Saturday, February 21, 2009

HILMI MALEK

Assalamualaikum,


Media arus perdana mencanangkan bahawa seorang yang bernama seperti ditajuk atas sebagai individu yang bertanggung jawab dalam isu YB LIZ WONG. Anda percaya?


Dengan menamakan seseorang, maka pihak yang bertanggung jawab boleh mencuci tangan daripada sebarang keterpalitan, dan orang ini sahaja yang dipertanggung jawabkan. Dan kalau anda ingin mencari siapakah yang bertanggung jawab menyebarkan foto yang menjadi isu, anda tidak akan jumpa siapa yang bertanggung jawab.


Kerana tangan yang melakukan kerja seperti ini sentiasa dilindungi.


Anda ingat kes Abu Hassan Omar bekas menteri besar Selangor? Siapa yang bertanggung jawab menerbitkan kisahnya dalam akhbar Java Post? Siapakah yang termampu mendapatkan nombor surat beranak kepada kanak kanak yang menjadi isu pada ketika itu?


Ingat the late YB Fernandez yang mati ditembak sehingga memerlukan pilihanraya kecil Lunas?Sampai hari ini ceritanya senyap sahaja.

Kes Altantuya masih diperbincang.


Adakah Malaysia punyai mafia yang dilindungi?


POLITIK UMNO BAHAYA UNTUK NEGARA

Assalamualaikum,



Setelah sekian lama merasa keadaan selesa dan tanpa dicabar, UMNO dan BN telah menua dengan keadaan otoratian. Menjadi kaya secara instant telah lumrah kepada mereka. Memunggah harta negara ke poket masing masing menjadi suatu kemestian, sesiapa yang berlaku selain itu menjadi suatu keanihan.


Apabila mereka kalah teruk dalam PRU12, realiti baru segera meresap kepada mereka. Iaitu, kebobrokan yang mereka lakukan selama ini satu hari akan terbongkar juga. Tambahan pula tren politik baru telah wujud di Malaysia, iaitu mereka yang jadi warganegara boleh diangkat memegang jawatan politik dengan kehendak rakyat. Berbeza dengan doktrin UMNO sebelum ini bahawa hanya orangMelayu sahaja yang layak memegang jawatan politik. Non melayu yang hendak memegang jawatan politik mestilah dengan izin UMNO dan mestilah dikembirikan terlebih dahulu oleh UMNO.


Tetapi tren tersebut telah berubah. UMNO cuba sedaya upaya untuk reverse tren tersebut dengan pelbagai political engineering, tetapi gagal. Gagal kerana kaedah yang mereka guna pakai telah ketinggalan zaman. Citarasa rakyat Malaysia sudah bertukar. Cara yang mereka gunakan ialah:

1. Ugut. Mengugut rakyat dengan pelbagai deraan sekiranya tidak mengikuti telunjuk mereka.

2. Meniup api perkauman. Orang bukan Melayu UMNO adalah pendatang pada mereka. Orang Melayu, tetapi kalaubukan UMNO, juga pendatang. Maka tidak layak berada di Malaysia


3. Mewujudkan suasana racist agar orang Melayu kembali menyokong UMNO

4. Menimbulkan konsep ketuanan Melayu agar timbul rasa tersepit di kalangan orang Melayu. Congaknya ialah apabila orang Melayu rasa tersepit, mereka akam kembali kapada UMNO dan kemudian mengundi UMNO

5. Mencipta musuh baru, supaya semangat ketuanan Melayu, racism dan ketaatan mutlak kepada UMNO dijana semula. Antara musuh baru yang mereka dapat ialah Hindraf, Teresa Kok, dan RajaPetra. Musuh lama seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hj. Hadi tetap diawet supaya kekal status mereka sebagai musuh.

6. Musuh nombor wahid, Anwar Ibrahim cuba dihancur seranap yang mungkin. Tetapi orang ini kembali pula di parlimen.

7.Mereka juga cuba character assasination. Yang terkini ialah Liz Wong

8.Yang paling menjijikan ialah mereka merancang coup d etat secara rasuah. Dan mereka berjaya di Perak. Tetapi kejayaan tersebut lebih berbentuk neraka daripada kegemilangan.

9. Dan, mereka sentiasa bersedia menggunakan satu satu senjata yang mereka ada untuk membenarkan semua tindakan yang mereka lakukan. ISA, telah kali demi kali digunakan untuk menyelamatkan nyawa politik mereka.

10. Di Perak, telah ada suara menggesa agar UMNO menggunakan option ini, iaitu ISA.

11. Kemudian sekiranya tidak menunjukkan kejayaan, option mengisytihar darurat akan mereka gunakan.

12. Namun menggunakan lunas demokrasi tidak sekali.

Friday, February 20, 2009

BUKAN UMNO YANG PUNYA

Assalamualaikum,


Instrument negara adalah hak rakyat, kerana kesemua itu dibiayai oleh wang rakyat dan kebertanggungjawaban adalah kepada rakyat. Tuan mereka adalah rakyat. Jadi apabila mereka menjalankan tugas, utamakan kepentingan rakyat . Bukan kepentingan UMNO.


SPR, rakyat yang punya. Bukan UMNO yang punya

SPRM rakyat yang punya. Bukan UMNO yang punya

Polis rakyat yang punya. Bukan UMNO yang punya

Jabatan Peguam Negara rakyat yang punya. Bukan UMNO yang punya

PBT rakyat yang punya. Bukan UMNO yang punya


Semua instrumen negara rakyat yang punya. Bukan UMNO yang punya.


Habis kenapa kamu menikus kepada UMNO?

PELBAGAI PIHAK DESAK BUBARKAN DUN PERAK

Assalamualaikum,




Perkembangan politik Perak hari ini menyaksikan semakin banyak suara dan semakin banyak pihak yang mendesak agar DUN Perak dibubarkan segera agar rakyat diberi peluang untuk mentafsirkan pendapat mereka mengenai kemelut politik yang dicipta oleh UMNO di negeri tersebut.


Sepatutnya rakyat Perak bangkit dan dengan jelas nyatakan suara mereka bahawa pilihanraya bagi seluruh negeri Perak adalah pilihan terbaik dan paling tepat sekarang ini. Semakin lama ditangguh, keadaan menjadi semakin kusut dan semakin kartun.


Apabila kartun yang bersuara itu memegang tampuk pemerintahan, rakyat akan sengsara. Untuk menghentikannya, seluruh rakyat Perak perlu mendesak agar pilihanraya seluruh Perak diadakan segera.


Itu sahaja cara sengsara rakyat Perak boleh dihentikan.

DUN PERAK TERPAKSA DIBUBAR

Assalamualaikum,




Semua institusi negara adalah dianggotai oleh mereka yang bijak.

Semua rakyat Malaysia yang cintaikan kedamaian dan keharmonian adalah orang yang bijak.


Semua instrument negara dianggotai oleh orang yang bijak.


Jadi kesemuanya inginkan penyelesain bijak terhadap kemelut di Perak.


Penyelesaian paling bijak ialah mengadakan pilihanraya semula bagi seluruh Perak dengan segera.


Itulah kehendak rakyat.

CONFIRMED: HANG TUAH ORANG UMNO

Assalamualaikum,

Seperti dalam beberapa posting yang lepas, kita hairan kenapa UMNO sangat sangat mengharap ketaatan membuta tuli daripada orang Melayu. Jawapannya telah pun dibincangkan sebelum daripada ini.


Sedutan daripada The Star 20 Fe. 2009 m.s. N16:


Pemuda UMNO Perak membuat laporan kepada Malaysian Anti-Corruption Commission (SPRM) mengenai tindakan speaker DUN Perak menggantung MB dan exco fotostat.


Penolong Setiausahanya, Hang Tuah Din memetik peruntukan 72(2) sebagai disalah guna.


Mungkin anda nak tambah bacaan di sini.

Thursday, February 19, 2009

KEMELUT TEAM FOTOSTAT

Assalamualaikum,




Kemelut yang berlaku di Perak hendaklah segera diselesai dengan cara yang hemah tinggi sesuai dengan standard rakyat Malaysia.Bukan dengan cara menggunakan peraturan rimba yang telah lama ditolak oleh rakyat.

Team fotostat yang diangkat kononnya untuk mentadbir Perak tidak boleh bertahan kerana sebab sebab ini:


1. Menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan. Apakah itu krisis perlembagaan? ia adalah keadaan apabila perjalanan pentadbiran negara tidak mengikut lunas perlembagaan dan perundangan. Cara team fotostat ini diangkat supaya boleh memegang jawatan dalam pentadbiran negeri Perak dipertikai oleh banyak pihak, menunjukkan terdapat interpretasi lain terhadap kaedah yang digunakan. Interpretasi lain ini hendaklah diraikan supaya tidak ada pihak yang boleh mempertikaikannya lagi. Ini yang tidak mahu dilakukan oleh UMNO.


2. Menyebabkan berlakunya krisis perundangan. Pelbagai pihak mentafsirkan peruntukan dalam undang undang tubuh negeri Perak. Semua tafsiran tersebut adalah mengikut nafsu dan kepentingan masing masing. Tafsiran yang sah ialah tafsiran yang diputuskan oleh mahkamah. Keputusan mahkamah mengenai kemelut ini hendaklah disegerakan, dan semua pihak hendaklah akur dengan apa juga yang diputuskan oleh mahkamah. Tetapi janganlah keputusan mahkamah itu dilanjut dan dilanjut sehingga habis tempoh tenure pemerintahan sekarang. Jangan jadikan keputusan mahkamah sebagai sesuatu yang akademik kerana tempoh iddah telah berlalu. Keputusan dan ketetapan mahkamah hendaklah dilakukan sekarang.


3. Menyebabkan berlakunya krisis legislatif. Kemelut perlembagaan membawa kepada kemelut perundangan dan kemudian merebak pula kepada kemelut legislatif. Ini ada kerana perlantikan fotostat yang dilakukan tidak melalui badan legislatif dan lebih bersifat budi bicara, dengan itu apabila badan legislatif itu diketepikan, banyak kait mengait rumit dari segi perlembagaan dan perundingan timbul. Contohnya ialah kedudukan speaker DUN. Jelas perkara ini tidak diberi pertimbangan terlebih dahulu sebelum perlantikan dilakukan, dan dengan itu pelbagai kerenah baru timbul. Ada pihak yang cuba menyepak isu tersebut secara mudah dengan mengatakan isu tersebut sebagai stau komidi, tetapi ia bukan satu komidi, tetapi menunjukkan satu kesilapan besar dari segi perlembagaan dan perundangan telah dilalukakan. Adakah ini juga akan terus dilanggar dan dirogol oleh UMNO?


4. Menyebabkan berlakunya krisis eksekutif. Belum pernah dalam sejarah dunia ini sebuah negara mempunyai dua orang pemimpin serentak. Tetapi kita sedang meyaksikan satu rekod dunia dicipta di Perak. Masalah pentadbiran akan timbul, dan juga kesahahian tindakan eksekutif akan terus dipersoalkan untuk jangka masa yang panjang. Sebarang keputusan yang dilakukan oleh badan eksekutif fotostat ini akan terus dipertikaikan dan akan terus dicabar. Bayangkan kalau badan eksekutif fotostat ini membelanjakan wang kerajaan negeri, kemudian nanti mahkamah memutuskan badan eksekutif fotostat ini tidak sah, siapakah yang akan menanggung kesannya. Siapa yang akan membayar atau memulangkan semula wang dan peruntukan yang digunakan secara tidak sah? UMNO tidak akan ingin bertanggung jawab.


5. Menyebabkan berlakunya krisis ekonomi terhadap negeri Perak. Apabila krisis dan kemelut ini berterusan dan berpanjangan, maka aktiviti ekonomi akan turut terjejas. Perancangan ekonomi yang telah diatur turut diletakkan pada status on hold, kerana pihak yang terlibat mungkin tidak berani meneruskan kegiatan ekonomi kalau-kalau komitmen mereka nanti akan lebur begitu sahaja sekiranya tiada keputusan muktamad dihasilkan sekarang. Yang menanggung kerugian ialah rakyat Perak, kerana mereka akan terlepas pelbagai peluang yang sepatutnya mereka raih sekiranya tidak berlaku kemelut ini.


6. Menyebabkan krisis pelaburan. Para pelabur akan tentunya mengambil sikap berhati hati dan sikap tunggu dan lihat sebelum mereka meneruskan hasrat untuk melabur di Perak dan juga di Malaysia. Tidak ada pelabur yang mahu mencurahkan modalk mereka sekiranya keadaan kestabilan politik tidak menjanjikan pulangan terjamin bagi mereka. Yang rugi lagi sekali ialah rakyat Perak. Juga rakyat Malaysia.


7. Menyebabkan ketidakstabilan politik. Ketegangan politik terus menerus berlaku selagi kemelut di Perak ini tidak selesai. Keadaan ini ditambah lagi dengan kes kes tambahan, seperti meletak jawatannya ADUN Bukit Selambau, kes Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan di Selangor. Walaupun bagaimana cuba ditutup pun, namun tangan orang akan menuding kepada UMNO dan BN yang terus menerus mencipta ketidakstabilan politik dengan cara yang jijik. Mereka tidak perlu menunjukkan apa apa bukti, tetapi itulah gerak daripada naluri mereka. Dengan itu keresahan politik akan terus mendidih.


8. Menyebabkan ketidakstabilan sosial. Pergaulan penduduk Malaysia menjadi tidak selesa selagi kemelut Perak ini berterusan. Ejek mengejek, kutuk mengutuk dan sebagainya berlaku, dan ini adalah tidak sihat untuk kesejahteraan masyarakat Malaysia. Kalau berita yang mengatakan keluarga Hee Y Y, timbalan speaker daripada DAP yang melompat ke BN, diperli dan tidak dilayan untuk membeli barang barang keperluan itu betul, ia menunjukkan satu ketidakstabilan sosial yang besar dan serius. UMNO tidak boleh memandang perkara ini sebagai ringan.


9. Menyebabkan terhakisnya nilai nilai moral. Kemelut ini dikaitkan dengan rasuah, penipuan, menikan kawan dari belakang, bercakap bohong, berjanji palsu, menceroboh kehidupan peribadi orang lain dan macam macam jenayah lain lagi. Kesemuanya bercanggah dengan nilai nilai murni yang sistem pendidikan Malaysia cuba terapakan ke dalam sanubari generasi kita. Kehancuran nilai nilai moral ini juga bercanggah dengan nilai nilai yang dilaungkan oleh Rukunegara yang juga cuba dipromosikan oleh pemerintah. Tetapi merekalah yang meranap dan menjahanamkan nilai nilai tersebut.


10. Menyebabkan kehancuran imej. Imej Malaysia yang bertamadun dan dihormati terutamanya di kalangan negara negara membangun dan negara negara Islam hancur dengan tejadinya kemelut politik di Perak ihi. Kemelut ini mendedahkan wajah hodoh yang sebenar yang dipunyai oleh pemerintah yang didalang oleh UMNO.


11. Menyebabkan perubahan persepsi. Persepsi ialah imej mental yang diukir oleh seseorang itu mengenai sesuatu perkara. Kalau imej itu cantik, maka persepsinya adalah cantik. Tetapi dengan kemelut politik di Perak ini, persepsi orang luar terhadap Malaysia jadi meredum. Persepsi rakyat biasa terhadap UMNO juga turut bertukar. Kalau ada rakyat Malaysia yang tidak kisah hal parti politik ini, maka sekarang mereka telah membentuk satu persepsi buruk tehadap UMNO. Mereka melihat UMNO sebagai sesuatu yang menjijikkan. Isu derhaka yang cuba dimainkan oleh UMNO menjadi satu persembahan badut dalam sarkas.


12. Menyebabkan tension. Tension atau tekanan boleh menyebabkan tidakstabilan mental. Ramai rakyat Malaysia yang mengidap masalah ini. Kemelut di Perak ini menambahkan lagi masalah ini. Saya rasa yang lebih tertekan ialah mereka yang terlibat dengan aksi kekatakan apabila mereka melompat. Bekas ADUN Bukit Selambau menyatakan sebab beliau meletakkan jawatan ialah tension. Kalau yang tidak melompat dah tak tahan dengan tension, anda fikir macam mana pula yang terlompat lompat?


13. Ada yang tension nanti ambil tindakan luar dugaan?

HENTIKAN SEGERA KEMELUT INI

Assalamualaikum,




Rakyat negeri Perak diheret secara tidak berakhlak ke dalam kancah kemelut yang tidak berkesudahan. Kehendak dan pilihan rakyat negeri Perak seperti yang diterjemahkan oleh keputusan pilihanraya ke 12 telah dihina dan pijakpijak lenyek oleh mereka yang gilakan kuasa.


Rakyat Perak telah muak dan mual dan loya dengan kesarkasan dan kebadutan ini. Rakyat negeri Perak mahu suasana yang memalukan ini dihenti dan diselesaikan segeara.


Rakyat yang memberi kuasa kepada team pegurusan negeri.


Kembalikan semula kuasa tersebut kepada rakyat, dan beri laluan kepada rakyat membuat penentuan mengikut lunas demokrasi dan perlembagaan dan perundangan yang telah dipersetujui bersama.


Biar rakyat yang menyelesaikan kemelut ini.


Benarkan rakyat menyelesaikan.

Dengan segera.

Wednesday, February 18, 2009

TEORI RAHMAN HANCUR DI SINI

Assalamualaikum,


Apabila speaker DUN Perak menggantung MB fotostat Perak selama 18 bulan daripada menghadhiri persidangan DUN dan 6 exco lain digantung tugas selama 12 bulan, maka yang kena sembelih ialah Najib.


Beliau tidak akan menjadi perdana menteri. Sekiranya team fotostat yang kononnya memerintah Perak sekarang ini dapat bertahan pun, kecelaruan perundangan dan perlembagaan akan menjadikan peluang Najib semakin kusut dan kusut. Ditambah lagi dengan pocong mongolia sentiasa menjenguk, peluang beliau akan tertutup dan tertutup.


Langkah mereka telah silap dari mula. Dari langkah pertama. Dan keadaan diperburuk dengan multiple error yang mereka lakukan. Seperti yang saya katakan beberapa hari yanbg lalu, pilihanraya seluruh Perak tidak dapat dielak.


Kalau Najib tidak jadi perdana menteri, siapa pula yang menduduk kerusi itu?

TENGOK APA BLOG UMNO CERITA HAL UMNO

Assalamualaikum,

[COPY &PASTE]

Melihat banyak respon dan komen yang Mummy terima (350-500 pelayar satu hari) berhubung suasana politik di kawasan Merbok khasnya PRK Bukit Selambau dan situasi UMNO Bahagian Merbok, Mummy ingin mengulas lanjut untuk tambahan sebagai penyampai suara rakyat di kawasan tersebut.

Maklumat-maklumat ini diterima dari SB-SB Rakyat yang sedang berkeliaran di kawasan tersebut sekarang ini. Ada yang sedang minum kopi di kedai Abu Bukit Selambau, ada yang jadi waiter di Restoran Pelita, ada yang sedang berniaga apom lenggang di market Taman Ria Jaya dan ada yang gunting rambut di Sungai Lalang. Mereka ini bukan ahli politik tetapi mereka ini rakyat biasa yang sedang memerhati gelagat juak-juak UMNO Merbok khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok yang menang dengan rasuah politik.

Mummy diminta untuk membuktikan kenyataan di dalam blog Mummy yang lepas tentang “UMNO Merbok dikuasai oleh syarikat Singapura”. Bukti yang mudah Mummy terima laporan tahunan syarikat tersebut dari Singapore Stock Exchange sekembalinya Mummy dari Singapura minggu lepas.

Lapuran ini memberi maklumat terperinci tentang sebuah syarikat Asti Holding Ltd, syarikat yang disenarai di SSE. Syarikat ini telah melantik Tajul Urus Mat Zain sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Tajul juga dilantik sebagai salah seorang “Audit Committee”. Pengerusi “Nominating Committee” dan “Remuneration Committee”. Dalam lapuran ini hanya Tajul seorang sahaja Melayu Malaysia yang dilantik di dalam syarikat tersebut dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain dan pengurusan lyang lain semuanya terdiri dari Cina Singapura.

Betapa hebatnya ketua UMNO Bahagian Merbok yang dahulu hanya jadi cikgu cabuk hari ini boleh duduk di dalam sebuah syarikat awam berpengkalan dan dikuasai oleh Singapura.

Persoalannya di sini, siapa Tajul? apa yang Tajul tahu tentang perniagaan? apa yang Tajul tahu tentang “precision engineering”?, apa yang Tajul tahu tentang peranan ahli lembaga pengarah syarikat awam?. Atau Tajul hanya proxy seseorang? KJ atau Mahazir Khalid?

Dalam kata yang paling mudah Tajul merupakan broker komission atau power broker atau talibarut atau upahan syarikat Singapura yang ingin menguasai tokoh-tokoh politik negara ini.

Banyak syarikat-syarikat Singapura telah menggunakan strategi kotor Yahudi seperti di Amerika Syarikat di mana majoriti syarikat strategik AS dikuasai oleh Yahudi dan setiap kali pilihanraya memilih Presiden AS, syarikat-syarikat ini akan menyalurkan dana yang berbillion ringgit untuk memenangi calun pro mereka. Dalam lain perkataan Presiden tersebut kelak akan tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi di dalam segenap dasar luar dan dalam AS.

Contoh yang terjadi dihadapan mata kita ialah, apa jadi dengan PM Thailand, Taksin Shinawatra dimana beliau telah dibeli oleh Temasik Holding Ltd sebuah konglomerat Singapura sehingga beliau akhirnya jatuh diguling oleh rakyat dan rajanya sendiri dengan penuh penghinaan.

Hari ini UMNO Merbok sedang bergembira dengan tokoh mereka yang konon kaya raya. Mereka tidak sedar mereka telah dibeli dengan wang-wang dana dari Singapura. Yang sebenarnya UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan dagangan dan kempimpinan jawatankuasa yang ada telah tergadai kepada Singapura.

albanjari said...

tahniah mummy,
kerana membongkar rahsia besar Umno Bahagian Merbok.Bravo !! Teruskan bongkar untuk rakyat tahu dan lebih tahu !

Anonymous said...

erm.. bagus maklumat nie... apa kata mummy selidik juga tentang orang2 yang rapat ngan mr tajul nie.. contohnya ketua pemuda bahagian kuala kedah.. siapa dia nie sebenarnya..

bungaraya said...

Inilah yang silapnya mengenai orang melayu. Jelas dan nyata tidak dapat duduk diam bila melihat bangsanya kaya dan memiliki harta bertimbun. Sepatutnya bila kita dengki melihat orang melayu lain kaya raya, kita juga patut berusaha untuk menjadi kaya, bukan mentohmah dan memburuk-burukkan orang melayu lain. Saya tidak hairan jika 50 tahun lagi miliki peratusan melayu dalam bidang ekonomi menjunam jatuh. Sebabnya kerana terdapat orang melayu sendiri yang masih kuat rasa iri hati dan dengki. Tak sedar pula tu. Nama je sekolah melambung tinggi. Tapi hati masih busuk macam bangkai babi.

awi.prt8 said...

Salam Mummy,

harap maklumat mummy nie bukan rekaan dan fitnah semata-mata.kalau tak kes naya mummy.

Anonymous said...

sebagai salah seorang orang muda di merbok, samaada tajul ataupun tokmie, jawapannya ialah baik orang lain.samada guna duit atau tidak, perwatakan tajul tidak sesuai untuk menjadi pemimpin yang telus dan ikhlas.susah nak mengenal tajul samada beliau adalah musuh atau tidak.tokmie pula lebih kepada orang-orang lama.merbok begitu slow sehingga tiada tarikan.sifat juah dan berlagak kerana kaya dan jawatan ibarat mengikat tali di tengkuk..bisa menjerut sehingga padam jika salah jalan dan ditarik orang.jika benar apa yang mummy cakapkan maka merbok boleh menjadi contoh kepada umno yang bakal terkubur pada pru 13.pemuda diketuai oleh kroni khairy.wanita diketuai oleh seorang wanita yang tidak berkenyakinan manakala puteri diketuai oleh seorang yang persis lalang.apa lagi yang tinggal?

pemuda langkawi said...

Saudara Bungaraya,

Tulisan mummy tidak mempunyaai niat buruk kepada sesiapa,ianya merupakan satu fakta yang benar.Manusia suka ikut orang ramai dan takut untuk berhadapan dengan KEBENARAN.

Kebenaran itu kebal,ia tidak terkalahkan kerana kebenaran adalah kemahuan Tuhan.

Satu lagi projek yang dijual kepada Singapura ialah Projek 99 degrees East di Bukit Malut,Langkawi.Tanah milik Kerajaan Negeri diserah kepada Syarikat TIARAMODA yang dimiliki oleh rakyat Singapura.Tanah itu amat Strategik dan cukup besar melebihi 100 ekar di serah secara Joint venture 80% kepada syarikat tersebut dan Kerajaan Negeri Kedah hanya memiliki 20% sahaja.

Semua Projek ini diatur oleh Tajul melalui Syarikat Kedah Corp.Berapa nilai Projek ini ? ianya hampir mencechah billion ringgit.Siapa yang untung ? tolong tanya mantan MB Kedah Det Khalid.

Yang anehnya mengikut kelaziman Projek JV selalunya 70 - 30 ,kenapa projek ini 80 - 20 ? siapa dapat 10 peratus ? Sila tanya MB baru dan GM Kedah Corp yang baru, ia ada jawapannya.


Apa persepsi anda tentang nafsu yang ada pada UMNO?

HANG TUAH TU ORANG UMNO

Assalamualaikum,



Apabila ada kepentingan politik UMNO, maka kelihatan berduyun Melayu UMNO kononnya setia dan mempertahankan institusi raja. Tetapi itu dilakukan bukan kerana kasih mereka kepada institusi tersebut, bukan kerana sememangnya mereka taat dan setia menjunjung duli, tetapi kerana ada perkara, ada agenda tersorok yang ingin mereka meraih untung daripada kepuraan taat dan setia kepada institusi tersebut.


Sekiranya sungguh mereka taat dan setia kepada institusi raja, kenapa mereka yang menghina institusi tersebut pada pindaan perlembagaan persekutuan 1983? Itu tandanya mereka bermuka muka.


Kalau sungguh mereka taat dan setia kepada institusi raja, kenapa mereka menghina institusi tersebut pada pindaan pelembagaan persekutuan 1993? Itu tandanya mereka talam seribu muka!


Kalau sungguh mereka taat dan setia kepada institusi raja, kenapa mereka menghina institusi tersebut dengan menabalkan seorang sultan lain di Kelantan? Enggan patuh titah Sultan Perak dalam tahun 1974? Menghina sultanTerengganu dengan meludahkan nista kami nak idris, natang? Melarikan puteri istana?


Tiba tiba sekarang mereka cuba menunjukkan sikap Hang Tuah yang taat setia kepada sultan tanpa berbelah bagi.


Memanglah Hang Tuah taat jenis bebal .


Sebab Hang Tuah tu orang UMNO.

Tuesday, February 17, 2009

LIZ WONG MEMBUKA ERA POLITIK BERTANGGUNG JAWAB

Assalamualaikum,


Liz Wong memulakan satu era politik bertanggung jawab di Malaysia. Walaupun dia tidak melakukan apa apa kesalahan, cuma kehidupan peribadinya diceroboh oleh sang puaka, namun kerana mengamalkan politik yang bertanggung jawab, Elizabeth Wong sanggup melepaskan kedudukannya.


PR telah mengorak satu langkah jauh kehadapan dalam mematangkan politik Malaysia.


Tidak seperti UMNO dan BN, dah jelas pelakon porno pun boleh pegang jawatan tinggi dalam parti. Dah jelas melarikan anak istana pun boleh pegang jawatan tinggi. Dah jelas larikan duit berkilo kilo pun boleh pegang jawatan tinggi.


Dah jelas robohkan masjid, robohkan surau pun boleh pegang jawatan tinggi.

PRK BUKIT LANJAN: KUBUR UMNO

Assalamualaikum,


Setuju kalau ADUN Bukit Lanjan segera mengosongkan kerusinya dan memberi laluan untuk pilihanraya kecil diadakan. Ini dengan sendirinya akan menjadi kubur kepada UMNO dan BN kerana:

1. Ini adalah satu pengkhianatan kotor dan jijik yang dilakukan oleh UMNO/BN
2. PR telah merentas laluan, sekiranya seorang pemegang kerusi DUN atau parlimen mendapati dirinya dipalit dengan suatu karenah yang boleh menjejaskan kredibiliti, maka ia mesti mengosongkan kerusinya.

4. Ini bukan sahaja untuk PR, tetapi untuk BN atau parti apa pun.

5. Jadi mana mana mana ADUN atau ahli parlimen BN yang mendapati dirinya dalam keadaan sedemikian, hendaklah beliau melepaskan kerusinya.

6. Di Perak jelas ada ADUN yang kononnya memihak kepada BN yang telah terpalit dengan isu moral dan isu jenayah, maka hendaklah kosongkan kerusi mereka segera

7. Kalau UMNO boleh minta Bukit Lanjan kosongkan kerusi, maka mengapa UMNO bermuka muka tidak meminta mereka yang telah didakwa di mahkamah mengosongkan kerusi mereka?

STATESMAN LAWAN BADUT

Assalamualaikum,

Krisis perlelmbagaan dan krisis politik di Perak menghasilkan pelbagai natijah. Antara yang jelas kelihatan ialah naiknya imej Tengku Razaleigh Hamzah sebagai seorang statesman. Walaupun beliau berada dalam pelukan UMNO tetapi beliau berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah dalam isu ini.


Berbanding dengan beberapa karakter lain yang juga tumpang semangkuk untuk kononnya meraih populariti dan menonjolkan imej sendiri, tetapi nyata usaha yang mereka lakukan itu di mata rakyat bukan mereka kelihatan sebagai pejuang dan jagoan, tetapi semakin mereka tonjolkan diri, semakin imej badut terserlah dalam diri mereka.


Akhirnya seluruh lakonan yang sedang ditayangkan sekarang menjadi satu lakonan badut yang meloyakan rakyat dan memualkan selera seluruh warga Malaysia.

Percubaan cuba menelanjangkan ahli ahli politik lain dengan harapan ini memaksa mereka melepaskan kerusi, dan cuba menjangkitkan pekung yang mereka cipta di Perak ke negeri negeri lain sememangnya dilihat dan dipersepsikan sebagi lakonan badut yang dimembadutkan seluruh kem mereka.


Rakyat bukan badut. Kamu yang badut.


Yang pasti, rakyat sudah lebih daripada sedia menolak badut.

Monday, February 16, 2009

YET ANOTHER LADY

Assalamualaikum,


Press Statement by Elizabeth Wong

16 Feb. 2009 ; 2:45 pm

I was informed on Friday, Feb 13, 2009 by journalists from the Malay Mail that they have in their possession intimate photos of myself and that the newspaper will be publishing a story about these photographs.

I was told that some people are trying to distribute photos/videos showing me asleep in partial nudity and also in intimate positions.

The distribution and publication of these photos/video is a malicious attack on my personality. This constitutes a gross outrage on my modesty, a gross invasion of my privacy, and in particular the sanctity of my personal life. It is being done by unscrupulous persons to embarrass and discredit me?

I am a victim in this incident.

I have yesterday lodged a police report in relation to this matter and I will fully cooperate with the police in their investigation. I will therefore not speculate publicly about those responsible for this gross invasion of my privacy.

I have received a lot of support from my supporters, friends, colleagues and members of my constituency. I wish to thank them for their concern, support and encouragement.

My family members are standing behind me. I would like to appeal to the media to give me and my family members some breathing space in this trying time so that I can weather this huge challenge.

I will in the meantime continue to carry out my task of serving the people of Selangor faithfully.

Elizabeth Wong
Bukit Lanjan assemblyperson
Exco for Tourism, Environment and Consumer Affairs

SELANGOR

THE LADY

Assalamualaikum


Excerpt from the Star online April 17, 2008












My ADUN: Sungai Rapat

Full Name: Hamidah Osman
Party: Umno
Age: 47
Marital status: Married
Number of children: Four
Constituency: Sungai Rapat
Education: Degree in Accountancy, UiTM
Profession: Full-time politician



Hamidah, who is also Gopeng Wanita chief, has been with Wanita Umno for 25 years.

How much time do you spend on the computer? Do you blog? Do you have a website?

About an hour a day. If it is work-related, maybe up to four hours. I don’t have any blog. I’m planning to set up a website.

What kind of music do you listen to? Please name a favourite song.

Not so much. Don’t have any.

Are you into movies? Name a favourite movie.

I seldom watch movie. I only watch what is on the television. No favourites.

What do you read? What was the last book you read?

I prefer books on human behaviour and character building. The last book I read was called ‘Penenang hati’. I forgot who the author was.

Are you into the English Premier League football? What’s your team and favourite player?

I used to follow EPL sometime ago. My husband likes Liverpool so I followed him. I don’t have any particular footballer that I like.

If not football, what’s your favourite sport?

I like sports actually, especially badminton, I would follow the progress of our country’s players in tournaments every now and then through news.

What do you play? Who is your favourite sports star?

I would go for bowling whenever I have the time. No one in particular.

Coffee or tea? Name your brew.

I prefer tea, plain and thin. Cameron Boh tea.

Got a nickname? How did it come about?

Kak midah, everyone calls me that. It is derived from my name.

What languages can you speak?

Bahasa Malaysia, English and a bit of Cantonese.

Do you smoke?

No. I hate smokers.

What is the gadget you can’t do without?

Handphone is important and my laptop also.

What’s your favourite food? Spicy food.

What car do you drive and how long have you had it?

I have a Mercedes 230 for 13 years and a Toyota Estima for about four years.

What is your contribution to environmental conservation?

I am very cautious about preserving the natural beauty of the environment. I used to be involved in landscaping and I would do a lot of tree planting.

Name an idol (dead or alive) that you look up to and why.

Tun Dr Mahathir Mohamad. He is a great leader who has served the country for 23 years. I admire him for his leadership quality, his vision and what he has done for the country.

Any phobia?

I am scared of anything cold-blooded.

Favourite actor, and why.

Tan Sri P. Ramlee because he was such an evergreen actor and his message is still relevant to our society.

Favourite actress, and why. None.

What do you like about Malaysia?

We have a unique mix of cultures and races. The people can live together as a whole community and we respect each other.

What do you dislike most about Malaysians?

Some Malaysians are busybodies (laughs) and they are sometimes very emotional and less rational.

Which sector in Malaysia would you like to see improvement?

I would like to see improvements in all service-based sectors, especially those related to public services. They are still lots of room for improvement.

If there is one thing you wish you can change in the country, what would that be?

I would like to change the attitude of the people. I want the country to be prosperous and for the people to adopt eastern values.

RAMPAS KUASA MAU, HADAPI BALLOT BOX TAK MAU

Assalamualaikum,


Bertiup desas desus mengatakan UMNO akan cuba circumnavigate isu speaker DUN Perak supaya onar yang mereka lakukan dan mereka mulakan akan terus dapat disolek agar kelihatan menarik serta mendapat belas simpati rakyat.


Tetapi apa pun yang dilakukan untuk circumnavigate perkara ini akan melibatkan pelanggaran kepada lunas undang-undang dan perlembagaan.


Tetapi mereka peduli apa. Membujur lalu. Kalau melintang, patah. Namun hasrat jahat mereka pasti dipertahankan hingga ke titisan liur yang terakhir.


Namun, semakin bertahan pada tunggul rapuh, semakin segera berdentum jatuhnya.


Untuk menyerahkan mandat kepada rakyat tidak sekali!

PILIHANRAYA SEMULA SELURUH PERAK TIDAK DAPAT DIELAK LAGI

Assalamualaikum,


Kemelut politik di Perak tidak akan ada penghujung sekiranya satu penyelesaian politik tidak dicari. Dan pencarian itu mungkin tidak lama memandangkan perkembangan politik terkini di Perak.


Jawatan speaker dalam dewan undangan negeri Perak masih lagi dipegang oleh penjawat sekarang, dan ini akan memusingkan bacaan dan telahan serta persiapan politik UMNO/BN 180 darjah. Ia juga akah menjadikan keadaan politik Perak semakin kacau sekiranya tidak ditangani dengan cermat dan mengikut lunas undang-undang.


Politik Perak hari tidak boleh lagi bergerak ke mana mana arah. Semua pihak sekarang telah tergamam dengan perkembangan perkembangan yang sedang berlaku di Perek.


Untuk mencari jalan keluar secara terhormat dan berhemah, UMNO tidak ada cara lain selain daripada membubarkan DUN Perak.


Apa juga jalan lain yang dicuba oleh UMNO akan menjadikan bertambah kusut dan masai. Ketenteraman dan kedaimana boleh terjejas.


UMNO mencipta sendiri stranglehold untuk lehernya.


Submission. Itu sahaja pilihan yang ada.

Sunday, February 15, 2009

KENAPA UMNO KATA MEREKA TIDAK DERHAKA?

Assalamualaikum,


Orang lain semua derhaka! Siapa yang tidak sokong UMNO semua derhaka! Yang tidak derhaka tu UMNO sahaja!


Kenapa UMNO perlu berjerih mengatakan mereka tidak derhaka dan tidak pernah derhaka?


Sebabnya mereka tahu ada kelompok yang percaya sungguh lolongan mereka ni.


Si beruk.


Dengan si katak.

IT IS A CUL-DE-SAC, UMNO!

Assalamualaikum,

Every which way you manouvre UMNO, you will find a dead-end. The path which you have purposely chosen to wrest power from the PR government in Perak is wrong and faulty. The legal and judicial entanglement that you have caused yourselves to be trapped in is far more complex and perplexing than what you could have possibly imagined.



Stop stoking hatred among the people in the faint hope that they will turn their support from the PR government to that of the illegal BN propped management team. The longer you try sidestep the constitution and the law, the deeper will be the political turmoil that will precipitate. This impasse has to be put to an end.


That end is not what you have designed, for, learning from past experience you would certainly jump to same old trick of putting an end to political turmoils and upheavals by unleashing your one and only weapon, the ISA. Things have changed and are changing now. The moment you use it, you certainly sign your downfall.


The only way to end a political impasse is to turn to political means. Let the people decide and let them have their say through the ballot box. Whether you agree to it voluntarily, or you are forced into submission, the end is near, for you.


Because the murky path you have so chosen is a cul-de-sac.