Saturday, September 6, 2008

RUPA BENTUK KERAJAAN ANWAR

Assalamualaikum,


Katakah lah apa yang dihebohkan mengenai 16 September 2008 itu menjadi. Dan Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan dan dia sendiri adalah perdana menteri Malaysia maka ramai orang bertanya apakah bentuk kerajaan yang akan dihasilkannya? Soalan ini kerap datang dari kalangan PAS, kerana, PAS bersama dengan pakatan ini adalah atas dasar idealisme yang diperjuangkannya, iaitu untuk membentuk pemerintahan Islam di Malaysia.
Saya namakan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk nanti sebagai pemerintahan Anwar atau PA. Untuk membentuk PA, katakan Anwar dapat menarik dan menyebabkan 40 orang ahli parlimen BN berpaling tadah dan menyertai Anwar untuk membentuk kerajaan baru, yang mana Anwar adalah perdana menteri. Sekiranya ini berlaku, maka PR akan mempunyai 4 komponen, PKR, DAP, PAS dan BN murtad (BN-m). Ranking komponen ini akan mengikut jumlah kerusi parlimen yang dipunyai oleh tiap komponen, jadi susunannya adalah seperti berikut: 1. BN-m 2. PKR 3. DAP 4.PAS. Perebutan sengit ialah untuk jawatan TPM. DAP telah menyuarakan L Kit Siang untuk menjadi TPM, tetapi BN-m akan lawan dan akhirnya jawatan TPM jatuh kepada BN-m. Katakanlah orang yang menjadi TPM ialah MY. Sususan kabinet anda boleh agak dengan mudah, kalau tak boleh teka, gunakan sahaja barisan kabinet yang telah pun disebarkan dialam siber ni.
Sistem pemerintahannya adalah sistem sekular. Pendekatan yang digunakan ialah pendekatan sosialistik, dengan penekanan kepada social justice and citizen-friendly.Perang pertama yang akan dilancarkan oleh PA ialah menghapus kurap yang telah subur dalam pemerintahan BN, seperti korupsi, kronism dan perompakan harta negara. Undang-undang draconian seperti ISA akan dihapuskan. Pemerintahan ini akan menghormati Islam sebagai ugama rasmi, tetapi hanya setakat menghormati sahaja. Undang undang Islam tidak akan didaulatkan.
Ini akan membawa kita kepada satu senario menarik. Adakah PAS nanti akan berasa canggung dalam suasana ini? Sistem yang cuba diruntuh PAS tidak dapat diruntuhkan, yang berlaku ialah tukar baju sahaja. Pernah pemimpin PAS menyuarakan pendapat kalau Islam tidak memerintah, PAS akan meninggalkan pakatan ini. Adakah ini akan berlaku?
Saya rasa pilihan terbaik bagi PAS ialah terus berada dalam pakatan ini, sebabnya ialah ia telah termasuk dalam satu lubang yang tidak ada jalan undur ke belakang. Ia perlu meneruskan perjalanan dan hadapi apa juga rintangan di hadapan. PAS tidak akan memainkan peranan penting dalam PA. Ia akan lebih bersifat seperti mufti, atau yang lebih tepat ialah lebai. Apabila satu fatwa dikehendaki, barulah ia dihubungi.
Perjalanan masih jauh lagi bagi PAS. Kalau PA berjaya dibentuk, maka saya jangka PAS kena tunggu 20 tahun lagi untuk mendaulatkan Islam. Itu pun kalau berjaya. Sementera itu, ikut sahajalah pemandu dihadapan:
Sudah kau tahu peria tu pahit
Kenapa disayur dari bunganya
Sudah kau tahu politik tu perit
Kenapa dicebur dari mulanya

STAY CALM MENJELANG 16 SEPT

Assalamualaikum,


Telah banyak perkatakan tetang 16 September ini, tetapi yang saya kagum ialah political engineering yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Dengan memberikan satu tarikh, seluruh Malaysia sekarang didakap cemas, sama cemas mengharap atau cemas ketakutan. Tetapi suasana cemas, atau kalau tidak cemas pun, berdebar tetap ada. Sekirangya ia satu permainan kosong masakan BN Back Benchers Club membuat lawatan ke luar negara bertepatan dengan tarik tersebut. Ini menunjukkan tarikh tersebut berjaya membuat satu impak kepada politik Malaysia hari ini.
Untuk kita yang menjadi pemerhati dan bukan pemain, saya nasihatkan supaya stay calm lihat serta saksikan peristiwa tersebut terjelma selembar demi selembar.

SETUJU KALAU PETRA DIAMBIL TINDAKAN

Assalamualaikum,


Walau pun saya ada terbaca sahabat saya bernama Mat Sabu mengkagumi bedul ni, saya tidak merasa sebarang simpati kepada dia. Kalau ada mana mana pihak nak ambil tindakan kepada dia atas alasan apa jua, biarkanlah. Tiada simpati bagimu.
Saya telah baca tulisan beliau tentang orang Islam yang pakai serban, dan saya dapat baca apa yang terkandung dalam sanubari beliau. Tulisan tersebut akan saya jawab apabila sampai masanya. Buat masa ini biarlah dia berhadapan dengan segala tindakan yang dia sengaja undang.
Kalau dia mencitai Islam dan orang yang mencintai Islam, maka segala prasangka yang ada dalam diri saya tehadap dia akan lenyap secara otomatis.

MAT SEME'I TAK YAH MINTA MAAF LA!

Assalamualaikum,

Yang faham membaca politik pada masa kini ialah parti GERAKAN, sebab itulah diberitakan hari ini mereka memberi katadua untu mengkaji semula kedudukan mereka dalam BN. Apabila tersebar berita semalam mengatakan GERAKAN membuat sidang akhbar saya sangka mereka bersedia membuat pengumuman untuk menyertai PR semalam. Rupanya kita kena tunggu dulu.
Mengapakah saya katakan GERAKAN faham membaca suasana politik semasa? sebabnya ialah apa yang terbit daripada fiasco Ahmad Ismail ialah peralihan sokongan masyarakat non Melayu kepada DAP sekarang. Kalau sekiranya berlaku pilihanraya kecil di mana mana tempat di Semenanjung Malaysia hari ini, dan DAP bertanding melawan GERAKAN, maka saya percaya gambling pundit akan meletakkan odd yang tinggi kepada DAP. GERAKAN akan bungkus. MCA jangan cerita la.
Sebab itu, memang kena pada tempatnya kalau GERAKAN menyuarakan pendapat mereka untuk mengkaji semula penyertaan mereka dalam BN. Soal Ahmad Ismail minta maaf atau tidak bukan lagi menjadi sesuatu yang penting. The damage has been done. Mat Seme'i minta maaf ke, tidak minta maaf ke, GERAKAN memang terkancing gerakan mereka. Jadi tidak penting dia minta maaf, begitu juga tindak penting kalau dia tidak minta maaf.
Cuma Mat Seme'i dan 13 bahagian UMNO Pulau Pinang memang tinggi ego mereka. Kalau minta maaf, jatuhlah martabat mereka. Mereka bukan seperti najib. Sikit sikit minta maaf. Sikit sikit besumpah. mereka adalah anak jantan bersenjatakan keris.
Kalau dah dihunus, takkan nak sarung semula.

Friday, September 5, 2008

HAL LANUN

Assalamualaikum,


Masih lagi belum selesai hal rakyat Malaysia yang ditangkap oleh lanun dan belum ada apa apa berita terkini yang menggembirakan untuk keluarga mereka di Malaysia. Kita tahu bahawa Selat Melaka dan selat Eden adalah tempat tempat yang sering diserang oleh lanun, dan di Somalia kegiatan lanun ni ada kaitan dengan politk negara tersebut. Kalau Malaysia memainkan peranan membantu ke arah menyelesaikan kemelut negara tersebut,mungkin nasib rakyat Malaysia yang ditangkap oleh lanun tersebut lebih baik daripada keadaannya sekarang.
Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh seorang sambal tumis. Diperturunkan di bawah:



Sambal Tumis said...
Kalau kerajaan yang ada pun perangai sama dengan lanun merompak hak rakyat, tak ada apa yang boleh kita harapkan... lanun sama lanun..kau jaga tempat engkau, aku jaga tempat aku!!
September 4, 2008 4:18 PM



Jadinya macam mana? Lanun dilanun oleh lanun. Yang menerima padah? rakyat marhein yang kelasnya jauuuh di bawaah nun.

TAHNIAH USM SEBAGI U APEX

Assalamualaikum,

Saya mengucapkan tahniah kepada USM kerana tepilih sebagai universiti apex , iaitu universiti yang akan diberi keutamaan dalam menjana usaha untuk menaikkan ranking universiti universiti di Malaysia di dunia. Tetapi dalam pada itu ada juga rasa terkilan kerana Universiti Malaya tidak terpilih sebagai universiti apex.
Tetapi saya setuju kalau universiti yang paling layak diberikan pengiktirafan, dan terbukti USM lah universiti yang paling layak, maka cocoklah status tersebut dianugerahkan kepada yang paling layak.
Kita telah baca respon daripada pihak pengurusan USM bahawa mereka akan mengutamakan meritocracy dalam semua hal, dan inilah yang sepatutnya dilakukan untuk melonjakkan ranking mana mana universiti di dunia. Sekarang nampaknya apabila ranking universiti universiti Malaysia meredum di dunia barulah terbuka mata mereka yang membuat polisi bahawa apa yang diamalkan sebelum ini adalah salah.
Pengurusan universiti di Malaysia telah dicemari oleh tangan tangan politik sehingga menjejaskan dengan teruk prestasi akademik. Diharap dengan pemilihan USM sebagai universiti apex, ranking universiti tersebut, dan juga universiti universiti lain di Malaysia akan meningkat dengan baik.

Thursday, September 4, 2008

AGUNGNYA RAMADHAN

Assalamualaikum,

Anda pernah sembahyang terawih? Bagi seorang Muslim, soalan itu sepatutnya tidak perlu ditanya. Poin yang hendak saya ketengahkan ialah teringatkah anda bahawa solat terawih ini dilakukan selepas solat isya?Berapa rakaat anda solat terawih? 20 +3?atau 8+3, atau 10+3 atau apa apa apa rakaat yang tersanggup oleh anda. Katakan anda solat terawih 8 rakaat dan witir 3 rakaat.
Biasanya orang yang hendak atau ternanti nanti untuk solat terawih ialah mereka yang berpuasa pada siang hari, dan malam solat sunat terawih pula. Kalau anda berpuasa pada siang hari tadi, bukankan pada waktu malamnya anda telah letih dan kepenatan, mata pun cepat sahaja jadi mengantuk? Tetapi kenapa anda mampu solat terawih?
Saya tekankan tadi solat terawih dilakukan selepas solat isya', sekarang saya tanya anda, diluar bulan puasa, selepas solat isya, berapa rakaatkah anda solat sunat? 2? 4? 6? Yang paling senang sekali saya tanya, saya jawab. Kebanyakan orang yang solat isya' dibulan bulan luar daripada bulan ramadhan akan mengiringi solat fardhu tersebut dengan 2 rakaat solat sunat. Kalau ada yang buat solat witir, tambah lagi 1 atau 3. Itu maksimanya. Tetapi kebanyakan orang solat sunat hanya 2 rakaat selepas solat isya'.
Bayangkan, dalam keadaan anda segar bugar, anda hanya mampu untuk solat sunat 2 rakaat sahaja selepas solat isya', sedangkan dalam bulan ramadhan, dalam keadaan anda letih letak, lemah longlai sepanjang hari, dan apabila sampai waktu isya rasa mengantuk mula sampai pula, anda mampu solat selepas solat isya sebanyak 23 rakaat lagi. Kalau campur solat ba'diah isya menjadi 25 rakaat. Tidakkah itu pelik? Dalam keadaan kita segar bugar hanya mampu solat sunat 2 rakaat sahaja, sedangkan dalam keadaan kita letihdan mengantuk, kita mampu untuk solat sebanyak 25 rakaat?
Hebatkan?Siapa yang hebat? Adakah anda yang mampu solat sunat selepas solat fardhu isya sebanyak 25 rakaat itu hebat? Kalau anda hebat tentulah diluar bulan ramadhan, diwaktu anda tidak berpuasa dan segar bugar anda sepatutnya mampu solat sunat selepas fardhu isya sebanyak 50 rakaat. Tetapi kenapa 2 sahaja?
Jawapanya bukan kita yang hebat. Tetapi ramadhan lah yang hebat. Dia membolehkan kita beribadat sedemikian. Begitulah agungnya Ramadhan. Allahu Akbar.

ALOR GAJAH MENYAMBUT AIDIL FITRI DALAM BANJIR?

Assalamualaikum,

Saya harap apa yang saya tulis ni salah. Tetapi kemungkinannya tetap ada. Kalau Kelantan kena banjir kita tidak hairan. Kalau Johor kena banjir, dulu kita hairan, tetapi sekarang telah menjadi perkara biasa. Tetapi sekarang Negeri Melaka sentiasa diancam oleh banjir. Minggu lepas beberapa kawasan di Negeri Melaka telah pun dinaiki air, tetapi mungkin tidak begitu besar sehingga menarik perhatian umum, tetapi masih lagi menyusahkan penduduk, seperti Tehel dan Ayer Molek. Ini adalah sebahagian kecil sahaja daripada kawasan Negeri Melaka yang sentiasa sekarang susceptible kepada banjir.
Oleh kerana pola hujan sudah berubah, dan musim hujan telah tiba lebih awal daripada kebiasaannya, maka kemungkinan berlakunya banjir juga telah turut berubah. Di tambah lagi dengan beberapa faktor tambahan, maka inilah yang menyebabkan saya menulis posting ini. Saya kata Alor Gajah, kerana daerah tersebut mempunyai semua resepi untuk meghasilkan banjir. Saya telah tuliskan dalam posting terdahulu: permukaan bumi di Alor Gajah menghasilkan terlalu banyak air larian permukaan, iaitu air yang kita lihat menglir dipermukaan bumi sebaik sahaja hujan turun. Kalau air jenis ini dihasilkan terlalu banyak, maka sistem saliran yang sedia ada tidak mampu untuk menampungnya.


Disini tumbuhan, terutamanya hutan, memainkan peranan penting untuk menahan, menyederhana, menyerap dam melambatkan perjalanan air permukaan ini. Bukit-bukit yang saya sebutkan disini sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika, tetapi keadaan ini tidak lagi berlaku sekarang.
Bagi Pekan Alor Gajah: Bukit Kukus berhampiran dengan Kampung Ulu Pegoh; Bukit Tunggal dan Bukit Putus berhampiran dengan kampung Kelemak dan kampung Ulu Kelemak; juga Bukit Tujoh...Bagi Kawasan Taboh Naning pula bukit-bukit seperti Bukit Tinggi, Bukit Payong, Bukit Batu Ampar dan Bukit Kelana, sepatutnya ditumbuhi oleh hutan hujan tropika atau pu belukar seperti yang didapati 35 tahun dulu, tetapi oleh kerana ia telah dipeneuhi oleh aktiviti manusia, maka fungsi hidrologi yang sepatutnya dimainkan oleh tumbuhan in tidak berlaku sekarang.
Dengan itu Sungai Simpang Ampat menerima terlalu banyak air larian permukaan apabila berlaku jujan.Selain dari itu Sungai Simpang Ampat juga menerima air larian yang berlebihan dari Bukit Gajah Mati, Bukit Dinding, Bukit jelong di samping Bukti Batu Bendinding. Kalau diteliti sistem Sungai Simpang Ampat ini, ia bertemu dengan Sungai Siput berhampiran dengan Kampung Paya Dalam, dan Sungai Siput ini sendiri menreima air larian yang berlebihan dari Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa..Imej satelit menunjukkan kawasan di sekitar Bukit Ulu Panjang, Bukit Terbakar, Bukit Batu Berdinding, Bukit Ayer Menching, Bukit Maling Maling, Bukit Tunggal, Bukit Ayer Lanjut dan Bukit Mersawa adalah kawasan yang telah dimajukan dan tidak mampu algi memainkan peranan hidrologi yang berkesan.
Oleh itu adalah sesuatu yang memang dijangkakan kalau air larian yang banyak dihasilkan di kawasan ini, dan air ini memenuhi sistem Sungai Siput daun juga Sungai Simpang Ampat.Bagi pekan Masjid Tanah pula, imej satelit jelas menunjukkan Bukit Apit dan Bukit Samak telah ditanggalkan tumbuhannya, jadi kalau keadaannya sedemikian, bagaimanakah kawasan sekeliling Masjid Tanah dapat membantu kawasan rendah yang disaliri oleh Sungai Baru yang lau ditengah-tengah pekan tersebut.
Saya menjangkakan semakin penghujung bulan September dihampiri, maka semakin kerap dan semakin lebat hujan yang turun. Oleh itu, kawasan Alor Gajah akan menerima kesan hujan ini paling maksima. Oleh kerana Aidil Fitri dijangka dihujung September atau awal Oktober, maka ia mungkin bertembung dengan unjuran hujan tersebut.
Mungkin kah Alor Gajah meraikan hari raya dalam banjir?

KENAPA MALAYSIA MEREMEH POLITIK DI SOMALIA?

Assalamualaikum,

Walaupun sesuatu itu berada jauhd dari tempat kita, hendaklah kita jangan pandang enteng mengenainya. Mungkin sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan kita itu satu hari nanti boleh menghempap kita tanpa kita mahu ia berlaku sedemikian. Begitulah halnya dengan keadaan politik yang tidak menentu di Somalia, sebuah negara umat Islam yang telah bertahun tahun tidak mempunyai kerajaan dan sentiasa beralku kacau bilau.
Tahun lepas kumpulan Islamic Court telah berjaya membawa keamanan kepada sebahagian besar Somalia, dan keamanan dan ketenteraman telah dapat dikecapi oleh sebahagian rakyat Somalia. Tetapi oleh kerana kumpulan Islamic Court ini berjuang atas dasar Islam, maka ia tidak disukai oleh Amerika, dan dengan itu Amerika telah menrestui Ethiopia untuk menyerang dan melanggar Moghadishu dan menghalau kumpulan Islamic Court.
Apabila kita di Malaysia tidak cuba untuk membantu umat Islam di Somalia sedaya yang kita mampu, tempias dari kesengsaraan mereka kena juga kepada kita. Tanpa kita sedari, ada rakyat Malaysia yang mati , dan mungkin bilangan ini bertambah sekiranya kegiatan lanun dari Somalia ini tidak dikekang, atau tiada rundingan dilakukan.
Oleh itu, tindakan proaktif dari kerajaan Malaysia adalah perlu untuk menangani masalah lanun ini.

UK PERLU BAYAR PAMPASAN KEPADA MALAYSIA

Assalamualaikum,


Beberapa hari yang lepas kita baca berita bagaimana kerjaan Itali telah meminta maaf kepada Libya kerana penjajahan negara tersebut. Libya diberikan pampasan untuk membayar semula harga kerosakan yang dilakukan oleh itali terhadap negara itu. Kita berasa ini adalah satu perkembangan yang baik untuk menunjukkan ketelusan pemerintahan dan kebertanggung jawaban.
Saya rasa perkara yang sama juga perlu diajukan oleh Malaysia kepada kerajaan UK, kerana kerajaan negara tersebut telah menjajah Malaysia untuk jangka masa yang panjang dan banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh negera tersebut terhadap Malaysia.
Juga satu perkara lagi ialah UK telah pandai pandai menyerahkan negeri negeri Melayu kepada kerajaan Siam, sehingga menyebabkan beberapa negeri Melayu sekarang berada dalam pemerintahan Siam. Perjanjian tidak sah itu hendaklah dikira batal, dan berikan hak kepada rakyat di negeri negeri Melayu yang sekarang ini berada dalam Thailand untuk menentukan destini mereka sendiri, samada mereka hendak merdeka sepenuhnya atau memilih untuk bergabung dengan Malaysia dan menjadi sebahagian daripada negeri negeri dalam Malaysia.

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 21

Assalamualaikum,

...............continued from part 20


A Brief Account of Political Development of the Muslim World


After Muhammad s.a.w., the leadership was assumed by the Khulafa ur Rasyidun (Abu Bakar, Omar, Uthman and 'Ali), which was replaced by dynastic rule of the Umayyah (Umayyad) muluk (kings) (660-750 A.D.). The 'Abbasiyyah (Abbassid) took over from 750 to 1258 A.D.
The Latter Abbasid period. The latter Abbasid period was a period of decadence from political point of view. In 756 Spain was lost from the Caliphate, which was followed by the establishment of independent states in North Africa, Egypt, Persia and Transoxiana, resulting in the formation of quasi-vassal dynasties such as the Saffarids (253-296 H/867-903 A.D.) and the Samandids (258-395H/874-999 A.D.). From the latter, the Ghaznavids (366-579H/976-1183 A.D.) developed.
The Idrisids were the first of the 'Alids to establish authority in North Africa (Morocco)(172-375H/788-985 A.D.) and the Zaydis follwed their kinsmen's example in the Yemen. Again, North Africa, which has been placed by Harun al Rashid under the rule of Ibn al Aglab (184-296H/800-909 A.D.) became independent in all but name. The supremacy of the Umayyads in Spain,the Tulunids (254-292H/868-905 A.D.) and the Ikshidites (323-358H/934-969 A.D.) in Egypt was a serious blow t the Caliphate.
In the first decade of the fourth century A.H. (Tenth Century A.D.) there were three caliphates or leaderships in Islamic community: the Abbassid Caliphate in Baghdad, the Fatimiyyah (Fatimid) Caliphate in North Africa and the Umayyad Caliphate in Spain. The Fatimid Caliphate ended in 1171 with the death of its last caliph, Mu'tadid. The Ummayyad Caliphate in Spain (Andalusia) was revived by 'Abd Al Rahman III in 316H/929 A.D. After the death of Ibn Amir, internal confusion predominated in Spain: the Berber generals shared the south, the slaves were masters of the east, and the rest of the land had fallen into the hands of either upstarts or a few noble families, while the chief cities, Cordova and Seville, adopted a republican form of government.
...................to be continued

IMPLIKASI DARIPADA MULUT AHMAD ISMAIL

Assalamualaikum,


Bidang seni memang tidak boleh ditinggalkan atau tidak diparuahkan. Terutamanya seni yang melibatkan permainan atau pemilihan kata kata. Walaupun anda seorang yang terlibat dalambidang yang tidak ada kena mengena dengan seni, namun, anda tetap tidak akan terlepas daripada memerlukannya pada masa masa yang tidak anda jangkakan. Apatah lagi sekiranya anda seorang public figure, atau anda menjawat jawatan awam atau public office, maka seni lebih lebih lagi diperlukan.
Ahmad Ismail pandai berpoliktik, sebab itu dia berjaya memegang jawatan tinggi dalam jersi parti yang disarunginya di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Tetapi team si mat ni tidak tutorialkan dia tentang rhetoric, iaitu bagaimana nak bercakap. Dia bercakap seolah olah bercakap di kedai kopi yang tidak memerlukan sebarang standard atau piawai, dan oleh kerana telah terbiasa dengan cara ini, ia terbawa bawa ke mana sahaja ia bercakap, akhirnya kata katanya itu membawa padah bukan sahaja kepada dia, tetapi juga kepada team dia serta politik negara secara keseluruhannya.
Kalau digunakan istilah istilah yang tepat, tetapi pedih untuk didengar oleh yang punya diri, maka kita akan dituduh dengan pelbagai tuduhan. Istilah yang tepat untuk spesis seperti ini telah pun saya tuliskan dalam posting yang terdahulu. Boleh tak saya tanya anda, kalau spesis seperti ini apakah istilah yang tepat untuk digunakan kepadanya?
Seriusnya kesan yang timbul hasil daripada ketidakpandaian dia memainkan kata kata dapat dilihat apabila Najib pula yang terpaksa meminta maaf bagi pihak dia. Dan, Lim Kit Siang diberitakan tidak mahu menerima pernyataan maaf tersebut, kerana yang empunya diri tidak meminta maaf. Nasib baik musim bersumpah telah habis, kalau tidak berapa ramailah badut yang diheret untuk bersumpah dalam episod ini.
Juga perlu diingatkan, ini bukanlah kali pertama perlekehan kepada etnik bukan Melayu telah dihamburkan oleh ahli politik UMNO. Telah banyak kali berlaku, tetapi kerabat UMNO pun jenis peghak yang masih lagi menggayutkan dagu mereka di punggung UMNO. Apabila DAP mengenengahkan insiden ini barulah kerabat yang lain terlatah dan terkodek membuat laporan polis.
Impliksai daripada insiden ini ialah pertama: UMNO memang parti racist. Walaupun ada artikel semalam dalam utusan malaysia yang mengatakan orang Melayu tu sebenarnya adalah santun, tetapi yang menjadi persoalan ialah bukan orang Melayu, tetapi UMNO. Yang santun tu ialah orang Melayu, yang lanun tu ialah UMNO. Tidak boleh disamakan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Inilah penyelewengan yang sekian lama diputar semula oleh mereka.
Kedua, dan ini adalah implikasi lebih besar: insiden ini akan editerjemah menjadi undi dalam pilihanraya. Sokongan yang besar sedang beralih dari kalangan bukan Melayu kepada DAP. Kalau dalam pru12 DAP telah mendapat kepercayaan besar, dengan terpelantunya ke******an Ahmad Ismail ini maka sokongan yang lebih besar lagi secara percuma telah mereka dapati. Sekiranya hari ini berlaku satu pilihanraya, kita akan saksikan melonjakkannya undi yang mampu diraih oleh mereka.

Wednesday, September 3, 2008

16 SEPT.2008 : SAYA MASIH BELUM DAPAT ISYARAT

Assalamualaikum,

Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai tarikh 16 September 2008. Samada dari segi berjaya atau tidak Anwar Ibrahim membentuk kerajaan alernatif kepada BN dengan menarik ahli parlimen BN supaya berpaling tadah kepada PR, atau mengenai samada ada setuju atau tidak dengan cadangan agar tarikh ini dijadikan cuti umum.
Mengenai menjadikan tarikh ini sebagai cuti umum itu adalah tidak begitu penting berbanding dengan samada BN akan tumbang dan digantikan pula dengan kerajaan PR. Untuk perkara-perkara penting seperti ini saya biasanya menerima isyarat. Isyarat dari mana anda jangan tanya. Seperti misalnya pilihan kecil Permatang Pauh, pru 12, 9/11 dan beberapa peristiwa lain lagi.
Tetapi September 16, 2008 tiada isyarat la.....

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 20

Assalamualaikum,


..................continued from part 19


Stakes of Politics in Islamic Governance



It is because the inherent need for power to uphold Allah's injuctions that politics becomes part and parcel of Islam. Power is one of the stakes of politics; but politics is not indulged because it can reward power, rather the duty to realize Allahu Akbar (Allah the Greatest) necessitated the field to be ventured into.
Muhammad s.a.w. was naturally the political leader of the Muslim ummah, and in this sense he was succeeded by the four caliphs and then by the muluks. When Islam trode on politics as a tool in achieving its goals, other stakes of politics began to roll in; it certainly won world respect and rectitude. Wealth was bountiful and civilization exaltation rocketed at an unprecedented pace. All these led to further political development of Islam.
....................to be continued

KIT SIANG L, TIMBALAN PERDANA MENTERI

Assalamualaikum,

Gerakan untuk mencalonkan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri sekiranya PR berjaya mengambil alih pucuk pimpinan negara semakin kuat. Dan sekiranya tarikh 16 September yang dipublisitikan itu menjadi kenyataan, maka Malaysia akan memasuki satu era politik yang belum pernah dilaluinya sebelum ini.
Saya mengharap perkara ini menjadi satu kenyataan, iaitu, pemerintahan negara bertukar tangan dari BN kepada PR. Walaupun dilabelkan sebagai masuk dari pintu belakang, namun segala lemungkinan hendaklah diterokai, sebab sistem politik yang diamalkan di negara ini memboleh dan memungkinkan ia berlaku. Seperti apa yang berlaku di Pakistan, di mana Perves Musharraf turun dari tahtanya apabila sokongan ahli parlimen yang dulunya menyokong beliau bertukar kepada pihak lawan beliau.
Sekiranya Anwar jadi perdana menteri dan Lim Kit Siang pula menjadi timbalannya, maka saya baca sistem pemerintahan yang diguna pakai ialah sistem sekular. Perbezaannya dengan apa yang diamalkan oleh BN ialah pemerintahan ini atau pemerintahan Anwar ini bersifat sosialistik, pragmatik dan innovatif. Perincian sistem pemerintahan ini hanya akan kita ketahui selembar demi selembar apabila ia benar benar beroperasi.
Sekiranya terjadi pemerintahan Anwar ini, saya menjangkakan ia bertahan selama 20 tahun, atau selama mana Anwar bertahan. Selesai sahaja era Anwar, sistem atau pakatan ini juga akan selesai. Jadi bagaimana dengan PAS dan pemerintahan Islam?
PAS mahu tidak mahu adalah penumpang yang duduk di tempat duduk belakang. Tetapi penumpang ini penting, kerana ia seperti pembekal bahan bakar kepada kenderaan yang membawa pakatan ini. Tanpa penumpang ini, kenderaan pakatan tersebut akan hanya mampu bergerak untuk jarak yang terhad. Tetapi PAS akan terus menjadi penumpang di tempat duduk belakang, sebabnya ialah apabila sampai ketika untuk berunding bagi pengagihan kerusi bagi menghadapi pru 13, PAS akan berada dalam keadaan yang tertekan, kerana , saya baca, dua komponen lagi akan memandang PAS dengan satu pandangan yang meremeh atau melihat PAS sebagai junior partner. Dengan itu, jumlah kerusi yang boleh ditandingi oleh PAS adalah terhad, dan akan jauh kurang daripada apa yang diperuntukkan kepada dua rakan yang tadi. Dengan itu, PAS akan kekal sebagai junior partner untuk tempoh masa yang saya katakan tadi. Itu pun kalau PAS mempamirkan prestasi yang baik dalam pru 13 nanti. Sekiranya prestasi PAS meredum, maka ia akan jatuh ke kedudukan yang lebih sukar lagi, hatta boleh sampai ke tahap melukut.
Apakah laluan yang boleh diambil oleh PAS?Pada saya laluannya adalah jelas, iaitu satu sahaja: bertahan bersama PR. Prinsip saya ialah be in the game. Dalam masa 20 tahun ini, samada BN atau PR, pemerintahan negara akan terus mengamalkan sistem sekular. PAS memerlukan satu generasi lagi untuk memungkinkan ia merealisasikan idealisma politiknya. Saf pimpinan negara sekarang hanya perintis atau penunjuk jalan kepada generasi akan datang yang akan membawa obor perjuangan Islam. Saf pimpinan PAS yang berada dalam second echolon dan third echelon mesti dimahirkan dan dipertajam bacaan politik mereka untuk memungkinkan menjadi peneraju politik negara masa hadapan. Politik negara pada hari ini bukan ditentukan oleh PAS.
PKR telah sedia dengan PM mereka, DAP telah sedia dengan TPM mereka, PAS sedang tercari cari seorang political engineer.

Tuesday, September 2, 2008

WALAU BAGAIMANA DIAWET, KALAU DAH HODOH TETAP HODOH

Assalamualaikum,

Khir Toyo mempertikaikan Khalid Ibrahim kononya, ketua kampung di Selangor dilantik dikalangan kroni dan ahli PAS dan PHR sahaja. Memanglah. Bila UMNO perintah Selangor atau mana mana negeri di Malaysia ni, apabila ada perlantikan yang berasaskan perkiraan politik, maka ahli UMNO dan kerabatnya yang dilantik. Jangan harap mereka yang dari parti lawan akan dilantik. Bukan sahaja ketua kampung, tetapi semua jawatan yang boleh dibolot, akan dibolot mereka.
Dengan wajah yang diawet, datuk seri ni cuba berlagak sebagai pejuang keadilan. Adakah orang Selangor lupa dengan perangai hodoh orang ini apabila merobohkan surau dan masjid juga termasuk kuil. Apakah sebab surau dan masjid dirobohkan? sebabnya ialah kerana ahli kariah surau dan masjid tersebut telah memilih ahli jawatan kuasa secara demokrasi terdiri daripada mereka yang sentiasa memakmurkan surau dan masjid, dan kebetulan pula sebilangan besar daripada mereka yang terpilih tertsebut dari PAS atau yang tak sehaluan dengan UMNO. Atas sebab ini, maka, apabila jawatan kuasa tersebut tidak boleh diturunkan, maka surau dan masjid tersebut diroboh atau dirampas secara diktator.
Apabila surau dan masjid telah diroboh dan dirampas, maka jawatan kuasa baru dibentuk secara tidak demokratik dan secara diktator.Tidak timbul pun pada masa itu hendak bercakap tentang keadilan. Dan sekarang cuba berkokok untuk menunjukkan kejagohan dalam perjuangan membela rakyat. Cuba tengok ekor tu, bergelumang tahi kan? Kokoknya cantik, maklumlah telah diawet, tapi ekornya hodoh bergelumang tahi.
Mereka yang telah dihina oleh tindakan meroboh surau dan merampas masjid telah sembahyang hajat terus menerus tanpa henti hingga ke hari ini. Jatuhnya orang yang terawet ini dari semayaman adalah permulaan bagi satu penghinaan. Akan sampai yang lain lagi.

MEMOHON KESELAMATAN RAKYAT DARIPADA KEBAJANGAN LANUN

Assalamualaikum,

Saya berdoa dan mengharapkan bantuan Allah agar semua rakyat Malaysia yang masih lagi berada dalam genggaman lanun selamat semuanya dan tidak diapa apakan si lanun. Saya juga berharap agar keluarga mereka sentiasa sabar dan menaruh penuh harap kepada Allah agar mereka dilepskan dengan selamat.
Mudah mudahan dengan kebesaran dan kemuliaan ramadhan si lanun tu akan lembut hati mereka dan membebaskan semua rakyat Malaysia tanpa syarat.

MAHATHIR TIDAK AKAN MASUK UMNO

Assalamualaikum,

Suara suara dalam UMNO yang mahukan Dr. Mahathir kembali semula ke pangkuan parti tersebut adalah sebenarnya satu rintisan pilu mereka yang sedang meratapi kenazakan yang yang hanya ada satu sahaja penghujungnya. Ada unsur dalam UMNO yang melihat Mahathir sebagai satu satunya majun yang mampu mengawit semula kematian pucuk mereka sekarang.
Bagaimana kuat pun diratapi, bagaimana gegak pun digegari namun pada hemat saya Mahathir tidak akan masuk semula ke dalam UMNO, walaupun ada kenyataan yang keluar dari beliau menyatakan beliau akan masuk semula ke dalam UMNO apabila onak yang menyebabkan dia keluar UMNO telah terlebih dahulu dikeluarkan daripada tubuh UMNO.
Saya melihat dua sebab kenapa Mahathir tidak akan masuk UMNO semula. Pertama, segala pekung yang subur semasa pemerintahan beliau sekarang ini sedikit demi sedikit sedang diselak dan tertubit. Kalau sekiranya cerita perbalahan antara T.Ananda dengan satu syarikat gergasi di Indonesia itu betul, maka ini adalah hilal kepada satu senario perbalahan yang akan memalap dan mematikan sebarang come back yang mungkin dicuba oleh beliau. Ia akan lebih menyusahkan UMNO daripada menolongnya.
Kedua, dan ini saya rasa lebih benar, masa tidak menyebelahinya.

Monday, September 1, 2008

HAL BANJIR LAGI


Assalamualaikum,


Semasa saya menulis ni, diberitakan Ribut Gustav sedang dalam perjalanan melanda New Orleans. Saya berdoa dan memohon kepada Allah Subhanawataallah supaya Malaysia dan seluruh negara umat Islam dijauhi daripada sebarang malapetaka.


Ada banyak perkara yang ingin saya tuliskan mengenai banjir ini, dan oleh kerana saya telah menulis hal ini sebelum ini, maka kita kira yang ini episod la. Ini episod pertama.


Semasa cuti sekolah bulan disember 2006, saya telah membawa empat orang anak lelaki saya bercuti di Langkawi. Kami menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Kangar, dan dari Kangar ambil teksi ke Kuala Perlis, kemudian feri ke Langkawi. Semasa di Langkawi hujan turun selama 3 hari tiga malam tanpa henti, sehinggakan anak anak saya terpaksa juga naik kereta kabel semasa hujan dan pemandangan dilindungi oleh awan hujan kerana kereta kabel tersebut masuk ke dalam awan.


Apabila balik, laut bergelora, tetapi kami selamat sampai di jeti Kuala Perlis. Sesampainya di sana, tiada teksi yang ada untuk membawa kami ke Kangar, kerana kami diberitahu jalan raya ke Kangar ditenggalami banjir. Kami diberitahu, kalau hendak naik keretapi, kena naik dari Alor Setar, Kedah, kira kira 1 jam perjalanan normal. Tidak ada sebarang kenderaan yang mahu mengambil kami ke Alor Star, sedangkan kami perlu menaiki keretapi tersebut yang akan bertolak dari Alor Setar jam 7:00 malam.


Tiba tiba muncul satu kereta teksi sapu yang sanggup membawa kami ke Alor Setar dengan harga yang berlipat ganda. Saya setuju, cuma kereta ini jenis kancil yang tidak mampu untuk memuatkan kami seramai 6 orang. Tanpa disangka sangka muncul lagi satu teksi sapu jenis kancil juga yang sanggup membawa kami ke Alor Setar pada harga yang telah saya persetujui awal tadi. Maka saya isteri dana seorang anak menggunakan kancil pertama, sementara 3 anak lagi menaikki kereta yang satu lagi.


Semasa dalam perjalanan ke Alor Setar, saya menelefon setesen keretapi Alor Setar, dan Laluan yang digunakan oleh kedua dua kereta ini ialah laluan pintas yang mengelakkan banjir dan melalui celah celah kampung. Akhirnya kereta saya sampai ke setesen tersebut sewaktu station master sedang berkira kira untuk meniupkan wiselnya sebagagi isyarat kepada pemandu untuk memulakan perjalanan. Tetapi kereta saya satu lagi, yang dinaiki oleh 3 orang lagi anak saya belum sampai.


Saya minta jasa baik station master untuk tangguhsebentar sahaja lagi untuk menunggu kereta yang satu lagi. Tetapi tak sampai juga. Akhirnya station master mengatakan masa telah cukup, tren tidak boleh lagi ditangguhkan. Pada ketika itu kereta yang membawa anak anak saya sampai. Tetapi di sebelah setesen yang salah. Maka saya minta sedikit masa lagi kepada station master untuk menunggu kereta tersebut untuk berpusing dan menuju ke pintu yang betul. Akhirnya kereta tersebut sampai, saya bayar tambang perjalanan tanpa apa apa komen kepada pemandu kereta tersebut dan anak anak saya terus bergegas dan melompat masuk ke dalam tren, dan perjalanan dimulakan serta merta.


Saya kemudian mendapat tahu, bahawa banjir seperti ini tidak pernah melanda Perlis, inilah banjir paling teruk yang dialami oleh negeri tersebut!

Kangar, Taman Seri Bakau Disember 2006

Pada masa kejadian tersebut menteri besar Perlis ialah Shahidan Kasim. Dalam bulan Oktober 2006, berlaku satu pilihan raya kecil di Kelantan, Permatang Pasir (betulkan saya kalau silap di sini). Shahidan Kasim telah pergi berkempen di Kelantan. Diberitakan dalam akhbar, semasa berkempen, MB Perlis berkata apalah bodohnya orang Kelantan memilih PAS, setiap tahun Kelantan kena banjir.


Tak sampai 2 bulan selepas itu, Perlis kena banjir besar yang belum pernah dialaminya.

A DISCOURSE IN ISLAMIC STATE part 19

Assalamualaikum,

...............continued from part 18

Politics Throughout the History of Islam

Fitrah

A baby, when born, is in the state of purity. This condition is known as fitrah. It is only when he or she grows up will values, norms views and other facets of socialization are acquired. This set of acquired qualities may not always be in conformity with the human fitrah. For example, cleanliness is a human fitrah, but acquired habits may just indulge a man otherwise. When Allah sent injuctions and commands to all human beings, they are all in conformity with the human fitrah, but acquired qualities of human beings would find such revealed injuctions to be in contradiction and at times antagonistic to the qualities they had cquired.
The presence of taqwa in a Muslim would tame and subdue such deviations from the fitrah, and as a result, compliance to the injuctions is willfully carried out. For those without iman and without taqwa, the deviation from the fitrah would result in non-compliance to the injuctions and commands of Allah. Power is needed to effect compliance to Allah's injuctions and commands.
Power
Deutsch (op.cit. pp.27) defines power as the ability to alter changes already underway that would continue without the intervention. Allah's injuctions are certainly corrective measures to recourse human deviations to the guided path, or AsShiraat Al Mustaqim

الصِّرَاطَالمُستَقِيمَ
Guide us to the Straight Path (1:6)
But again, man is given the liberty of choice; no one can force anybody to embrace Islam:
لاَإِكْرَاهَفِيالدِّينِ
Let there be no compulsion in religion (2:256)
On the other hand, if a person has embraced Islam, his or her compliance to the injuctions of Islam is mandatory and compulsory. Power is needed to police the compliance, because a non-compliance ia a mungkar (reprehensible), because the Qur'an commands

وَلْتَكُنمِّنكُمْأُمَّةٌيَدْعُونَإِلَىالْخَيْرِوَيَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَيَنْهَوْنَعَنِالْمُنكَرِوَأُوْلَئِكَهُمُالْمُفْلِحُونَ
Let there arise out of you
A band of people
Inviting to all that is good
And forbidding what is wrong:
They are the ones
To attain felicity (3:104)
This verse explicitly calls for Muslims to attain power in order to uphold the injuctions therein. Therefore power is an important ingredient of the deen of Islam.
Power is also needed to safeguard Islam. The ten years of tenure of the first Islamic state of Medina saw numerous attempts to ravage Islam to extinction, and without the posession of power, there could be time when, as Muhammad s.a.w. supplicated to Allah against its fruiting during the Battle of Badr, no one to worship Allah.
Attacks on Islam had been numerous and incessant. The Salman Rushdie insult and insinuation of Islam stands as one of the more painful attacks of recent years, and the fatwa by Khomeini on this matter will stand out until the Last Day. Power, in this case, safeguarded Islam. But the attacks on Islam continue to this day, such as the publication of caricatures of the Prophet s.a.w., the release of the video clip called fitna by a Danish politician and so on and so on. Muslims throughout the world protested and demonstrated against such atacks, but lack of power among the Muslim masses seem to land the protests without a bite.
...............to be continued

Sunday, August 31, 2008

UMNO MULA TERASA RACIST TU JIJIK

Assalamualaikum,

Seorang kawan saya bernama Nasa'ee menceritakan apabila beliau keluar daripada satu kursus BTN dalam tahun 1980an, dia terasa sangat benci kepada orang Cina, sedangkan sebelum daripada memasuki kursus tersebut beliau tidak pun bersikap sedemikian. Apakah yang diindoktrinasi oleh badan tersebut kepada trainee mereka? Yang jelas ialah program tersebut menukarkan orang Melayu biasa kepada orang Melayu yang racist.
Semasa kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, seorang pemimpin UMNO Pulau Pinang telah melukakan hati orang Cina Malaysia dengan melabelkan mereka sebagai squatters atau setinggan. Maksudnya di sini ialah, pada pandangan orang ini, orang Cina di Malaysia ini merempat dan apabila sampai masanya boleh diperhambat ke tempat lain secara hina. Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina Malaysia dari semua pertubuhan, politik atau pun tidak. Sebelum daripada ini, dalam sidang parlimen pun ada ahli parlimen UMNO/BN yang telah mengeluarkan kenyataan racist terhadap kumpulan etnik lain di negara ini.
Dalam salah satu komen tulisan saya mengenai isu racist ini, seorang telah menjawab mengatakan orang yang berlumba kereta itu pun racist. Spesis ni anda nak nak namakan dia apa?
Apabila banyak suara pro UMNO melaungkan ketuanan Melayu, maka mereka sebenarnya bersifat racist. Juga apabila disanggah oleh segenap penjuru dalam masyarakat Malaysia bahawa apa yang mereka tonjolkan itu sebenarnya hodoh dan tidak diterima lagi, maka sedikit demi sedikit mereka memahami maksud perkara ini yang selama ini amat dungu untuk mereka memahaminya. Bila kefahaman itu terserlah, maka barulah mereka sedar, bahawa mereka memperjuangkan sesuatu yang hodoh.
Sebab itulah Tengku Razaleigh cepat cepat memberi definisi sendiri yang bersifat apologitik dengan mengatakan perkataan racist tidak sama dengan perkauman, semua bangsa ada perasaan bangga bangsa, cintakan kaum masing masing. Yang nyata ialah, UMNO sekarang terasa ia perlu menjawab persolan yang diajukan kepada mereka; mereka telah di forced into error, sama seperti beberapa badut yang telah bersumpah kerana suasana memaksa mereka bersumpah. Jadi suasana sekarang memerlukan orang UMNO menjawab dan menerangkan yang mereka bukan racist, mereka bukan jahat, mereka bukan gedebe. Mereka sebenarnya santun.
Anda percaya ke?