kalau student perlu jumpa aku, dan perlu berurusan dengan aku, maka tentu sekali mereka akan terhidu bau mulut yang merahang. Aku kata pada diri sendiri, nasib kau le.

Sedangkan kentut aku bau atar, tentulah bau mulut ku yang berpuasa ni bau kasturi


Wednesday, August 10, 2011

MASJID ATAS ANGIN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Semasa ke Kundasang bersama Nordin sempat merakamkan gambar masjid Kundasang berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Yang menjulang tinggi di latar belakang itu ialah puncak gunung kinabalu.


Teringat semasa buat fieldwork dalam tahun 1978, aku dan dua orang rakan kerja yang lain menyewa kereta ke Kundasang dan Ranau. Pada masa itu pekan Ranau berhabuk, dan nama paling masyhur di situ pada masa itu ialah Mark Koding. Selepas selesai urusan di Ranau, kami bergerak semula ke Kota Kinabalu.

Pada masa itu jalan raya ke Ranau yang menempuh Kundasang sedang dibina. Bila sampai di puncak, agaknya sekitar Bundu Tuhan, kereta yang kami sewa itu berasap enjinnya. Drebar tu check, katanya air di radiator kurang. Dia pun ambil air longkang sebelah jalan yang sedang dibina tu, masukkan dalam radiator.

Terhincut hincut bergerak dengan penuh saspens akhirnya sampai juga di hotel di KK sekitar tengah malam

Nasib baik kami tidak bermalam di masjid atas angin

Tuesday, August 9, 2011

KG BARU BINTI HELIKOPTER

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pertama tama saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Orang Asli di Cameron Highlands yang ditimpa musibah tanah runtuh.


Pernah dahulu seorang menamakan anaknya sebagai Helikopter.

Terkini sebuah suruhanjaya pula beranak, dan nama anaknya ialah Kg Baru, boleh baca di sini






Elok kalau anak itu namanya Kg Baru Binti Helikopter


Monday, August 8, 2011

MASJID DATOK JANGGUT

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Salah satu ciri masjid yang dikekalkan di Melaka ialah kubah unik yang mirip kepada pagoda. Kalau kau berpeluang pergilah ke Masjid Al Azim, bandar melaka, yang turut mengekalkan ciri tersebut.

Masjid diatas ialah Masjid Datok Janggut, di Kampung Paya Rumput, Alor Gajah. Masjid ini ada dua kubah. Apa rahsianya tiadalah aku ketahui.

Cuma yang aku teringin ialah nak lihat janggut Datok Janggut ni.

Boleh celen janggut aku ke?









KOMANDO TERBAIK US MERUNGKUP DI AFGHAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Komanda terbaik US, dikenali sebagai SEAL, yang mana unit itu dikatakan berjaya bunuh Osama, mati dikerjakan pejuang di Afghan. Cerita di sini