Saturday, May 16, 2009

UMNO/BN AKAN PERSENDA UNDANG UNDANG LAGI?

Assalamualaikum,

Seperti yang dijangkakan rayuan Nizar untuk membatalkan arahan mahkamah mengenai stay of execution terhadap pengisytiharan Nizar sebagai MB sah negeri Perak telah diperlambatkan prosesnya. Ia dijangka didengar oleh mahkamah pada 18 mei ini, tetapi ditunda kepada 21 mei.

Mengapa semasa Zambry membuat rayuan mahkamah, ia diproses begitu cepat dan keputusan dikeluarkan oleh satu hakim sahaja begitu cepat juga. Adakah ini kerana sistem jentera negara bertindak begitu licin dan efisyen, atau ada sesuatu yang diusahakan untuk mendera rakyat.

Adakah UMNO/BN sedang merancang untuk mendera rakyat sehebat dan semau maunya? Adakah mereka akan mengadakan sidang DUN tergempar dengan diusahakan oleh MB haram?

Mahkamah telah isytihar Nizar MB sah, jadi dengan sendirinya Zambry bukan MB. Bagaimana boleh orang yang bukan MB memanggil sidang DUN tergempar?

Bukankah itu tandanya UMNO/BN memang suka mendera rakyat? Bukankah itu tandanya mereka berasa lazat mendera rakyat? Bukankah rakyat yang mahu supaya DUN Perak dibubarkan? Tetapi Najib, Mahathir, Zahid Hamidi, Sabarudin Chik, Aishah Ghani kata jangan bubar.

Ini adalah tanda UMNO/BN sadis yang merasa lazat mendera rakyat.

MB: TATACARA MELANTIK DAN MEMECAT BERBEZA

Assalamualaikum,


Adalah amat memalukan sekiranya mereka yang memegang jawatan awam profil tinggi tidak memahami perjalanan undang undangserta perlembagaan negara. Sekiranya anda dan saya yang bukan dalam bidang ini tidak begitu memahaminya, ia boleh dimaafkan. Tetapi sekiranya perdana menteri tidak memahaminya, itu adalah sesuatu yang amat memalukan.

Perdana menteri mengatakan bahawa sultan yang melantik Nizar, dan sultan yang sama juga melantik Zambry, kenapa rakyat tidak boleh terima perlantikan Zambry? Inilah yang dimenterakan oleh UMNO dan umnoriyyun untuk mentashihkan onar mereka. Juga untuk mengelirukan rakyat. Atau mungkin juga mereka sendiri yang keliru, atau mereka sememangnya benak.


Dalam perjalanan kemelut politik di Perak ini, banyak pihak yang menyokong UMNO/BN membuat kesilapan, samada tidak disengaja, atau disengaja atau sebab bebal. Sebab itulah banyak penghakiman tidak menyediakan hujah bertulis kenapa keputusan penghakiman itu dibuat sedemikian rupa.

Dalam kes perlantikan MB Perak Nizar, prosesnya jelas, dan ia telah dilakukan mengikut peruntukan perlembagaan. Tetapi dalam kes pemecatan MB Perak Nizar, ia tidak dibuat mengikut apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Ini telah ditashihkan oleh mahkamah tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

Jadi melantik MB punyai tatacara tersendiri. Menurunkan MB juga mempunyai tatacara tersendiri yang berbeza dengan tatacara melantik. Ini yang UMNO tidak paham. Ini yang umnoriyyun tidak paham. Dan semua yang berkomplot dengan mereka tidak paham.

Kalau semudah itu pun tak paham, itu apa tandanya?

Friday, May 15, 2009

MAHATHIR HARAP RAKYAT MUDAH LUPA

Assalamualaikum,

Anda masih ingat bila mana Tun Mahathir Muhamad perli orang Melayu beliau selalu mengatakan bahawa Melayu mudah lupa. itulah juga mentera yang dibaca oleh mahathiriyyun untuk memperli orang melayu dan memperli PAS terutamanya.

Tetapi hari ini Mahathir mengharapkan rakyat punyai memori yang singkat dan mudah lupa. Itu yang beliau hendakkan dan harapkan. Apa sebabnya?

Tidak lain dan tidak bukan ialah ia berkaitan dengan kemelut politik yang UMNO/BN telah tercebur di dalamnya. Mahathir mengakui daripada tinjauan dan penelitian beliau sendiri, sekiranya pilihanraya diadakan untuk menyelesaikan kemelut di Perak, UMNO/BN akan kaput.

Ditanyakan mengenai kebencian dan kemeluatan dan keloyaan rakyat terhadap UMNO/BN, beliau menjawab, harap harap rakyat mudah lupa.

Rakyat tidak lupa Tun. UMNO sahaja yang telah diserang alzheimer.

Nyanyuk.

Thursday, May 14, 2009

NAMPAK GAYA NAJIB DAH BERLEMBUT BUBAR DUN

Assalamualaikum,

Nampak gaya Najib macam sudah berlembut untuk membubarkan DUN Perak. Kalau ini benar berlaku, dengan kuasa dan izin Allah, ketenangan, kedamaian dan keamanan akan kembali ke negeri Perak.



[Malaysian Insider By Syed Jaymal Zahid] PUTRAJAYA, May 14 — Datuk Seri Najib Razak today reiterated that Barisan Nasional is willing to talk to Pakatan Rakyat in order to resolve the political deadlock in Perak but stressed that there must be no preconditions.

"It must also be done with respect towards the rules, inside or outside the state assembly, and there must not be any preconditions," the prime minister told a press conference today.

In a bid to find a solution to the three-month-old impasse in Perak, Pakatan leaders said they are willing to let their guard down and cooperate with rivals BN in finding ways to resolve the matter.

However, BN must agree to dissolve the state assembly and hold fresh elections before Pakatan leaders would agree to sit down and talk but Najib today said it is not for him to decide if the state assembly should be dissolved or not.

"That is up to the Sultan to decide," he said.

Although Najib's statement is technically correct, the public and especially Perakians believe that BN's reluctance to agree to the dissolution of the state assembly to pave the way for fresh elections is because the ruling coalition fears that it would perform poorly just as it did in past by-elections.


BN KALAH DIPERAK, PERLEMBAGAAN PERAK DIPINDA

Assalamualaikum,

Pilihanraya seluruh negeri Perak diadakan. BN kalah teruk dan PR menguasai 2/3 majoriti. Oleh kerana telah belajar daripada kemelut politik sejak Feburari 2009, maka timbul satu keperluan mendesak untuk meminda perlembagaan negeri Perak.

Pindaan tersebut akan menjadikan sekiranya kerajaan negeri hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri, maka pilihan raya negeri mesti diadakan secara otomatik.

Senario inilah yang digeruni oleh UMNO hari ini.

BUKTI UMNO SADIS MENDERA RAKYAT

Assalamualaikum,

Zahid Hamidi kata DUN Perak tidak perlu bubar. Sabarudin Chik kata DUN Perak tidak perlu bubar. Aishah Ghani kata DUN Perak tidak perlu bubar.

Satu dunia kata untuk tidak mendera rakyat Perak, dan untuk mengembalikan kredibiliti dan integriti politik Malaysia di mata dunia, bubarkan DUN Perak dan kembalikan kuasa menentukan masa hadapan Perak di tangan rakyat Perak.

Tetapi sebab UMNO ni jenis peghaq pekak yang sadis, mereka merasa lazat mendera rakyat.

Wednesday, May 13, 2009

RAKAN BN PUN SURUH BUBAR!

Assalamualaikum,
Semakin ramai dan semakin lantang suara suara yang meminta agar DUN Perak dibubarkan. Bukan sahaja desakan tersebut datang daripada PR, namun pelbagai pihak yang cintakan kedamaian dan rule of law telah mula menyuarakan pendapat ini.

Termasuk juga rakan BN!

KUALA LUMPUR, May 12 - A central committee member of GERAKAN today urged Barisan Nasional (BN) to join with Pakatan Rakyat (PR) to end the turmoil in Perak by seeking a dissolution of the Perak legislative assembly.

Dr Hsu Dar Ren said that enough damage had been done to the nation and that a state election was the only sensible solution to the Perak political crisis.

"It is no longer a matter of who is right and who is wrong. The decision of who should form the rightful government should no longer be decided in the courts, but rather it should be decided by the people of Perak themselves, going by the very basic principle of democracy," he said in a statement to the media.

"I humbly appeal to both sides to go back to democratic principles and let common sense prevail rather than trying to hold on to power and lose the support of the people."

[Malaysian Insider]


UMNO SAHAJA YANG BEBAL, RAKYAT CERDIK

Assalamualaikum,


Semasa Zambry masuk ke bangunan SUK Perak, wartawan wartawan yang menunggu sejak jam 7:00 pagi mengerumuni beliau dan bertanya: beliau masuk ke pejabat atas sifat sebagai apa?

Beliau tidak boleh jawab soalan tersebut malah wartawan pula dimarahi.

Itulah sikap bebal UMNO. Apabila UMNO bebal, dia menjangka rakyat semua bebal macam dia, tetapi rakyat sebenarnya sangat cerdik.

Apa juga yang diputuskan mahkamah, ia tidak mengubah kedudukan bajawa Nizar itu menteri besar yang sah. Sesiapa sahaja selain daripada beliau yang mengaku sebagai menteri besar adalah menteri besar yang haram.

Itu pun UMNO dan media mereka tidak boleh paham. Sahlah UMNO tu bebal, benak dan bengap.

Tuesday, May 12, 2009

B OLEH TAK UMNO/BN PAHAM YANG INI?

Assalamualaikum,Kerakusan, kurang hajau, tamak harta dunia, dengki, hasad, cakap bohong, putar belit, menipu, mencuri harta negara, merompak harta negara, memaafkan kesalahan kalau kesalahan itu dilakukan oleh UMNO/BN dan macam macam lagi yang UMNO/BN gelumangkan diri mereka dengannya telah menyebabkan mereka kehilangan sesuatu.

Sesuatu ini mereka aggap datang kepada mereka secara otomatik. Walau apa pun yang mereka lakukan, rakyat akan tetap terima mereka. Tetapi mereka silap. Kalau teknologi sentiasa maju ke hadapan, kalau citarasa manusia sentiasa berubah, begitu juga dengan persepsi rakyat terhadap UMNO/BN. Persepsi rakyat terhadap mereka juga telah berubah.

Kalau itu tidak cukup, kenajisan dan kebusukan dan kehangitan mereka itu ditambah dan ditokok pula dengan rampasan kuasa di Perak. Mereka busukkan lagi dengan mendera rakyat menggunakan anggota keselamatan. Mendera rakyat yang menjadikan blog medan media. Mendera rakyat dengan akta akta yang zalim. Memutar belit dan mencipta isu yang ternyata sebagai bohong sehingga ada ahli parlimen yang ditangkap ISA. Ada ADUN yang disebar gambar peribadinya. Cuba menimbulkan kemarahan rakyat dengan membakar api perkauman dengan menggunakan isu babi.


Kemudian sikap dan perungkap keberukan mereka diserlah lagi dengan perjalanan sidang DUN haram di Perak pada 7 mei 2009. Mengheret speaker yang sah dengan campur tangan instrumen negara yang tidak sama sekali boleh campur tangan, adalah kemuncak ketahikan mereka.


Rakyat meluat dan loya dengan UMNO/BN

You have lost the public trust.

Monday, May 11, 2009

RAJA NAZRIN SETUJU NIZAR MENGADAP

Assalamualaikum,


By Baradan Kuppusamy[Malaysian Insider]

KUALA LUMPUR, May 11 – The Regent of Perak Raja Nazrin Shah has agreed to see Datuk Seri Nizar Jamaluddin, who was today declared the legitimate mentri besar of Perak by a Kuala Lumpur High Court.

Nizar will meet the Regent at 8.30am tomorrow to ask for the dissolution of the Perak state legislative assembly to pave the way for a fresh state election, according to several Pakatan Rakyat (PR) leaders including Sungkai assemblyman S. A. Sivanesan.

“I just talked with Nizar and he confirmed to me that he has secured an audience with the Regent at 8.30am,” Sivanesan told The Malaysian Insider.

“Nizar will request for dissolution of the legislature for a fresh election,” Sivanesan said adding he hoped the request is not rejected. “Nizar has the legitimate right now that he is the legitimate mentri besar to request for dissolution.”

Sultan Azlan Shah, PR leaders said, is in the United States.

PR assemblymen are also meeting from 11pm tonight to strategise their plans for Tuesday even as the Barisan Nasional (BN) rush to court on tomorrow to set aside the declaration that Nizar is the rightful mentri besar.

Tomorrow is set to be a climatic day with the royal audience, BN rushing to court and Nizar trying to enter his office with police already surrounding the state secretariat building since 4pm today.

Justice Abdul Aziz Rahim declared today that a mentri besar can only be removed by a vote of confidence on the floor of the state assembly.

BOLA DI GELANGGANG ISTANA

Assalamualaikum,

Dalam masa beberapa jam ini sesuatu yang sangat penting insyallah akan berlaku untuk memberi kelegaan kepadarakyatPerak setelah didera dengan begitu zalim dan memedihkan oleh BN. Rakyat Perak amat kasih dan amat sayang serta amat menjunjung tinggi Sultan mereka yang dikasihi.


Dalam masa beberapa jam ini rakyat Perak mengharapkan kasih mereka, taat mereka, kesetiaan mereka kepada Sultan dihargai oleh baginda. Dan seterusnya rakyat Perak, dan dengan itu juga seluruh rakyat Malaysia akan terus memuliakan, akan terus menghormati,akan terus menyayangi, akan terus menjunjung tinggi institusi kesultanan di negara ini.


Inilah yang selama ini dijazamkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dan dalam masa beberapa jam ini, institusi ini insyallah akan membalas hormat dan ta'zim dan kemuliaan yang dihimpunkan kepada institusi ini dengan meraikan hasrat rakyat.


Iaitu pembubaran DUN Perak adalah pilihan satu satunya yang tinggal untuk mengembalikan ketenangan dan keharmonian di Perak dan di Malaysia seluruhnya.

Bola sekarang di gelanggang istana.

PILIHANARAYA SEMULA DI PERAK HENTIKAN DERAAN

Assalamualaikum,

Pilihanraya semula bagi seluruh negeri perak adalah pilihan terbaik dan paling tepat. Rakyat Perak sudah meluat dan berasa amatbenci dan menyampah dengan deraan yang mereka deritai selama ini.

Mudah mudahan Allah perkenankan pembubaran DUN perak.

Sunday, May 10, 2009

TIADA TERIMA KASIH BAGIMU

Assalamualaikum,




‘‘Minta maaf, saya tidak akan berterima kasih kepada kerajaan!

Kata P. Uthayakumar, pemimpin HINDRAF setelah dibebaskan daripada ISA.

Very well said.