Friday, August 19, 2011

AKU SANGAT KHUATIR SEKIRANYA..... 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam perang Tabuk cuaca diberitakan pada masa itu sangat panas. Buah buah kurma sedang masak untuk dipetik. Diberitakan panas semasa tentera Islam dalam perjalanan itu boleh memutuskan leher mereka. Serta mereka kekurangan air, sehingga ada yang menyembelih untuk untuk diambil kantung air dari dalam perut unta untuk diperah agar dapat diminum airnya. Juga khianat daripada para munafiqun yang menabur fitnah agar tentera Islam tidak mematuhi perintah Rasullullah s.a.w.


Aku sangat risau sekiranya aku berada di Madina pada masa keluar perintah itu dan Rasullah bersabda memerintahkan kepada aku suruh ikut sama. Aku khuatir kalau kalau jawapan aku ialah, panaslah ya Rasullullah, kurma hamba sedang nak dipetik ni........

Aku berdoa aku bukan daripada kumpulan yang menghamburkan jawapan sedemikian

Wednesday, August 17, 2011

AKU SANGAT KHUATIR SEKIRANYA..... 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Dari Makkah ke Bait ul Maqdis di Palestine lebih kurang 1000 km. Sekarang ini pun kalau ada orang beritahu kau bahawa dia travel dari Makkah ke Bait ul Maqdis selepas waktu Isya' dan kembali ke Makkah pada hari yang sama sebelum waktu subuh, tentu aku akan renung orang itu dari hujung rambut ke hujung kaki dan mutar semula dari hujung kaki ke hujung rambut.

Kalau orang itu juga beritahu kau bahawa dari Bait ul Maqdis dia naik roket pergi bulan, lepas tu kembali semula ke dunia dalam beberapa jam sahaja tanpa pakai outfit astronaut dan tanpa space shuttle, aku percaya kompom kau akan label orang ini gila.

Sekiranya aku bersama dengan zaman Rasulullah s.a.w. semasa baginda memecahkan berita mengenai isra' dan mikraj dan abu lahab berlari datang kepada ku bertanya hamirdin, kau percaya ke Muhammad pergi Masjidil Aqsa, pastu dia naik ke langit, pastu turun, pastu balik ke Makkah suma dalam masa antara isya' ngan subuh', kau pecaya ke?

Mak hai, aku khuatir iman aku pada ketika itu goyah dan goyang. Ku khuatir tergelincir.

Berbeza dengan Abu Bakar, bila berita itu di bawa kepadanya, dia soal balas, siapa yang berkata? abu lahab jawab, Muhammad!

Kalau Muhammad yang berkata aku percaya dan aku yakin. Tegasnya tanpa kompromi.

Itulah sebabnya beliau Assiddiq


Tuesday, August 16, 2011

RINDU KU TERUS MEMBARA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aku kira dalam tahun 1996. Sebaik selesai solat subuh, ramai lagi jemaah yang terus kekal di tempat duduk masing masing sambil beramal dan beribadat dengan amalan yang masing masing lazimkan selepas solat subuh. Aku dengar dia baca surah Ya Sin. Nada bacaannya kuat, sehingga jelas kedengaran disekitarnya. Ku perhatikan yang mambaca itu, seorang OKU tanpa penglihatan. Aku agak umurnya sekitar 60an, dan daripada perawakannya aku menjangkakan dia berasal dari South Asia, samada India, Pakistan, Bangladesh atau Sri Lanka. Aku sedang berada dalam Masjid Nabawi di Madina.


Bersama zaujah musim haji 2009

Lepas baca Ya Sin, dia sambung dengan ArRahman. Lepas itu dia baca Al Waqiah. Lepas itu dia baca Al Mulk. Esok, ditempat yang hampir sama, lepas subuh, aku jumpa dia lagi. Dia beramal dengan surah surah yang sama.

Aku tahu, itu adalah isyarat daripada Allah subhanawataala, kalau kau nak beramal, surah surah sedemikianlah molek kalau diamalkan. Aku mengambil ilmu orang itu dan mengamalkannya sehingga hari ini.

Hari jumaat ini 19/8/2011 aku dan zaujah serta juga emak saudara zaujah dan anak perempuan beliau akan menunaikan umrah. Inilah pertama kali kami nak merasa umrah semasa ramadhan. Walau pun dengan izin Allah akuj dan zaujah berpeluang ke tanah suci sekian kalinya, namun kerinduan kepada kedua masjid ini tidak padam padam malah terus membara.

Berlatar belakang Masjid Haram musim haji 2009

Setiap hari bekerja sekarang aku memandu satu setengah jam untuk sampai. Tidak terasa lelahnya bila ilmu OKU berkenaan aku amalkan

Monday, August 15, 2011

SEPERTI TIDAK PERCAYA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Semasa tetamu saya dari Jakarta memberi tahu bahawa bukan Masjid BAITURRAHMAN di Acheh sahaja yang tetap tegap berdiri setelah dilanda tsunami, maka barulah aku ingat bahawa memang ada beberapa masjid lain yang berdiri tetap teguh walau pun kawasan sekeliling luluh dilanda tsunami.

Masjid BaiturRahman

Masjid Acheh


Masjid yang aku tidak tahu namanya di Acheh


Masjid Banda Acheh


Masjid di Banda Acheh

Kalau tuan nak kemukakan teori dan pendapat, beribu ribu pendapat telah dikeluarkan untuk menerangkan fenomena ini. Bangunan lain habis ranap. Masjid tetaap utuh berdiri.


Tidak seperti masjid di Malaysia, kena angin kencang sedikit, berdentum kubah melayang.

Port Dickson, 30/7/2011

telobih hobin ko jang?









Sunday, August 14, 2011

UTK DIREBUT MASA BERBUKA

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



 Keluarga ku sedang berbuka
 
Pada saat berbuka Allah dengan rahmatNya membebaskan seribu ribu orang (sejuta) yang wajib atas mereka neraka.

Pada hari jumaat dalam bulan Ramadhan Allah membebaskan seribu ribu orang yang wajib atas mereka neraka pada setiap saat.

Pada Hari terakhir bulan Ramadhan Allah membebaskan sejumlah orang yang sama bilangannya yang dibebaskan dari awal ramadhan sampai lah ke akhir ramadhan daripada neraka, sedangkan telah confirm ke atas mereka azab neraka.



Berdoalah semasa anda berada dalam bulan Ramadhan