Saturday, August 2, 2008

BETUL KE ANDA RETI BACA SURAT KHABAR?

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya dengan anda, betul ke anda reti membaca surat khabar? Saya kata sedemikian kerana apa yang ditulis dalam akhbar itu, bukan semestinya apa yang disuratkan, tetapi yang lebih penting, apa yang disiratkan. Saya ambil contoh akhbar hari ini 2 Ogos 2008.
Akhbar kata: Minyak ikut pasaran * Harga diselaras setiap 1 haribulan * Subsidi kekal 30 sen seliter. Dia tak akan ikut pasaran, sebab dia akan ikut perasaan.“Kerajaan juga memberi jaminan bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini,” Tahun ni tak naik, tahun depan?Malaysia tidak alami kemelesetan Itu adalah isyarat bahawa Malaysia sedang mengalami kemelesatan. Walaupun ada beberapa sektor mengalami penyusutan tetapi ia dapat diimbangi sektor-sektor lain yang mencatatkan pertumbuhan yang baik. Ia menguatkan lagi isyarat tadi.
“Dengan perkembangan positif ini, saya amat yakin Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun ini dan 2009,” kan dah kata, apa yang dia cakap dah mula menunjukkan perkara sebenar.Bagaimanapun, beliau mengakui Malaysia menghadapi cabaran besar untuk mencatatkan bajet defisit sebanyak 3.1 peratus pada 2009. Kan ke dah meleset tu!
BN tidak gentar - Abdullah Tu tanda dia gentar.''Apa ingat kami takut ke? Kita tidak akan beri dia kemenangan percuma tanpa pertandingan dan mesti ada calon daripada BN yang akan bertanding di kawasan itu," katanya. Tu confirm dia gentar.Pemuda UMNO sokong siapa juga jadi calon - Khairy. Ye la tu, bila tak kena dihati nanti, mereka bergaduhlah.
Dan banyak lagi. Cuma anda kena baca apa yang sebenarnya tersirat. Mereka ini jenis otak tergeliat, yang ditulis hanya untuk menyolek apa yang berulat.

DEMOGRAFI ORANG MELAYU

Assalamualaikum,

Saya beranggapan jumlah orang Melayu di Malaysia adalah sekitar 65%. Anggapan ini saya dasarkan kepada statistik yang dikemukakan kepada kita kira-kira 30 tahun lalu yang menganggarkan orang Melayu pada ketika itu sekitar 55%. Dengan kadar pertambahan komuniti Melayu jauh lebih tinggi berbanding dengan kumpulan etnik yang lain, maka saya menjangkakan itulah jumlahnya selepas satu generasi berlalu.
Saya ingin mencadangkan kepada semua orang yang mengaku diri mereka Melayu supaya mereka menyahut saranan Nabi Muhammad s.a.w. agar membanyakkan umatnya, dengan cara membanyakkan zuriat, atau membanyakkan anak. Tentunya dengan cara yang halal. Dalam posting yang lepas saya cadangkan satu keluarga mempunyai sekurang-kurangnya 4 anak. Kalau lebih lagi baik. Dengan mengambil kira kadar pertumbuhan kumpulan etnik lain yang rendah dan terus stabil, maka dalam masa sedekad lagi, kuantiti orang Melayu akan bertambah.
Kalau kuantiti sahaja banyak, tak ada apa gunanya. Jadi pada masa yang sama, kualiti mereka juga mestilah dinaikkan. Orang Melayu mestilah dinaikkan mutunya sehingga mereka benar-benar menghayati Islam, kerana dengan Islam sahaja mutu mereka boleh dinaikkan.
Orang Melayu yang mementingkan bangsanya, tak kisah pun kalau ugama mereka terumbang ambing. Beranak banyak tu menjadi sesuatu yang menyusahkan dan memalukan. Orang Melayu spesis yang ini seperti buih di lautan. Tak berguna satu sen pun. Hanya apabila mereka berpegang teguh dengan Islam, barulah mereka berkualiti.
Dengan kuantiti yang berkualiti, Orang Melayu ini akan memimpin dunia. Tidak sibuk untuk menjadi tuan. Sedang tak siapa yang nak ingin mengangkatnya jadi tuan.

Friday, August 1, 2008

MENINGGIKAN KUALITI ORANG MELAYU

Assalamualaikum,

Apabila mereka kalah diluar jangkaan dalam pru yang lepas, maka UMNO dan mereka yang menyanjungnya terus sheboh dengan perpaduan melayu dan ketuanan Melayu. Seolah orang Melayu di Malaysia ini telah parah sangat dan dalam keadaan yang sungguh nazak, Tetapi itu sebenar tidak benar. Orang Melayu mtersu berada dalam keadaan yang kukuh, cuma orang Melayu yang tidak sealairan dengan UMNO telah beralih kepada pandangan bahawa tidak boleh diubah lagi bahawa Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap mereka adalah warganegara . Oleh itu warganegara yang bukan Melayu tidak boleh dimomok momok dan digertak ssesuka mungkin atas alasan melayu itu tuan.
Tetapi memang diakui ada aspek aspek tertentu orang Melayu masih tertinggal berbanding dengan komuniti lain, terutamanya komuniti Cina. Oleh itu, untuk memastikan orang Melayu terus mempunyai daya saing dan boleh menyaingi, kalau tidak pun mengatasi komuniti lain di malaysia ini, maka kualiti orang Melayu itu mesti diangkat. Selama ini, UMNO berkata mereka telah berjaya mengangkat kualiti orang Melayu melalui pelajaran. Tetapi kalau bukan UMNO yang memerintah pun, orang Melayu kualiti orang Melayu akan diangkat dengan jalan yang mungkin sama. Jadi bukan UMNO sahaja yang mampu melakukannya. UMNO juga mengatakan mereka telah berjaya mengangkat sebilangan orang Melayu sehingga menjadi usahawan. Pun itu kalau Melayu itu kroni.
Yang UMNO gagal ialah melonjakkan kualiti orang Melayu dari segi syakhsiah dan moral. Akhlak anak Melayu semakin meredum sejak UMNO berkuasa, dan penyakit sosial tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu, untuk meninggikan kualiti orang Melayu, penekanan kepada syakhsiah, moral, pegangan kuat kepada ugama Islam akan memacu mereka kepada aras kemajuan yang lebih tinggi. Langkah pertama untuk melonjakkan mutu orang Melayu ialah dengan mengenepikan UMNO, dan gantikan program mereka dengan program pencanaian kualiti orang Melayu yang baru.
Selain daripada itu, kualiti mesti juga diikuti dengan kuantiti. Saya rasa dari segi demografi, jumlah orang Melayu adalah terlalu sedikit. Dengan saya mencadangkan semua orang Melayu memegang teguh pesanan Rasulullah s.a.w. supaya mereka menghasilkan zuriat yang banyak. Zaman sebelum merdeka, ramai orang Melayu yang mempunyai anak yang mencapai bilangan berbelas.
Zaman mutakhir ini, saya juga mencadangkan agar generasi muda Melayu menambahkan zuriat mereka pada kuantiti yang sekira kira banyak. Pada pendapat saya, jumlah anak yang perlu dipunyai oleh keluarga Melayu sepatutnya tidak kurang daripada 4. Tetapi cubalah untuk sampai 8. Dan sepatutnya mana-mana keluarga yang menghasilkan jumlah anak mencecah 10 dan ke atas, hadiah penghargaan hendaklah diberikan kepada mereka.
Kalau orang Melayu boleh menaikkan kualiti mereka, dan menambahkan kuantiti mereka, saya rasa isu ketuanan Melayu tidak timbul.
Saya telah pun berusaha ke arah itu. Anak saya 8. Dengan satu ibu.

POLITICAL ENGINEERING

Assalamualaikum,
Dengan pengumuman yang dibuat mengenai perletakan jawatan Dr. Wan Azizah Ismail sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sebagai tanda memberi laluan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil, maka bermulalah era political engineering yang licik di Malaysia. Sedikit demi sedikit skema perjalanan politik PR disingkap oleh DSAI. Ini yang menggerunkan BN dan inilah juga yang menjadikan tidur pemimpin BN sering diganggu oleh igauan ngeri.
Telah sekian lama mereka yang berada dalam arus politik alternatif di negara menunggu kehadhiran seorang yang mampu melakukan political engineering ini. Terkahir kita saksikan almarhum Ustaz Fadzil Nor menyatukan komponen politik alternatif untuk meraih kemenangan besar dalam pru 1999. Sebelum itu Tuan Guru Nik Aziz melakukannya bersama Angkatan Perpaduan Ummah untuk menyapu bersih kerusi dewan undangan negeri Kelantan.
Kemudian masuklah nama nama seperti Tuan Guru Haji Hadi, Nasarudin Mat Isa, Mahfuz, Mat Sabu, Kamarudin Jaafar, Wan Azizah, Syed Husin, Lim Kit Siang, Karpal Singh, dan nama-nama lain yang anda boleh tambah sendiri, namun keterampilan politik alternatif tidak memuncak.
Masuk Anwar Ibrahim. Kesemua kekangan yang ada diruntuhkannya dan ia mencipta satu laluan baru dalam arena politik alternatif. Ia berjaya memecahkan pelbagai tembok, seperti tembok perkauman, tembok kecurigaan antara ugama, tembok ketebalan taksub kepartian, dan paling penting ia membenihkan ketidak percayaan massa kepada media BN dan memasukkan keyakinan inter-race dan inter-party di kalangan rakyat . Ini kemudian diterjemah menjadi undi.
Personaliti seperti ini lalu sekali sahaja dalam perjalanan hidup kita. Oleh kerana anda berpeluang menyaksikannya, menafaatkan sebaik yang mungkin.
Dan sambung usaha ini. Lakukan political engineering.

Thursday, July 31, 2008

2330

Get labs and notes on Thiessen polygons

1112

Download kuliah 9 & 10

DI MALAYSIA NI, SIAPA YANG PALING KERAP KENA ROMPAK?

Assalamualaikum,
Bila mat said negeri penyu buat hal, habis workshop dan driver kena soal dek BPR. kan ke panas punggung semua orang. jadi selama ni, duit negara kena tutuh oleh puak puak yang macam ni. Tetapi sebenarnya itu adalah ibarat makanan yang terselit di celah gigi sahaja. terlalu sedikit. yang masuk dalam perut terlalu besar untuk difikirkan.
Cerita yang sama juga kita sering dengar di tempat-tempat lain. Kira-kira setahun yang lalu, seorang pekerja sebuah pihak berkuasa tempatan dihadapkan ke mahkamah kerana membuat tuntutan yang melampau terhadap kerja menukar mangkuk tandas. Kita dengar bagaimana permintaan sebuah pihak berkuasa tempatan untuk bajet menanam pokok sahaja rm 9 juta. Kita masih ingat lagi isu pokok bonsai yang ditanam oleh sebuah pihak berkuasa tempatan di negeri penyu ni yang berharga ratusan ribu rm sepokok. Dan banyak lagi cerita.
Itu cerita yang kecil kecil. Anda pernah dengar nama Bank Bumiputra Malaysia Berhad? mana bank tu sekarang? Senang aje. Saya tanya , saya jawab. Bank itu telah berkubur. Siapa yang bunuh bank ni? . Diberitakan, (saya kata diberitakan ni kerana ceritanya dirahsiakan supaya rakyat tak tahu), seorang pemimpin yang dah arwah berhutang rm 800 juta dengan bank ni. Bila tak boleh bayar, write off saja. Duit tu duit siapa? itulah duit Malaysia. Kes BMF yang di Hong Kong 2 billion hilang je. Kes market bijih timah yang Malaysia hilang ratusan juta, kemudian dikatakan hilang on paper je. Kes sebuah syarikat perkapalan yang di bail out. RM 500 juta. Kes itu. Kes ini. berbilion rm. Semua duit Malaysia. semuanya dirompak.
Jadi, yang bersaiz gig, rompak ber gig gig. yang bersaiz mag, rompak ber mag mag. Yang saiz K, rompak sekian banyak K, yang ikan bilis, rompak saiz .ikan bilis. Yang supply maggie, beli satu bungkus 50 sen, jual rm 3.00 kepada Malaysia kira perkara biasa. Duit yang kena kebas tu semuanya duit negara. Semuanya duit malaysia. Dan tiap-tiap hari orang rompak.
Jadi siapa yang paling kerap dan paling banyak kena rompak?
Malaysia ku.

RENTETAN UMRAH: TEKNOLOGI MENGUBAH NILAI

Assalamualaikum,

Semasa saya sampai di Jeddah untuk pertama kali dalam tahun 1982, seorang penumpang di sebelah saya mengingatkan saya supaya jangan mengambil gambar, kerana Saudi Arabia pada masa itu tidak membenarkan fotografi dilakukan di tempat-tempat tertentu. Dan semasa mengerjakan Haji dan umrah kali yang berikutnya, saya pu patuh dengan larangan tersebut.
Dalam tahun 2004, semasa megerjakan umrah, isteri saya cuba mengambil gambar masjid Haram dari dataran yang menghadap bab ul Fahd. Dalam masa sekita sahaja sampai pihak keselamatan mereka yang berpakaian awam dan terus menghalang isteri saya daripada mengambil gambar. Cubaan tersebut dilakukan di luar masjid.
Saya selalu berangan-angan untuk membawa kamera ke dalam masjid dengan tujuan untuk mengambil gambar dalam masjid, kerana ini boleh digunakan untuk tujuan memberi kursus, supaya apa yang diterangkan itu akan nampak lebih jelas lagi. Tetapi, setiap kali masuk masjid, pengunjung akan diperiksa, dan kalau terdapat kamera, biasanya terus dirampas.
Masuk era handphone. Handphone tidak dibenarkan ke dalam masjid. Kalau didapati, maka akan dirampas. Masuk pula era handphone yang ada kamera. Arahannya ialah handphone yang ada kamera tak boleh bawa masuk, yang tiada kamera boleh. Pernah kita dengan cerita bagaiman pegawai imigresen Saudi merosakkan kamera yang terdapat pada handphone seorang yang ingin memasuki Saudi.
Pada siri umrah saya yang lepas (Mei-Jun 2008), telah masuk pula era rata-rata orang ada handphone, dan rata-rata handphone ada kamera. Teknologi telah menjadikan handphone bersaiz handy dan boleh diselit dipelbagai tempat. Pihak keselamatan tidak lagi temampu untuk memeriksa setiap orang dan menghalang setiap orang yang masuk ke masjid daripada membawa handphone, dan dengan itu membawa kamera. Jadi hampir kebanyakan mereka yang masuk ke dalam Masjidil Haram membawa handphone, dan yang berkamera. Dan dengan itu saya saksikan hampir setiap orang yang mempunyai kamera mengambil gambar di dalam masjid. Ada juga yang mengambil gambar semasa tawaf dan saie. Ada juga yang membuat rakaman. Tidak ada larangan lagi sekarang. Bukan sahaja jemaah yang membawa handphone, pihak keselamatan yang dulunya melarang orang bawa handphone sekarang boleh dilihat menekan butang handphone sepanjang masa.
Jealous saya lihat orang mengambil gambar didalam masjid. Teringin saya untuk lakukannya. Tapi apakan daya.
Handphone ku ketinggalan zaman. Tiada kamera.

SKRIP LIWAT 2 SEMAKIN MUDAH DIJANGKA

Assalamualaikum,
Dengan tersiarnya kenyataan media PUSRAWI mengenai laporan medical saipol dengan sendirinya skrip kes liwat 2 ini semakin mudah dijangka.Ramai orang yang menjangka PUSRAWI akan membuat kenyataan seperti yang dibuatnya semalam. Ramai orang menjangka si saipol akan keluar dengan satu bentuk jawapan. Walau pun bertulis tangan, tapi tangan dalam minda kamu tak bebas. Skrip untuk ditulis tetap disediakan untuk kamu. Kamu cuma tulis sahaja.
Semasa saya kecil, kalangan orang tempat saya dibesarkan dahulu suka menyelesaikan perbalahan mereka dengan bersumpah di Masjid Kampung Hulu, sebuah masjid di kawasan Kampung Hulu dalam bandar Melaka. Pada mereka, siapa berani bersumpah di masjid tersebut, maka itu menunjukkan orang itu benar. Kalau tak benar, atau bohong, tetapi bersumpah di masjid tersebut, maka akan ditimpa laknat atau ditimpa bala.
Saipol ada dilaporkan akan membuat sumpah menggunakan Al Qur'an apabila siasatan polis selesai. Saya cadangkan dia bersumpah di Masjid Kampung Hulu, Melaka. Nak bagi power lagi sumpahnya, bolehlah dia naik ke menara azan masjid tersebut. Nak bagi lagi power, junjung 10 ke, 20 naskhah. Baru hebat.
Teringin juga untuk menyaksikan peristiwa tersebut. Tapi sayang, sekarang ni dia ghaib. Balasubramaniam pun ghaib. Dia tiada. Bala pun tiada.
Tapi ingat dik. Bersumpah ni bukan main-main. Silap hari bulan anda ditimpa Bala.

Wednesday, July 30, 2008

AUKU DAN PARA PELAJAR

Assalamualaikum,

Para pelajar sepatutnya memberi respon yang lebih bertenaga mengenai gembar gemburan yang Akta Kolej dan Kolej Universiti akan dipinda untuk membolehkan beberapa kelonggaran kepada komuniti berkenaan direalisasikan. Tetapi respon yang saya amati di sini amat kelu.
Akta tersebut selama ini telah mengekang kreativiti pelajar sehingga pelajar universiti bermentaliti seperti budak sekolah. Betapa kan tidak, mereka mudah digertak, kalau tak undi aspirasi, tak dapat duduk kolej. Maka gementar yang amat sangatlah mereka apabila mendengar titah yang sedemikian.
Kalau ada yang berkumpul disurau lebih lama daripada masa yang diamabil untuk berwirid, maka ia dicop sebagai sedang berusrah, yang mana usrah pada pandangan sebahagian universiti sebagai suatu aktivit yang membahayakan. Seorang rakan saya, semasa menjadi fellow di sebuah kolej kediaman di sebuah IPTA menceritakan pengalamannya berbincang dengan pelajar di surau kolej tersebut. Dalam masa beberapa minit sahaja tiba-tiba muncul Timbalan Naib Cancelor HEP di situ, dan TNC HEP ini memberi amaran kepada kawan saya ini supaya jangan campur tangan dalam aktiviti pelajar. Rupanya semasa kawan saya ini berada di surau tersebut, seorang pelajar berjawatan spy TNC telah memberi tahu secara direct kepada TNC tentang satu mesyuarat sulit sedang berlangsung di surau. Lantas si TNC bingkas meninggalkan meja empuknya dan bergegas ke lokasi yang dimaksudkan. Tetapi jelas ia adalah fitnah yang suka ditabur oleh puak ni.
Selalu kami di universiti ni , samada tenaga akademik atau pelajar, menerima e mail dari pihak pengurusan universiti melarang keras penglibatan dalam proses pilihanraya. Siapa yang terlibat, maka tindakan sekeras kerasnya akan diambil terhadap mereka. Ini biasanya berlaku kalau ada pilihanraya, kecil atau besar. Tetapi yang jel;eknya ialah, kalau mereka yang dilarang ini terlibat dengan jentera pilihanraya BN, mereka dibenarkan, dan diberi kemudahan pula. Dalam pilihanraya kecil Ijok 2006, pemandu bas di sebuah IPTA menceritakan bagaimana yang bertugas mengangkut pelajar sebuah Universiti ke bilik gerakan BN yang khas untuk pelajar. Yang ini dibenarkan pula.
Dalam pru12, seorang tenaga akademik sebuah IPTA secara terang dan aktif menyediakan logistik untuk membawa pengundi hantu ke Kelantan. Yang ini pun boleh juga.
Tapi kalau anda cuba-cuba nak mirip politik lawan arus, ha, jaga kau. Macam macam keseksaan akan ditimpakan pada kau.
Pelajar tidak boleh berpolitik. Tapi kalau menyokong dan bekerja untuk parti politik pemerintah, bisa saja. Yang tak boleh, menyokong politik alternatif. Adil ke tu?
Kalau para pelajar menerima terma terma diatas, memang mereka bebal.
Anda tak bebal kan?

SPEAK YOUR MIND OUT (II)

Assalamualaikum,

Kalau anda baca berita media sehari dua ini, anda akan dapat rasakan betapa lembutnya gigi UMNO terhadap PAS. Lebih lembut daripada bubur lambok masjid Kampung Baru, KL. Ini adalah kerana UMNO merasakan ia telah berjaya dalam usaha strategiknya memporak perandakan PAS hasil daripada pertemuan sulit antara kedua pihak sebaik sahaja berlangsungnya pru12.
Dan ia mengorak langkah setapak lagi dengan menawarkan package yang sama di Perak, dengan harapan tok tok lebai dalam PAS termakan umpan ni dan dengan itu boleh mengheret parti tersebut ke satu lagi kancah keterbukuan hati. Oleh kerana maklumat terkini kita dapati dari media mereka, maka sukar untuk kita membuat bacaan yang bebas daripada umpanan mereka. Nak harapkan harakah daily pun, maklumat yang dihidangkan lambat dan tidak mengikuti perkembangan terkini. Jadi gunakan apa yang ada.
Dari apa yang dipaparkan, nampak macam satu keinginan dipihak PAS untuk berbincang, bermuzakarah, bermuqabalah dengan UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam. Dari sepoian angin, keinginan ini kelihatan mengukir satu keghairahan pula. Sahlah ramai daripada kalangan PAS ni yang tok lebai.
Perlu dingat, atau difahamkan pemimpin PAS, perpaduan Melayu yang kononya menjadi asas perbincangan ini hanyalah satu camouflage sahaja. Ia adalah satu retorik. Ia adalah permaianan kata-kata. Anda setuju sahaja untuk berbincang, maka selangkah kaki anda telah masuk dalam perangkap mereka.
Perbincangan, muzakarah, muqabalah atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah semata mata satu helah strategik dalam pelantar politik. Ia boleh disertai sekiranya PAS mempunyai keperluan politik jangka panjang. Sekiranya keperluan politik jangka panjang PAS telah jelas, maka perbincangan strategik tersebut tidak perlu diadakan. Perbincangan bersifat tactical boleh diadakan, tetapi ia bersifat sementara. Kalau untuk berkongsi menubuhkan kerajaan negeri, itu adalah perbincangan strategik.
Yang dicari dan diidam oleh UMNO ialah keperluan strateginya. Iaitu survival dia sebagai parti yang memerintah. Bukan soal perpaduan Melayu. Kalau benar mereka sangat hiba mengenai perpaduan Melayu sekarang, maka mereka mesti melakukan perkara atau menunjukkan tanda-tanda ke arah itu.
Tanda-tanda tersebut ialah bantu semua orang Melayu, tidak kira di mana, samada di negeri yang diperintah oleh BN atau di negeri yang diperintah oleh PR. Hentikan diskriminasi terhadap orang Melayu di Kelantan. Hapuskan jabatan pembangunan pusat di negeri-negeri yang diperintah oleh PR. Kembalikan dengan segera semua grant yang sepatutnya diterima oleh negeri Kelantan selama mana ia diperintah oleh PAS dan PR. Kembalikan demokrasi dalam pentadbiran masjid dan surau. Kembalikan amalan pemilihan secara demokrasi dalam membentuk AJK masjid dan surau. Kembalikan bantuan penuh kepada sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia. Benarkan orang awan atau organisasi yang sah untuk menggunakan kemudahan negara, seperti balai raya, sekolah, dewan orang ramai dan sebaginya tanpa melakukan sebarang diskriminisasi. Jadikan amalan memberi tender secara terbuka dan bukan secara anugerah. Dan banyak lagi. Dan banyak lagi.
Perbincangan, muzakarah, muqabalah dan apa sahaja bentuk pertemuan mestilah melibatkan bukan sahaja parti politik, tetapi semua badan yang inginkan apa yang dinamakan perpaduan Melayu ini.
Dan yang paling penting ialah keputusan perbincangan mestilah bersifat binding.

Tuesday, July 29, 2008

TO SPEAK YOUR MIND OUT (I)

Asslamualaikum,


Saya selalu memperingati diri sendiri apa yang dicari di dunia ini ialah Mirdhatillah. Ia itu keredhaan Allah. Saya memperingat diri sendiri kerana untuk mendisiplinkan diri sendiri dalam perkara sebenarnya adalah sukar, kerana banyak runtunan lain yang menarik seseorang itu kepada keredhaan syaitan.


Dalam usaha mencari mirdhatillah ini, kadang kala kita kena menceritakan apa yang terkandung dalam minda kita, walaupun diketahui ia mungkin tidak menyenangkan orang yang mendengarnya. Dalam gelegak isu hari ini, saya membenarkan dan dapat memahami apa yang disuarakan oleh Karpal Singh mengenai pertemuan PAS dengan UMNO. Begitu juga saya dapat menerima hujah yang dikeluarkan oleh Tan Seng Giaw yang menyokong apa yang disuarakan oleh Pengerusi DAP itu. Dan saya rasa bantahan-bantahan yang disuarakan oleh orang PAS, termasuk oleh pemimpinnya, adalah tidak begitu menunjukkan semangat setia kawan.


Saya meletakkan diri saya pad tempat orang yang membangkitkan persoalan. Kalau sekiranya kita berkawan, dan telah wujud semacam kesefahaman dalam ikatan persahabatan tersebut, maka kita harap semua rakan dalam persahabatan tersebut menghormati ikatan persahabatan tersebut. Adalah tidak kena, kalau, seorang daripada rakan persahabatan ini tadi, secara senyap dan bersendirian bertemu dan berunding dengan musuh umum kepada persepakatan ini . Dan, rundingan itu adalah untuk menghancurkan kesepakatan tersebut. Ini tidak betul.


Dalam konteks pertemuan PAS dengan UMNO yang agenda pertemuan tersebut ialah untuk menubuhkan kerajaan campuran negeri Selangor antara PAS dan UMNO, kalau saya yang berada sebagai rakan persepakatan yang tidak tahu menahu mengenai rundingan ini, memang saya akan mengatakan ini adalah tindakan menikam dari belakang. Sanggupkah ahli PAS, dan penyokong PAS mengatakan bahawa PAS telah menikam PR dari belakang kerana mengada pertemuan untuk meruntuhkan PR dari tampuk pemerintahan negeri Selangor? Adakah molek orang PAS sendiri kutuk PAS? Atau anda ingin memilih untuk berdiam diri dan mengambil sikap non committal? Kalau orang lain mudah dilabelkan sebagai *** bisu, tidakkah anda juga turut termasuk dalam kategori yang sama?

Harus kita akui, ini adalah satu kesilapan strategik yang telah dilakukan oleh PAS. Puas dah diperingat, namun PAS terperesuk lagi ke dalam jerangkap samar yang tidak pernah lupakan mangsanya. Pertemuan tersebut akan menjadi satu bonus kepada PAS kalau ia dilakukan secara terbuka dan semua rakan persepakatan dimaklumi terlebih dahulu. Mengapa perlu bersembunyi sembunyi, adakah ada hasrat yang kelingking berkait?


Saya dapat merasakan PAS telah melakukan satu kesilapan strategik yang besar, tetapi mempertahankan kesilapan tersebut adalah satu kesilapan lagi. Kita seharusnya akur dengan teguran mahu pun herdikan kerana kesilapan tersebut, dan dengan segera memperbetulkannya.
Pada masa yang sama juga saya menentang apa yang disuarakan oleh Karpal Singh supaya kedudukan PAS dalam PR dikaji semula, ini kerana, pada pendapat saya, DAP terlebih perasan mengenai kekuatan parti tersebut. Kemenangan DAP dalam pilihan raya yang lepas sebahagiannya telah di bantu oleh pengundi PAS.
Saya telah katakan bahawa PAS adalah sine quo non dalam PR. Bermaksud, PAS adalah komponen yang diperlukan dalam PR. Buang PAS, PR tumbang.
Karpal boleh marah PAS. Seng Giaw boleh herdik PAS. Tetapi kalau buang PAS, mereka sembelih merih sendiri.

MEDICAL REPOT SAIPOL

Assalamualaikum,

Dalam suasana berkejar untuk mencari masa untuk membuat posting dalam blog ini, saya cuma dapat nukilkan beberapa poin sahaja, kerana idea terlalu banyak, tetapi masa sangat terhad. Saya ingin menarik perhatian tentang posting di peringkat awal DSAI kena tohmah liwat 2. Saya katakan skrip episod liwat kali ini sangat mudah ditelah dan dibaca, dan ia tersembul sedikit demi sedikit seiring dengan perjalanan masa.
Tersebarnya laporan perubatan Saipol adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan, kalau kita ikuti perjalanan skrip liwat 2 ini. Babak demi babak tesingkap sama seperti yang dijangkakan. Perjalanan drama liwat 2 ini tidak akan berlaku seperti dalam drama liwat 1, kerana satu unsur besar.
Dalam liwat 1, mahathir ada unsur ini.
Dalam liwat 2, para perancang tidak punya unsur ini.
Anda tahu unsur itu kan?
shrewdness

Monday, July 28, 2008

RISE TO THE OCCASION

Assalamualaikum,
Seperti yang dijangkakan, rakan PR telah mula membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan pertemuan PAS dengan UMNO. Akhbar hari ini melaporkan Karpal Singh mempersoalkan kesetiaan PAS dalam PR, mempersoalkan pelawaan Tuan Guru Nik Aziz untuk membubarkan kedua dua UMNO dan PAS, dan juga kenyataan timbalan presiden PAS yang mengatakan orang Melayu sudah mula mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim.
Para strategis PAS seharusnya telah membaca perkembangan ini terlebih awal, dan mestilah sepatutnya telah bersedia dengan jawapan untuk meredakan suasana ini. Cuma dalam banyak hal, kemelut dan persoalan seperti ini hendaklah ditangani dengan cermat dan tidak membuat satu kesilapan yang menyukarkan.
Kesilapan yang menyukarkan itu maksud saya ialah multiple error, atau kesilapan berganda. Ini adalah satu kesilapan diikuti oleh satu kesilapan dan diikuti oleh satu kesilapan lagi, dan sekiranya tidak dikawal, ia akan terus jadi berganda. Untuk membetulkannya iaitu kesilapan berganda ini, saya rasa memang sukar. Jadi strategi yang paling selamat ialah pernyataan yang bersifat non-committal.
Sekiranya benar seperti yang dilaporkan timbalan presiden PAS ada membuat pernyataan mengenai kes liwat DSAI, maka ini adalah satu simpang baru yang terbentuk yang boleh menghalakan perjalanan PR ke satu perjalanan yang terhentak hentak. Ia memang tidak mendatangkan sebarang keselesaan.
Di sinilah mutu seorang pimpinan itu timbul dan dinilai.
Adakah ia boleh rise to the occasion.

Sunday, July 27, 2008

MESYUARAT DALAM KEMAH

Assalamualaikum,

Anda dapat saksikan UMNO bahagian yang di dalamnya terdapat hantu raya yang merobohkan masjid dan surau mengadakan mesyuarat dalam kemah. Apa pasal begitu dhaif UMNO tu. Kan dulu mereka dengan penuh bergaya boleh buat mesyuarat di tempat tempat yang punya kelas. Sekarang dah merempat ke.

Juga ada cadangan dalam mesyuarat tersebut supaya hantu raya yang merobohkan surau tu ditandingi jawatan yang dipegangnya. Cemas dia hampir ke tahap lemas.

Tahap mukaddimah keranapan UMNO telah berlalu. Sekarang masuk tahap tanggalnya sendi-sendi UMNO dalam perjalanannya menuju keranapan tersebut.

TAJAMNYA PEDANG TUAN GURU

Assalamualaikum,

Setiap kali timbul ura ura untuk bermuzakarah antara PAS dengan UMNO, kita akan dengar orang UMNO berkokok untuk mengingatkan PAS supaya PAS iklas dalam usaha tersebut. Seolah olah, apa jua yang cuba dilakukan oleh PAS adalah bersifat telunjuk lurus tetapi kelingking mencangkuk. Dan yang berkokok tu dari setinggi tinggi kedudukan dalam UMNO sehinggalah yang secabuk cabuknya.
Tuan Guru Nik Aziz baru sahaja melibas pedangnya kepada suasana politik Malaysia, dan libasan itu bukan memenggal kepala sesiapa, tetapi meledakkan gegaran yang gempa seluruh Malaysia. Beliau mencadangkan agar dibubar kedua dua parti UMNO dan PAS, dan diwujudkan satu parti baru yang mana parti baru ini berpaksi kepada Islam. Ini adalah satu libasan dan tetakan yang sangat bisa kesannya dan sangat menggegarkan. Dan kesannya sudah mula dirasai mulai sekarang.
Dengan sekali libas sahaja, UMNO diasak ke kedudukan yang terdesak. Kalau ia hendak bubar, berkemungkinan segala khazanah negara akan terlepas dari cengkaman mereka. Kalau nak bentukparti baru pula, parti tersebut hendaklah berteraskan Islam, sedangkan UMNO tahu, dan orang UMNO pun tahu, perjuangan Islam yang kononnya mereka perjuangkan adalah pada bibir sahaja, dan kalau mereka mahu berterus terang, sebenarnya mereka memang tidak mahu perjuangkan Islam tu. Menyusahkan sahaja.
Kalau sekiranya mereka ikhlas untuk perjuangkan Islam, maka sekaranglah masanya untuk menyahut tawaran TGNA supaya bubar UMNO dan PAS dan gantikan dengan parti baru. Tetapi mereka tidak akan terima cadangan ini, kerana mereka sebenarnya tidak ikhlas. Kalau diberi pilihan antara Islam dengan UMNO, mereka akan memilih UMNO dan meninggalakan Islam. Itulah yang akan mereka lakukan terhadap tawaran ini. Jadi, bila mereka meragui keikhlasan PAS dalam hal muzakarah, sebenarnya, mereka ingin menutup langau diri sendiri. Mereka yang tidak ikhlas. Jadi tiada apa gunanya bercakap mengenai ikhlas dengan UMNO ni.
Mereka bercakap tentang Melayu. Mereka bercakap tentang memperjuangkan bangsa. Mereka bercakap tentang ketuanan Melayu. Pada TGNA, dan juga kepada semua mereka yang faham tentang Islam, bangsa ni tidak mempunyai apa-apa nilai di Padang Masyar. Hatta bangsa Arab itu sendiri, bangsa rasululah s.a.w. itu sendiri tidak mempunyai apa-apa nilai di hari akhirat. Yang bernilai di sisi Aluklah ialah taqwa sesorang itu.
إِنَّأَكْرَمَكُمْ
عِندَاللَّهِأَتْقَاكُمْ
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu
di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu
49:13
Oleh itu sekiranya UMNO ikhlas, seperti yang sering mereka kokokkan, terimalah tawaran TGNA, kalau tidak, segala bentuk perbincagan dengan mereka adalah kerja yang lagha sahaja. Tiada membawa apa apa faedah.
PAS berjuang untuk mendaulatkan Islam. Untuk meninggikan Islam. Kita mengambil kira mengenai Padang Masyar. Mengenai Dataran Masyar.
Mereka cuma berkira untuk terkinja di Dataran Merdeka.

UMNO YANG LEBIH PERLU MENGANJAK PARADIGM

Assalamualaikum,

Sekitar tahun 1973 atau 1974, semasa saya seorang pelajar di Universiti Malaya, saya ada mengikuti perbahasan yang salah seorang ahli panelnya ialah the late Dr. Tan Chee Koon, saya rasa pada masa itu beliau adalah ketua pembangkang dalam parlimen. Perkara yang masih saya ingat lagi hingga ke hari ini, ialah beliau berkata dalam masa 50 tahun kehadapan, orang melayu tidak akan dapat menerima kepimpinan oleh orang bukan Melayu di Malaysia. Kata-kata itu dihamburkan 35 tahun yang lalu. Inti pati kepada kata-kata ini ialah, di Malaysia, warga Malaysia menerima dan akur dengan kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu.
Merujuk kepada interview utusan Malaysia dengan Zainal Abidin Borhan hari ini 27 Julai 2008, saya ingin menarik perhatian, bahawa beliau dan orang yang sependapat dengan beliau juga mengatakan bahawa hebohnya muzakarah, atau muqabalah adalah kerana kepentingan Melayu dan Islam, dan tentang perlunya kita menghasilkan negarawan, dn bukan orang politik. Tetapi perkara sebenarnya tidak berlaku seperti yang disebutkan.
Muzakarah dan muqabalah dan apa bentuk persemukaan pun adalah kerana UMNO tersepit. kalau UMNO tidak tersepit, maka tidak ada muzakarah, tidak ada muqabalah, yang ada hanya UMNO punca balah. Ada juga orang yang mengatakan bahawa berlaku pertemuan ini menunjukkan berlaku perubahan paradigm dalam pemikiran ketua politik parti melayu terbesar orang melayu. Saya tidak mengatakan ini tidak betul, tetapi ia bukan betul semuanya. Apa yang perlu difahami oleh UMNO dan juga pendokong pemikiran UMNO ialah memahami perubahan poemikran rakyat dan perubahan citarasa politik rakyat. Untuk memahami perubahan ini, UMNO itu sendiri mesti mengalami anjakan paradigma, dan jangan hanya pandai melolongkan anjakan itu berlaku, tetapi sebenarnya kosong.
Anjakan pertama. UMNO itu bukan satu institusi untuk orang Melayu. UMNO itu satu parti politik, yang diangggotai oleh ramai orang melayu, dan bumiputra dan orang India. Orang Melayu boleh hidup dan menyinar tanpa perlu bergayut kepada UMNO. Kalau UMNO punah, orang Melayu tidak akan punah.
Anjakan kedua. Kuasa politik tidak semestinya dipegang oleh UMNO sahaja. UMNO hendaklah sedia menerima hakikat bahawa kuasa politik boleh dipegang oleh orang Melayu yang bukan dari parti UMNO. Apabila saat itu sampai, ia hendaklah sedia melepaskannya. Jangan cipta huru hara kerana mempertahankannya.
Masyarakat Malaysia sekarang sedang berubah dan menuju kepada keadaan yang tidak menggayutkan diri mereka kepada UMNO semata-mata. Masyarakat Melayu di Malaysia sekarang ini dengan kepesatan perkembangan idan penyerapan lmu Islam dalam masyarakat Melayu, sudah tidak lagi menerima nasionalisme Melayu sebagai asas perjuangan. Sebabnya ialah nasionalisme itu adalah satu ideologi yang bertentangan dengan ideologi tauhid yang dianut oleh seluruh umat Islam. Ideologi nasionalisme ialah ideologi yang dicipta oleh manusia, kalau nak tahu siapa yang menciptanya , ia adalah hasil daripada revolusi Perachis. Sedangkan tauhid adalah ciptaan Allah, mengapa perlu diambil ideologi baru yang bersifat hampeh, sedangkan orang Islam telah sedia ada permata yang dianugerahkan oleh ALlah? perubahan dalam citarasa ini gagal dikesan oelh UMNO. Oleh kerana UMNO mengajak manusia Islam dan Melayu jauh daripada tauhid, itulah yang menyebabkan orang Melayu menjauhkan diri mereka dari UMNO.
Zainal Abidin Borhan mengatakan sudah ada orang Melayu yang mempersoalkan ketuanan melayu; di sini kita perlu ingat bahawa orang Melayu tidak mempersoalkan ketuanan Melayu per se tetapi meluat dengan gelagat UMNO dan segelintir orang Melayu yang berlagak tuan besar sehingga ada pihak yang menyifatkan orang bukan Melayu sebagai hamba dan orang melayu itu tuan. Ketuanan Melayu seperti yang dikehendaki oleh UMNO ialah malay supremacy yang berlumur dengan racism dan penindasan serta diskriminasi, diikuti pula oleh kronisme, kepuakan dan korupsi yang menjahanamkan negara. Semuanya dibenarkan atas dasar Melayuuuu.
Sebenarnya pendapat Tan Chee Koon tadi melambangkan pandangan orang bukan Melayu terhadap ketuanan Melayu, dalam erti kata, yang dipentingkan ialah keharmonian kaum. Orang bukan Melayu tidak ingin mencabar kuasa politik melayu, kerana itu boleh menjejaskan keharmonian yang telah dibina sekian lama. Sekiranya keharmonian ini goyah, maka segala apa yang telah dibina selama ini boleh hancur dalam sekelip mata. Semua warga malaysia tidak mahu ini berlaku. Oleh itu soal ketuanan melayu ini soal seluruh warga negara . Bukan hanya soal khusus bagi orang Melayu.
Dengan sebab itulah, dalam isu-isu yang menimbulkan kocakan dan kegoncangan dalam keharmonian negara, ia ditangani dengan secermat yang mungkin. Seperti soal murtad, meroboh masjid dn surau dan tempat ibadat, adalah pergesearan yang acap timbul, tetapi boleh diselesaikan dengan semangat kesepakatan .Tetapi UMNO tidak mahu kehadapan dalam soal ini.
Dalam soal ada pihak yang menaikkan papan tanda dalam bahasa Cina, ini adalah hasil daripada asuhan UMNO itu sendiri. Bukankah UMNO itu parti perkauman. Bukan MCA dan MIC itu parti perkauman? Bukankah mereka yang menebalkan semagngat perkauman ini? Dan bukankah UMNO juga yang memperlekehkan Bahasa Melayu? jadi kalau ada pihak yang dididk oleh pegangan perkauman parti masing-masing, maka mengapa melatah dan histeria? Anda tuai apa yang anda semai.
Jadi tidak timbul isu ada orang yang memperjuangkan Malaysians' Malaysia seperti yang dilaungkan oleh DAP atau dulunya PAP. Yang sedang berlaku ialah rakyat ingin mereka diiktirat sebagai warga. Warga Malaysia, dengan segala hak dan kemudahan yang termaktub seiringan dengan status warga itu.
Kalau itu tidak boleh difahami, tukar sahaja dalam satus warga pada kad pengenalan itu kepada:
Warga UMNO. Warga Melayu.
Tidak ada warganegara.