Saturday, January 9, 2010

PEKERJAAN HAJI.....10

Assalamualaikum,

Yang Aku Takut dan Khuatir


Kadang kadang ada juga kerisauan atau kekuatiran dan mungkin juga rasa takut apabila meneliti kembali tentang larangan dalam mengerjakan haji. Dalam posting yang lepas, telah kita sama sama kongsikan larangan larangan semasa di dalam ihram. Tetapi ada lagi larangan yang tidak tertera dalam 13 perkara tersebut, tetapi dinyatakan dalam Al qUR'AN:

ٱلۡحَجُّ أَشۡهُرٌ۬ مَّعۡلُومَـٰتٌ۬‌ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ ٱلۡحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِى ٱلۡحَجِّ


(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.(Al Baqarah 199)

Terdapat 3 perkara tambahan yang mesti dipatuhi sebagai larangan semasa mengerjakan haji:

1. فَلَا رَفَثَ : tidak boleh mencampuri isteri. Yang risaunya kalau secara isyarat atau secara imagine pun tidak boleh. Aku pula pilih pakej sebilik dua orang dengan isteri. Tapi insyaallah boleh control.

2. وَلَا فُسُوقَ : tidak boleh membuat maksiat. Ini juga semasa melakukan haji kadang kadang kalau tidak dijaga boleh menjerumuskan kita ke dalam maksiat.

3. وَلَا جِدَالَ:tidak boleh bertengkar. Sering sekali kita boleh bertemu dengan orang bertengkar atau suasana yang boleh mendorong kita untuk bertengkar. Control ya syeikh, walau pun ego kita rasa sangat tercalar dan tercabar.



Apabila kita jaga semua ini, mudah mudahan haji yang dilakukan adalah mabrur.

Thursday, January 7, 2010

PEKERJAAN HAJI.....9

Assalamualaikum,

Larangan semasa dalam ihram

Semasa dalam ihram, ada perkara perkara yang diluar ihram halal dilakukan, tetapi dilarang semasa berada dalam ihram. Perkara perkara tersebut ialah:

1. Memakai pakaian bersarung/berjahit/bercantum (untuk lelaki sahaja)
2. Menutup kepala adatu sebahagian daripadanya (lelaki)
3. Menutup muka (perempuan)
4. Memakai sarung tangan (lelaki & perempuan)
5. Memakai wangian(lelaki & perempuan)
6. Memakai minyak di kepala(lelaki & perempuan)
7.Menanggalkan rambut atau bulu daripada mana mana anggota badan (l & p)
8.Mengerat atau memotong kuku (l & p)
9. memotong, menebang, mengerat, mematah, mencabut atau membinasakan pokok pokok di tanah Haram (l & p)
10.Memburu, menembak, menangkap, mengurung atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan samada di tanah haram atau tanah halal (l & p)
11. Melakukan muqaddimah persetubuhan (l & p)
12. Bersetubuh (l & p)
13. Berkahwin, mengahwinkan atau menerima wakil kahwin (l & p)

Jadi, bila anda dalam ihram, control je lah. Insyaallah semuanya dapat dipatuhi.

Tak susa do buek haji.

Wednesday, January 6, 2010

PEKERJAAN HAJI.....8

Assalamualaikum,
Ihram

Ihram adalah keadaan suci di mana seorang itu meletakkan dirinya sebelum ia melakukan haji atau umrah. Bermakna ada perkara perkara yang sebelumnya halal dilakukan, tetapi ia menjadikan perkara perkara tersebut larangan bagi dirinya.

Untuk berada dalam keadaan ihram, seseorang itu hendaklah mengenakan pakaian ihram, dan kemudian menyatakan atau memasang niat, samada haji atau umrah, dan selepas niat tersebut, beliau berada dalam keadaan ihram. Niat ini pula hendaklah dipasang atau diiqrarkan di tempat tempat tertentu yang dikenali sebagai miqat.

Bagi lelaki, pakaian ihramnya ialah dua helai kain yang tidak disambung jahit. Biasanya dan digalakkan berwarna putih. Sehelai dipakai di bahagian pusat dan ke bawah, sehelai lagi menutup badan.

Apabila tidak boleh mengenakan pakaian yang bersambung jahit, maka underwear pun tak boleh pakai.

Dapatlah air-con lebih sikit.

Tuesday, January 5, 2010

PEKERJAAN HAJI.....7

Assalamualaikum,

yang botak ni bukan aku


Tahallul

Apabila anda telah tawaf dan sa'ie, atau telah melontar jamrah kubra, dan telah melakukan beberapa rukun haji yang lain, maka anda boleh bertahallul. Ia bermaksud melepaskan diri daripada larangan dalam masa ihram. Tahallul tercapai apabila anda bergunting atau bercukur rambut.

Bercukur atau bergunting kedua duanya sah untuk bertahallul. Tetapi bercukur dengan membotakkan kepala itu lebih afdhal, kerana dalam hadith apabila Rasullullah ditanya tentang perkara ini, baginda menekankan bercukur sebanyak tiga kali, lepas itu baharulah baginda approve bergunting.

Jadi ana boleh pilih. Kalau saya samakan bercukur itu seperti naik rolls royce, maka bergunting itu bolehlah saya samakan seperti naik kapcai. Pilihlah yang mana anda mau.

Pada kebiasaannya, untuk bercukur, salon yang terletak diluar pintu Marwah kenakan bayaran SR5 (5 riyal). Tetapi semasa aku selesai tawaf dan sa'ie haji, depa ketuk aku SR20. Ustaz Najib dan kumpulan kami yang lain , kerana agaknya pergi berkumpulan, kena SR15.

Musim haji depa ni kenakan orang aje.

Monday, January 4, 2010

PEKERJAAN HAJI.....6

Assalamualaikum,

Sa'ie

Sa'ie adalah berjalan ulang alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mengikut syarat syaratnya. Jumlah ulang alik ini adalah 7 kali. Jumlah km yang dilalui adalah sekitar 2.3 km setiap satu set sa'ie.

Sa'ie dilakukan selepas tawaf. Sekiranya anda saksikan pelbagai perlakuan semasa anda mengerjakan sa'ie, maka anda jangan perdulikan. Ikut sahajalah apa yang telah diajarkan oleh ustaz anda anda atau guru anda. Saya katakan demikian kerana berkemungkinan anda akan bertemu dengan pelbagai perlakuan sa'ie yang tidak termasuk dalam apa yang anda pelajari. Jadi, kadang kadang timbul rasa ingin membetulkan orang lain kerana anda rasa orang tu buat tidak betul.

Sa'ie ini adalah mengambil falsafah daripada jerih Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail yang berlari lari mencari air untuk anaknya yang menangis.

Anda boleh lakukan sa'ie dilantai bawah, atau lantai 2, rooftop atau basement. Yang memudahkan ialah sa'ie dilakukan dalam keadaan tidak disinari matahari. Tetapi berjalan berkaki ayam di atas tile atau jubin, kematu juga tapak kaki.

Bila dah selesai tawaf dan sa'ie, dan bila telah berada kembali dibilik hotel, sedap kalau betis dipicit dan diurut orang.

Sunday, January 3, 2010

PEKERJAAN HAJI.....5

Assalamualaikum,


Kaabah

Kaabah adalah satu binaan seperti dalam gambar di atas. Ia asalnya dibina oleh Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. Ia adalah satu satunya bangunan yang dibina secara langsung atas perintah Allah.

Hanya satu sahaja binaan seperti ini yan g wujud diseluruh alam semesta ini. Apabila manusia di bumi ini tawaf, atau bergerak mengelilingi kaabah, penghuni langit juga diberitakan tawaf mengelilingi arasy Allah.

Kaabah ini hanya didapati dalam Masjidil Haram. Jadi sekiranya anda ingin melihat, memegang, mencium, memeluk atau mendakap kaabah ini, satu satu caranya ialah anda berada dalam Masjidil Haram dan pergi ke binaan ini.

Kaabah ini adalah satu binaan suci. Sekiranya anda ingin melakukan tawaf, anda mesti mempunyai wudhu'. Sekiranya wudhu' anda terbatal semasa melakukan tawaf, maka anda perlu berhenti tawaf, perbaharui wudhu' dan sambung semula tawaf.

Ada ustaz menyamakan tawaf ini seperti washing machine. Segala dosa anda diberus dan disental semasa melakukan tawaf. Oleh itu semakin banyak anda tawaf, semakin banyak dosa dosa anda yang ditanggalkan.

Pekerjaan tawaf ini dilakukan terus menerus oleh malaikat, manusia pula hanya berhenti tawaf untuk menunaikan solat. Selesai solat, aktiviti tawaf terus disambung semula.

Anda tahu pergerakan tawaf ini dilakukan secara anti-clockwise. Bumi berputar secara anti-clockwise. Bumi mengorbit matahari secara anti-clockwise. Seluruh pergerakan planet, dan objek alam semesta ini adalah anti-clockwise, seolah seluruh alam ini dalam keadaan tawaf mengelilingi kaabah.

Hanya putaran jam ditangan anda sahaja yang degil melawan arah tawaf.

Datanglah ke Baitullah wahai sahabat ku. Menangislah anda di situ wahai sahabatku. Tersedulah anda di situ wahai sahabatku. Lekapkanlah diri anda pada dinding kaabah wahai sahabatku.

Anda akan rasa satu keajaiban dan kepuasan menguasai diri anda.