Saturday, September 4, 2010

SIRI MULTIPLE ERROR.....3

Assalamualaikum,

Pada 30 Jan. 2010, sebaik sekira kira hilang penat daripada menunaikan haji, saya dan isteri pergi honeymoon ke Cameron Highland. Kami tinggal dua malam do hotel Cosa de la Rosa, yang terletak antara Tanah Rata dengan Brinchang.

Saya buat booking hotel termasuk melalui internet dengan menggunakan satu service yang dipanggil Agoda. Saya buat pembayaran juga melalui internet.

Pada 1 Feb. 2010, saya dan isteri check out. Saya terus buat urusan di kaunter.

Setelah agak seminggu atau dua, baru saya perasan iaitu semasa saya dalam proses check out, saya telah buat pembayaran di kaunter tersebut. Sepatutnya tidak perlu buat pembayaran, dan kerani kaunter itu pun sepatutnya mengingatkan saya mengenai hal tersebut.

Saya berlengah lengah bagi membuat tuntutan bayaran balik sehingga ke hari ni.

Burn duit aku

M'SIA NI ANAK JANTAN ATAU BACUL?

Assalamualaikum,

Pendedahan yang timbul hasil daripada perkembangan semasa mengenai beberapa kes saman telah mengaitkan nama Mahathir dalam kes kes tersebut. Dalam kes PKFZ Ling Liong Sik kata Mahathir mempengerusikan mesyuarat kabinet. Maka dia tahu apa yang berlaku.

Dalam kes saman sesama kroni UMNO syarikat Realmild, Mahathir juga nama yang timbul.

Adakah Malaysia ni negara anak jantan yang boleh dan sedia serta sanggup mengheret siapa sahaja ke muka pengadilan demi menegakkan kebenaran?

Atau memang seperti diduga Malaysia yang dalam genggaman UMNO bacul dan membiarkan hal tersebut berlalu begitu saja?

Friday, September 3, 2010

HAL ANAK MASUK HOSPITAL

Assalamualaikum,

Semasa mengerjakan umrah 2008, ibu saya jatuh sakit serius dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Annur, Makkah. Dudup dadap saya menguruskan hal ibunda, tapi tak apa, itu memang tugas si anak.

2009, Mei, anak bernama Hussein terpaksa dimasukkan hospital kerana kena denggi kali ke dua.

2010, Januari, isteri masuk hospital di Alor Star. Demam.

2010, Julai, anak bernama 'Abdurrahman masuk hospital kerana demam typhus.

2010, Julai, cucu bernama Faris masuk hospital kerana viral fever

2010, Ogos, Anak, Ahmad Izzuddin masuk hospital kena seizure.


Akan menyejukkan hati kalau ada orang yang datang visit.

Keluarga aku ni tak dak siapa pun nak visit.

Izzuddin dijangka kena discharge rabu 1 sept, tapi sebab virus count belum turun lagi, kena stay lagi 2 hari.

Tiba tiba si Midon timbul. Terubatlah hati aku bila ada ipar yang menziarah anak aku.

Yang lain habuk pun tarak. Nasib baik lepas tu bini si Midon pula sampai.

3 anak aku masuk hospital, 1 cucu masuk hospital. sedara mara tak hapik pun

Wednesday, September 1, 2010

SKINHEAD DAH MEREBAK KE MALAYSIA

Assalamualaikum,

Keganasan rasis yang ditiup oleh api perkauman parti politik nasionalis telah mula menunjukkan muka hodoh mereka di sini.

SIRI MULTIPLE ERROR.....2

Assalamnaualaikum,

Sebalik daripada menunaikan haji, setelah berihat dua tiga hari, dan sementara cuti masih ada, saya, isteri dan anak Fatimah serta pembantu (TKI) Ros pergi menziarahi seorang lagi anak yang baru dua bulan melangsungkan perkahwinan dengan orang Kedah.

Dalam perjalanan pergi, isteri demam dengan kuat. Saya rasa ini demam yang dibawa dari Tanah Suci. Kami buat keputusan untuk admit kan dia ke Kedah Medical Centre.

Saya tanya; kad insuran ada bawa?

Dia kata ada.

Mana? Ini.

Tapi mungkin tidak boleh guna!

Di kaunter, kerani minta kad.

Aku hulurkan Visa.

Bila isteri sudah didischarge, dia tanya:

Guna kad insuran?

Tak.
Kenapa tak guna?

Kata tak boleh guna.

Akhirnya bayau sendiri


Tuesday, August 31, 2010

ANACHRONISM

Assalamualaikum,

Sekiranya anda baca definisi dari Meriam-Webster dictionary, perkataan tersebut bermaksud :
a person or a thing that is chronologically out of place; especially : one from a former age that is incongruous in the present

Itu lah yang terjadi kepada mamat ini.


Monday, August 30, 2010

TERINGAT KHOMEINI

Assalamulaikum,


Semasa hayat Almarhum Imam Khomeini masih ada, ramai wartawam barat yang ingin menemu ramah beliau. Wartawan lelaki dan juga perempuan. Juga ramai daripada wartawan tersebut non-muslim.
Khomeini telah mensyaratkan supaya sesiapa wanita yang ingin bertemu denga beliau, hendak berpakaian menutup aurat, atau sekurang kurangnya bertudung. Maka ramai daripada wartawan wanita yang ingin bertemu dengan beliau terpaksa memakai tudung.
Salah seorang daripada membuat komen: I have no qualm about putting on the scarf, because I have seen one of the grat men of the world.
Khomeini dengan kehebatan dakwahnya berjaya melembutkan hati non muslim supaya tidak kisag sekiranya bertudung. Walau pun tidak masuk Islam, tetapi hati yang keras itu telah berjaya dilembutkan.
Syabas kepada YB amoi Teo, kau pakai tudung bukan makna kau masuk Islam hari ini, tetapi hati kau dah dilembutkan oleh Islam, mudah mudahan satu hari nanti kau masuk Islam. Kau masuk le blog aku, ada bab ajak orang masuk Islam.
Tak macam yang satu lagi tu, tudung tau mau pakai. Wig mau pakai!