Friday, October 30, 2009

SEKOR LAGI KATAK BETUNG MENJELMA

Assalamualaikum,

Pada masa musim hujan ni dan juga kerana pemanasan global, katak katak berbagai jenis tidak tahan dengan suasana alam sekitar. Mereka terpaksa keluar daripada persembunyian. Kalau dulu mereka sengaja ditanam atau disorokkan supaya menyelinap masuk dalam saf PR, sekarang masanya telah tiba untuk mereka menunjukkan rupa sebenar.

Nak lihat rupanya? lihat di sini.

Thursday, October 29, 2009

SOALAN FEQAH

Assalamualaikum,

Soalan fiqh: bagaimana nak memberhentikan kemungkaran arak, atau konsert, atau zina atau itu, atau ini, tanpa menimbulkan persepsi di kalangan non-muslim yang kononnya cuba menghalang kebebasan mereka?

Ramai pemimpin PAS yang pegang jawatan tinggi tinggi pun rupanya tak boleh jawab soalan feqah ini.

Wednesday, October 28, 2009

PERAK:2 SIDANG 1 DUN, BN MEMALUKAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum,

Macam mana dikelicik dan dibega pun, UMNO dan BN memalukan diri sendiri setiap kali cuba mengadakan sidang DUN Perak.

Kesemua perlakuan yang dilakukan menjadikan mereka serba salah. Serba tak kena dan memalukan diri sendiri.

Bagaiman diputar dan dibelit, fakta tetap mengatakan BN dan semua institusi yang menegakkan rampasan kuasa di Perak adalah salah.

Berselindung disebalik kuasa federal adalah langkah sementara.

Pasti kuasa itu akan jatuh.

DUN PERAK :NGA KATA AWANGNYA KENA NGOH

Assalamualaikum,

PERAK - Outside SUK, police move in to disperse crowd gathered at nearby restaurant. They co-operate.

Ngeh supports motion by Nizar. BN ADUNs still chatting with each other. PR ADUNs vote on motion, yelling "Agree!"

Ganesan yawns and is seen studying his nails, BN ADUNs get up to chat with one another. Some, including Zambry, leave.

Ousted MB Nizar stands up to table motion seeking for all PLKN programmes and 1 Malaysia programme stopped temporarily.

Sivakumar says he has now started the sitting and called on ADUNs to observe one minute of silence over the bridge incident.

Buntong assemblyman A. Sivasubraman stands and tells Ganesan to leave. Says he is illegal.

PR ADUNS attempt to begin proceedings. Assemblyman Khalil Lim recites prayer. Ganesan says sitting started already.

Throughout the whole spectacle, Ganesan just sat in the Speaker's chair and watched. BN ADUNs also watched in silence.

PR ADUNs finally walk into hall shouting, "Announcing the arrival of Speaker V. Sivakumar."

Former exco Nga Kor Ming alleges Chief Inspector Khairul hit his genitals. ADUNs still in hallway.

From Malaysian Insider 28/10/09

TUAN GURU BERI PANADOL

Assalamualaikum,

Mesyuarat AJK PAS Pusat yang akan diadakan nanti tidak akan berekeadaan seperti mesyuarat cawangan UMNO atau MIC yang bertumbuk dan berlemparan kerusi. Ia akan berlangsung dengan harmoni.

Juga EGM tidak akan diusahakan agar diadakan. Kerana semua pemimpin PAS berpendapat perkara yang ditimbulkan dapat diselesaikan diperingkat AJK Pusat sahaja.

Yang cuba dikecukkan oleh media adalah satu usaha TGNA beri panadol kepada yang sakit kepala.

Cuma saya percaya apabila sampai masanya, PAS Selangor akan mempunyai pesuruhjaya yang baru.


Tuesday, October 27, 2009

MAHATHIR MENGAKU DAH NYANYUK

Assalamualaikum,

Bekas perdana menteri mengaku telah nyanyuk. Baca di sini.

Dalam usaha menabur benih fitnah dan benih perpecahan agar orang PAS terikut terikut dengan acahannya, beliau telah mengaku telah nyanyuk.

Kemudian cuba pula menyelit unsur fitnah dengan mengatakan Tuan Guru Nik Aziz pun dah masuk dalah kategori yang sama.

Tun, kecerdasan minda orang menghafal Qur'an dan Hadis serta ilmu Allah tidak sama dengan orang yang alat deria mereka dikotori oleh pelbagai dosa.

Makam terbaru ini hanya layak disandang oleh Tun seorang.

Monday, October 26, 2009

KOD 19

Assalamualaikum,


Anda pernah dengar pasal KOD 19 kan? Dulu dikaitkan dengan Rashad Khalifa yang kononya membongkar rahsia Kod 19 daripas Al Qur'an. Tetapi memang ada beberapa perkara yang berkaitan dengan 19. Seperti jumlah huruf dalam basmalah, jumlah malaikat yang menjaga neraka. Kesemuanya ini membuat manusia memang terpegun.
Yang saya nak kaitkan Kod 19 ini ialah sudah 19 tahun Kelantan diperintah oleh PAS. Puas dicuba UMNO untuk menumbangkan PAS, namun usaha mereka tidak berhasil. Lanjutan daripada tulisan Tuan Guru Nik Aziz tentang pandangannya agar satu EGM PAS diadakan, maka ramailah orang yang bersuara seolah mencemuh Tuan Guru tersebut. Antaranya ialah pemimpin UMNO Kelantan.

Mereka cepat menabur benih fitnah dan benih perpecahan agar orang PAS terikut terikut dengan acahan mereka. Ada pemimpin UMNO kelantan kata TGNA sudah tua dan terlalu lama memegang tapuk pemerintahan Kelantan, elok lah lepaskan jawatan.

Ada juga yang celupar dalam PAS pun menyuarakan nada yang sama, kerana tidak setuju dengan cetusan fikiran terkini TGNA.

Sebenarnya PAS mampu bertahan selama 19 tahun di Kelantan kerana batang tubuh orang tua tu. Tanpa beliau, maka PAS Kelantan pun mungkin redum. Kalau PAS Kelantan redum, anda fikir PAS di negeri negeri lain akan bertambah kuat? Atau PAS di negeri negeri lain akan menggelongsor ke makam pariah kembali?

Sebab itu, apabila TGNA memancung 3 nama yang dikatakannya menjadi liabiliti kepada PAS, maka pancungan tersebut akan melonjakkan PAS ke mercu yang lebih tinggi lagi.

Sebab sudah 19 tahun beliau membawa PAS ke mercu yang tinggi, sudah sampai masanya PAS melonjak ke mercu jauh lebih tinggi lagi.