Tuesday, June 3, 2014

BERPUNTAL LIDAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Almarhum guru tajwid ku memberi tahu bahawa syeikhnya melarang pelajar pelajarnya bertutur selain daripada Bahasa Arab, dan syeikh itu juga amat melarang bertutur dalam bahasa Inggeris kerana katanya ini akan mengganggu sebutan Bahasa Al Qur'an.

Semasa bersekolah menengah, pertuturan di sekolah adalah dalam Bahasa Inggeris, sehingga lah sampai ke universiti. Setelah bertugas, di intitusi lama ku, rakan kerja bertutur dalam Bahasa Inggeris, sehinggalah aku pencen.

Di institusi di mana aku bertugas sekarang, pertuturan harian adalah dalam Bahasa Melayu, sedang apabila aku mengajar, bahasa pertuturannya adalah dalam Bahasa Inggeris. Setiap kali sehabis kelas, aku merasakan lidahku semacam berpuntal.

Bila membaca Al Qur'an, memang aku rasakan petuturan dalam Bahasa Inggeris menjejaskan makhraj huruf huruf Al Qur'an, itu lah sebabnya syeikh berkenaan melarang pelajarnya bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebaik aku selesai membuat pembentangan di satu conference di Bali minggu lepas, aku rasakan lidah ku kembali berpuntal. Terasa lidah tu seperti penat.

Bila dibawa baca Al Qur'an, memang sebutannya lari kadang kala.

Benarlah, bahasa Al Qur'an tidak ngam dengan Bahasa Inggeris.

Monday, June 2, 2014

FUNDAMENTAL TIDAK BERUBAH

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pilihan raya kecil Teluk Intan. Dyana kalah. Tetapi fundamental tidak berubah. Menangnya BN atas sebab teknikal sahaja. Asas pemikiran pengundi masih sama