Wednesday, June 5, 2013

NGINAP DLM GUA

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pendekatan yang digunakan adalah sesuatu yang telah sangat lapuk. NGO digunakan untuk menyuarakan pandangan yang sangat ekstrim, yang pada perkiraan mereka sekiranya pandangan tersebut mereka sendiri yang hamburkan, maka undi semestinya akan lari dari mereka. Oleh itu NGO yang tidak bermaruah dijadikan drilling bits mereka.

Pendekatan gangster juga digunakan  sepenuhnya, dan ia adalah satu reinkarnasi daripada zaman pemuda tahan lasak tahun 60an, juga mempamirkan kebengisan, keganasan, memperlekeh undang undang, memperlekeh hak asasi manusia dan menunggang atas serakah nafsu. Yang menjadi mangsa sebenar bukan lawan politik, tetapi remaja yang diupah untuk menjalankan misi, tetapi menjerumuskan mereka dalam masalah disiplin, moral serta sosial.

Pendekatan deviant political manoeuvre seperti yang pernah dilakukan di Terengganu, dan di Perak tahun 2009 mencuri legitimasi pemerintahan, walaupun berjaya merembat kuasa politik, tetapi menghitam dan merahangkan sejarah dengan mencederakan institusi raja dan amalan demokrasi.

Pendekatan Goebbels sekarang ini digunakan sepenuhnya dan semau maunya. Pendekatan ini mudah sahaja. Kalau bohong itu diulang berkali kali, orang akan akhirnya menerimanya sebagai benar. Pendekatan ini digunakan pada tahap serakah maksimum, seperti sebaran video porno, sumpah dalam masjid serta depan multazam dan mutakhir ini red bean army.

Mengapa mereka tidak maju sederap dengan peredaran zaman dan perkembangan terkini? Mengapa tidak menggilap persepsi diri sendiri dengan benar benar menghapuskan rasuah, menghapuskan amalan merompak harta negara, menghapuskan amalan kekronian, menghapuskan tender diberi secara anugerah, bersikap penuh profesional serta mengamalkan amalan demokrasi sebenarnya?

Sebabnya ialah mereka masih nginap dalam gua


Monday, June 3, 2013

AKU YG LAYAK GANTI PM

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Teringat masa dia buat program luar darjah dan membawa pelajar untuk diindoktrinasi supaya menerima aliran pemikiran PAS. Kemudian dia bercerita sebuah kereta peronda polis mencurigai perkumpulan tersebut sehingga memanggilnya untuk memberi sedikit penerangan.
 Sekarang dia berkata tiada siapa yang layak ganti piyem.
Tentulah pembaca akan menyambung akhir ayat itu, yang berbunyi aku yang layak ganti piyem.