Saturday, August 30, 2008

ANTARA DUA SAMBUTAN

Assalamualaikum,

Lebih kurang 15 minit dari masa saya menulis ini, Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan. Saya ucapkan selamat hari jadi ke 51 kepada Malaysia. Saya setuju kalau dicadangkan kepada semua rakyat Malaysia supaya menyambut hari kemerdekaan ini. Saya sentiasa respect hari kemerdekaan ini. Saya sentiasa hormat tehadap status bendera Malaysia, sebab itu saya tidak setuju kalau mana mana pihak mengibarkan bendera Malaysia terbalik, atau sengaja menterbalikkannya. Saya masih ingat lagi semasa saya di tingkatan 4 di MCKK, malam kemerdekaan itu disambut oleh beberapa individu di hadapan old main. Dan apabila sampai detik 00:00, terdengar suara melaungkan merdeka!merdeka!merdeka! Suara itu ialah suara Kamarudin Jaafar, yang pada masa itu berada di tingkatan 6 atas.
Tetapi sehari lagi umat Islam sedunia akan menyambut kedatangan Ramadhan. Bulan yang membawa seribu barakah. Ini yang saya tunggu tunggu. Ini yang saya nanti nanti. 31 Ogos boleh datang dan pergi, tetapi ia tidak mencuit hati saya. Sebaliknya kedatangan Ramadhan inilah yang lebih besar dan lebih agung dan lebih dirindui.
Jadi, hari merdeka datang kita hormati. Ramadhan datang inilah yang kita agungkan.
Selamat menyambut Ramadhan.

ALI ROSTAM TIRU GHAFAR BABA KE?

Assalamualaikum,

Teringat cerita seorang aktivis GPMS bertemu dengan Almarhum Tun Gharaf Baba untuk meminta sumbangan. Tun memberi tahunya supaya meminta kepada Tamrin, kerana bapa Tamrin kaya. Saya, kata Tun, bapa saya miskin. Tetapi yang saya ingin nukilkan di sini ialah setelah selesai pilihanraya 1986, dan BN telah menang besar, Almarhum Tun, yang pada masa itu belum lagi Tun, telah membuat kenyataan, sekiranya pembangkang menang, negara akan huru hara. Kebetulan pada ketika itu Filipina sedang berada dalam satu pergolakan politik, maka perkara tersebut dijadikan modal untuk menakut-nakutkan rakyat. Dan ada golongan dalam masyarakat yang menerimanya gertakan tersebut, kerana apabila saya berbual dengan seorang orang kampung dalam satu majlis tahlil sebaik sahaja pru 86 selesai, orang ini meluahkan semula apa yang dikatakan oleh Tun.
Tun telah tiada, dan kita doakan rohnya dicucuri rahmat Allah. Tetapi walau pun Tun telah tiada, tetapi pemikiran Tun masih lagi segar, dan diguna pakai, terutamanya oleh orang Melaka. Pemikiran ini tidak betul, dan bersifat gertakan serta ada unsur arm twisting dan hanya dipercayai oleh segelintir masyarakat yang totok dengan UMNO/BN. Pemikiran ini adalah pemikiran ketinggalan zaman dan menjadi satu pemikiran yang sangat kuno sekarang. Sesiapa yang berpegang dengan pemikiran ini dengan sendirinya akan menjadikannya seorang yang mundur semundur mundurnya serta bengap sebengap bengapnya. Manakan tidak, dalam pru12 yang lepas, pembangkang telah menang besar, tetapi tiada pun berlaku sebarang huru hara. Dalam pr kecil Permatang Pauh, pembangkang menang, tiada pun huru hara. Yang berlaku kekacauan ialah apabila agent provacateur menyerang ahli media, dan media lain pula menuduh ahli PKR yang buat kerja itu. Itu penipuan kabir namanya.
Bagaimana pula seorang yang kelihatan berpemikiran tinggi, memegang jawatan tinggi dalam partinya, memegang jawatan awam tertinggi di Melaka boleh dirasuk oleh pemikiran kadok ini?Kalau Anwar jadi perdana menteri akan berlaku huru hara, katanya. Kalau kau jadi perdana menteri aman sentosa kah?
Bukan ke membawa pengundi hantu oleh BN ke Permatang Pauh tu menunjukkan yang puak inilah pencetus huru hara, bukan orang lain.
Patutlah Bukit Katil dah tak berkatil.

Friday, August 29, 2008

TRILOGI MASJID: 3RD INSTALMENT:MASJID ARRAHMAN, U.M.





Assalamualaikum,


Sekitar Mei 2008 dahulu saya menceritakan 2nd instalment daripada trilogi masjid, dan sekarang telah sampai masa untuk instalment terakhir. Masjid Arrahman, Jalan Pantai Baru,Kuala Lumpur adalah satu masjid yang sangat penuh dengan pelbagai peristiwa. Dalam tahun 1997 saya telah masuk ke trak FRU bersama yang lain kerana demonstrasi anti team kriket Israel.





Pada satu hari dalam tahun 1988, lebih tepat lagi 1 Sept. 1988, saya telah lambat sampai ke masjid tersebut untuk bersembahyang zohor. Semasa dalam perjalanan ke masjid, saya lihat langit sangat mendung, menandakan hujan lebat akan turun tidak lama lagi. Oleh kerana telah lambat sampai ke masjid, tempat letak kereta telah penuh semuanya, jadi saya secara tergesa gesa tepaksa parkir kereta di atas jembatan lengkung bersebelahan dengan asrama Pandu Puteri. Sekarang jambatan itu telah tidak ada lagi.




Semasa menunaikan solat zohor, hujan turun dengan lebatnya, dan sebaik sahaja selesai solat, saya pun membaringkan diri di satu sudut masjid kerana saya keletihan berpuasa khamis dan juga tidak boleh keluar masjid kerana hujan lebat. Dalam sekelip mata sahaja saya telah nyenyak tidur.




Tiba-tiba saya terdengar suatu suara dalam tidur saya, yang menyebabkan saya terjaga dari tidur. Syeikh, syeikh, kereta siapa tu? kata orang tersebut. Orang tersebut menunjukkan ke arah sebuah kereta. Sebuah Toyota LE 30 berwarna biru PKR, nombor plat NK 2936. Itulah kereta saya. Saya lihat kereta saya telah ditengelami oleh air banjir, dan kereta kereta lain yang sama sama parkir di situ telah tidak ada lagi. Yang tinggal itulah sebuah.




Pada ketika itu air banjir di sungai sebelah Masjid Arrahman telah pun melepasi tebing sungai dan sedang menenggelamkan kawasan di sekitar masjid. Arus air yang telah berada diperkarangan masjid sangat laju, yang tidak memungkinkan saya keluar dari masjid. Aliran air dalam sungai pula berkali ganda lagi lajunya. Dari lokasi saya dalam masjid ke kereta saya adalah kira kira 30 meter, agak jauh. Dan saya tidak mungkin boleh ke kereta saya untuk menyelamatkannya, kerana ini akan membayakan saya.




Apabila saya perhatikan kereta saya, saya lihat ia terapung, ditolak sedikit demi sedikit oleh aliran yang laju itu ke arah hujung penghadang jambatan. Di hujung penghadang tersebut, ialah tebing sungai. Disebabkan asakan air yang laju itu, kereta saya terpusing sedikit demi sedikit ke arah tebing sungai dan akhirnya sampai ke tebing tersebut. Saya membelakang diri saya kerana tidak sanggup melihat peristiwa tersebut seterusnya.




Sekira seminit kemudian saya dengar bunyi drruuummmm, dan apabila saya jeling, saya lihat bahagian hadapan kereta saya telah terjunam ke dalam tebing dan diheret arus ke alur sungai dan terus ditelan oleh arus sungai yang laju. Selepas itu saya tidak lagi melihat kereta tersebut. Apabila masuk waktu asar, hujan telah berhenti, tetapi arus sungai masih lagi laju dan besar, maka kereta saya tidak dapat ditentukan di mana. Saya pun kemudian balik ke rumah dengan menumpang kereta kawan.




Pada malam itu saya cuba mencari kereta saya disungai tersebut, tetapi tidak berjumpa. Rupanya semasa saya mencari kereta tersebut, isteri sedang mengalami kesakitan hendak bersalin. Sabaik sahaja sampai ke rumah, saya terus membawa dia ke klinik doktornya untuk bersalin. Pada malam itu, anak saya yang kelima dilahirkan dan ia merupakan anak lelaki saya pertama, kerana empat orang anak sebelum ini semuanya perempuan. Bayi ini dinamakan Muhammad Basyir, lahir pada hari Jumaat 2 Sept. 1988.




Keesokan harinya, penghuni sebuah rumah setinggan di tebing sungai Anak Ayer Batu yang menelan kereta saya, terlihat sebuah kereta terapung didapurnya. Dia terperanjat besar, kerana kuatirkan kalau kalau ada orang dalam kereta tersebut. Saya menghubungi Polis Jalan Pantai Baru dan diberi tahu ada orang yang telah terjumpa kereta tersebut. Apabila saya pergi ke lokasi yang dikatakan, saya dapati tidak mungkin kereta itu dikeluarkan kerana air masih lagi dalam.




Hanya kira kira semingga selepas itu barulah boleh saya hampiri kereta tersebut, dan keadaannya sangat menyedihkan:




Saya panggil kereta tow untuk menarik kereta saya keluar dari sungai itu. Kereta tow tersebut parkir dilebuhraya federal berhadapan dengan bangunan RTM menghala ke Kuala Lumpur. Dengan menggunakan tali besi, kereta saya di tarik oleh pulley kereta tow tersebut. Semasa kerja kerja tersebut dilakukan, hujan turun dengan lebat, dan pada ketika itu juga waktu orang keluar pejabat telah sampai. Kenderaan yang lalu dilebuh raya tersebut semuanya memperlahan kelajuan, dan dengan itu satu kesesakan lalu lintas yang dahsyat berlaku, dari lokasi tersebut sampai ke Kuala Lumpur di laluan kiri, dan sampai ke Petaling Jaya di laluan kanan.
Kereta itu kemudian saya jual sebagai besi buruk.



SUDAH KAH ANDA TAHU APA KOMEN MEDIA MENGENAI BELANJAWAN PETANG INI?

Assalamualaikum,

Diberitakan belanjawan negara untuk 2009 akan dibentangkan di parlimen petang ini, dan seperti biasa pelbagai pihak sedang membuat persiapan untuk mendengarnya. Syarikat-syarikat pelaburan dan analisis kewangan sejak malam tadi telah sibuk membuat persiapan mengenai apakah yang akan dibentangkan tengahari ini.
Dan seperti biasa, sebaik sahaja pembentangan itu selesai, maka pelbagai pihak akan dijemput untuk membuat ulasan dan komen mengenai belanjawan tersebut. Anda tahu apa komen mereka?
Perhatikan apakah komen atau ulasan yang akan dipaparkan di dada media petang ini dan esok. Jawapannya ialah stereotaip yang saya telah dengar sejak saya mengikuti pembentangan ini . Belanjawan terbaik yang pernah dibentangkan! Belanjawan mesra rakyat! Rakyat lega! Potongan cukai! Cukai diturunkan! harga barangan turun! Rakyat berterima kasih belanjawan yang amat prihatin!
Dan seterusnya dan seterusnya. Betulkan apa yang saya katakan ini? Kita sama sama saksikan petang ini.

HISTERIA:UMNO TIADA PILIHAN! MINTALAH JASA BAIK TIMBALAN MURSYIDUL 'AM PAS

Assalamualaikum,

Seluruh rakyat Malaysia merasa kesihan dan simpati kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang yang semakin teruk dilanda histeria. Kita juga bersimpati dengan usaha yang telah dijalankan olej pelbagai pihak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Ada juga orang yang tertanya tanya adakah histeria itu kerasukan, dan adakah kerasukan itu histeria, dan bagaimana pula dengan fenomena yang dikatakan double personality, triple personality atau mulitiple personality. Kesemuanya itu biarlah mereka yang arif menjawabnya. Yang pentingnya pelajar sekolah tersebut sedang mengalami gangguan dan tentulah pelajaran mereka juga turut terjejas.
Juga rakyat Malaysia perlu merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menolong untuk cuba menyelesaikan masalah. Cuma masalah tersebut belum lagi dapat diatasi. Ada seorang yang belum dicuba oleh pihak yang bertanggung jawab iaitu meminta jasa baik Timbalan Mursyidul 'Am PAS, Profesor Dato' Dr. Harun Din, yang diakui oleh rakan dan lawan sebagai seorang yang berwibawa dalam hal ini. Beliau sendiri sentiasa bersikap low profile dalam insiden sekarang ini.
Saya tidak kata sekiranya Timbalan Mursyidul 'Am ini membantu dalam masalah ini, dijamin ia akan dapat diatasi. Tetapi cv beliau cukup untuk kita menaruh keyakinan yang masalah histeria di sekolah ter4sebut boleh diselesaikan dengan bantuan beliau.
Kita tahu Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang tidak akan meminta jasa baik Timbalan Mursyidul 'Am tersebut, kerana beliau sendiri pun perlu menerima arahan selanjutnya. Maka di sini sana menyeru kepada Menteri Pelajaran supaya meminta Timbalan Mursyidul 'Am PAS untuk membantu menyelesaikan perkara ini.
Lebih power lagi jika Timbalan Perdana Menteri yang kita tahu mempunyai hubungan baik dengan Timbalan Mursyidul 'Am PAS tersebut menggunakan his good office untuk meminta jasa baiknya menyelesaikan masalah ini.

Thursday, August 28, 2008

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE (part 18)

Assalamualaikum,
...............continued from part 17

On Man-made Ideologies

Democracy was born from the womb of medieval church (Groth, op.cit. pp. 37). Its common formula is majority rules with minority rights. It is per se not compatible with Islam (Radhi, 1963), but the concept of syura is the Islamic means of achieving the end.
Socialsim rejects private ownerships (Ramanathan, 1988) and replaces them with public ownerships in an attempt to create just societies. In the Gorbachev era of Perestroika and Glasnost in late 1980s and early 1990s, we witnessed the history of the collapse of socialism. Islam allows private ownership and accumulation of wealth, but institutions such as zakat and other statutory taxes allow fair distribution of the nation's wealth (Kolb, 1979).
Communism is socialism with Marxist-Leninist tinge which tries to establish classless society and common ownership of means of production and subsistence. It carries a terror-tag with it, as experiences from Stalin, Mao Tze Tung, Eastern Europe, Malayan Communist Party of Malaya, the Khmer Rouge and many other cases would tell. Its abhorrance to religion makes it completely incompatible with Islam.
Nationalism is the most belligerent of all man-made ideologies. Groth (op. cit.) wrote that nationalism historically tried to restore the wholeness of society in the name of certain shared values and symbols. Nationalism channels its aggression towards outsiders, emphasizing the cohesion and unity of the members of the national in-group. It can metamorphose into racism, communalism and tribalism. On further metamorphism, it can give birth to highly extreme and provocative ideologies such as fascism, nazism, zionism, apartheid, Serb superiority, Ketuanan Melayu and other forms of fanaticisms.
Nationalism has no place in Islam because the Qur'an is
هُدًىلِّلنَّاسِ
a guidance for all mankind
2:185
and the Prophet Muhammad s.a.w. was sent for all mankind:
وَمَاأَرْسَلْنَاكَإِلَّارَحْمَةًلِّلْعَالَمِينَ
We sent thee not, but
As a Mercy for all creatures
21:107
Just look at the Yusuf Ali's commentary on this verse: There is no question now of race or nation.....
..............to be continued

SETUJU KALAU PLKN AJAR PELAJARAN SEKS

Assalamualaikum,

Tapi jangan dinamai dia pelajaran seks, mungkin namai ia pelajaran seksualiti, iaitu pelajaran yang mengajar remaja kita perkara dan masalah yang berkaitan dengan seksualiti, dalam perubahan fizikal dan mental yang ditempuhi oleh remaja. Sebenarnya Islam telah lama menitik beratkan ilmu mengenai seksualiti seperti pengetahuan mengenai haid dan nifas, baligh, keluar mani, bersetubuh dan lain lain lagi. Saya ingat saya mempelajari semua ini di sekolah ugama, tidak disekolah akademik. Sebab itu apabila satu kajian dilakukan di Singapura beberapa tahun yang lepas, didapati anak anak orang Islam lebih berpengetahuan mengenai perkara perkara yang berkaitan dengan seksualiti ini berbanding dengan bangsa bangsa lain.
Dalam pelajaran seperti ini juga merupakan peluang untuk dimasukkan pelajaran tentang menjauhkan zina, jangan hampiri zina, mengapa berlaku perzinaan, apa kejinya zina dan mengapa perlu zina itu dijauhi dan pelbagai aspek lain lagi yang berkaitan dengan cabaran getir remaja masa kini.
Lebih penting lagi remaja diajar tentang bahawa penyakit-penyakit baru yang berkaitan dengan hubungan seks. Penting sekali pemahaman mengenai aids, hiv, hepatitis dan penyakit-penyakit lain yang dikaitkan dengan perlakuan seks. Bagaimana dan mengapa mereka mesti menjauhkan diri daripada terjebak dengan gejala yang sedang menular di dunia sekarang. Remaja juga perlu diajar tentang pergaualan bebas serta bahayanya, perbuatan seks bebas serta bahayanya.
Mereka juga perlu didedahkan tentang implikasi seks. Implikasi ugama dan juga implikasi biologi. Mengapa mereka perlu mengelakkan dari daripada perkara ini dan apa perlu dilakukan sekiranya mereka telah terjebak dengan gejala ini. Sekiranya termengandung tanpa nikah dan kemudian melahirkan anak, apakah yang seharusnya dilakukan. Apakah implikasi undang-undang dan apakah implikasi masyarakat. Kesemuanya ini adalah penting untuk kita addresselaku masalah yang memang wujud dalam masyarakat.
Banyak lagi yang boleh dimanfaatkan untuk generasi muda dengan mengajar pelajaran ini berbanding dengan persepsi pelajaran seks hanya mengajar cara cara melakukan seks.

2330

Get Lab 9 and fieldwork writeup. Print those materials and bring them to the fieldwork

MEMATANGKAN 2ND ECHELON DALAM PAS

Assalamualaikum,

Kemenangan Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh akan mengubah landskap politik Malaysia seluruhnya dan selamanya.Ia akan memberi implikasi bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga kepada survival parti-parti politik di Malaysia , termasuk PAS tanpa kecuali.
Anwar sedang memacu satu gelombang kebangkitan yang besar, yang dilabelkan oleh ramai orang sebagai tsunami. Sekiranya tsunami melanda, ia bukan sahaja merobohkan apa yang tidak baik, tetapi apa sahaja yang berada dalam trajektorinya, yang berguna mau pun yang tidak berguna. Ia melanda lawan. Ia juga boleh melanda kawan. Sebagai rakan dalam PR, hakikat ini perlu diselami oleh semua lapisan pimpinan PAS.
Semasa saya terlibat dengan jentera pilihanraya PAS Selangor sebelum pru12, ramai diantara kami yang mempunyai persepsi bahawa PAS lah peneraju kebangkitan politik baru yang sedang melanda semasa pru10. Sebabnya ialah PAS lah yang mempunyai jentera pilihan raya terkuat, paling tersusun, paling berdisiplin dan paling mudah dikerah. Parti parti lain yang menjadi rakan semuanya mengharapkan jentera PAS untuk memberi bantuan logistik kepada mereka, dan secara bersedia, ikhlas dan bersungguh-sungguh, jentera pilihanraya PAS dikerah untuk membantu parti lain yang menjadi rakan semaksimanya.
Bacaan ini kemudiannya menjadi hampir betul apabila PAS muncul sebagai parti pembangkan paling banyak kerusi selepas pru10, dan Almarhum ustaz Fadzil Nor diangkat menjadi ketua pembangkang, dan setelah pemergiannya, TG Haji Hadi pula mengambil tempatnya. Tetapi lanskap itu telah berubah pada hari ini. PAS bukan lagi berada di kedudukan yang disebutkan tadi.
PAS hari ini lebih memerlukan kematangan berpolitik daripada terigau igau dengan kedudukan lamanya. Segala agenda yang diidamkan sekiranya PAS berkuasa terpaksa diletakkan on hold kerana mengambil kira suasana hari ini. Mungkin kerana terigau dengan kedudukan lama, atau kurang kematangan berpolitik maka terkeluar beberapa tindakan yang lebih merugikan daripada menguntungkan untuk jangka masa panjang. Lapisan kedua pimpinan atau second echelon yang lebih mudah melatah berbanding mereka yang lebih seasoned.
Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah turut sama memacu gelombang ini. Mungkin tidak sebagai pemacunya, tetapi kalau sebagai sayap pemacu sekiranya sampai ke tempat yang dituju pun sudah dikira berjaya untuk ketika ini. Di sini kematangan berpolitik lebih diperlukan daripada idealisme dan kegeruhan darah muda.
Sebab itu nada nada seperti tantawi perlu dimoderasikan untuk survival jangka panjang PAS.

TAHNIAH KEPADA DATUK MISBUN SIDEK

Assalamualaikum,
Tahniah diucapkan kepada Datuk Misbun Sidek yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Memang tepat dan cocok Datuk Misbun dianugerahkan darjah kebesaran yang sedemikian memandangkan usaha yang beliau lakukan untuk memajukan sukan negara, terutama sukan bandminton dipersada antarabangsa. Jelas Datuk Misbun adalah diantara beberapa individu dalam dunia sukan negara yang bekerja keras untuk meninggikan mutu sukan negara. Bukan seperti ada individu lain dalam bidang sukan yang lain yang bukan sahaja tidak menaikkan mutu sukan negara, malah bertanggung jawab memalapkan prestasi sukan negara.
Sudah sampai masanya sukan negara diberi overhaul, supaya wang rakyat tidak dibazirkan dan imej negara digilap menjadi gemerlapan.
Tahniah Datuk Misbun Sidek!

THE MAKING OF A MELUKUT

Assalamualaikum,

The aftermath of the Permatang Pauh by election has left the political scenario engulfed with sprinkles of political stardusts and political outcasts. The outcasts seems to outweigh all other fallouts. Starting with the offer enslave himself as the obedient servant of BN by hoping to be picked as the candidate to stand against Anwar Ibrahim, only to find the proposition snubbed, this political hopeful struggled to make it to the limelight.
Realising the zeal and pull of his speaches are already extinguished, he tried as hard as he can to scale back to the top his popularity. But the slide is unstoppable; it is inevitable. There is no stopping that the sideline is your destiny, as the proverb puts it melukut would not make it into the gantang. You would stay there just like a former PAS leader who has already confirmed his melukut status in UMNO.
The cake would not be so appealing if there is no icing. By firing an empty salvo regarding the allocation of funds in JAIS, the final nail on the coffin has been placed in position. The Menteri Besar of Selangor labelled it as a filthy accusation. Surely it must have come from a filthy mouth.
After all, a melukut needs an icing too.

Wednesday, August 27, 2008

KENA TERAJANG DI OLIMPIK

Asalamualaikum,

Rata rata rakyat Malaysia berasa luluh seluluh luluhnya apabila L Chong Wei gagal meraih emas dalam sukan olimpik. Ini bukan kali pertama hati rakyat Malaysia diluluhkan sedemikian, tetapi ia adalah kali yang kesiannya berlaku. Bukan sahaja itu, mutu dan prestasi kebanyakan jenis sukan di negara ini redum seredum redumnya. Tak puas dengan rasuah, match fixing, mengganggu secara seksual dan bermacam macam lagi kebobrokan yang dilakukan oleh sebahagian mereka yang terlibat dalam dunia sukan negara.
Sampai bilakah rakyat Malaysia hendak berhiba apabila selesai satu pertarungan sukan yang disiarkan secara langsung. Sampai bilakah rakyat Malaysia mesti dihina sedemikian rupa sehingga mutu sukan negara negara yang jauh lebih mundur pun dapat mengatasi Malaysia. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah tidak sanggup lagi dihina sedemikian rupa dalam bidang sukan. Ayuh rakyat Malaysia, lonjakkan prestasi sukan negara kita sehingga kita boleh membawa pulang pingat emas olimpik dan kejuaraan dunia yang lain.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh dunia sukan Malaysia ialah mesti berani menerajang mereka yang bukan ahli sukan, yang bukan profesional dalam sukan daripada mengendalikan sukan negara. Kalau mereka ahli politik, tumpu sahaja bidang politik kamu, kalau kamu bersemayam, terus sahaja bersemayam, biarkan yang betul betul ahli mengendalikan urusan sukan. Kalau yang betul betul ahli ini gagal, terajang sahaja daripada jawatan yang disandangnya. Kan ini yang kita saksikan di negara negara yang maju bidang sukan mereka.
Oleh itu saya sama seperti Fidel Castro. Beliau mempertahankan ahli taek wan do nya yang menerajang pengadil yang bersikap bias. Di negara kita, kalau perlu lakukan sedemikian, lakukan sahaja. Anda dapat lihat imej muka pengadil yang kena terajang tu? Kalau dalam sukan Malaysia, muka siapa agaknya tu?

Tuesday, August 26, 2008

ANWAR MENANG 15K

Assalamualaikum,

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memenangi pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh. Dalam posting saya pada 25 Ogos, saya telah letakkan telahan saya bahawa beliau akan menang dengan majoriti 15K. Sila lihat posting tersebut dibawah.

Tahniah sekali kepada Anwar dan semua yang telah menjayakannya.

BENDERA ISRAEL DI PERMATANG PAUH?

Assalamualaikum,

BBC sebentar tadi melaporkan penyokong BN menaikkan bendera Israel sebagai satu helah untuk menafikan pengundi Islam daripada memberikan undi kepada Anwar Ibrahim . Adalah berita ini dapat ditashihkan? Atau ada sesiapa yang berjaya mengambil gambar tentang hal ini?

THE RAMLANG KILL

Assalamualaikum,

I'm an ardent fan of the late Kalim Siddique, leader of Muslim community in the UK. Even though I never met him, I always kept track of his writings in Crescent International, I believe now out circulation Muslim monthly newsletter from the UK. In one of his writings, he narrated an incidence in which he was present. He was in Mecca, conferring with two of his friends, and they were served wine. Mr. Siddique wasn't at ease with the situation, and realizing that, one of the friends said, don't worry. It's an imitation wine.
To please his hosts, Siddique took a sip, and and again to be polite, he uttered ahh, just like the real one. Siddique noted, that was the mistake he made, because his host friend went in for the kill. Aha, he has tasted the real one.
Siddique took the beating just because he was trying to be polite, and Ramlang Porigi was just an obedient servant when he unassumingly witnessed the the laknat swearing of Saipol. But that was it. He could bear it no longer. On the final laps of the campaignings in Permatang Pauh, he came to the fore to unleash the unthinkable master kill to the throat of the BN.
The whole BN machinery was trembling as if hit by S and P waves of earthquakes. They were grossly rattled and stunned by the Ramlang slashings, and their morale hit the shallowest abyss of their campaign trail. A lot of jockeys had to be pulled in to shore up the crumbling of their machinery, and those jockeys expectedly are none other than discarded ustaz and the melukut in the UMNO camp.
Such is the power of an unassumed small imam. Such is the Ramlang kill.

Monday, August 25, 2008

15K

Assalamualaikum,

15K

Wassalam

AMARAN BANJIR

Assalamualaikum,

Nampaknya kedatang musim tengkujuh, atau north east monsoon, kali ini adalah sedikit cepat berbanding dengan tahun tahun sebelumnya. Pada kebiasaan, hujan musiman ini hanya mula sampai sekitar minggu ke 3 bulan September. Tetapi sekarang hanya minggu ke 3 bulan Ogos, hujan tersebut telah sampai. Saya menjangkakan ini adalah petanda bahawa dalam masa beberapa bulan akan datang ini, banjir akan berlaku, cuma kita harap ia tidk seteruk yang lepas lepas.
Di manakah banjir tersebut dijangka berlaku? Saya rasa negeri tradisi banjir di pantai timur semenanjung akan dinaiki air. Segamat, Johor mungkin akan mengalami banjir seperti sebelum ini, tetapi saya tidak menjangka Tr hujan akan sebesar yang berlaku dihujung 2006 dan diawal 2007.
Yang lebih memerlukan perhatian ialah kawasan kawasan yang banyak mengalami tindakan antropogenik, terutamanya di Lembah Kelang. Jadi saya jangka Kuala Lumpur, Shah Alam , Kelang akan kena banjir. Hulu Langat adalah juga kawasan yang akan menglami masalah ini. Saya rasa kawasan dlam Majlis Perbandaran Kajang akan banyak ditenggelami air dari sekarang hingga April 2009.
Seremban dan kawasan sekitarnya juga akan mengalami banjir, juga saya rasa Seremban 2. Begitu juga Pulau Pinang, Ipoh dan kawasan sekitara Ipoh.
Yang menarik ialah Melaka. Saya menjangkakan bandar Melaka bersejarah akan dilanda banjir dengan lebih teruk lagi. Kampung Moten berkemungkinan besar akan kena banjir berulang dari sekarang hingga April 2009. alor Gajah juga akan kerap merasai masalah ini. Baru baru ini ketua menteri melaka ada ada buat pengumuman mengenai pembinaan sebuah empangan di Sungi Kuning di Alor Gajah yang mengikutnya akan menghapuskan masalah banjir di Alur Gajah. Kajian saya menunjukkan sebaliknya. Kawasan tadahan sungai tersebut adalah terlalu kecil untuk bertindak secara bekesan bagi menghalang banjir di Alor Gajah.
Saya harap Al Brangi tinjau perkara ini dan bua persiapan seadanya.

TAHNIAH KEPADA DATUK SERI AZIZAN ABDUL RAZAK

Assalamualaikum,

Tidak semua orang boleh jadi winner, tetapi memang ada orang yang born to be a winner. Dalam masa pemerintahan PAS di Kedah di bawah bimbingan Datuk Seri Azizan Abdul Razak negeri Kedah Darul Aman memenangi 3 kejuaran bolah sepak terulung di Malaysia. Kalau sekiranya boleh saya sandingkannya dengan EPL, maka ia setaraf dengan kemenangan Manchester United mengungguli 3 kejuaraan dalam tahun 1999.
Semuanya mesti beradun untuk menjadi mangkin, barulah kemenangan itu boleh dicapai. Tetapi satu unsur yang mesti ada untuk menang, walaupun mangkin yang lain semuanya telah cukup. Unsur itu lah menjadi winner.
Tahniah. Datuk Seri Azizan Abdul Razak adalah seorang winner.

SEKARANG DIUMUMKAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL P44 PERMATANG PAUH

Assalamualaikum,

Semua petunjuk telah menunjuk ke arah itu. Dari 200 ahli PKR keluar parti, dari kem puteri UMNO ada bom, utusan Malaysia dakwa berlaku perubahan mood pengundi, beberapa kartun kononya menerima sms ugut bunuh, dan itu dan ini, maka dengan itu jelas keputusan pilihanraya kecil tersebut telah diketahui.
Dengan ini saya umumkan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh P44.
Apa pulak aku yang umum, kan SPR ada. itu kerja dia. Dia lah umumkan.
Tunggulah malam 26 Ogos 2008.

CHAMELEON DI PADANG TENIS

Asalamualaikum,

Semakin ramai yang berlumba-lumba untuk bersama sama satu bandwagon yang sangat popular sekarang ini. Ini adalah disebabkan, akalau anda ada membuat sebarang kesalahan, maka dengan menggambungkan diri dengan bandwagon ini, segala kesalahan anda akan secara otomatik terhapus. Anda akan jadi suci sesuci sucinya. Kalau sekirannya ada orang yang berani memandai mandai menuduh anda melakukan sesuatu kebajangan, maka cabar dia untuk bersama dengan bandwagon ini. Kalau ia takut, ha, itu namanya atau buktinya dia bersalah.
Yang bersama sama dalam banwagon ini bukan calang calang orang. Orang ternama dan orang berpangkat banyak yang telah masuk. Orang yang tidak artis, tetapi mencipta berita sensasi telah lama berada dalam bandwagon ini. Juga yang mencipta bandwagon ini bukan calang calang orang. Mufti glamor yang cipta ni.
Ada beberapa bintang yang berkira kira untuk melompat masuk bersama sama bandwagon ini. Ada yang jenis suka mengusung kotak, yang dikatakan kotak keramat penuh rahsia. Ada yang suka main tenis.
Saya kira yang paling terdekat ini yang akan melompat masuk dalam bandwagon ini ialah yang suka main tenis. Kalau anda nak tengok, tunggulah di court tenis. Sebab utamanya ialah kerana sekiranya dia nak melompat nanti, untuk menjadikan lompatan itu power, dia akan bawa chameleon.
Chameleon tu dalam bahasa orang kampung saya ialah sesumpah.

Sunday, August 24, 2008

KESIAN MANZAIDI

Assalamualaikum,

Apa yang saya kesiankan tentang insan ini ialah ketidak upayaanya membaca suasana politik, dan kalau ini yang terpancar hasil daripada tulisan beliau, sarung semula mata pena adalah lebih cucuk. Dalam ruangannya sekilas pandang, beliau mengeluh, Tidak sumpah salah, sumpah pun salah. Kalau boleh saya tambah: jadi semua serba salah! Dalam beberapa posting yang lepas, telah saya tuliskan mengenai bengap, secara tak sengaja kita terjumpa di sini spesimen unsur ini yang bertaraf the highest degree.
Beliau menulis: yang menjadi mangsa ialah Mohd.Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.[Sinar Harian, 24/08/08; ms 6].
Yang perlu beliau ketahui ialah sumpah dan bersumpah tiada dalam penyelesaian kesalahan jenayah syariah. Ada mufti telah secara silap mencadangkan sumpah, atau mubahalah, dan Saipol telah dinasihati (atau dipaksa?) juga secara silap. Perangkap secara tidak sengaja dibuat, dan dia telah termasuk dalam perangkap tersebut. Sebab itulah Manzaidi mengatakan tentang Saipol: beliau kini tersepit. Kini dia sudah masuk perangkap yang secara bengap dimasukinya, dan telah melafazkan permintaan untuk dilaknat, maka tiada jalan keluar lagi bagi beliau.
Dan obor kebengapan ini terus dijulang dan diarak, semata mata dengan tujuan untuk meraih keuntungan politik. Jadi siapa yang mencampur aduk politik dan agama ? Ada pemimpin negara yang telah pun bersumpah di Permatang Pauh kononya bertujuan untuk membersihkan dirinya daripada sebarang tohmahan dan fitnah. Tak ada perangkap buat sendiri perangkap. Kemudian masuk dalam perangakap itu. Lepas itu menjerit menjerit untuk mengatakan para ulama tidak memberikan pandangan yang menyokong.
Dan keseronokan bersumpah ini menular pula kepada pemimpin lain. Ada pemimpin politik di Perak yang sedia untuk bersumpah kononya untuk membersihkan dirinya daripada ditohmah merancang plot kotor. Saya tidak heran kalau nanti seorang pencuri yang sedia bersumpah untuk mengatakan bahawa dia tidak mencuri, dan selepas bersumpah tersebut, dia secara otomatik jadi bersih. Lepas tu, mencuri lagi, kemudian bersumpah lagi, dan kemudian ulang dan ulang seperti ulangan rakaman sumpah saipol yang diulang tayang di Permatang Pauh.
Oleh kerana manzaidi menggunakan istilah sumpah laknat, kemungkinan ditimpa laknat terhadap yang melakukan sumpah tersebut tetap ada. Kalau tak jadi batu seperti kes Si Tanggang pun, jadi reptelia yang bertukar tukar warna mungkin kot. Apa namanya? sumpah-sumpah?