Saturday, October 10, 2009

HEBAT:TEMUI UNIT AMAL TERTUA DI DUNIA

Assalamualaikum,

Antara mereka yang bertugas di pilihanraya kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan ialah seorang aktivis Unit Amal PAS dari Gua Musang, Kelantan.

Husin...sudah berusia tetapi penuh semangat.

Husin bin Hassan sudah berumur 59 tahun namun beliau adalah seorang aktivis Unit Amal yang penuh semangat. Beliau bersama rakannya dari Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang, Raja Mahasan bin Raja Sulaiman, ditugaskan mengawal Markas Besar PAS di Batu Tiga, Port Dickson.

“Sebelum Bagan Pinang, saya dah bertugas di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan juga Permatang Pasir baru-baru ini,” kata Husin penuh semangat walaupun sudah lanjut usia.

Ekoran kejadian Rabu lalu, para petugas PAS memenuhi Bagan Pinang. Mereka datang bukan untuk bergaduh tetapi bagi memastikan pilihan raya ini berjalan penuh tertib.

“Saya akan memastikan peraturan diikutlah,” kata Husin ketika ditanya apa yang beliau akan buat jika ada mana-mana pihak cuba membuat kacau di situ.

Cuma Pak Husin, bila nak senyum depan kamera jangan lupa pasang gigi palsu.

Friday, October 9, 2009

SELAGI MELAKA DITADBIR OLEH......

Assalamualaikum,

Selagi Melaka ditadbir oleh kumpulan temahak, maka selama itulah Melaka tidak akan kembali gemilang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai senarai 1,230 penerima darjah bintang dan pingat kebesaran sempena Hari Jadi ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, esok.

Zambry menerima anugerah tertinggi Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama empat lagi penerima.



Anda nampak ada apa apa palitan pada:

1. TYT
2. YAB
3. yang dinamakan di atas?

Sepatutnya Hasbullah Pit yang mengetuai senarai penerima anugerah darjah kebesaran Melaka.

NIK AZIZ PACU KEMPEN

Assalamualaikum,


Kehadhiran Tuan Guru Nik Aziz memacu kempen PAS di Bagan Pinang kepada gear yang lebih tinggi.



Tuan Guru Nik Aziz berceramah semalam

Kempen oleh Tuan Guru Nik Aziz di tempat yang dianjurkan oleh DAP telah mengegarkan jentera pilihanraya BN.

Apatah lagi dengan sekongan yang sangat sangat menakjubkan yang ditunjukkan oleh seluruh masyarakat Bagan Pinang terhadap PR dan PAS.

Hanya penyokong totok BN sahaja yang masih lagi melaungkan hidup BN.







Sementara itu, PAS telah mengesan kepincangan dalam senarai undi pos yang digunakan semasa

Salahuddin menunjukkan senarai pengundi pos

mengundi dengan senarai yang digunakan semasa proses undi pos berlangsung.

Mengikut Salehudin, sekiranya proses pengundian diteruskan, maka risiko keseluruhan prk Bagan Pinang dibatalkan adalah sesuatu yang boleh berlaku.








BN kira apa, janji menang. Apa cara pun tak kira.

Thursday, October 8, 2009

KOMPOM: BN KALAH

Assalamualaikum,

Keputusan pilihanraya kecil (prk) Bagan Pinang akan ditentukan oleh jumlah pengundi yang keluar mengundi. Biasanya dalam prk, jumlah pengundi yang keluar adalah jauh lebih kecil jika dibanding dengan pilihanraya umum.

Oleh kerana BN hendak menang, maka hari membuang undi ialah 11 Okt. 2009, iaitu hari Ahad. Hari cuti, dan dengan itu dijangkakan ramai pengundi yang akan keluar mengundi.

Ia berbeza dengan pemilihan hari membuang undi pada beberapa prk yang baru sahaja selesai. Dalam prk prk tersebut, yang diingini ialah PR kalah, oleh itu dipilihlah tarikh membuang undi pada hari bekerja, agar ini dapat menghalang pengundi yang bekerkerja luar kawasan atau tinggal jauh daripada tempat membuang undi menjadi terhalang daripada membuang undi.

Tetapi ia berbeza di Bagan Pinang, kali ini SPR memilih hari Ahad pula sebagai hari membuang undi. Ini menunjukkan ada tangan yang memerintah supaya tarikh berkenaan dipilih.

Walau bagaimana pun, kemenangan masih lagi mengelak BN. Kekalahan sedia membaham BN.


Ada orang yang dah tolong kirakan jumlah undi yang diraih oleh parti yang bertanding.

Wednesday, October 7, 2009

KALO TIPU BOLEH BAGI MENANG, TIPU LAA

Assalamualaikum,

Bermula dengan hari penamaan calon dimana seorang orang kuat UMNO yang kelihatan kuat tiba tiba kena belasah, tetapi tiada pengesahan medikal mengatakan cedera, sehinggalah calon yang bergelumang dengan noda memualkan sehinggalah kepada senarai pengundi yang bertindih, UMNO/BN hanya punya satu moto: kalau dengan tipu boleh menang, mengapa tidak tipu?

Apa komen anda tentang gesaan ini?

Dan anda perlu bersifat saintifik kalau anda hendak menolak atau memperlekeh penemuan ini.

Tuesday, October 6, 2009

BN KALAH

Assalamualaikum,

Kemungkinan BN kalah dalam pilihan raya kecil (prk) Bagan Pinang adalah sesuatu yang tidak boleh disangkal, sebabnya ialah hanya sekitar 50% daripada undi orang melayu akan pergi kepada BN/UMNO. Undi orang Cina, dan India akan memukul BN, dan dengan itu peluang mereka untuk gagal lagi dalam prk ini adalah tinggi.

Calon yang mereka kemukakan juga adalah setaraf dengan Rohaizat yang dikemukakan dalam prk Penanti. Calon tersebut adalah calon yang bermasalah. Mengapa orang yang telah didapati meagamalkan rasuah tidak didakwa di mahkamah? Bukankah ini menunjukkan bahawa amalan bersih atau integriti tidak dipenting oleh BN/UMNO?

Sebahagian pengundi akan terus memberikan undi mereka kepada BN, tetapi tidak cukup untuk menjamin kemenangan BN. Walau pun hampir keseluruhan analisis yang saya baca menjurus kepada lain daripada apa yang ingin saya katakan, saya tetap mengatakan:

BN kalah dalam prk Bagan Pinang!

Monday, October 5, 2009

NAJIB:RASUAH ISA HANYA TEKNIKAL

Assalamualaikum,

Dalam mempertahanakan calon yang rasuah yang dipilih UMNO untuk prk Bagan Pinang, Najib berkata rasuah yang dilakukan ISA Samad hanya bersifat teknikal dan tidak melibatkan sistem perundangan negara.

Betul pak PM, apa yang orang UMNO buat semuanya boleh dirunding semula. Asalkan jangan lawan tokeh. Rasuah tak apa. mencuri tak apa. Merompak tak apa.

Lawan tokeh jangan sekali.

Sunday, October 4, 2009

ERA TOK LEBAI BERKAHIR

Assalamualaikum,

Selepas daripada ini, satu era dalam PAS, yang saya namakan era TOK LEBAI akan berakahir. Ini adalah satu perkembangan baik dalam kematangan PAS berpolitik. Apakah yang saya maksudkan era tok lebai itu?

Tok lebai adalah orang berpengetahuan dalam seluk beluk Islam diperingkat kampung dan selalu menjadi rujukan dikalangan orang setempat. Tok lebai juga biasanya mempunyai peribadi yang mulia dan berkahlak baik. Secara kampungnya tok lebai biasanya dilabel sebagai baik hati.

Tetapi oleh kerana tok lebai ini baik hati, dan tidak reti untuk menipu, maka ini dilihat sebagai satu ruang oleh pihak yang ingin mengambil untung dengan memananupulasi keadaan dan tidak mendedahkan keseluruhan maklumat. Hanya maklumat yang ingin dikehendaki supaya diketahui oleh tok lebai sahaja diberi tahu, maklumat lain yang bersifat tambahan disorokkan, oleh itu apabila pendapat atau sokongan tok lebai diperlukan, maka dengan memanupulasi situasi, sokongan atau restu daripada tok lebai boleh diperolehi.

Dalam masyarakat memang ada tok lebai, dan memang ada yang jenis memanupulasi keadaan untuk kepentingan sendiri. Jenis suka memanupulasi situasi ini saya namakan musang.

Ibrahim Ali adalah orang yang telah mendapat khidmat dan restu tok lebai di tempatnya. Dengan restu tok lebai tersebut, Ibrahim Ali telah menyambung hayat politiknya apabila beliau diangkat menjadi ahli parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya 2008.

Seekor musang tidak akan berterima kasih kepada tuan ayam apabila telah berjaya menangkap ayam untuk dijadikan habuannya. Yang pasti ialah musang akan datang lagi dan lagi dengan menggunakan seribu helah agar nafsu serakahnya dapat dipenuhi lagi dan lagi.

Biasanya tok lebai akan memberi dan memberi lagi ayam untuk dibaham oleh si musang, kerana tok lebai tebal dengan pegangan kelebaiannya.

Tetapi apabila habis satu reban ayam dibaham oleh si musang, maka tok lebai akan terpinga.

Aku telah kena tipu!

Era tok lebai dalam PAS sudah berakhir.

MERACUN

Assalamualaikum,

Telah menjadi tabiat sebahagian orang Melayu dulu dulu sejak zaman Hang Tuah atau sebelum itu lagi sehinggalah sekarang menggunakan kaedah yang berpaksi kepada hasad dan dengki untuk menjatuhkan seseorang yang tidak mereka sukai.

Dua buku yang diletakkan dicermin kereta sebagai usaha UMNO memfitnah.Picture by Choo Choy May


Demi kepentingan politik, maka mereka gunakan kaedah yang telah sekian lama digunakan. Menulis surat beracun, fitnah, tuduhan palsu dan pelbagai cara yang keji.

Penyebaran buku yang menghentam Khalid Ibrahim sebaik sahaja penamaan calon di Bagan Pinang adalah jelas menunjukkan betapa terdesaknya orang UMNO di Selangor dan juga di Malaysia.

Rakyat akan terus menolak mereka.