Saturday, July 19, 2008

A DISCOURSENIN ISLAMIC STATE (part 13)

Assalamualaikum,
.................continued from part (12)

Obligations of the Syahadah
The acceptance and testimony of the syahadah in the true sense sets the Muslim duty-bound. The syahadah carries responsibility-tag with it, which the Muslim has to oblige. The obligation of the syahadah are as follows:
1. To utter the syahadah. As a statement of being a Muslim, the person has to utter the syahadah, or say it verbally. This obligation is well exemplified by a hadith narrated by Bukhari and Muslim stating that when Abu Talib, the uncle of the prophet s.a.w. who took care of his well being since childhood, was dying, the Prophet urged him to utter the kalimah:لا إله إلا الله
2. To have iman. Once the the two verses of the syahadah had been testified, they must be followed by iman, which is the unshakeable belief in the precepts of iman as laid down in part (7). The perfect iman must have the complete acceptance and submission in the heart, utterance of submission by the tongue and obedience on the injuctions by the deeds.
3. Perform the pillars of Islam. There is a hadith which says Islam is built on five tenets; the syahadah, the five daily prayers, fasting in the month of Ramadhan, zakat and haj. When the syahadah has already been uttered, the four remaining pillars will have to be erected. Therefore all Muslims must adhere to the task of performing the remaining four pillars.
...........to be continued

GENCATAN SENJATA DI SELATAN THAILAND

Assalamualaikum,
Tiba tiba muncullah tiga badut di tv selatan Thai yang mengarahkan semua kegiatan yang selama ini dilabelkan sebagai keganasan diberhentikan. Kemudian ketiga tiga badut itu tidak dikenali oleh orang ramai. Sebelum daripada ini kita telah dengar cerita yang diceritakan oleh orang Islam selatan Thai mengenai layanan kerajaan Thai terhadap mereka.
Semasa saya berekunjung ke Tak Bai 20 tahun dahulu kerana membeli belah, kesempatan yang ada saya gunakan untuk bertanya khabar kepada kenalan di situ. Dia menceritakan apa yang berlaku kepada orang kampungnya. Polis Thai pada ketika itu membuat tawaran kepada mereka yang berada di kampung untuk pergi ke balai supaya proses membersihkan diri mereka, agaknya supaya tidak disenarai sebagai puak penentang boleh dilakukan. Sesampai di balai, tidak ada soal siasat, tetapi peluru terus menembusi mereka. Cerita hanya diketahui daripada mereka yang terselamat.
Kemudian kita semua tahu kezaliman yang berlaku di masjid Keresik. Mereka yang membantah dan membuat demo telah ditangkap, tangan disilang ke belakang, dan dicampak dalam trak tentera secara bertimpa, sehingga ramai yang mati kelemasan sebab berasak-asak dalam ruang yang sempit.
Sekarang mereka mengatakan arahan dikeluarkan semua semua bentuk penentangan dihentikan. Sekiranya anda rakyat Thai selatan, adakah anda percaya dengan berita ini?
Mekanisme yang sama beroperasi dalam kes liwat 2 DSAI. You buy the story?

Friday, July 18, 2008

DEMO DI NEW YORK

Assalamualaikum,

Selepas solat Jumaat hari ini di Masjid ArRahman, KL, kedengaran pelajar-pelajar universiti membuat demonstrasi. Laungan yang saya dengar ialah re-for-ma-si. Saya terus dengan ibadat saya, dan selepas membeli belah di perkarangan masjid, kelihatan ramai anggota polis beruniform merayau rayau di kawasan orang berniaga.
Semasa saya pelajar, saya banyak kali menyertai demonstrasi. Tetapi yang paling unik ialah demonstrasi yang saya sertai di New York. Demo tersebut diadakan dalam tahun 1981, pada masa summer, saya rasa bulan Julai. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh pelajar dan rakyat Iraq di USA, untuk menentang pengeboman oleh Israel terhadap reaktor nuklear Iraq. Masa itu saya pelajar PhD di Penn State. Saya cuma ingin merasa bagaimana keaadaannya berdemonstrasi di USA. Bersama ialah Omar Jaafar, Hj. Abdul Samad Ismail dan Jalaludin Haron.
Demonstrasi tersebut sebenarnya adalah propaganda Saddam Husin, kerana semasa kami berarak, kemarahan yang dihamburkan bukan sahaja kepada Israel dan Menachem Begin, tetapi juga kepada Ayatulllah Khomenei, kerana pada masa itu Iraq sedang berperang dengan Iran.
Yang menarik dan unik ialah, demonstrasi tersebut dapat kebenaran dari polis New York, malah perarakan kami di supervise oleh pihak polis, termasuk yang menunggang kuda. Walaupun saya nampak orang-orang Yahudi New York yang memerhatikan perarakan kami itu mengigil kemarahan, tetapi tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Demonstrasi bersurai di tempat yang telah ditetapkan oleh polis.
Yang penting, tidak berlaku sebarang keganasan oleh pihak polis, malah pihak polis menjadikan demonstrasi tersebut lebih teratur.
Berbeza dengan di Malaysia. Rakyat sendiri pun di lanyak habis-habisan.

MUZAKARAH DENGAN UMNO

Assalamualaikum,

Sekarang UMNO sibuk melaungkan bahawa ia mau bermuzakarah dengan PAS. Presiden PAS menunjukkan kesediaannya untuk bermuzakarah, tetapi Najib memberi amaran kalau nak bermuzakarah, jangan letak apa-apa syarat. Berita hari ini memetik Tuan Guru Nik Aziz mahukan ada pihak ketiga yang turut sama, sekiranya muzakarah itu hendak bei.rlangsung.
Perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah apabila UMNO hendak bermuzakarah, maka itu adalah pertanda bahawa ia sedang nazak. Kalau ia berada dalam keadaan segar bugar, kelibat PAS pun akan diludahinya.
Kedua, pada masa ini, UMNO itu yang lebih memerlukan muzakarah berbanding dengan PAS, oleh itu PAS tidak perlu tergesa-gesa mengadakannya.
Ketiga, dalam kes liwat 2 DSAI, persepsi rakyat Malaysia ialah keterpalitan puak ni. Sehingga isu ini selesai, maka muzakrah adalah sesuatu yang merugikan PAS dan bukan menyelesaikan pergolakan orang Melayu dan umat Islam.
Muzakarah boleh diadakan. Cuma timingnya mestilah sesuai.
Ia bukan sekarang.

ENGGAN UJI DNA

Assalamualaikum,

Apa yang UMNO/BN hilang sejak pilihanraya yang lepas ialah Public trust. Inilah sesuatu yang sukar di raih kembalik oleh mereka. Ramai diantara antara yang dulu mempercayai media tajaan mereka, tetapi sekarang tidak lagi. Ramai diantara antara anda yang dulunya main percaya sahaja dan tangkap terima sahaja apa yang dikatakan oleh pak dan nek menteri, sekarang ini telah mula mempertikaikan apa yang mereka hamburkan. Ramai diantara anda yang telah mula tidak percaya dengan Shabery Cheek. Dan dengan itu juga rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada instruments of the state.
Keengganan DSAI untuk memberikan kerjasama dalam hal ujian DNA ini adalah satu menifestasi kepada keloyaan rakyat Malaysia terhadap integriti, atau kebolehpercayaan terhadap mereka. Sedangkan dengan kemajuan teknologi sekarang, ujian DNA ini amat mudah dilakukan dan boleh didapati dengan cara yang tidak menyulitkan. Dan DSAI telah pun berada dalam kawalan pihak berkuasa semasa ia ditangkap.
Apa yang mereka tidak suka ialah keengganan ini merencatkan perancangan yang telah disediakan. Ia merupakan satu persilatan politik yang menyukarkan pihak yang ingin memerangkap DSAI, dan untuk itu, daan untuk ia kelihatan menurut lunas undang-undang, maka perintah mahkamah diperlukan untuk membolehkan ujian ini dilakukan.
Suara-suara yang melaungkan "kalau tak salah buatlah DNA" adalah kata-kata kedunguan. Kalau betul DNA itu sungguh penting, maka demi mempertahankan integriti, hasil laporannya, jika dibuat mesti di sahkan oleh pihak lain, yang boleh dilantik oleh tertuduh dan diiktiraf profesional serta independent.
Kalau hanya dilakukan oleh instruments of the state, maka apa yang dikatakan oleh Karl Marx itu terus releven hingga ke hari ini di negara ini.

Thursday, July 17, 2008

MENGALU ALUKAN LEPASNYA ANWAR DARI TAHANAN

Assalamualaikum,
Semua rakyat yang cintaikan keadilan mengalu alukan pembebasan denga ikat jamin DSAI. Yang diberitakan beliau mengadu sakit belakang tu, saya yakin sakit tersebut adalah real, bukan dibuat-buat. Dan saya yakin, akan ada suara nanti yang mengatakan, sakit tu dibuat-buat untuk meraih simpati, sama seperti dalam kes tuduhan liwat palsu pertama dulu, apabila mata beliau lebam, ada menteri begbal mengatakan DSAI menghantukkan kepalanya sendiri untuk mencederakan diri sendiri.
Hujah bebgaal macam tu ada pihak yang mempertahankan.

UMNO BERCAKAP PASAL KEADILAN

Assalamualaikum,

Anda ada baca kenyataan Khir Toyo semalam yang mengatakan UMNO mengamalkan prinsip keadilan dalam pemilihan parti mereka? Sejak bila UMNO kenal keadilan? Juga adakah anda baca kenyataan Syed Hamid Albar yang mengatakan kerajaan tidak akan mengkaji semula akta keselamatan dalam negeri. Dalam kata-kata lain ISA is here to stay. Tanyalah ugama apa pun, ia akan mengatakan, penangkapan tanpa bicara tu zalim. Tanyalah semua orang yang waras otaknya, ia akan mengatakan ISA tu zalim. Tanyalah kepada semua orang UMNO, dia akan sokong ISA.
ISA tu dah confirm zalim. Menterinya pun dah berkali kali kata ISA akan terus kekal, maknanya mereka akan terus berlaku zalim, tiba-tiba ada lak yang mengatakan UMNO mengutamakan prinsip keadilan.
Waras ke?

KARL MARX & THE STATE

Assalamualaikum,

Kalau anda mengaji ilmu politik, anda akan bertemu dengan satu konsep yang dinamakan the state. Mengikut Karl Marx, definisi the state ialah legalized crime. Pada pendapat saya, definisi ini masih lagi benar dan terus benar di kebanyakan tempat di muka bumi ini. Terlalu banyak kes di dunia ini yang mana sesuatu jenayah itu akan dikira sebagai jenayah, sekiranya pelakunya adalah orang yang tidak dilindungi oleh kekebalan the state, tetapi sekiranya pelaku itu dilindungi oleh kekebalan the state, maka si pelaku tadi boleh buat apa sahaja tanpa perlu gusar tindakan undang-undang akan dikenakan kepadanya. Semasa saya kecil dulu, sering orang kampung mengatakan ada crown, untuk menunjukkan pemilik mohor tersebut ada kekebalan dari the state.
Saya teringat cerita seorang kawan yang melawat Indonesia dalam zaman pemerintahan order baru Suharto dulu, beliau terserempak dengan anggota tentera yang makan jualan bakso seorang peniaga, yang mana selepas selesai menjamu selera, terus naik ke trak mereka tanpa membuat apa-apa bayaran. Dan ini merupakan perkara biasa.
Sekarang saya pulangkan kepada imaginasi anda sendiri untuk membuat perbandingan kalau-kalau cerita seperti ini wujud di negara kita. Kalau sekiranya anda mengatakan ada, maka definisi Karl Marx itu masih lagi benar hingga ke hari ini.
Apabila kita melatih instruments of the state, maka amat penting sekali kita latih mereka dengan latihan yang diteraskan kepada asas iman, kalau mereka Islam, supaya semua tindakan mereka sentiasa diimbangi oleh pertimbangan halal dan haram, dosa dan pahala. Kalau mereka bukan Islam, mesti diterapkan mutu profesionalisma yang tinggi dan dihayati, akan mereka menghormati sekurang-kurangnya human rights. Kalau mereka Islam, tetapi tindakan mereka tidak mengambil pertimbangan halal dan haram , dosa dan pahala, dan juga tidak mengindahkan apa yang dikatakan human rights, maka negara itu menuju kehancuran.
Sedihnya negara kita melatih instruments of the state dengan latihan yang diberi oleh pihak yang tidak memperdulikan halal dan haram, dosa dan pahala, dan pentadbir negara tidak menekankan human rights dalam latihan mereka, maka apa yang terjadi ialah perkosaan kepada semua nilai-nilai ini. Mereka beriman dengan ajaran machiavelli: the end justifies the means. Renungkan apa yang saya perturunkan dalam posting bertajuk Ghaibnya Bala. Ia terus berlaku.
Anda tidak dapat merasakannya sehinggalah mata anda sendiri lebam.

Wednesday, July 16, 2008

ANWAR KENA TANGKAP LAGI

Assalamualaikum,
Baru saja terima berita Anwar Ibrahim kena tangkap. Kali Ke 2. Fasa perkembangan politik negara sedang memasuki fasa yang menarik. Anda tidak boleh mengambil sikap orang tengah. Sana tidak, sini pun tidak. Itu sikap orang yang dikutuk. Anda kena memihak. Di pihak mana anda berada, anda tentukan sendiri. Tetapi di hadapan ada dua jalan sahaja. Yang benar, dan yang batil. Semuga Allah memasukkan kita di jalanNya yang benar. Amin.

MENTERI KELONDEHAN SKILL BERHUJAH

Assalamualaikum,
Menyaksikan perdebatan malam tadi menonjolkan beberapa perkara. Tetapi yang paling jelas ialah si pak menteri apabila tidak termampu keletah berhujah , maka ia mengambil pendekatan yang memalukan iaitu dengan menyerang peribadi lawan. Inilah satu sikap yang sentiasa ada pada UMNO/BN yang sebenarnya menunjukkan ketidak mampuan mereka untuk menangani hal negara.
Anda perhatikan soalan yang dikemukakan oleh wakil pihak menteri? Bukan kah menampakkan kebebalan dan bukan keintelektualan? Adakah semua di kalangan mereka berada pada aras kecerdikan serendah itu?
Walau apa pun yang dirumuskan, hasil debat tersebut ialah keuntungan politik kepada PR, dari segi public opinion. UMNO/BN memang menempah kerugian daripadanya.

Tuesday, July 15, 2008

FEMME FATALE

Assalamualaikum,
Semalam YB Dr. Wan Azizah mengemukakan usul tidak percaya kepada perdana menteri Malaysia. Seperti yang anda telah ketahui, usul tersebut telah ditolak. peristiwa ini adalah titik tolak kepada satu precedent baru dalam politik Malaysia, kerana ia membuka ruang baru kepada satu senario yang belum pernah diteroka sebelum ini.
Walaupun usul tersebut tidak berjaya menumbangkan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, namun ia tetap mencalarkan kewibawaannya serta menumpulkan taring UMNO/BN dalam politik negara. Sekiranya untuk sesi kali ini ia tidak berjaya, apakah dalam sesi-sesi yang akan datang ia tidak membawa kesan yang dikehendaki?
Walau apa pun, ia tetap membawa cerita yang menarik. Iaitu kepimpinan UMNO/BN cuba dijatuhkan oleh seorang perempuan. Kalau ia berjaya tentu ia menjadi satu femme fatale kepada AA Badawi

2330

Please bring along a tracing paper for the next lecture, which can be purchased at the office of Jabatan Geografi
tq

MENGAPLIKSI BUDAYA TOK LEBAI KEPADA IBRAHIM ALI

Assalamualaikum,

Saya belum pernah jumpa budaya ini dalam mana-mana organisasi, terutamanya parti politik. Ambil contoh Ustaz Hassan Shukri, mantan pesuruhjaya PAS Selangor semasa piliharanraya 1999. Beliau menjadi field marshal bagi seluruh jentera pilihanraya PAS pada ketika itu dan berjuang serta berkorban habis habisan untuk perjuangan tersebut, tetapi tidak untuk diri dia. Dia tidak meletakkan dirinya bertanding di mana-mana kawasan pilihanraya pada ketika itu, sedangkan memang telah menjadi satu kemestian pengerusi jentera pilihanraya bertanding di mana-mana kawasan yang dikehendakinya. Tetapi beliau memilih untuk mendahulukan pejuang lain, dan tidak menonjolkan diri sendiri. Kalau sekiranya menang PAS dalam pilihanraya tersebut di Selangor, tentulah bukan beliau yang menjadi menteri besar Selangor. Ini yang saya namakan budaya tok lebai dalam PAS.
Oleh kerana telah dididik dengan budaya ini, saya sendiri semasa mengemudi jentera pilihanraya PAS di Hulu Langat pada pilihanraya 1999, juga mengutamakan orang lain untuk dijadikan calon pilihanraya, dan bukan diri sendiri, sedangkan dalam politik, adalah biasa kalau pemengang jawatan penting dalam parti diangkat menjadi calon. Lagi sekali budaya tok lebai.
Dalam pilihanraya 2008, PAS sekali lagi telah mengaplikasikan budaya tok lebai ini kepada seorang yang bernama Ibrahim Ali. Orang ini tidak masusk PAS, dan bukan ahli PAS, tetapi diberi peluang menjadi calon dan bertanding atas tiket PAS. Dan menang. Seluruh jentera PAS di Kelantan telah mengaplikasikan budaya ini kepada beliau.
Apabila ia masuk parlimen, orang ini tidak mengiktiraf dirinya sebagai ahli PR, tidak juga pembangkang, cuma ia isytihar diri sendiri sebagai bebas. Dan berlaku beberapa insiden dalam parlimen yang tidak sepatutnya berlaku sekirannya ia benar-benar bebas. Beberapa tahun yang lepas pernah anda terdengar orang menggelarkan Tuan Guru Haji Hadi itu ulamak tahi kucing? Siapakah sipenggelar ini?
Apabila seorang pendikar menolak usul tidak percaya kepada Perdana Menteri oleh YB Dr. Wan Azizah, semua ahli parlimen PR meninggalkan dewan. Ahli parlimen yang kononnya bebas ini tidak berbuat demikian. Dapatkah anda membaca apa yang tersirat dalam sanubari orang ini? Bagi saya mudah sahaj untuk membacanya.
Sekiranya Tengku Razaleigh menang jawatan presiden UMNO, anda boleh teka siapakah yang pertama melompat ke dalam UMNO?

Monday, July 14, 2008

1112

Password untuk rujukan adalah sama seperti kuliah.

tq

PAS ADALAH SINE QUA NON KEPADA PR

Assalamualaikum,

Media yang dikuasai oleh BN sedang dalam satu rangka untuk membentk public opinion untuk mempercayai yang kedudukan PAS dalam PR sudah goyah dan seolah-olah PAS mahu meninggalkan PR. Mingguan Malaysia misalnya mengeluarkan tulisan-tulisan oleh penulis picisan yang cuba mengenengahkan persepsi bahawa PAS sudah tidak sebulu dengan PR dan juga PKR dan kemudian cuba pula menjaja idea supaya PAS berbincang dengan UMNO. Ini adalah indikasi politik bagi kaum yang terdesak.
Saya berasa lega apabila Mursyidul 'Am PAS dalam laporan media harian hari ini menyatakan bahawa hubungan antara PAS dengan PKR belum sempurna dan perkara-perkara detail masih lagi perlu diselesai dengan sermat dan tabah. Ini kerana lewujudan PR dan salingkaitan antara tiga komponen tersebut masih lagi di peringkat awal.
Memang masih terdapat perbezaan budaya dalam ketiga-tiga komponen PR ini. Budaya PAS boleh saya sifatkan sebagai budaya Tok Lebai, iaitu suka kepada ugama, dan terikat dengan pantang larang Islam dan menjaga akhlak Islam. Budaya ini yang dikatakan oleh segelintir pihak samada lawan atau kawan sebagai keras. PKR mempunyai budaya yang mirip dengan budaya UMNO, minus sikap membujur lalu melintang patah dalam hal fulus yang terserlah dalam UMNO. DAP membawa budaya non Muslim, dengan elemen sosialisme. Jadi, dalam DAP, minum arak, jual arak tu kira ok. Dalam PKR berkonsert waktu magrib tu kira ok. Kan dalam PAS semua tu adalah satu no no.
Tetapi ada poin di mana mereka bertiga ini saling memerlukan antara satu dengan yang lain.Di sinilah poin di mana mereka boleh bekerja sama, dan meraih kentungan politik. PAS mempunyai kekuatan penting yang tidak dipunyai oleh komponen lain dalam PR, iaitu itu ia mempunyai ahli yang komited dan penyokong yang tetap setia dalam jumlah yang ramai. Jadi jentera PAS adalah lengkap. PKR tidak mempunyai unsur ini. Sebab itu untuk melantik ahli majlis dalam Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor, kerajaan PR mengambil masa lebih 100 hari untuk melakukannya. mengapa tidak dilakukan secepat yang mungkin? Kalau perlantikan ini lambat dilakukan, seperti yang berlaku sekarang, maka, ada hal pentadbiran yang terjejas dan mungkin boleh mengakibatkan kerugian. Juga ada pihak yang mungkin mengambil kesempatan daripada suasana power vacuum ini dengan melakukan pelbagai perkara. Contoh yang paling menonjolkan ialah mencuri pasir. Kalau satu hari 100 lori pasir dicuri dari khazanah negeri Selangor, berapakah jumlahnya dalam masa 100 hari?Berapakah nilainya dalam bentuk RM?
Mengapa perlantikan ini lambat dilakukan? PR telah memberi beberapa alasan, tetapi orang tahu bahawa PKR tidak mempunyai personnel yang hendak dimasukkan dalam senarai yang perlu di isi. Jadi untuk mencarinya, masa yang panjang diperlukan. Sedangkan PAS mempunyai ramai batang tubuh yang boleh mengisi jawatan-jawatan ini, tetapi kuota tidak mengizinkan ia digunakan.
Begitu juga dengan DAP. Kita tahu bahawa DAP telah tersilap baca politik dalam pilihan raya yang lepas di Perak. Kalau sekiranya ia tahu ia boleh menang sedemikian di Perak, pastilah ia akan meletakkan calonnya dari kalangan orang Melayu seperti yang pernah dilakukannya dulu. Kalau itu yang dibuat semasa persiapan pilihanraya yang lepas, sudah tentu jawatan menteri besar negeri Perak akan dipegang oleh orang Melayu berugama Islam dari parti DAP.
Jadi setiap komponen ada kekuatan dan kelemahannya. PKR ada Anwar Ibrahim, yang ternyata boleh menyatukan semua kumpulan etnik di Malaysia dan kemudian menterjemahkannya dalam bentuk undi. PAS telah sekian tahun berusaha untuk mendapatkan formula ini, tetapi terus gagal. Masuk Anwar Ibrahim, tiba-tiba formula yang dicari-cari itu sampai dan menjadi. DAP hanya laku di kalangan non Muslim, dan sangat phobia dengan idea Islamic State yang menjadi cita-cita PAS. Luka DAP hasil daripada propaganda BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya 1999 masih lagi terasa milu dan pedihnya. BN mengatakan one vote for PAS, one vote for Islamic State. Hasil daripada kempen ini Lim Kit Siang, Karpal Singh kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka berdua ni mengetip gigi kegeraman dan kemarahan, kerana berkerabat dengan PAS.
Tetapi DAP memerlukan undi orang melayu dan orang Islam sekiranya memerlukan kemenangan yang lebih besar, maka untuk mendapatkan undi tersebut, hanya pengundi PAS sahaja yang boleh memberikannya kepada mereka. Jadi mereka lebih memerlukan PAS. Dan pengundi PAS telah memberi undi mereka kepada DAP. Perubahan ini turut menyebabkan persepsi parti bersikap keras yang dipalitkan kepada PAS terburai. Non Muslim dan non Malays telah tidak gentar lagi memberikan undi mereka kepada PAS, sehingga PAS mampu menang di kawasan kawasan yang didiami oleh ramai golongan ini. PKR memerlukan PAS untuk menjalankan jentera pilihan raya dan juga jentera pentadbiran. Kalau sekiranya PAS menarik diri dari daripada tugas ini, maka akan wujud satu vacuum yang sukar diisi oleh PKR. Ia mungkin boleh diisi kalau berlaku pilihanraya kecil, tetapi dalam pilihanraya umum, PKR tidak termampu untuk mengisinya. Jadi dalam semua perkiraan, setiap komponen memerlukan satu dengan yang lain.
Tetapi PAS bersifat sine qua non dalam pakatan ini