Thursday, November 12, 2009

CUTI MENGERJAKAN HAJI

Assalamualaikum,


SAYA BERCUTI UNTUK MENGERJAKAN HAJI
13 NOV. - 23 DIS. 2009

DOA SAYA UNTUK ANDA
DAN SAYA MOHON ANDA DOAKAN SAYA

SELAMAT PERGI DAN KEMBALI
MUDAH MUDAHAN DAPAT HAJI YANG MABRUR

NIZAR BOLEH MENANG

Assalamualaikum,

Para peguam berpendapat, Nizar boleh menang dalam rayuannya kepada mahkamah.

Baca di sini

Sekiranya undang undang berjalan seperti yang diperuntukkan.

Sekiranya undang undang berjalan seperti yang UMNO mau.....

PAS FOR ALL; dah ok la tu

Assalamualaikum,

Slogan PAS FOR ALL tu dah cantik dah. Dan saya tabik yang mencipta slogan tersebut.

Umum terpesona dengan slogan tersebut.

Prestasi PAS pun melonjak dek kerananya.

Maintain je la, PAS

Yang sendiri buat kerenah pe hal?

Wednesday, November 11, 2009

MEMANG BERMASALAH

Assalamualaikum,

Bila pihak lain yang timbulkan isu dalam PAS, sering kita dengar itu adalah mainan jahat media dan UMNO dan BN untuk menghancurkan PAS dan PR.

Tetapi kalau tidak bermasalah, mengapa tiba tiba Ketua Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan? Untuk analisis mudah, kata saja itu mainan jahat media.

Mengapa ada berita tentang orang dalam membocorkan rahsia parti. Senang sahaja; kan itu mainan jahat media.

mengapa pula timbul isu bai'ah. Senang sahaja; kan itu mainan jahat media

Seminar yang baru berlangsung bukan menyelesaikan masalah tetapi membuka lebih banyak pekung.

Kalau orang PAS pandai suruh orang parti lawan letak jawatan itu dan letak jawatan ini, sekarang telah timbul satu keperluan dalam PAS,

Untuk beberapa pemegang jawatan penting

Lepaskan jawatan.

Tuesday, November 10, 2009

BIARKAN NIK AZIZ TULIS BLOG

Assalamualaikum,

Ada pendapat yang tidak begitu selesa apabiola Tuan Guru Nik Aziz meluahkan pandangannya melalui blog. Saya berpendapat biarkan dan galakkan beliau meulis melalui blognya. Samada pandangan peribadi, pandangan rasmi atau apa saja, biarkan beliau menulis dalam apa media sekali pun.

Jelas tulisan beliau dalam blognya tempoh hari telah menghasilkan satu gelombang besar dalam PAS, namun apabila apa yang beliau maksudkan itu dikasi menjadi satu seminar, maka PAS kelihatan menyapu segala sampah dah habuk dan menyorokkannya di bawah karpet.

Tuan Guru Nik Aziz cuba membawa satu pembaharuan intelektual yang tinggi dalam PAS, namun getaran AJK PAS pusat tidak berani mengharung gelombang tersebut. Maka disapulah segala sampah ke bawah karpet dengan mengadakan satu seminar.

Namun isu yang sedang menunggu untuk merobek PAS tidak diperbetul. Nak baca apa orang kata tentang PAS?

Juga di sini

Semalam saya mendengar keluhan sahabat saya Pak Sulaiman penjual mee kari dan pasembor di restoren Amjal;

HARAKAH tak laku sekarang!

Monday, November 9, 2009

SIPUT DAN KURA KURA

Assalamualaikum,




Dalam beberapa kesibukan ini saya cuba update blog ini.

Kesibukan pertama walimah anak. Yang telah disempurnakan dipihak keluarga kami dan dipihak keluarga besan.

Kedua, nak berangkat menunaikan haji. Tarikh ditunda kepada 13 Nov.




Ketiga, beberapa perkara remeh yang sentiasa muncul yang terpaksa juga dibereskan.

Dalam suasana yang sedemikian, saya me nganalisis perekembagan politik semasa, terutama perkembangan PAS.

Saya dapati sejak PRU 12, PAS bergerak kehadapan pada kadar yang sangat perlahan.

Yang paling menonjol kurangnya PAS sekarang ini ialah lonjakan intelektual dan persiapan strategi.

Yang paling menonjol dalam PAS sekarang ini ialah rasa lazat.

Ada yang mencari kelazatan di tahap lebih tinggi lagi.

Kalau ada yang cuba bawa lonjakan intelektual ke aras yang lebih tinggi lagi,

Maka orang seperti ini akan dilabel

Nyanyuk