Wednesday, July 25, 2012

JUMPA PELBAGAI KARENAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bila claim lambat diproses, bila permohonan lambat dilulus bila mereka tidak beri pemberitahuan, lepas tu bila kerja dah buat dia kata salah prosedur, semuanya auta aje.

Bila aku tanya dan berjumpa dan siasat semua bahagian tu, jawapan yang mereka beri tu sama. Misplaced la, saya cuti la, itu la ini. Kemudian, bila press lagi dia jawab: bukan salah saya!

Semuanya mereka mempunyai ciri satu bangsa yang sekarang ni kuat menipu dan rasuah. 

Nak cari yang bertaqwa amat sukar sekali

Monday, July 23, 2012

TARAWIH SURAU TOK AJI

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekitar tahun 1957 atau 1958, semasa aku belum lagi masuk sekolah, apabila sampai bulan ramadhan, nenek aku, yang bernama Tijah, tetapi diberi nama glamour Tonti, membawa aku solat tarawih di surau yang dikenali sebagai surau Tok Aji. Surau ini dinamakan sempana orang tua di situ yang aku percaya namanya Haji Ibrahim, yang disingkatkan jadi Aji Ayem. Kami mengenalinya sebagai Tok Aji sahaja.

Semasa orang bersolat tarawih, aku dan yang seangkatan hanya bermain main, dan mengacau orang solat aje. Yang aku ingat ialah semasa selawat, jemaah akan berselawat dalam bahasa yang kami tidak reti, yang kami tahu ialah sambut apa yang mereka sebut sekuat kuat hati.

Aku tahu hanya yang hujung saja....

Alaiiiii