Saturday, December 6, 2008

RENUNGAN RAKYAT TERENGGANU

Assalamualaikum,


Kira kira sebulan setengah yang lepas, saya rasa terpanggil untuk membuat satu posting mengenai Terengganu. Kalau nak baca klik di sini. Sekarang saya rasa rakyat Terengganu lebih lagi memerlukan pandangan orang luar terhadap mereka itu didedahkan.
Terengganu telah diperintah oleh UMNO/Perikatan/BN untuk tempoh yang panjang, hanya diseli oleh pemerintah PAS sekejap dalam tahun 1960an dan 1999-2004. Tempoh pemerintahan PAS yang pendek dan terpotong potong menjadikannya sukar bagi PAS untuk menghasilkan kejayaan jangka panjang.
Setelah sekian lama di bawah pemerintahan UMNO/BN, rakyat Terengganu rata rata masih berada dalam zaman 60an, atau apa yang saya namakan zaman pop yeh yeh yang dicirikan oleh karektor dalam majalah Gila Gila Si Mamud berjambul tinggi menghayak girlfriendnya Si Zainab ke sana ke sini dengan Vespa.
Rata Rata UMNO/BN gagal untuk memajukan rakyat Terengganu dari segi ketemadunan, sederap dengan kemajuan yang dicapai oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Seperti yang saya tuliskan dalam posting mengenai Terngganu yang terdahulu, negeri Terengganu adalah sebuah yang kaya dengan pelbagai sumber, tetapi pendapatan daripada sumber sumber tersebut tidak menitis kepada rakyat Terengganu yang jelata. Yang mendapat habuan besar ialah mereka yang berada dalam UMNO, samada sebagai pemimpin atau pengampu. Sebab itu ukuran berjaya atau tidak anda di Terengganu ialah dengan melihat kereta anda. Kalau anda ada Mercedez, anda berjaya. Kalau tiada Mercedez, by hook or by crook, dapatkan satu.
Rakyat Terengganu yang jelata adalah kedua termiskin di Malaysia. Bagaimana ini boleh terjadi sedangkan negeri Terengganu adalah negeri yang mengeluarkan jumlah petrolium terbanyak. Apakah yang didapati oleh rakyat jelata di Terengganu yang berkaitan dengan minyak? Yang didapati mereka ialah inflasi yang tinggi. Harga barangan di Terengganu jauh lebih mahal daripada negeri negeri lain. Negeri Terengganu mempunyai jumlah nelayan yang ramai. Hasil tangkapan ikan pun banyak. Tetapi nelayanlah antara bidang pekerja yang menghasilkan penduduk miskin di Terengganu. Harga ikan dikedai makan adalah antara yang termahal di Malaysia, tetapi nelayan Terengganu tetap dibelenggu miskin.
Kenapa rakyat Terengganu miskin? Sebabnya ialah pemimpin UMNO/BN yang diangkat oleh pengundi Terengganu untuk memerintah negeri tersebut tidak mampu untuk mencipta pekerjaan. Wang royalti, wang ihsan, daripada sumber minyak tidak reti digunakan oleh pemimpin UMNO/BN Terengganu untuk menitiskan kemakmuran kepada rakyat. Yang dicongak dalam fikiran mereka apabila memerintah Terengganu ialah: bagaimana wang yang begitu banyak boleh masuk ke dalam poket mereka.
Cara untuk memasukkan wang negara, atau wang negeri ke poket anda senang sahaja. Buat projek pembinaan. Sekarang anda telah terbayang projek yang telah dijalankan oleh UMNO/BN dalam tenure mereka 2004-2008? Yang mencetuskan idea buat projek anda sendiri. Yang meluluskan projek anda sendiri. Tak kan lah anda begitu bebal untuk menganugerahkan projek tersebut kepada orang lain. Kan lebih cocok kalau projek itu dianugerah kepada diri sendiri, atau para kerabat, atau para kroni.
Tetapi kalau anda anugerahkan projek kepada diri sendiri nanti dikejar BPR. Walau pun dalam banyak kes boleh di cover, tetapi lebih licin kalau buat proxy. Suruh proxy anda tubuhkan satu sendirian berhad. RM 2.00 je, tak mahal. Kemudian berikan projek kepada syarikat proxy. Syarikat proxy ini pula cari syarikat yang benar benar boleh buat kerja, suruhlah syarikat itu buat pada harga yang dipersetujui, tentunya lebih rendah. Lepas, itu tunggu saja payment; perbezaan antara bayaran diterima daripada tabung negeri dengan yang perlu dibayar kepada subkontraktor itulah yang masuk poket anda. Jadilah anda Ali yang memberi kepada si Baba.
Bila projek itu habis, buat projek lain. Buat lagi dan buat lagi selagi perbendaharaan negeri belum kering.
Bagaimana pula dengan kroni yang tertinggal daripada mendapat habuan, kerana projek tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua orang. Senang sahaja. Tubuhkan anak syarikat negeri. Tubuhkan seberapa banyak yang mungkin. Ahli lembaga pengarah dan mereka yang memakan gaji daripada anak anak syarikat sudah tentulah kroni. Jadi bila mereka ada pendapatan , maka mereka tidak bising. Tidak kiralah anak syarikat tersebut rugi, sebab kalau rugi, wang perbendaharaan negeri boleh bail out. Buat lah research untuk mendapat statistik dalam bidang ini.
Bagaimana pula dengan PBT? Ia akan menjadi satu keanihan kalau ceritanya berlainan dengan apa yang umumnya berlaku. Ringkasnya, cerita sama diulang pada skala yang lebih kecil. Dan diperingkat yang lebih kecil? Ulang sahaja, cuma sifar dalam angka yang mengiringi RM akan mengecil.
Hasil daripada setengah abad pemesongan kekayaan negeri dilencungkan daripada rakyat, maka rakyat Terengganu masih belum boleh membebaskan diri mereka daripada kemiskinan, dan tidak melonjak dari segi ketemadunan. Walau pun segala sumber asli dianugerahkan Allah kepada bumi Terenganu, namun kekayaan tidak meruah kepada mereka.
Ramai daripada rakyat Terengganu yang kekal daif. Dalam kawasan parlimen Kuala Terengganu, masih ramai yang daif.
Memilih BN akan mengekalkan mereka dalam kedaifan ini.

SELAMAT MENGHADAPI PILIHANRAYA KECIL

Assalamualaikum,


Saya mengucapkan selamat menghadapi pilihanraya kecil Kuala Terengganu kepada PAS.
Hari Penamaan Calon: 6 Jan. 2009
Hari Pembuangan Undi:17 Januarri 2009
Pengundi Cina: 14,441 orang.
85% pengundi Cina keluar mengundi:11,552 orang
Kalau pilihanraya hari ini: 65% pengundi Cina undi PAS = 7509 orang.
Kalau seramai itu pengundi Cina pilih PAS, PAS menang

Friday, December 5, 2008

NAK BERKENALAN DENGAN BLOGGERS

Assalamualaikum,


Kalau masa cuti sekolah ni kita dapat bertemu, dan berkenalan serta berbincang, ada juga faedahnya. Yang minat dijemput.

Murah yo!


APA DEFINISI BEBAL?

Assalamualaikum,


Saya tidak mahu sekali kata orang bebal. Atau bengap. Atau bingung. Atau baghal. Tetapi kalau itu lah kata kata yang paling tepat, terpaksa juga digunakan dengan segala kerendahan hati.
Apa definisi bebal ?
Jangan cari dalam Dictionary. Cari dalam Harakah 1396, muka surat N31

UPDATE PRK KT 2008; HABISKAN PANTUN INI

Assalamulaikum,


Sila boleh habiskan pantun ini?


Pagi Jumaat pergi bersabung
Berkaing baju butang berkait
Dua Mat akang bertembung
Yang satu S---, yang satu S---


Makang ikang tercekik tulang
Pucat gigi pipi lebam
Mat S--- akang dijulang
Mat S--- akang tersembam

Siapa minat sila penuhkan ditempat yang kosong.

Thursday, December 4, 2008

UPDATE ANALISIS PRK K TERENGGANU

Assalamualaikum,


Update: Kelihatan semakin jelas Mat Sabu besar kemungkinan diangkat jadi calon.
Siapa pulak yang tolak seorang bernama Mohd Hazlan Ismail, 25 tahun, nak turut jadi calon.
UMNO ni ingat strategi tu mengena ke?

Wednesday, December 3, 2008

ANALISIS PILIHANRAYA KECIL K TERENGGANU: PRA PENAMAAN CALON

Assalamualaikum,


.................sambungan

4. Kekuatan PAS. Adakah PAS kuat di KT? PAS sememangnya mempunyai kekuatan di KT, juga di Terengganu. Kekuatan ini bersifat dua muka: wajah pertama; kekuatan yang tidak mutlak, bermaksud, dalam keadaan yang kuat pun ia boleh dikalahkan. wajah kedua; ia tidak boleh dipandang remeh oleh lawan. Sekiranya lawan, atau BN memandang rendah keupayaan PAS di KT, itu alamat BN akan bungkus. Ini diketahui sendiri oleh BN.
5. Kekuatan UMNO/BN. Secara mutlak, kekuatan UMNO/BN di KT adalah even dengan PAS. Tetapi UMNO punyai banyak kelebihan: 1. berkuasa 2. Ada duit minyak 3. Ada media 4. Ada jentera yang dilincirkan oleh duit minyak.
6. SPR. Sekiranya SPR bertugas untuk menjalankan proses pilihanraya yang baik, maka kelebihan tidak akan menyebelahi mana mana pihak. Sebaliknya kalau SPR bertugas untuk memenangkan UMNO, maka UMNO boleh menang.
7. Main tipu. Sekiranya mana mana pihak yang bertanding dalam pilihan raya melawan UMNO menyangka tidak akan ada sebarang penipuan, maka ia jahil. Dalam prk ini saya menjangka akan ada penipuan. Sekiranya penipuan tersebut dapat digagalkan, maka, peluang UMNO mengecil.
8. Faktor Mat Said. Saya tidak menjangka Mat Said mampu bermain busuk seperti Idris Jusuh. Jadi di sini, peluang UMNO mengecil.
9. Faktor pengundi muda. Jumlah pengundi baru yang dimasukkan dalam senarai pemilih sejak Mac 2008 akan memberi sedikit kesan kepada arah mana mereka akan mengundi. Yang menentukan siapa akan mereka undi nanti ialah isu semasa kempen pilihanraya. Sekiranya media UMNO/BN lebih kuat, mereka akan condong kepada BN. Tetapi sekiranya ada personaliti PAS/PR yang mampu menarik mereka, maka mereka akan beri undi kepada PAS.
10. Pengundi non-Muslim. Pada hari ini non-Muslim, terutama orang Cina ramai yang akan memberi undi kepada PAS. Antara sebabnya ialah isu ketuanan Melayu, isu orang UMNO protes babi, Chua Soi Lek dipanggil polis, isu Teresa Kok. Hanya yang MCA tegar akan pangkah dacing.
11. Prestasi key personalities semasa kempen. Anwar Ibrahim akan tarik non Muslim, pengundi muda, dan pengundi educated. Tuan guru Nik Aziz akan tarik pengundi konservatif. Tuan Guru Haji Hadi akan tarik pengundi Ganu-centric. Yang paling penting ialah prestasi ustaz Azizan, adakah dia boleh meyakinkan pengundi yang tercari cari reason untuk mengundi PAS atau UMNO. PAS perlu menurunkan semua saf profesional nya untuk berkempen, kerana pengundi KT telah terbiasa dengan para ustaz dan lebai. UMNO akan menghadapi sedikit masalah di sini, sebab ada unsur sophiscation pada pengundi KT, kerana mereka punyai pengaruh urban. Penceramah UMNO akan dipersepsikan sebagai perasuah. Kempen UMNO akan laku di kampung kampung. Di kawasan separa urban, UMNO akan menghadapi masalah persepsi ini.
12. Sekiranya Mat Sabu atau Wan Mutalib Embong atau Mustafa Ali calon PAS, UMNO dapat sedikit kelegaan. Tetapi kalau Dr. Syed Azman calon PAS, UMNO kena cari calon yang ada PhD atau medical doctor.
13. Faktor Tok Mun atau Hanafi Mamat. Pusingan kali ini, saya rasa, UMNO akan benarkan seorang sahaja pengacau daun bertanding. Tetapi siapa pun yang bertanding diantara kedua ini, undi yang mungkin dapat diraih kurang daripada 100.
14 Cuaca pada hari pembuangan undi saya jangka cerah waktu pagi, dan hujan selepas jam 11:00 pagi
15. Peratus keluar mengundi adalah sekitar 75%
16. Siapa menang? PAS. Majoriti antara 700-800 undi.
17. Andaian ini akan kekal, atau berubah setiap hari, bergantung pada penilaian hari tersebut.

ANALISIS PILIHANRAYA KECIL K TERENGGANU:PRA PENAMAAN CALON

Assalamualaikum,


Keduan menghadapi pilihanraya kecil (prk) parlimen Kuala Terengganu perlahan lahan menjalar masuk ke sanubari mereka yang terlibat dengannya. Apakah bacaan yang boleh dibuat dalam suasana sekarang sementara kita menunggu pewartaan prk tersebut? Di sini saya kemukakan pandangan saya:
1. Calon . Saya rasa PAS akan diberi laluan untuk bertanding dalam prk ini. Siapa calon BN? itu saya serah kepada BN. Siapa calon PAS? Sekurang kurangnya 3 nama disebut sebut sebagai mungkin dicalonkan: Mat Sabu, Wan Mutalib Embong dan Dr. Syed Azman. Kalau nak tambah lagi Mustafa Ali sendiri pun boleh juga.
2. Mengikut Mohd Sayuti Omar, sebab Mat Sabu kalah ialah kerana orang Terengganu hendakkan anak watan bertanding, bukan orang luar. Dalam posting saya terdahulu, saya sendiri mengharapkan Mat Sabu diangkat menjadi calon, tapi kalau sekiranya sentimen kenegerian ini diambil kira, dan saya cenderung sekarang untuk mengambil kira faktor ini, maka senarai calon berkurang menjadi 2. Wan Mutalib Embong dan Syed Azman. Saya pilih Syed Azman untuk diangkat menjadi calon.
3. Sebab? bukan kerana dia pernah menang parlimen Kuala Terengganu dalam tahun 1999, tetapi daripada dua nama dalam short list tadi, Syed Azman lebih handsome.
.................bersambung

Tuesday, December 2, 2008

KETUANAN MELAYU=KETUANAN UMNO

Assalamualaikum,


Pernah anda dengar satu cliche bahawa UMNO itu satu institusi? pernah anda dengar bahwa UMNO itu MELAYU dan MELAYU itu UMNO?

Anda tahu, bila orang UMNO bercakap tentang MELAYU, ia adalah satu smoke screen untuk UMNO.


Kalau mereka berkata untuk membantu orang MELAYU, yang sebenarnya ialah membantu orang UMNO.

Kalau mereka berkata perjuangan untuk orang MELAYU, itu maknanya perjuangan untuk UMNO.


Kalau mereka berada dalam masalah, maka dikatanmya orang MELAYU berada dalam masalah.


Pada mereka UMNO itu MELAYU.


MELAYU itu UMNO.

oleh itu, dengan menggunakan logik yang sama, kenapa mereka bermati matian mempertahankan ketuanan Melayu?
Sebabnya ialah:
KETUANAN MELAYU ialah KETUANAN UMNO

BERKETUK KERANA MONDOK?

Assalamualaikum,


Walau bagaimana di manupulasi pun oleh media dan jentera BN, masalah yang melantun bukan kepada PR, tetapi kepada BN itu sendiri. Dengan kenyataan Chua Soi lek, Chew Mei Fun, Kon Tsu Koon, M. Kayveas dan juga perilaku Zaid Ibrahim menjadikan UMNO dan BN seperti cacing kepanasan.
Mengapa Muhyiddin pula yang berketuk untuk menunjukkan kegarangan? Tidak ada ke yang lebih senior yang boleh bersilat kerana kalau dibaca editorial Utusan Malaysia semalam 1/12/08 seolah isu yang timbul merupakan dosa yang amat besar. Atau tidak ada lagi yang lebih garang daripada Muhyiddin dan Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee. Kalau tidak garang, perbendaharaan kata yang ada pada saya ialah mondok.
Yang selain tu mondok mondok belaka ke?

BAHASA INGGERIS TONGANG LANGGANG, BAHASA MELAYU TONGGANG TERBALIK

Assalamualaikum,


Ibu saya tidak bersekolah. Seorang penoreh getah. Bapa saya sekolah sampai darjah 5 atau 6. Seorang mandor bagi menyelia penoreh getah. Seluruh ahli keluarga adalah penoreh getah, dan tersangat miskin. Nenek saya, juga seorang penoreh getah berpendapatan RM 30.oo sebulan.
Daripada latar yang sedemikian, saya mampu tulis disertasi PhD saya dalam Bahasa Inggeris di negeri orang putih. Apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah latar belakang keluarga bukanlah menjadi alasan untuk tidak menguasai bahasa Inggeris. Rata-rata taraf kehidupan keluarga di Malaysia sekaang telah jauh lebih baik, tetapi penguasaan bahasa Inggeris tidak baik.
Apabila saya suruh pelajar saya buat abstrak kertas kerja mereka dalam bahasa Inggeris, saya ketawa macam menonton filem Seniman Bujang Lapok bila membacanya. Menunjukkan mutu Bahasa Inggeris pelajar di universiti pun sangat redum.
Itu yang cuba dikoreksi oleh Tun Mahathir. Dia mau pelajar Malaysia menguasai Bahasa Inggeris. Tetapi yang peliknya ialah ubat yang ditawarkan ialah mengajar mata pelajaran Sains dan Metamatik dalam Bahasa Inggeris. Dia sendiri yang melanggar dasar bahasa negara. Masa tu puak ketuanan ini menikus semata.
Objektifnya ialah pelajar menguasai bahasa Inggeris, tetapi cara mencapainya ialah dengan mengubah medium pengajaran 2 subjek kepada Bahasa Inggeris. Logik mana yang diambilnya saya pun tidak tahu.
Saya tawarkan di sini formula untuk menaikkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar pelajar Malaysia:
Formula ini ialah formula 2 derap:
1. Bahasa pengajaran - kekalkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengajaran di peringkat sekolah.
2. Bahasa pertuturan di sekolah -Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan di sekolah. Melainkan masa belajar, bahasa yang mesti digunakan oleh murid, guru, guru besar adalah bahasa Inggeris.
Formula ini hendaklah di gunakan disemua sekolah kerajaan di semua peringkat.Dengan ini, bahasa yang mesti gunakan sebagai pertuturan adalah bahasa Inggeris. Sebarang bentuk komunikasi antara semua tenaga akademik dengan murid hendaklah dalam bahasa Inggeris.
Perhimpunan harian, atau sebarang bentuk perhimpunan mestilah dilakukan dalam bahasa Inggeris. Guru besar hendaklah memberi ucapan mingguan dan sebarang bentuk ucapan di sekolahnya dalam bahasa Inggeris.
Pengajaran mata pelajaran bahasa Iggeris hendaklah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bukan seperti sekarang, nama sahaja pelajaran bahasa Inggeris, tetapi gurunya bertutur dalam bahasa Melayu.
Semasa saya di sekolah menengah rendah, semua guru bertutur dengan murid dalam bahasa Inggeris. Apabila saya belajar di MCKK, semua guru bertutur dengan murid dalam bahasa Inggeris, walaupun antara Melayu dengan Melayu.
Amacam? Nampak absurd? Semua great idea mulanya kelihatan absurd!

Monday, December 1, 2008

TUAN GURU TU KERAMAT

Assalamualaikum,


Semasa Tuan Guru Nik Aziz sedang berceramah, Mat Cincin yang sedang memerhatikan penceramah berkata kepada Mat Tempe : Tengok si kambing tu bercakap, mengembik aje! Sebaik sahaja Mat Cincin berkata demikian, tiba tiba Mat Cincin tidak boleh bertutur lagi. Puas dicubanya untuk bertutur, tetapi, lidahnya menjadi kelu dan suara yang keluar dari mulutnya bukan suara biasa beliau, tetapi berbunyi embeeek, embeek! mat Cincin sudah ketulahan, dia telah terkena keramat Tuan Guru Nik Aziz, dan sampai hari ini dia terus mengembik!
Anda pernah dengar cerita seperti ini? Cerita ini merebak luas semasa diperingkat awal pemerintahan PAS di Kelantan dulu. Saya selalu berpesan kepada ahli ahli usrah saya, sekiranya anta dengar cerita yang sedemikian, matikan cerita itu, dan jangan dipanjangkan kepada orang lain. Sebabnya ialah cerita cerita sedemikian adalah rekaan pihak perang saraf musuh untuk dijadikan modal mereka semasa pilihan raya. Dan memang benar, dalam pilihanraya 1995, salah satu propaganda yang ditabur oleh BN dalam phamplet mereka ialah orang PAS songsang aqidah mereka kerana menganggap Tuan Guru Nik Aziz itu keramat.
Bukan kah sekarang ada orang PAS yang melabelkan orang PAS yang lain Erdogan la, itu la , ini la. Pada analisis saya ini adalah ulangan letusan isu IRC yang melanda PAS dalam tahun 1980an. Saya percaya dalam isu IRC dulu, anda anasir yang telah ditanam dalam PAS yang diarahkan menimbulkan kesangsian dan cocok mencocok dikalangan ahli PAS kerana pihak lawan PAS kuatir ramai mereka yang berpelajaran tinggi telah mula berjinak dan berjuang dalam PAS. Dalam kekalutan pusingan itu, ada ustaz dan pimpinan tinggi PAS pun turut menjadi bebal termakan racun yang ditabur oleh anasir anasir ini.
Sekarang modus operandi yang sama digunakan. Ditanamkan dalam PAS orang yang berpura sebagai orang PAS, dan kemudian menaburkan fitnah kononnya pemimpin ini sedemikian, dan pemimpin ini sedemikian semata mata bertujuan mencipta perpecahan dalam PAS. Bezanya dalam tahun 80an belum ada blog. Tetapi sekarang anasir anasir ini buat blog semata mata bertujuan menghentam individu tertentu.
Gerakan ini sekarang berjaya mewujudkan apa yang kononnya dilabel sebagai golongan moderate dalam PAS, dan ada golongan conservative dalam PAS. Yang moderate direstui oleh TGNA dan yang conservative direstui oleh TGHH. Dikaitkan juga dengan ethnic cleansing yang akan berlaku, dan telah dimulai di Selangor.
Ini adalah bibit bibit dan benih benih pergolakan dan pergeseran yang ditabur oleh musuh yang merencanakan ketempangan dan mungkin kejatuhan PAS. Bila PAS jatuh, puak inilah nanti yang paling gembira, sedangkan mereka duduk dalam PAS. Dan ada juga pemimpin PAS yang bebal tak habis. Masih lagi tidak dapat membaca kocakan air dan persilatan jahat ini.
Kalau anda terserempak dengan perkara seperti ini, matikan ceritanya dan jangan dipanjangkan. Kalau anda tahu si tukang pencanang, itu lah musuh yang ditanam dalam kelambu anda.

RUMAH URUT SEMAKIN CAMBAH DI SELANGOR?

Assaamualaikum,


Saya diminta oleh seorang kawan untuk buat posting mengenai rumah urut yang semakin cambah di Selangor. Saya sebenarnya tidk berapa tertarik dengan tajuk ini, kerana ia memerlukan kajian terperinci dan turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar. Tetapi kawan saya ini kata senang aje nak cari lokasi tempat urut ni.
Kawan ini memberi tahu, aktiviti yang berlaku ialah berkaitan dengan pelacuran yang berselindung disebalik aktiviti urut refleksologi. Pada kedai akan ditunjukkan iklan gambar tapak kaki berserta dengan huruf huruf refleksologi, tetapi sebenarnya, khidmat ini menyediakan gadis montok yang sedia urut bukan sahaja kaki, tetapi apa sahaja yang diminta oleh tuan kaki tersebut, pada harga yang dipersetujui.
Sebab itu kata kawan ini, di kedai kedai ini disediakan bilik bilik khas untuk tujuan mengurut. mengikutnya lagi, sebaik sahaja PR menang di Selangor, kedai kedai yang menawarkan khidmat ini tutup. Mereka kata susah nak bisnis bila PR menang. Tetapi sekarang, sedikit demi sedikit, bisnis ini telah kembali semula cambah di Selangor.
Mengikut kawan ini juga, gadis yang telibat kebanyakannya gadis Melayu. Maklumlah, dia nak mempertahanakan suatu ketuanan. Dia kata kalau nak dapat cerita cari aje dalam google gadis urut batin. Banyaklah maklumat yang keluar. Saya tak mahu nak search yang ni, dan yang seangkatan dengannya.
Ada sesiapa yang boleh tashihkan? Selangor semakin menjadi pusat maksiat ke?

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part (37)

Asssalamualaikum,

...................continued from part 36


Betrayal of Islam by the Nationalists: Pakistan


The Pakistan movement was based on the thirst for Islam. When the British wrested power from Muslim rule in India, resentment naturally brewed, marked by the advent of two great figures - Shah Walli-ul ALlah (1703-81) in the intellectual field and Sayyid Ahmad Shahib (1786-1831) in the political field.
Shah Walli-ul Allah revived the idea of Islam as a polity and emphasised that it must be practised as a code of society. Sayyid Ahmad Shahib led a revolt against the British. Sir Sayyid Ahmad Khan started the dubious Aligarh movement in 1875, and hatched the two-nation theory. Another movement, the khilafat, under the leadership of Muhammad Ali, advocated the Hindu-Muslim unity, but ended in dismay when it ordered, under the direction Gandhi, the migration of 50,000 Muslims en masse from India to Afghanistan and further north (Hussain, 1966; pp. 17)
Syed Ahmad Khan's campaign for western education created the men who founded the Muslim League in 1906. The Pakistan scheme had been proposed by Iqbal ten years before the so called Pakistan Resolution was passed at the Lahore session of the Muslim League in March 1940.
Earlier, the Government of India Act of 1935 was passed by the British parliament which gave self rule to the provinces but kept the powers of the Viceroy and the provincial governors supreme.
In 1937, the Muslim League of India broke the alliance with the Indian Congress (Siddique, 1972) and from then on , Muhammad Ali Jinnah rode on the idea proposed by Iqbal to gather the Muslims support of a seperate nation called Pakistan, after Rahmat Ali coined the letters of the names of the provinces.
In 1940 the All-India Muslim League passed a resolution for the creation of seperate sovereign state for the Muslims. The Muslims naturally were joyful and supportive of the call, and Muhammad Ali Jinnah has become an institution himself (Saiyid, 1962; pp. 321)
..................to be continued

153

Assalamualaikum,


UMNO dan yang menjulangnya diserang kiri dan kanan. Kalau lawan yang serang, itu sesuatu yang tidak mengherankan, tetapi kalau rakan mereka yang sama sama skodeng pun menghentam mereka kiri dan kanan, itu tandanya UMNO perlu ambil perhatian, dan anda telah bertemu cul de sac.
Orang yang Karpal Singh labelkan sebagai pelakon porno tolak ketuanan, Chew Mei Fun tolak, Koh Tsu Koon tolak, kerabat dari Sabah dan Sarawak tolak, dan ramai lagi yang tolak, maka ini menunjukkan ideologi ini tidak boleh dipertahankan.
Walau pun UMNO cuba gertak dengan mengaitkan ketuanan ini dengan kuasa sultan dan institusi kesultanan Melayu, namun rakan UMNO nampaknya tidak peduli. Mereka langsung tidak mahu ideologi ini menjadi ideologi negara.
Bukan kah artikel 153 perlembagaan persekutuan itu telah jadi asas kepada ketuanan Melayu, cuma ia implicit. Puak nasionalis tegar ni mahukan ia berbentuk explicit. Itu yang membawa ; kerana si tegar, harmoni bertukar tegang.
Sekarang istilahkan apa yang kamu perjuangkan itu sebagai 153. Yang ini semua orang terima. Zainal Kling terima. Latif Bakar terima. Zainal Abidin Borhan terima. Ismail Husin terima. Pelakon porno terima. Mei Fun terima. Tsu Koon terima. Keayvas terima. Samy Vellu terima. Orang yang bawa wang tunai 17 kilo terima. Yang perlaku kasar pada Norita terima. Yang meraba terima. Yang kerabat budak bawah umur terima. Tempe terima. Cincin batu besau terima. Si tikus besar kucing terima. Si gear box terima. Karpal terima. Lim Kit Siang terima. Boleh kata no problem lah!
Kalau jargon di kalangan anggota polis Malaysia berkisar sekitar nombor, seperti 302, 307, 379, maka saya cadangkan pada si nasionalis tegar, untuk tidak timbul tegang, gunakan nombor yang saya sebutkan di atas sebagai jargon anda.
153

Sunday, November 30, 2008

PAS SELANGOR PERLU TUTORIAL

Assalamualaikum,


Isu arak meletakkan PAS Selangor (PS) dalam bahang yang panas. Belum lagi reda gegaran mengenai pengguguran dua ahli kanan PS, timbul pula isu ini. Sudahlah PS berada dalam keadaan junior partner, kini ia pula dihimpit dengan isu arak.
PAS sudah terbiasa dengan keadaan diperlukan, bukan diremehkan seperti sekarang. Kan dulu semasa Tun Mahathir ditendang keluar daripada UMNO kali pertama, beliau merangkak mencari PAS untuk promosi? Begitu juga Tengku Razaleigh, Rais Yatim, Ibrahim Ali? Begitu juga DAP meleleh liur mengharap simpati PAS, parti Keadilan, dan sekarang PKR, semuanya memerlukan PAS. Tetapi sekarang PAS diperlekeh, terutamanya di Selangor. Sedangkan PS dipimpin oleh pakar motivasi terkemuka.
Semuanya menunjukkan pakar motivasi ini perlu diberi tutorial. Macam Hasbullah Pit beri turorial. Dalam menangani sesuatu isu, PS sepatutnya:
1. Menilai dulu isu tersebut semasaknya, adakah ia isu besar atau isu kecil. Adakah ia isu sensitif atau tidak. Melibatkan kepentingan kaum, bisnes atau sebagainya. Dalam isu arak ini tidak dinilai dulu ke oleh PS atau ia duduk dalam kepala PS aje?
2. Psych. Kawan dan lawan perlu di psych dulu sebelum isu diketengahkan. Tapi sebab PS tak psych dulu, maka kawan pun tentang, lawan ketawakan.
3. Retorik. Kan PS diketuai oleh orang yang terbiasa dengan retorik, tetapi kenapa tidak digunakan sepenuhnya. Bukan kah kesan persepsi akan berbeza kalau rescheduling jualan digunakan berbanding dengan pengharaman?
4. Tact. Mungkin PS tidak cermat dalam menangani isu ini. Juga tidak bersedia, sehingga apabila ia dimuntah kembali oleh pimpinan Selangor, ada ahli majlis PBT diberitakan pada awalnya hendak membawa proposal isu ini dalam mesyuarat majlis, tetapi kemudian chicken out.
5. Timing. Tak belajar ke pasal timing? Bila timing tidak betul, perkara yang sepatutnya boleh lulus pun jadi sangkut. Sekarang semua dah sangkut.
Saya ingin memilih perkataan yang paling lembut untuk menunjukkan keadaan PS ni. Saya tidak jumpa perkataan tersebut. Yang tetap datang satu perkataan sahaja.
Bebal